pEeps!

Saturday, September 7, 2013

Mintaklah tak hensem.

Malam-malam bila dah lapar sangat, stok nasik dalam periuk memang dah takde.
Sebenarnya bukan nasik je takde, periuk pon xde. huahuahua! Kau ingat aku surirumah sepenuh masa sangat nak ada periuk kuali pasu bunga dekat hostel?
 
Dengar-dengar khabar ada kedai burger baru bukak dekat lorong sebelah. Hostel unisel ni dekat perumahan. Perumahan kan ada banyak lorong-lorong. Aku duduk lorong 10. Saja bagitahu kot-kot nak datang merisik.
 
 
kihkih. tak kelakar.
 
 
 
Aku dengan roommate aku ni, kalau nak keluar memang lambat nak bersiap. Eh derr... beli burger je punnn tak yah aaa nak pakai bedak, gincu ke hape. Tapi sebenarnya kitorang nak pergi beli nasik kat depan pun kitorang akan bersiap habis lawa walauponnnn tak. haha!
 
Kitorang sendiri tak tahu motif kenapa kitorang perlu macam tu walhal yang jual nasik tu akak-akak je pun. Lainlah kalau lelaki-lelaki kacak. Tapi bulan puasa dulu ada lelaki-lelaki kacak jual ayam bakar depan hostel siap pakai spek Rayban main gitar. Tapi aku tak pergi beli sebab nampak macam miang. so, macam tak kuasa nak beli ayam kau. haha. Jahanam gila perangai bulan puasa.
 
 
 
So, malam tu nak pergi beli la burger katenye jiran sebelah ada kedai burger baru bukak lorong sebelah. Lapar toksah cakap time tu. Muka macam bencana alam ke tak, kau tak payah nak mekap. Lambat. 
 
 
so, kitorang kelur dengan redhanya-muka-takde-bedak dengan pakai baju tido. Fuh, perangai macam paris Hilton. Kau ingat kau cantek? 
 
 
sebelum keluar bukan nak baca doa keluar rumah. Bukak pintu, sarung selipar jepon..
 
"mintaklah abang jual burger tak hensem."
 
Sebab kalau hensem rugi tak pakai cantik cantik.
 
Perangai mintak baling dengan pasu.
 
 
 
mihmihmih.
 
 
 
 
"Perempuan suka tengok lelaki hensem. Tapi tak semestinya yang hensem tu yang dia jadikan pilihan untuk dijadikan pilihan hidup."
- Ust. Don Daniyal.
 
 
 
Till then, Good night. =)
 

Monday, September 2, 2013

sekesian kesian aku, orang lain lagi kesian.

Sejak raya haritu aku punya melantak macam orang bela hantu raya kau tahu? Mebi sebab masa puasa duduk dekat hostel hidup aku macam tak cukup makan. Kais pagi makan pagi, tak kais tak makan. Camtuuu.. hebat rasanya berperibahasa dekat blog. kihkih
 

Student kesian. Hulurkan tangan ringankan beban.
#lempang#
 
 
 
Sem lepas sem pendek. Kalau sem pendek tu duit pinjaman takkan masuk. Dan bila duit pinjaman tak masuk, hidup kau akan jadik kesian. Kalau nak harapkan duit pinjaman kau belajar kat IPTS, memang hidup kau merana kalau kau jenis boros macam kau anak datuk bendahara. Tapi kalau kau jimat pun, still lagi tak cukup and hidup kau akan kesian jugak. hihi..
 
 
 
Disebabkan duit loan tak masuk, so, terpaksa mintak dengan sugar dad. hamboiii sugar dad tempoyak dia kan.. bapak aku lah. hihi. kau ingat kau hot sangat sugar dad nak bela engkau? sugar dad pun tak kuasa.
 
 
 
 Tapi sebelum nak mintak tu aku pikir lapan puluh ratus juta kali kuasa lapan. Sebabnya sebelum dapat pinjaman dah banyak sangat pakai duit bapak aku. so aku jadik macam segan gittewww.. Sebelum tu pon dah ada mintak. Mintak banyak banyak kali pun, macam haishhh....takpelah.
walaupun mak aku cakap mintakkkkk je kalau nak mintak sebab bapaknya bukan ada anak lain dah nak tanggung. Amboi mak aku kan.. sekali aku mintak sepuluh ribu cash baru tahu. kihkih. hah engkau pon tak beragak nak mintak sepuluh ribu. Apa nama bapak engkau Bill Gate?
 
