pEeps!

Tuesday, June 5, 2012

Tepuk tangan sebelah bunyik la jugak sket-skettt.

Best sangat ke bercinta? Mesti la best.. Siapa cakap tak?

ce tanya aku dah berapa kali bercinta? tak terkira hoi.. cececehhh... nak cakap best tak best nye bercinta sampai tak ingat kau dah bercinta berapa kali. sampai kalau jumpa ex kat tengah jalan boleh kompius tanya "eh ni ex nombor berapa?" poyo gila bajed hot stuff kan ramai sangat ex.. kah kah kah.

Korang pernah bercinta? tipu la kalau jawab tak pernah. Yela-2 mungkin ada picisan yang tak pernah tapi aku bagi survey tipu-2 aku yang 8 dari 10 rakyat Malaysia pernah bercinta. dan 8 dari 10 rakyat Malaysia sukakannya! wah terus feeling Lisa surihani iklan Garnier. =..='


Entry ni bukan nak menggalakkan korang bercinta ke apa. Takde pekdah aku nak buat kempen marilah bercinta kawan-kawan sebab cinta tu best! Entry ni kira nak bagitau pengalaman je la..

Hati manusia mana yang yang taknak dicinta dan mencintai kan? Of course semua orang nak rasa macam tu.

Tapi part kau suka orang tu, orang tu pulak tak suka kau paling kau rasa macam dunia ni tak adil pastu kau pun jadik hati kering tanak terima cinta lain sebab kau betul-betul pasti yang one day dia la jodoh kau walau sekarang dia tak suka kau tapi kau tetap rasa kompiden je yang kalau kau tak putus asa, dia akan jadi milik kau satu hari nanti.

Korang paham tak apa aku tulis ni? Kalau tak paham korang skip je peranggan ni. Takpe mungkin lain kali dah besar boleh paham. takpe-takpe tahun depan cuba lagi.


Yang paham tu korang pernah rasa macamtu? 

ye, aku pernah. awww maluuu... #terajang nak CK?#

Sampai tahap aku pernah berdoa sesungguh hati siap sebut nama dia. Pastu siap amalkan doa jodoh surah apa tu aku lupa.. Nampak tak kalau berdoa bab ni kemain bersungguh hati? keji je pangai kau kan.. hehe!

Oh, tapi tu kisah lampau.. tak matang lagi.. kira time tu orang pandang cinta aku macam cinta?-kau-tau-ke-kejadah-apa-cinta-tu?  haa.. macamtu la..

Orang tu datang time aku tengah frust.. memang rasa macam Allah dah temukan dengan orang yang betul. Yelah kau tau kan hati orang yang tengah frust, kecewa tak hengat akhirat senang nak tersentuh kalau diusik. Tup-2 aku duk kepuk kepap kompang sorang-2, tak meriah pun bunyinya. ala aku modified "tepuk tangan sebelah tangan takkan berbunyi."  -.-
ahh laki suka bermulut manis.. Kalau dia boleh telan ayat-2 dia kompem boleh kena kencing manis.




Lagipun seminggu dua je konon benci lelaki la hape kan lepas putus dengan boyfie sebelum tu.. Sampai abeh lelaki aku nak kondem. Kalau pandang laki tu pandang sebelah mata je. pandang sipi-sipi dengan ekor mata je.. Rasa macam perkataan ahhh laki semua sama tu macam dah sebati dalam percakapan seharian. kalau boleh nak cakap setiap kali jumpa laki. over.

Ala seminggu dua je pon.. cehh konon la kan.. Bila datang orang usik hati sket je pon sket je tepuk-tepuk sket je mula la nak cair kan.. #banyak la kau punya sket kan ck..# ah.. aku malas nak padam nak taip balik susun ayat. hehe

Lelaki bermulut manis atau perempuan yang suka perasan?

Gambar depan cermin = gambar syok sendiri.
Gambar syok sendiri sesuai untuk orang syok sendiri.muehehe


Takpe la.. aku kepuk kepap kompang sorang-sorang pun at least aku ada pengalaman kepup kepap kompang. Iye dak?


Korang macam mana?

eh jap.. berbunyi ke kalau tepuk sebelah tangan? bunyi la sket sket.. bunyi angin zup zap zup zap. -..-



till then, bye sayangsss..^^









18 comments:

Zul De Alexis said...

guwa lama x bercinta...cinta tu cmne eh? haha..

amboii..play girl ke nie?hehe

CintaKhadijah said...

da pencen dr bercinta ke SM? :P

oit.. xpayah nak playgirl sngt..:P

Eein Azryn said...

Kite suke die, die tak suke kite. Ok. Kite cari orang lain. Haha. kalau la senang macam tu. :D

Hans said...

komen den sama macam komen pertama
hahaha

anamizu kaito said...

wahh! wah ! manyaknye becinta !
err ke BENCINTA ni?? hehe


sbnrnye mybe jgak sbb gurl sllu
over perasan skit kot.. pd hal
sbnrnye guy tu cume jns caring
as a mmber je kdg2.. tp hati gurl
kan cpt rase TERjtuh cinta..
so sbb tu la akan jd rase tepuk
sblh tgn..hehe






slm kenal,
cik ana

Dakara said...

actually, cita tak berbalas dengan putus cinta, same je rasanya. kan kan kan :D

Mawar berduri said...

ngeh2 .. cinta dtg dan pergi, tp rasa di hati ttp kekal abadi ^_^

Fatim said...

cinta oh cinta haishhh

ctk said...

kawan ct skrg cm kamu dulu lah....xnk trime laki laen sbb yakin tu jdoh dia...huhuhu..sush tul nk trime hakikat ye...

*aty pompuan ni lembut, kena tegur ckit, dh kata laki tu suka kt dia...hahaha...ct lah tu :PPP

Mr.She said...

kuat benar bunyi angin. wakaka

nuyui a.k.a miss YUI said...

aduh..xtau nak komen apa bab ni..huhu

gnesop.com said...

bercinta kepada Nya kekal abadi :)

Yana Libra said...

perempuan ni hati lembut..bila ada orang yang amik berat pasal kita, kita akan senang cair~~

it's normal kot?

LydSunshine said...

Tepuk sebelah tangan pada peha masa tampar nyamuk berbunyi plok.

CK, pengalaman2 awk ni lebih kurang je kronologinya dgn pengalaman2 akak. Yg paling terasa bodoh skali bila berdoa tu terus mentioned nama lelaki tu dlm doa, nak jugak dia tu jadi jodoh. Padahal kalo kita fikir balik, kita seolah2 macam dah perintahkan Allah untuk dengar ckp kita. Eii... berdosyer kan? Tapi pengalaman2 tu mengajar pompuan belajar jadi lebih baik dan matang.

Drpd pengalaman, kesimpulan yang akak dpt buat, lelaki tak suka pompuan yg kuat merajuk dan banyak kerenah. Sebab derang letih nak layan.

Anonymous said...

cinta tu mnyakitkan..phuiii cinta..kahkahkahkahkah

syakirah izwanie said...

ahaha. Betul tu. Lepas putus bukan main ayat caci maki. Tak cukup lagi. Kadang nama haiwan haram pun boleh jadi trending. Haha.

Nelly The Strange said...

cinta kena reject ke ??
-.-'

shedameor said...

whoaa. kite ade pengalaman yang sama ! hehe

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.