pEeps!

Monday, April 9, 2012

Petang itu..



Satu je tabiat aku sejak akhir-akhir ni bila dah dapat lesen kete, suka buat-buat pro time bawak kete. bawak kete kalau time awal-awal dapat lesen amboiiiiiiii kau la wanita melayu pembawak kereta paling sopan. Polis trafik tengok rasa teros nak buat menantu.

dah dua tiga bulan, takde dah sopan-sopan menantu polis trafik. 
selalu kena komplain dengan  mak sebab bawak kete ganas-ganas. tak tahu la ganas macam mana mak aku tengok. rasanya masuk gear takde la goyang-goyang gear sampai nak tecabut batang gear. -.-"

ok. maksudnya suka bawak laju. kalau laju pandai cilok-cilok tu takpe la. ni lubang depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak besar. dah la pemandu tak berhemah, perosak bahasa pulak tuh. 

teeehee..

aku ingat lagi, bulan lepas. Time tu hujan.. hujan boleh la tahan lebat.. ada satu tempat tu kan lopak air punya la besar. tapi tu la aku NAMPAK tapi tak sempat nak buat nampak. cane tu? heee..

disebabkan time tu bawak kete laju tak sempat la nak break slowkan kete. skali air tu terpercik.. punya terpercik macam air terjun kau tau.. kebetulan pulak kat situ ada kedai kopi. aku agak macam air terpercik sampai dalam kedai kopi. dah la ada pakcik-2 syok nyembang tak ingat kiri kanan. ok finee. nak cakap aku pon bawak kete tak ingat kiri kanan kannn. :p

Pastu pikir la nak benti pegi mintak maaf ke apa kan. Aku macam rasa air terpercik tu masuk dalam kopi diorang. Aku rasa je la, sebab tengok tahap terpercik tu boleh tahan kau.. Tapi sebab dah kete pon laju, terlajak pun boleh tahan jauh.. so terus sedapkan hati buat muka tak-masuk-tak-masuk padahalll dalam hati macam-masuk-macam-masuk.

Sampai harini tido tak kenyang, makan tak basah, mandi tak lena sebab serba salah.
melampo la kan..

tapi siyes sampai harini macam rasa besalah gila. Kenapala tak pergi mintak maaf awal-awal.. =.="

 terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh di GOSTAN.#apasallakautakgostanCK!#

foine foine foine..

aku pun rasa aku tak bermoral. haishhhh...

dah la kena perli blog macam tweeter.. hampesss tau korang.

aku nak merajok patblas malam.

bai....#bawak diri pergi Landen.#



11 comments:

LydSunshine said...

Eii... air tu mmg masuk la. Saya ada kat dlm kedai kopi tu masa tu.

Picoz Shupalula. said...

hamboi dah ade lsen ketaaaa.

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Kalau orang kampung kita yang minum tu..pergilah mintak maaf nanti tak pasal2 emak bapak kita yang kena.

nuyui a.k.a miss YUI said...

yi dah berbulan tak drive ni..hihih.

iszieylyanziy said...

drive slow2 ngntok n pening kepala,,hahaha

aiEz said...

hamboi CK..bawak slow2,bahaya ohh..huhu...

* terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh di GOSTAN.#apasallakautakgostanCK!#terseedak baca ayt ni...hahaha

tomatokering :) said...

eeeeeeee tak bahekkkkkkkkkkk .. kesian pokcik2 tu mesti dapat perisa tambahan lagi sedap. hahahha :PPP

♥ Nana BamBam ♥ said...

eeeiiyuuuu......malengnyeee nasib...huhu
drive slow2 ye.. :)

aswadz said...

mesti pakcik2 kedai kopi menyumpah2 bila x semena2 hujan menimpa walaupun kedai kopi tu dah sah2 ada bumbung.

geez said...

singgah sebentar ^-^

ctk said...

amboi jauh membawa diri,...hahahaha

tu la,len kli mintk maaf..
xmo buat lg k
hahahahaha...

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.