 
 
 Hari makin hari duit tu macam makin kurang. Takkan pulak bertambah kan? kalau bertambah tak kesian pulak kan hidup aku? kihkih. Sampai lah satu hari duit kertas dah takde dalam purse. Sampai bila pergi cucuk ATM dia keluar ayat, BAKI TIDAK MENCUKUPI. Tapi sebab macam tak boleh terima hakikat, cucuk lagi kad kot kot ATM buat hal. Tiup-tiup dekat microcip kad Atm, kesat kesat dekat tudung then cucuk balik. Cucuk bukan dua kali. Dua tiga empat kali. Nampak dia punya terdesak kat situ? haha
 
 
 
Bila dah redha memang dah takde duit dalam ATM, terus blah dari ATM. Kecewa saat tu toksah cakap. Rasa awan mendung duk ikut atas kepala. Saat tu rasa macam OH_MISKIN_GILA_BAPAK_AH.
 
 
 
But still tak mintak dengan bapak. Sebab aku ade duit syiling. So, bila bajek bajek sempat lagi berapa hari nak habis final lepas tu nak blah makan sedap sedap kat rumah, tak jadi nak mintak dengan bapak. Saat tu kau tau tak ada duit lima ringgit dah rasa kaya gila derrr walaupun spuloh sen spuloh sen sampai lima ringgit.. haha.. kesian.
 
 
 
Ada satu hari tu, bawak duit syiling tiga ringgit nak pergi beli nasik untuk berbuka dengan sedihnya, then pilih ayam seketul, Nasik separuh, makcik tu kasik harga seringgit je. SORONOT kemainn kau tahuu. hahaha.
 
 
 
Bila balik rumah cerita dekat kakak, kemain la dia membahan..
 
"miskinnya hiduppp.."
 
bila makan banyak sikit,
 
"tu sebab kat hostel tak cukup makan lah tu."
 
 
sedih memang sedih rasa macam tengah melantak lemang dengan sambal daging tak sampai dalam mulut lagi, tetiba tersentap then selow selow bawak pinggan pergi sinki. Pastu lap lap sikit air mata tengah bergenang kat tubir mata. pergh, imaginasi!
 
Sedih..
 
tapi bunyik macam nak baling kuali pon ade kan? hahaha. well, siblings memang macam tu. =,)
 
 
 
Member-member, family bukan tak tanya duit cukup ke tak. Tapi bila dah terlampau banyak kali diorang tolong, sampai kita boleh rasa..
 
 
 
cukuplah.
 
 
 
 
Bila kita rasa susahhhh sangat , jangan lupa banyak nikmat lain yang Allah dah bagi.
 
 
"Jika dihitung nikmat Allah swt kepada kamu, maka nescaya tidak terhitung banyakknya."
 
Surah Ibrahim, ayat 34.

 
till then, good night, sayangs..
 =,)

Friday, August 16, 2013

Aku tak tahu pun....

header blog aku kalau print boleh buat billboard. Masa buat guna lappy kecik je pun. Sekali balik rumah bukak blog guna PC besar TV dah macam...


 
Ihsan Google

Terus rasa nak privte blog. Amboiii kekocakan emosi semacam.

Kalau tak edit gambar tu aku rasa segala khazanah dalam lubang hidung boleh kira. Eh asal besar sangat ni? Aku rasa buat dah kecik. Ni korang masuk sekali terus rasa nak sawan khennnn. Pastu terus eh-macam-kau-sorang-ada-blog-khennn. kau hengat kau chantekk sanget? Lempang sesia hidup. hik... Memang tak de return visitors lah kalau macam ni.

eh, ada sesape nak tolong kecikkan sikit tak header? Nak buat sendiri macam kau tahu lah dulu UPSR subjek IT dapat B3.


Ehem.

Sunday, June 30, 2013

Alasan buat lecturer tersayang.

Harini kelas biostatistic start pukul 2 sampai pukul 4. Kelas start pukul 2 tapi masuk kelas pukul 2.40 boleh? Masuk kelas lewat 40 minit memang mengagumkan. Like a boss! okay, bukan niat dihati pun nak masuk kelas lambat. Ingat aku suka sangat masuk kelas lambat-lambat ni? #libas rambut.# Kalau boleh alang-alang dah lewat 40minit baik tak payah pergi teros. bhahaha.. Kelas pukul 2 tapi pukul 12 dah kena siap-siap ke kelas dah sebab nak ke kampus kena naik bas. Dalam 30 minit jugak la nak sampai. So, pukul 1 camtu dah kena keluar rumah tunggu bas. Tengah iron-iron baju perot pulakkk meragam mintak kena maki kan. Dahla iron baju aktiviti aku tak suka sepanjang zaman tambah pulak sakit perot mencucuk-cucuk. Ada rasa macam nak hirup oksigen dengan teratur ke time camtu?
 
