pEeps!

Wednesday, April 25, 2012

Siriesli ini pertama dan terakhir.

Semalam balik balik kerja motor bagi warning mintak minyak. Lalu depan stesen minyak fikir seratos kali nak isi minyak ke tak nak.#OVER#. Sebab sebelom ni, ayah aku je yang tolong isi minyak walaupun aku yang tetiap hari pergi kerja bawak motor. Setiap kali ayah nak pergi isi minyak mesti kena membebel..

DIA PERGI KERJA NAIK MOTOR ,KITA PULAK KENA ISI MINYAK.
Berkali-kali dengar rasanya dah boleh buat pepatah melayu. -.-'

Pastu aku bagila alasan,  tak pandai la, tak biasa la apa la. Anak bongsu kate ko, kena la mengada-ngada.

Nice sangat pangai anak bongsu kau kan?
-..-



Disebabkan takut sangat tak sempat sampai rumah, patah balik masuk stesen minyak.  First time aku pergi isi minyak dalam hidup. Ni kalau bebudak kat tempat kerja tahu mesti reramai duk nyanyi..

"Seuuumur hidup aaaaaakuuuuuu, iniiiiiiiiiii yangg pertamaaaaa.."
kalau aku buat something yang jakun-jakun sikit, lagu ni la diorang nyanyi. Tak paham. Jeles sebab aku jelita lettew.. Aku tau. Ehem. #takde-kena-mengena.#


Masa sampai kat pam minyak tu, aku nampak sorang mamat ni.. macam kenal.. da macam kenal tu, dari jauh aku senyum la habes lebar, habes cun. eh..

pastu dia senyum balik.


pastu aku tegurla.


sembang-sembang..



pong pang pong pang...

#tengok tangki hampir kosong.#

"agak-agak nak isi penuh tangki berapa hengget ye?"
nampak tak ayat orang first time pergi isi minyak?

-..-'

sembang lagi,


pong pang pong pang...

#tengok jarum meter.#
padahal x bergerak pun sebab motor tak start. Tunggu jugakla jarum tu bergerak sampai tanda Full.
-..-'


pong pang pong pang..

#tengok meter pam minyak.#
ok.dah penuh tangki.



" okay, dah penuh.. berapa ringgit?"
dah tengok dah berapa ringgit tapi saja nak menyembang. ciss.. dasarrrr.. hehe..

#pastu tengok mamat isi minyak.#

ok, aku tak tahu kenapa....



tak tahu kenapa...




Aku tak tahu kenapa AKU SALAH ORANG.


"errrrr...Saya salah orang! Saya tak kenal pun awak.!" sambil didengari manusia-manusia sekeliling.


Pekerja kat situ dah kah kah kah macam esok tak boleh nak kah kah kah.


kemain kau menyembang tadi rupa-rupanya... aishhhhh nak taip pun malu.


Malunya rasa nak nyuruk dalam tin biskut.
Rasa nak tumpang kereta pak cik isi minyak sebelah balik rumah dan tinggal motor kat situ.

Patutla mamat tu macam errr-errr-errr masa becakap dengan aku.



at least awal-awal tanyala  kenal ke apa. iye dak?
Tu la aku tahu aku jelita tu yang layan jugak aku ajak sembang.

#Pang! skali.#






Berlalula aku dengan perasaan malu tapi jauh disudut hati ada feeling anak cemerlang sebab mampu isi minyak sendiri. #sempattt..#





Rasanya tu first and last aku isi minyak kat situ.

Moral of the story : Eye contact semasa bercakap sangat penting.


Ni semua salah topi keledar sebab ada cermin gelap. Nak tengok orang pun tak jelas.

Bila diri sendiri dah malu, salahkan topi keledar pun boleh. =..='

Sampai harini aku tak paham kenapa aku boleh salah orang. tak paham. tak paham.
Kenapa pandangan pertama selalu menipu? aggrhhh...

Ini bukan lawak. Ini serius.

Aku teramat malu, leave me alone.
okbai.

#Lempang.#


5 comments:

Khadijah fiancee (Aaron Anip Aziz)) said...

jom gelakkn dye rmai2..huahuahuahuahuahua

shedameor said...

HAHAHAHAHAHAHAHA. sumpah nak gelak sampai pecah pundi kencing. :P

h A n Y s said...

ROFL!

mamat bangla ka?! :))

Yana Libra said...

haa?? adoi~~ lain kali g mana2 tunduk je..xyah pandang orang..huhu ~

amranaiman said...

haha steady la cik khadijah.. sempoi kem salam mamat tu haha

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.