pEeps!

Tuesday, November 29, 2011

kenapa ulardaun?


ramai orang tanya aku, kenapa ulardaun.blogspot.com?
aku pun kalau boleh nak duk depan cermin buat muka kompius, tanya diri sendiri "kenapa ulardaun?"

sebenanya aku pun tak tahu jemahhhhh..

masa aku buat blog ni, umur time tu baru 19 tahun. sekarang dah 26. ehem.

sebelum tu aku tak tahu pon blog ni kejadah ape. kalau ada orang cakap blog ni perkataan sinonim goblok pon aku boleh percaya tak beragak.
dan yang perkenalkan blog kat aku boiprend aku time tu. time tu ok. biasalah budak umur 19 memang suka berboiprend geprend.umo 19 ex dah 12 tunggu mase nak cukupkan 19. *tak terasa tak terasa.* keh keh keh.
tapi umo 26 macam ni da takde rasa nak bercinta dah.  rasa nak berpoya-poya ade. eh tak.. rasa nak cari mak mertua idaman hati atau dalam bahasa tak berlapiknya nak cari cinta sejati.#gelinakmati.# = ="

ok, terpesong.

kenapa  ulardaun?

masa aku nak isi URL blog tu kat kepala aku terlintas ulardaun. tak pikir mase depan teros aku taip ulardaun.bogspot.com

kalau aku pikir  masa depan mungkin aku letak...

budakgenius.blogspot.com

tak pon

budak jelita.blogspot.com

tak pon..

idamanmakmertuasemalaya.blogspot.com

tak ponn...

#LEMPANG#
terpesong lagi.


kat kolej dulu ade je yang panggil aku ulardaun. kat pesbuk pon ade yang ber-hai hai ulardaun. nasib aku tak terlintas nak bubuh anakayam.blogspot.

coiiii panggil la aku anak ayammm....


kepada yang tetibe nak buat blog tu, letakla url blog yang menampakkan ciri-ciri memikirkan masa depan. :p
lagi afdal carik nama dalam buku nama-nama pilihan. nak letak nama blog ni sama jugak macam nak letak nama anak tau.
kau tahu 1st time ade blog ni perasaan dia macam baru lepas beranak. *bajed pernah beranak.* = ="
 siyesli aku cakap. tak percaya pergi tanye bloger2. eh, ke aku sorang je terover rasa macam tu?



ok fine aku memang selalu over.



biasanya blogger-blogger akan letak url berkaitan dengan mende yang  die suka. contoh..

kalau yang suka kupu-kupu..

jemahsukakupu-kupu . blogspot.com

yang suke shuffle..

sukeshuffleseparuhmati.blogspot.com

yang suke siput sedut..

sukesiputsedutnakmati.blogspot.com

yang suka berpesbuk..

sukepesbukterosmati.blogspot.com

eh, aku terpesong ke? tak kannn....?
ok teruskan.


kalau yang suka aaron aziz..

naklakimukamacamaaronaziz.blogspot.com

kalau dah tak boleh nak pikir sangat..

akutaktahunakletaknamaapeblogni.blogspot.com

tak pon..


masihmemikirkanlaginamayangsesuai.blogspot.com

tak pon..

dahtigamalampikirtapitakdapatjugaknamayangsesuai.blogspot.com.


dannn..


kalau yang berangan umur dah 26 tu..

ehsayabaru21.blogspot.com.
hehe..

 bye korang!
jangan nakal2..

^^p


p/s. : bedebah   kesayangan mane yang curik cabel telefon sampai aku tak boleh online seminggu!? aku sumpah jugak jadik  ais kepal!

*macam pencurik tu bace blog kau pastu cakap "saya saya!" * =.="

14 comments:

~Nana BamBam~ said...

ahahaha....nasib sama..

1st dalam palehotak nak letak akubajetartisketak.blogspot.com masa tuh..

2nd, akuminahcompomcun.blogspot.com

last2 pilih nanasuicide.blogspot.com

sebab ade kes putus cinta je...nak bnh dri..huhuuhhu :P

MyneTot said...

sayasukaulardaun.blogspot.com

heeee...

syahirooAhmad said...

Hahahhahahha.. pagi2 lagi cik ular daun ni dah wat aku tegelak sopan tersengeh2 kerang dan hampir bergelinangan air mata la jugak.. sengaaaal je ayat2 dia.. Hahahah.. jatuh hati aku ngan coloteh makcik ni...

transfomasi url saya cuma ade dua je..

dulu : nasilemak50sen.blogspot.com
(bajet senang nak ingat)

last2 tukar nama seperti dalam facebook. syahiroo.blogspot.com

:) peace!

DOMU-KON said...

betul2..misz domu letak domu-kon sebab minat menatang tu..karang dah xminat..xtau la apa plak jd kt url nie

TwIstiEs*meSti Mau* said...

psssstt..psssstt...mmg mulut ular daun..haha..!!!
log in,blog in blog camner tuu...???
:D

CintaKhadijah said...

nana~ haha. x menahan akubajetartisketak.
mak aihh... putus cinte smpai nk bunuh diri..-__-"

syahiroo~ nice 2 noe dat lah syahiroo.. enjoy! ^^,

nak nasi lemak namploh sennn satu...:P


domu~ heee.. it's supposed to be ehlepasniminatdomulagiketak.blogspot.com. ^^p

twisties~ mulut ulardaun?? haha.. tp lidah xbercababg ok..:p

CintaKhadijah said...

mynetot~ sayasukamynetotseparuhmati.blogspot.com.

heee..:P

Ujie said...

hahaa..mmg lawak entri awak ni dik oi..
mmg betul la..mmg kritikal nk pilih nama blog ni. akak pun pilih nama lps lama berfikir pnjang.

Masni Syafie said...

suke katakhijau@blogspot...hehe...
boleh couple dengan ulardaun.blogspot..hehe

sama2 hijau...hahaha..

budak penjara said...

npe tak letak je ularlidi ke..hehe

aiEz said...

hahahaha,lawak jer baca nama2 pilihan tu,kelakar jer rasa,hehe...;p

h A n Y S said...

kalau letak nama sendiri lagi KEWWWWLLL gitu..hehehe..

btw, nampak hanysnajib.com kat bloglist, tq ye..;D

Tapak Kaki said...

masa umur 19 aku baru kenal e-mail mirc semata-mata..kenal blog ni pun sebab assignment lecturer kasi..

Muara said...

Apasal ulardaun membebel panjang sangat? haaa! Nasib baik awak tak jadi awek aku...! kalau jadi .. aku ambil le...

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.