 
 
 
Oh, lupa pagi lepas bangun solat subuh lapar sangat pastu makan biskut expired atas katil. 
 
Tetiba nak salahkan perot.
Nasib perot tak boleh mencarot.
Kalau tak dah lama perot mencarot.
 
 
 hoh.
 
 
 pantun dua kerat.
 
 
 Then ambik phone cuba nasib main candy crush level 23. Empat hari main level 23 tak lepas-lepas. Orang buat game candy crush memang mintak kaki. Buat aku tension. Malam sebelum tu try buat konon nak lepas tension buat esaimen biostatistics. eh, lagi tension pulak main candy crush ni. Sakit hati itteww. Sape yang lepas level 23 candy crush memang main bomoh. #fitnah terbesar.# hiks. Sebab berkat lepas solat subuh kot, sekali main teros pass. then tertido dalam iman sampai tengahari. #makcik-makcik pliss skip ayat sebelum ni.#. lepas ni, nak main kendi krash ni kena main lepas solat. Jiwa tengah tenang.
 
 
oh ye cerita ni macam tak de arah tuju. Hilang pedoman. Jangan risau, ceritanya still berlaku dalam Malaysia lagi. Then, pukul 1 keluar rumah pergi tunggu bas. tunggu punya tunggu dengan perut sakitnya nak balik pergi jamban takot bas sampai. Indahnya dunia bila bas sepatotnya pukul 1 sampai pukul 2. Nampak bas macam nampak masa depan. Nampak semangat nak pergi kelas kat situ?thihi.. Bila tengok driver pulak rasa nak bagi lesing. eh, hello, Takde orang pernah cakap dekat korang yang penantian tu satu penyeksaan?
 

 
 
then, sampai kampus dalam pukul 2.30. Nak pergi jamban pikir seratos kali. pergi taknak pergi taknak pergi taknak.lastly tak pergi.
 
 
 
 Time tu aku dengan member cina. so, aku suruh dia masuk kelas dulu. sebab zohor aku tak solat lagi. Jadiiiiii tu la sebab kenapa saya lewat 40 minit ke kelas. Rugi orang takde blog sebab tak boleh buat explaination cenggini. booo die booo.. sape suruh takde blog. ahak.. tak kelakar langsung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Macam lecturer bace blog engkau! ceit.
 
 
Bermotif sangat update blog cenggini. bhahaha. Bye everiwan. Have a nice day!
 
 
 
 
owh ye everiwan bukan pakwe aku. Pakwe aku nama Baim Wong. A ah. Die curang dengan Elfira Loy.

Friday, June 21, 2013

Tipikal pelajar IPT.

Tipikal students sedunia nak dekat-dekat final exam, study tu macam besok dah tak boleh nak study. yelah awal-awal sem tak sedar diri berpoya-poya, berjimba sana sini.  Bila dah final reti pulak nak tanam azam nak 4 flat jadik students cemerlang gemilang university. Kawan ajak keluar makan berfikir macam dia ajak khawin. Nak pergi ke tak nak pergi. Kang pergi membazir masa. Dapat rasa sangat MASA tu ibarat emas berlian intan payung. *tak terasa.*
 
 
 
 
Dah habis final, cepat-cepat nak blah dari hostel nak balik kampong. tapi dalam hati rasa hiba sayu macam lah sem depan tak datang balik. Buat perangai macam kau dah last sem. Naik bas sambil merenung keluar tingkap. air mata bergenang hingus dah nak meleleh. Budak sebelah tengok, kesat hingus dengan kain tudung. berlagak cool. mihmih
 
 
 
then, bila dah start cuti sem.. haaaa tu diaaaaa... kemain ligat lepas tension study. berjimba lagi, berpoya-poya lagi. hilang pedoman hidup sekejap. Aku rasa hidup students ni berjimba je kerjanya. Aku harap beliau berubah.
 
