dulu-dulu masa xcukup umur lagi, kira umur masih tak layak nak mengorat ketua kelas, saya selalu solat laju-laju macam laju-laju buaiku laju.
jelas.padat.dan.jitu.
sampaikan nenek dan mak dan arwah atuk saya cakap, saya solat macam ayam makan padi.
sumber lukisan : muzium negara.
tajuk lukisan. : huduh itu abstrak.
mengikut perangkaan, saya punya fasih bahasa arab sampai al-fatehah boleh habiskan dalam masa kurang dua puluh lapan saat. terus rasa boleh celen pelajar dari mesir.
ini dek kerana, #tetiba rasa ada darah keturunan A.Samad Said.#
kerana tengah-tengah layan pawer rangjes, mak suruh solat asar. iklan 5 minit tu la belari-lari awan nano masuk bilik air ambik wuduk, pakai telekung, bentang sejadah dan solat.
lepas 5 minit, cerita dah start main, melengguk depan tivi dengan bangganya sebab sempat tengok pawer rengjes merah yang kachak.
courtesy of google.
kenapa macam tu ye?
sebab saya tak tahu pun apa saya baca dalam solat.
saya tak tahu pun, setiap bait kalimah yang saya sebut tu begitu besar maknanya. sekarang saya pasti , setiap kalimat saya sebut dulu mungkin lari maknanya atau mungkin tak bermakna langsung.
sekarang dah besar, pandai-pandai la.
korang pon sama.
takkan Khadijah nak ajar lagi?
#pengsan.#
courtesy of google.
kita meminta-minta tapi tidak dengan kesabaran.
meminta-minta tapi tak tahu apa yang dipinta.
kalau dengan pakwe-pakwe,
"abammmmmmmmmmmmm.. ayangggggggggggggg nakkkkkkk tuuuuuuuu..."
jelas.padat.dan.jitu.
siap goyang-goyang bahu, kenyit-kenyit mata.
-.-'
***
disebabkan entry ni berbaur keinsafan walaupun ada yang tak rasa insaf, saya membahaskan diri "saya".
walaupon agak plastik disitu, tolongla, saya rasa sejuk perut membaca perkataan 'saya-saya' nih.
p/s : mood dengar lagu Alhamdulillah too-phat. Dan peringatan ni pun untuk diri sendiri jugak. =)
786 alhamdulillah..!
sape cakap aku xpandai rap?
pandai dowh..!
eh..
till then,
selamat beramal sayangsss..
<3
^^,