pEeps!

Saturday, June 16, 2012

INFO : Hypertension. senyap-senyap membunuh.

Hypertension bukan tension melampau-lampau tapi tekanan darah tinggi okay? Ramai yang salah faham.


Get it?



ok, proceed.



Haritu ada bawak mak aku pergi klinik. Mak aku cakap tangan dia tak rasa pape. Dah namanya anak CEMERLANG kena la bawak mak pergi klinik kan. #sangat motif caps lock siap bold.#  hua hua hua..

Ok dah sampai klinik cam biasa la doktor cek darah kan xde pulak nak cek akhlak. hahaha.. ok ini tak klaka. Pastu doktor tunjuk kat aku berapa tekanan darah mak aku.

180mm/hg. 

Disebabkan aku dah lama tinggal study,

disebabkan bab jantung aku paling tak suka masa study dulu,

disebabkan aku ni jenis belajar nak lulus exam je #eh pengakuaan tulus ikhlas siapa mampu buat? kihkihkih.




so, aku tak tahu 180 tu tinggi ke rendah.

Tetiba macam hilang ingatan dapat ingatan balik.. acececeh..

"eh jap doc, normal 120 kan? saya lupa la saya belajar dulu doc.."

"Dulu awak belajar apa?"

"dip in science."

"owh..."

Muka doc tu bajed aku belajar medik je.

eh hello kawan saya ambik medik tau. #jeling bijik mata berpusing.#


Pangai keji je sangka buruk kat doc kan kau CK. Lempang kang sia-sia hidup.

180 tu bunyi macam sangat dasyat je tinggi dia kan, so balik rumah google pasal darah tinggi. Nampak sangat anak prihatin macam tok ketua kan. korang apa tauuuu. #lempang.#

Disebabkan blog aku ni merepek je manjang macam kalau orang masuk buang masa je, macam memang takde faedah pun kan lepas baca blog ni. yela blog tak berilmiah kate ko. tau tak down gila aku taip ni. #emo-emo.# haha.. so aku nak bagi la info sikit-sikit.




haa tau xde orang nak tilik pun kan chart kat atas ni. terus scroll bawah kan. Tilik gambar aku lagi memanfaat masa lapang tak gitu? #pitam.# haha


Macam doktor cakap blood pressure mak aku 180. ok sekarang tengok belah kiri dekat 180. aceh pepandai suruh orang tengok mak dia punya blood pressure. macam bakal menantu mak yang caring ada baca kan.. hua hua hua..



pedulikkan systolic dengan diastolic tu sebab kalau nak terang kena habiskan satu sub chapter. hehe.. Systolic dengan diastolic tu kira keadaan jantung kita. kalau systole tu jantung kita tengan contract diastole pulak jantung tengah relax. so, 180 tu tekanan darah masa jantung tengah pump darah. 



See? 180 dah kira dasyat dah. tahap ke 3 yang teruk. Mak aku pulak tak tunjuk simptom-2 pening ke apa kan. Yang tangan dia tak rasa pape tu takde kena mengena pun dengan darah tinggi ni.
tahap ni kira sikit lagi nak kena strok, heart attack, meninggal pon boleh. haish, risau!



kalau korang pergi cek pastu dapat result 140 above kira dah sah ada darah tinggi. Normalnya 120 macam tu. kalau 122 tu takpayah nak gabra lagi rasa macam hidup ni tak bermakna ke apa sebab still dalam range normal. Tunggu 160 baru boleh nak gabra-gabra ok. kihkihkih.



aku syak mak aku dapat darah tinggi ni sebab dia suka makan daging. makanan banyak kolestrol sume tu. Lepas dapat tau ada darah tinggi tahap macamni terus aku jadik perunding makanan mak aku. 



bila mak nak makan makanan berlemak sikit..

"ma tak boleh makan ni... nak makan makan sikit je.. "

yang makan banyak sape?

aku.

Mak makan yang tak berkhasiat tak boleh, pastu sumbat mulut sendiri boleh pulak. boleh tahan tak sedar diri. 




Korang jangan lupa bawak mak bapak, adik beradik, pakwe, makwe,  laki, bini-bini (eh.) korang pergi cek darah tetiap bulan. bawak jiran-jiran sebelah skali pergi cek sebab penyakit ni kita tak sedar dia ada. Macam mak aku, pening-pening sikit buat-buat tak kesah ingat pening biasa-biasa je kadang-kadang pulak tu.




Mak kepada kawan aku pulak mati mengejut sebab darah tinggi ni arwah tak pernah tau dia ada darah tinggi. Bahaya penyakit silent killer macam ni. Tak takut??  tau takott.. hehe


Jangan dah terlambat baru nak menyesal.


prevention is better than cure.


atau dalam bahasa ruminya.