 
 
then dah bosan duk rumah.. rindu nak study.. tanam azam dalam diri lagi. rasanya kalau tanam pisang dah dua kali berbuah. Eh.
 
 Azam kononnya start sem baru tetiap malam pukul lapan nak menelaah pelajaran sampai akhir sem. Niat begitu sesuci lebaran. Mak ayah boleh pengsan kalau tahu anak dia ada niat cenggini. 
 
 
 
Tapi.. orang cakap sangkanya hujan di petang hari.. rupanya panas sepanjang tahun. Global warming katanya. #bukan peribahasa.#
 
 
 
Bila masuk sem baru, minggu pertama takde kelas lagi. bila seminggu duduk hostel takde buat apa-apa, masuk minggu kedua dah malas nak pergi kelas.
 
 
 
Sangat malas.
 
 
 
sungguh malas.
 
 
 
Harini, kelas pukul 3 petang. pukul 12.30 dah kena siap-siap. iron baju punya tak semangat. mulut tak henti henti sebut malasnyaaaaaa malasnyaa macam berzikir. -..-'
 
Roomate tengok dengan pandangan simpati sebab diorang takde kelas. Tak lupa bagi kata-kata semangat. Tapi still semangat tu tak datang. Saat tu rasa dunia ni tak adil. -..-''
 
 
Then, dapat text.
 
 
"harini kelas batal."
 
 
Joget-joget.
 
 
joget-joget.
 
 
joget-joget.
 
 
Hidup ni memang indah!
 
 

 
 
 hikhik.
 
Till then, bye sayangs. ;)
 
 

Thursday, May 23, 2013

Takdelah menantu idaman sangat.


Well, semua orang ade tabiat buruk kan. Kalau aku tak yah citelah. Berkepuk-kepuk. Tapi takpe, kita simpan dalam poket dah untuk mengelakkan segala-kata-cacian-yang-telah-engkau-berikan-membuatku-rasa-kosong-kosong-kosong. Untuk tontonan masyarakat umum amnya, yang baik-baik belaka.#pergh! ayat dah menampakkan ciri-ciri genius dah sikit.# bhahaha
Firstly, sebelum aku taip dengan penuh kekentalan nak reveal perangai bangkai aku, aku harap sangat mak fizo omar tak bace blog aku. Gila engkauuu kalau mak fizo omar baca terus rejek buat menantu. Btw, tajuk pun dah menceritakan isi kandungan kan.. lagipun sekarang tengah usya mak fizo omar ade instagram, tuiter,pesbuk,line,wechat,wassap ke tak. Try jugak shake and look around kot-kot terjumpa kan. Saddap yuuuu ni bukan obsess ni naïf namanya. Naïf tu comel. Kau tak tahu ke? Ehem.
Sebenarnya.. aku tak suka gosok baju. Disebabkan kita hidup dalam arus pembangunan yang makin berkembang dengan dunia teknologi yang semakin canggih #acehhh ayat dia cikgu BM baca terus rasa rendah diri#  and kalau kau tak iron baju keluar rumah semua orang pandang kau atas bawah atas bawah macammm what-the-heck-pompuan-ni-tak-iron-baju-selekeh-nak-mati-takde-orang-nak-buat-kau-menantu-blah-la. Rasa diri begitu keldai keldil dibandingkan dengan orang iron baju satu kedut pon tak nampak macam spray baju pakai safi rania Cik Ta bulu mata palsu melawan tanda-tanda kedutan diawal usia. #oh, satu ayat tak boleh panjang sikit lagi ke ck?#
Paling positif pon diorang pikir.. rumah blackout ke? hik
Well, you know pompuan nak keluar rumah tak sampai setengah hasta pun dia nak iron baju. Seminggu takde iron kat rumah, seminggu tak keluar rumah. Hypothesis accepted!
Ok, cerita dah sampai dipenghujung. Aku gosok baju pada bahagian orang nampak je. Kalau orang tak nampak tak payah gosok. Membazir letrik. Contohnya gosok separuh je kain baju kurung sebab bahagian atas orang tak nampak. Tudung bawal empat segi, gosok 3 segi je sebab bahagian dalam orang tak nampak. Kalau pakai t-shirt n cardigan gosok t-shirt bahagian depan je, belah dalam orang tak Nampak. Kan saya dah cakap saya takdelah menantu idaman sangat. Kehkeh.
Btw, tak gosok baju je pon bukan tak gosok gigi.


wah.. tetibe kann..


Bye sayangs.

