pEeps!

Thursday, July 5, 2012

Tolong behave sikit boleh tak?



Kelmarin masa tengah kerja ada kawan mintak tolong pergi kedai runcit sebab dia tak boleh keluar. Berlagak macam kawan dunia akhirat pergi la tolong beli barang dia tapi dalam hati was-was nak pergi ke tak sebabbbb tak beh! *tak bess* .. hua hua hua.. ahh lantak sebab aku memang malas nak naik moto sebab nanti tudung terbang-terbang macam batman.

Nampak sangat tolong tak ikhlas kann. Kalau dia baca blog ni mampus la kena keji patblas tahun.

Tapi bukan tu nak cerita.. macam ni tau.. masa sampai kedai tu turun la dari motor kemain lemah gemalai sebab sebelah kedai runcit tu ada kedai makan..adalah pakcik-pakcik tengah minum kat situ. Aku ok je la kan.. minum je la bukan aku yang bayar. hahaha..

#kau dah kenapa ck?#

 ehem.


Pastu turun dari motor Ego perghhh aku rasa time tu aku perempuan paling ayu +comel saat tu. #PENGSANNNN..# jalan dengan lemah gemalai macam model freelance kot-kot pakcik-pakcik ada anak teruna hensem nak jadikkan menantu manelah tau kan.. terkedek-kedek jalan macam anak itik.. bajed dah habis ayu. Sangat bertabah okay aku belakon ayu. gila plastik.


tapi tu bukan ceritanya lagi..

pastu dah beli barang sume bertabah lagi naik motor dengan kadar paling ayu.

tak habes-habes ayu engkau.

pastu nak start motor.

motor Ego kiri kanan ada suis yang sama.. belah kiri hon, belah kanan suis nak hidupkan motor.. selama Patblas tahun #ceaaa dan dan patblas tahun..# naik motor, kalau nak start motor memang tekan suis belah kanan.

Sebab berlakon plastik punya pasal nak start enjin pergi tekan belah kiri then bunyik la hon pEngggggg!

ape lagi nak tersedak pak cik tengah minum kopi aku tengok. sebab motor tu aku parking betol-betol depan kedai makan tu. kira memang dekat la dengan pak cik pakcik tu sume. satu lagi masa hon bunyik tu kenapa entah dunia tiba-tiba senyap. #eh tetiba salahkan dunia.#. xde bunyi kereta lori motor lalu.. pastu  semua dah pakat tengok sebab dah takde bunyi lain selain bunyi hon CK macam gajah.


Aku pulak atas motor dah ehh ehh dah buat muka habis nak cover malu tapi tak jadik. Rasa time tu muka macam tenuk nak beranak. Rasa nak buat-2 kena sawan pun ada. malu woii. Pak cik sorang-sorang dah buat muka "kau dah kenapa tetiba hon guwa?" hiks..

Pastu angkat tangan tanda mintak maaf. Mestilah aku kan gadis sopannnn.. #lempang.#



Pak cik yang tersedak kompem dalam hati "dem dem demm.. nak minum pon x senang."

pepandai je kau ni Ck..




ceritanya tak lawak gila sampai tahap dalam tido pon nak gelak tapi tak tahu kenapa tengah tengah makan nasik duk gelak sorang-sorang kalau ingat kes ni.



sama macam kes salah orang ni.


Ye ye ini tak lawak tapi aku nak gelak jugak. ahhh peduli apa aku. kate blog aku kann.. kuikuikui..

Tahun ni rasanya dah 2 kali aku buat nanya kat pakcik-pakcik kedai kopi.. Macam kat entry INI.

Dah jadik tak bermoral ke apa sekarang? aisshhhhh...

Moral of the story...


Tak payah nak bercontrol ayu sangat.

sebab aku memang dah ayu.



#Pitammmmm#


hua hua hua.. 




till then, bai sayangssssssssssssss....^^v

15 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

hahahaha samelahhhh sy pon terhon depan orgg...segan gilaaaa. hukhuk

nuyui a.k.a miss YUI said...

aduh..sbr jela..hihi.

reza ahmad said...

untung la pkcik tu tesedak :P

Ayie Abas said...

tapi khadijah memang ayu x apa kalau nk control pun...hehe

Nur Aischa said...

hahah~ sian pakcik2 tu :D

shedameor said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHA gelak sampai putus urat kentut. HAHAHAHAHAHAHAAHAHHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

TwIstiEs*meSti Mau* said...

pengggggg!!!!!!!!

mintak tutti frutti sikit???

:)

Hasrina said...

aduhai...so lawaklah

afzalsukasuki said...

tu takpe lagi bunyik hon moto.. kalau seksa nak nyetat ter-bunyik hon buntut acane?ce cite ce cite?kahkahkah

TiranaAduka said...

salam....
mana ulardaunnya....
maaf tajuk blog tu menarik hati saya

Yana Libra said...

haha..wat malu je.. :p

Edy Fee said...

mcm mana la gaye bawak moto dengan ayu.hahaha terbang tudung kalau laju.kompom 10km/

Picoz Shupalula. said...

entry luahan perasaan ke hape ni? hahaha. naiss

TiranaAduka said...

Cari ular daun di petang minggu....

Lan Bingka said...

hahaha.. nak lebih perhatian le tu ;)

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.