Mencegah lebih baik dari mengubati. 



eh, kalo aku salah bagi info kat atas ni sound je "hoi ck salah info nih!"  tak kesah pun tapi sound pon betolkan balik. kang bagi penampar nak? garang tak garang tak?  sebab aku pon tak la pandai sangat bab nih. Belajar dulu pun bukan student cemerlang kesayangan lecturer. keh keh keh.



till then, jaga kesihatan, jaga akhlak, jaga mata jangan nakal-nakal.





bai sayangsss.. ^^ 




31 comments:

Domu-kon said...

sangat suka baca entri nie... rasa kesengalan disitu..hehehe

Nurulee said...

Ee pun tak tau apa benda 180 semua tu. Haha =D nice entry.

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/my-birthday-on-this-year.html

apink said...

entry bagus,,.. saya suka bacanya.. thanks...

PotiaCasaDelarossa said...

Hai !!!! salah info ni... sepatutnya gambar sy ada kat sini.. ekekek gurau jek... suka chart blood presure tu.. sbb dah paham sgt... sbb dah penah kena low blood prsure.. :'(

Dianaa said...

Bagus la entry ni. share info bg yg tk tau apa2 yg berkenaan dgn science :D

ctk said...

hahahahahaaha.......kamu mmg suka buat ct gelak lah...haishhh...ilang stress dtg blog kamu :P

*pepon jge pemakanan mak tu ye...abiskan semua daging yang ade...semoga darah mak kamu kembali normal nti..hehe :)

penyuluh perikanan said...

postingan yang sangat bagus dan membuat saya suka, saya benar2 kagum..terima kasih kawan bermanfaat buat saya....

Aida Omar said...

bahaya darah tinggi kan? kalau terlalu tinggi boleh pitam atau tumbang dibuatnya.. eh salah info nie!! hahaha.. lawak la.

shedameor said...

mak dapat darah tinggi sebab letih melayan perangai ck :P

tirahzairi said...

wahhh...mcm tgh bg lecture nie...hihi

Si Matatajam said...

Mak M blood pressure sampai 200 lebih. Mmg risau sgt masa tu... Tp Alhamdulillah skang dah turun.. Doktor nasihatkan mkn epal hijau

CintaKhadijah said...

matatajam : ya Allah, tingginya.. alhamdulillah xjadi apa2 kan.. :)

Muara said...

Jangan marah... nanti hilang dara...( Samy Velu kata... bukan Muara kata)

Mishter Izwän said...

sngt merbahaya . thanks info . kalau tak de blog nie . mmg tak kan tahu pasal ni

Edy Fee said...

cool./.hehe study jgn tak study..edy pon lusa nak start sem baru dh.huhuhu

Asyiqin Haulisah said...

pjg lebar dia share. bagus satu ilmu baru.

yusuflaili(Goku) said...

salam;
macam2 penyakit sekarang ni..

Nur Aischa said...

seram lah pula bila tahu tekanan darah tinggi ni.. apa pun doakan mak kak CK sentiasa sihat okay ^_^

caliph shuriken said...

byk stage laa, yg kaler merah tu confirm stage bermasalah...

LydSunshine said...

*komen selepas tersedar drpd pengsan sbb baca chart yg bersimpang siur tu*

Akak rasa pun mungkin selalu makan daging jugak puncanya darah mak CK smpai 180 darjah celsius tu. Akak pun sama selalu jadi Kevin Zahri celup kat mak akak. Bila dia nak makan apa2 yg berkolestrol tinggi, akak akan membebel tak kasi makan, tapi mak buat tak layan je. Huhu.. Lagi sadis.

cikwahidaidris said...

great info ! hehhe. sbb sy pon xtau pe benda ni. huahua. budak IT mmg xtau menahu pasal blood pressure ke ape. tau coding saje. ;p

SYAH'IZZAT said...

bahaya penyakit ni. mintak2 dijauhkan lah :)

♥ Nana BamBam ♥ said...

bahaya tu kalau tekanan drah tinggi.

kambing nie lemak tinggi so x leh makan banyak.. :)

Ain Simpson said...

‎​ƗƚɑƗƚɑƗƚɑ"̮ ƗƚɑƗƚɑƗƚɑ"̮‎​ ....styLe la...sengal xabes2 dari dulu...berapa harga dh blog skrg?dlu bkn main mahal..‎​ƗƚɑƗƚɑƗƚɑ"̮ ƗƚɑƗƚɑƗƚɑ"̮‎​

afzalsukasuki said...

santek lah dia...






























...punya kain nak pinjam buley?

ghost writer said...

mana satu betul, darah tinggi atau tinggi darah atau keduanya tertekan? :)

Syahirah Suhaili said...

ayah diela pon ada darah tinggi..tp xkronik la kot..alhamdulillah..
haha..xbg mak mkn,tp dy plak yg mkn..hampeh~ haha

Picoz Shupalula. said...

take care!

Edy Fee said...

wow tinggi tu....bahya..kne mula amalkan gaye hidup sihat

Elie Lily said...

Elie tau pasal segala bendalah darah la tekanan2 ni bagai since masuk hospital aritu! hahha

|shuhadaothman|TM said...

abah shu mmg ad darah tinggi. so, kne check tiap bulan. ubat pon xleh miss.

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.