Monday, April 22, 2013

Tips penting sepenting Wechat dalam kehidupan.

ok memang dah lama sangat tak menaip ni rasa macam nyilu pulak nak update blog ni. hik!
Untuk pengetahuan semuaaa saudara saudari dato', datin, tan sri, puan sri.... ewah.. somebody needs your explaination ke tak update blog? booo CK booo..!

Well, student kesayangan semua lecturers kat Unisel, pelajar harapan UNISEL ni kan memang la takde masa nak bersosial di dunia maya. Buang masa katanya. Apa yang patut buat? Duduk library sampai malam sampai vontot kau kebas, study sampai mata juling-juling kes tengok nota tulisan times new roman saiz 12. Pergh. Cuba bayangkan.

tak payah kerut-kerut dahi nak bayangkan sebab aku membongak je ponn... keh keh keh. korang ingat aku takde life nak dinikmati asyik nak study je? mak bapak tahu aku study sampai camtu pengsan 3 hari 4 malam. Oh, aku rindu mak bapak aku tauu. Tetiap kali teringat bergenang air mata. Anak bongsu kata engko. hikhik.

Sebenarnya sekarang tengah study-week-tapi-still-ada-kelas-ada-esaimen-ada-test-ada-report-nak-kena-buat-acane-tu?
Btw, nama week ni memang panjang sebab mood menganjing tengah switch ON. hikhik.

Aku muak tengok gambar aku senyum time aku stress. -.-


So, nak dekat-dekat nak periksa macam ni... ayuh kawan-kawan! Pergi mana? Berjimba? NO. Berpoya-poya? NO. berpoyo-poyo? NO. ayuh baca tips saya nak bagi ni. Tips sebelum menempuh peperiksaan. fuyyo, aku tak sangka boleh taip ayat tahap sasterawan Negara macam ni.

1) Tolong la jadi rajin walaupun kau tak berapa nak rajin.

Frankly speaking, aku ni malas tahapppppppppp tahap kau tak boleh bayang malasnya macam mana. haha.
serius aku dah masuk degree ni malas dia lain macam. Maybe sebab lama sangat tinggal belajar sebelum masuk degree kot. Tapi bila nak dekat-dekat exam ni, otak macam berfungsi dengan cara yang betul. sebelum ni? otak macam tak berfungsi sepenuhnya. pergh. kental taip ayat kutuk dirik sdirik. haha.

so, otak mula berpikir..Kau malas, apa yang kau akan dapat lepas ni? kau expect kau boleh dapat 3 pointer above kalau kau malas-malas macamni? kau malas-malas macamni nanti bila masuk exam hall kau boleh jawab semuaaa soalan macam kau dah khatam 14 kali nota-nota kau? u got time sekarang so, study study study jangan nak menyesal kemudian hari. But, nak study, study smart not so hard. ok baby? #kenyit mata siket.#

2) Buat soalan-soalan final sem lepas.

Selalunya budak-budak STPM masuk degree diorang tak berapa nak terdedah lagi dengan suasana exam di university.
Some lecturers dia takde suruh pun tengok past year questions. Tapi sebenarnya penting sangat sebab past year question boleh bagi korang gambaran macam mana soalan yang bakal keluar. Maybe tak sama tapi at least korang tahu bentuk soalan tu macam mana and soalan-soalan yang biasa ditanya. Dulu masa diploma, time study week pulun buat past year questions 8-10 sem. sekarang? satu pon tak buat lagi tapi gigih update blog. #lap peluh kat dahi.#


3) Dekatkan diri dengan Tuhan.

bukan nak cakap sekarang je tapi anytime kot
sebab kita bertuhan bukannya bermusim. Tapi aku paham.. manusia dia punya iman tu kadang turun, kadang naik.. time tengok awek hot dia turun sikit.. lalu depan masjid naik sikit.. macam tu.. kita manusia iman tu tak statik kan.

so, nak exam ni rerajin la buat solat taubat, solat hajat, mengaji. Semua ni boleh buat hati kita tenang tau.  Bila exam ni macam-macam hal la nak kena settle kan.. report la esaimen la.. ada test lagi.. memang serabut! tapi once korang dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah, hati boleh tenang and buat keje pon macam smoothly je...

Dulu time diploma sebelum study bukak Quran bca Quran.. Sekarang Ya Allah.. tak tahu nak cakap. haihh.. Ayuh kawan-kawan kita berubah dan kembali ke pangkal jalan. pehh.. hebat betol ayat. hehe..



 Doa sebelum belajar.
 
 
 Kita kena ingat, ilmu tu ilmu Allah. Yang dia bagi secebis sangat. Apa lagi, dah tahu siket mintaklah banyak-banyak! Allah maha pemurah kot! tak gitu kak jenab? ;}
 
Study joms?
 
 
 
Btw, 25/4 , 29/4, 2/5 , 16/5 aku punya final. Doakan aku tau tau tau?#paksa ni paksa.# muahaha.
 
till then, bye sayangs!


Wednesday, January 30, 2013

Keep praying.

Pertolongan Allah kadangkala tidak datang terlalu cepat, dan mungkin juga datang terlalu lambat. Tetapi yang pasti pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat.


One good reason why people should pray:

it's because Allah can do more in a second than what we can do for ourselves in a lifetime.




Have a good day everyone! :)

Thursday, January 10, 2013

Esok dah takde.

Cuti sem sebulan dah habes. 12hb ni dah daftar sem baru kena balik UNISEL balik. Sekarang ni kan UNISEL tengah hot ada konflik politik sana-sini,so nak masuk study tu macam takde semangat tau. Bermasalah ke aku masuk tempat belajar bermasalah? Memang cari masalah. Tapi aku bukanlah pompuan bermasalah. Banyak pulak kau punya masalah. -..-''


Esok dah nak berangkat balik kuala selangor. Feeling dia macam nak pergi bertapa ko tau.. Kau cakap kat aku apa ada kat Bestari Jaya? yeah.. ada aku yang cun. Nak otograf boleh beratur kat Unisel bestari jaya. gila feeling primadona habes. kahkah. 

So, pasni memang lagi tak ter-update blog ni sebab aku takde lappy oiiii... Sedih bila dikenang-kenang dah la blajo dalam hutan, lappy xde, pakai pulak phone tot tet tot tet kalau menaip mesej bunyik sebijik macam typewritter kerani. Feeling dia ni macam esok kena naik mesin cahaya doreamon pergi zaman 80-an. 


Aku belajar dalam keadaan macam ni kalau tak boleh 4.0 flat jugak tak tahu la. Berpoya-poya la tu lebih. keh keh







Oh, lupa nak pesan. Jangan rindu aku tau. Kenang daku dalam doamu. #pitam.#






Bye sayangss.. 

Wednesday, January 9, 2013

Tak puas hati.


Kelmarin ada la keluar pergi hantar mak klinik sebab dia tak berapa sihat. Kalau sihat takde pulak nak pegi kan? ahak tak kelakar. #lempang sedas#. lepas tu aku  singgah klinik kerajaan sebab nak cuci gigi.. Tetiba timbul kesedaran nak pergi cek gigi 6 bulan sekali. Petanda nak khawin ke apa ni? Hubungkaitnya apa? ahak.

Tau je la kan pergi klinik memang ditakdirkan untuk menunggu.. Kalau pergi klinik terus dapat masuk bilik doktor tu kira ko tengah mimpi la tu. Tapi aku rasa dalam mimpi pun belom tentu dapat.

Sebab dekat klinik swasta pun kena tunggu lama-2 kan so siap cek mak aku dalam pukul 4.15 petang camtu, bajed-2 memang sempat la nak pergi klinik kerajaan kan.. So bedesup la pergi klinik kerajaan. Tengok-2 kat papan kenyataan waktu tutup pukul 5.30 petang. memang sempat sangat la kan.. Good job Ck. Jom masuk! 


So, terus pergi daftar nama.. Masa tu ada sorang je pesakit tengah tunggu. Dalam pukul 4.30 lebih macam tu turn aku pulak. Cek-cek pastu dia cakap gigi kena tampal jadi kena atur temu janji la doktor tu cakap. Aku tanya la tak boleh ke buat sekarang? Bukannya ada orang lagi pun kat luar. Aku yang last. pastu dia tengok nurse kat sebelah dia pastu duk gelak-gelak. 

Dah tau sangat nak balik awallllllllllll.. 



Nurse kat luar pun sorang-sorang dah kalut angkut handbag. aku peratiiii je pangai sorang-sorang.. Siap perli aku cakap nak magrib baru nak datang. Ewah..

Ikut hati nak je jawab, "eh, dah magrib ke? jom la solat jemaah magrib sesame.."

Klinik tutup pukul 5.30 kot. Aku pergi bukan pukul 5.29.  ah. tak puas hati.






  • Waktu kerja habis pukul 5.30 p.m maksudnya kerja sampai pukul 5.30p.m la kan. Bukan maksudnya 5.30p.m dah start motor dah start kete takpun dah sampai kat pagar rumah. Masalahnya sekarang ramai yang TAK PAHAM MAKSUD atau buat-buat tak paham. -.-'



Aku taknak la membebel lebih-lebih. Banyak lagila yang tak puas hati. Pergi klinik kerajaan nak dilayan macam Puteri Gunung Ledang? Mimpi dalam mimpi pon belom tentu dapat. Ko ingat ko tuan puteri? hihi..


Padan la sebab bayar 7hengget je kan.. Pergi Klinik swasta, padanla jugak bayar beratos tapi dilayan macam Snow white. u deserve it la kan. 


Membuak-buak semangat didada nak membebel ni. Tp sedor umur baru 23 tapi membebel macam makcik-makcik 40an.  Taknak la kan. Masing-masing paham sendiri la. Masing-masing dah besar. Saya harap korang berubah. tetibee..

ewahh.. Makcik Ck, makcik Ck.. -..-''

p/s: petang tu ada budak comel dapat tampal gigi dengan cuci gigi lepas buat drama swasta. kahkah.

wah, ada hadiah percuma! klik sini.
Till then, bai sayangs..^^p

Tuesday, January 1, 2013

Tips nak cantik?

wah wah title macam ko dah habis cantik sekali pandang macam neelofa dua kali pandang macam zaiton sameonnnnnn kann.. ewah..

okay, terus kepada titik #straight to the point#
aku ada anak sedara malas mandi dan takot air. Kalau degil-degil tak payah ambik rotan, simbah je dengan air. kompem die takot. hiks.  

Aku tak tahu la menurun perangai sape kan. #ehem.# 

Masa dia kecik-kecik dulu, ada la kena jaga budak ni time ayah dia pergi out-station, akak ipar 
aku pulak keje. So, sebab sifat keibuan menebal dalam diri begitu menonjol, pilihan utama mestilah aku kan kena jaga. Motif sangat siap boldkan tulisan. Tapi percayalah itu hakikat dan mohon sebarkan ke pelosok negeri. kahkah


Kalau nak mandikan dia, sekali dengan kau akan mandi. Dia tak boleh kena air atas kepala. dia jadi macam lemas-lemas camtu. Feeling tengah berenang dalam swiming pul barangkali. So, dia akan peluk-peluk la entiti berdekatan. ye. aku entiti tu. 
Kalau haritu dah 14 kali mandi, campur mandikan dia 3 kali tak ke jadi 18 kali aku mandi?



Besar-besar boleh pulak feeling princess padahal ko kecik-kecik dulu maksu mandikan pakai mesin basuh. Senang keje maksu.




Tapi dia ada perangai gud-gud sikit. Ko jangan la puji dia cantik. Patblas malam dia tak boleh tido. Maksu ni sebenarnya melampau kalau bercerita kadang-kadang. ahak.


so, disebabkan dia ni suka laaa sangat dipuji cantik.. Suka bila pakai baju cantik-cantik. Suka cantik-cantik tapi malas mandi. tak pahamm. maksu harap yuni berubah.
 then one day, bila si yuni dah besar aku suruh dia mandi..



Mak su cun: yuni, pergi mandi sekarang!. #wah.. terus rasa macam ada pakej mak-mak garang.haha#
Yuni : tanak. #macam biasa. alah bisa tegal biasa. hubungkaitnya apa?#
Mak su cun: Yuni tau tak, nak cantik kena mandi 3 kali sehari.
Yuni : ye ke maksu? Kalau 4kali?
Mak su cun : lagi la cantik.
Yuni : maksu mandi berapa kali.?
Mak su. : doblas kali tu yang mak su jelita habis. #libas rambut.#
mak su : 3 kali la. Cantik tak mak su? 
Yuni : #Buat muka was-was.#
Maksu : ah benci yuni. 

****


Maksu tak payah mandi pun tak pe. Edit edit sikit pakai photoshop teros boleh feeling cantik dalam gambar tapi bukan alam realiti. ahak.

****

Yuni : nak mandi 3 kali sehari la macamtu!
Maksu : bagus! =)


****

sebulan pastu.. 

Yuni pergi mandi!










 tak nak.











Foine.

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.