pEeps!

Saturday, April 28, 2012

Sehingga jumpa lagi. Bai!

Sehingga diupdate selepas hari buruh.


#bajed blogger disayangi orang tertunggu-tunggu ko punye entry.#


sesape yang rindu bolehla PM saya di pesbuk ataupon tweet saya di tweeter ataupon teros kol di nombor kosong satu tiga empat lima coiiii...kau ingat kau diva CK?



Okay-okay foineee dah boleh panggil aku blogger perasan selebriti.

kbai.



till then, bai sayangsss..
:p

Wednesday, April 25, 2012

Perempuan tu memang tak patut.

Kes satu.


tetiba kes satu nampak sangat tak menyempat.. hehe
tengah semangat nak update blog nih. Jangan nak komplen. 




cani tau.. dua tiga menjak ni, baru aku tahu, senakal mana pun lelaki tu, kalau bab nak cari perempuan memang stok perempuan baik-baik, stok sopan-sopan, becakap pun volume 2 paling max.. gelak pun bunyik hihihi..  dulik ah diorang si lelaki  perangai macam haaaaaape ntahhhh kann..

Akak cun : cantik  Nabila tu kan?

Nabila ni budak muka innocent.. senyum pun manisss jeee.. ada tahi lalat kat bibir macam siti nur haliza. Putih.. Memang cun la..

Budak form3-muka-innocent-kononnn-eiii-akak-rasa-nak-lempang : Alah kak, cantik memang cantik tapiiiiiiiiii......

Kawan-budak-form-3-muka-pun-innocent-kononnye-jugak-yang-ni-pun-akak-rasa-nak-lempang. : Ntah kakkk.. muka cantik tapi mulut cam hape nak wat pe kak.

#Nama budak tu tak bleh panjang lagi CK? =..='#


Akak cun : Asal? baik je akak nengok si Nabila tuh. 


Budak form3-muka-innocent-kononnn-eiii-akak-rasa-nak-lempang : Akak dengar ni keh? Hoi Nabila!!!


Nabila-si-muka-suci-kononyajugak : Ape tutttttttttttttttttttttttttt !!!


Akak cun : errrrrr... ok fine..




Kes 2.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...tuttttt!


Budak awan-nano-sebab-rambut-dia-macam-hafiz-jadi-aku-panggil-awan-nano-jahat-kan-aku-hi-hi-hi. : uihhh kak.. sape gelak cam jantan kat luar  tuh? terkejut saya. ni kalau mak saya dengar sebatu dah suruh balik ni. Rejek awal-awal buat menantu..




Akak cun : Amboi... baru form 4 dah pikir menantu untuk mak. Optomistik. 


 Tapi perempuan tu memang gelak volume macam nak pecah usus kecik. aku sebagai perempuan ayu ni kadang-kadang malu jugak tengok kaum sejenis perangai macam tu.

Bukan nak belagak baik tapi.. seriesli perempuan tak patut kot perangai macamtu. Mahu perempuan baik lelaki. Am I right?

mesti la right! kan? 

Mak saya dari kecik takkan benarkan anak dia sebut perkataan yang tak sepatutnya kitorang sebut. Pernah masa kecik-kecik dulu saya gaduh dengan kakak saya dan saya panggil kakak saya bodoh, saya kena cubit sakitnya ya Allahhh. Kalau ingat balik, sampai sekarang rasa lagi sakit kena cubit tuh. #over.over.#
so, sampai sekarang, kitorang akan sebut bodoh bila ada orang betul-betul buat perkara bodoh. yang tu dibenarkan. At least ada can jugak nak panggil orang bodoh kan? keh keh keh.

hoi Ck, perlu ke keluar statement baik-baik macam tu terus ber saya awak? booo booo booo... !


ehem.


Hal ni nak salahkan mak bapak tak boleh jugak sebab, kadang-kadang mak bapak dah ajar dari kecik, tapi sebab kawan-kawan suka sebut siall la tuttt la tuttt la tetttt la... so, terikut-ikut. orang cakap pengaruh rakan sebaya. Sebut mendalah tu semua macam dah trend zaman sekarang. kan?

Macam kalau sebut 'sial' sounds sangat cool. Kadang-kadang aku teringin nak sebut. Cool kan sebut 'sial'? kah kah kah.

Cuba pikir, kalau kita mulut macam tu, anak-anak kita nanti macam mana? takkan dah ada anak baru nak pikir? ke tak terpikir langsung?  ke tak terpikir nak ada anak?
alah, tipu la.. selalu pakwe makwe...

"abammmm.. nanti kita nak anak berapa orang?"
see, see? pikir nak ada anak kan?

Takut nanti, "sial" anak terkena atas batang hidung kita. Nauzubillah..

Kids, watch, listen and learn. 
Remember that. :]
...


Muka dah abes cun/ensem,innocent tapi mulut macam longkang-kebersihan-tahap-kelas-D, tak cantik jugak orang tengok kan?

p/s : Akak cun refers kepada seorang akak yang penyanyang, lovely, innocent, sweet dan perasan lawa dan dia ada blog. blog dia nama ulardaundotblogsepotdotkom.


hakhakhakhakhakhakhaktuiiiii...








till then, bye sayangsss... :)


Siriesli ini pertama dan terakhir.

Semalam balik balik kerja motor bagi warning mintak minyak. Lalu depan stesen minyak fikir seratos kali nak isi minyak ke tak nak.#OVER#. Sebab sebelom ni, ayah aku je yang tolong isi minyak walaupun aku yang tetiap hari pergi kerja bawak motor. Setiap kali ayah nak pergi isi minyak mesti kena membebel..

DIA PERGI KERJA NAIK MOTOR ,KITA PULAK KENA ISI MINYAK.
Berkali-kali dengar rasanya dah boleh buat pepatah melayu. -.-'

Pastu aku bagila alasan,  tak pandai la, tak biasa la apa la. Anak bongsu kate ko, kena la mengada-ngada.

Nice sangat pangai anak bongsu kau kan?
-..-



Disebabkan takut sangat tak sempat sampai rumah, patah balik masuk stesen minyak.  First time aku pergi isi minyak dalam hidup. Ni kalau bebudak kat tempat kerja tahu mesti reramai duk nyanyi..

"Seuuumur hidup aaaaaakuuuuuu, iniiiiiiiiiii yangg pertamaaaaa.."
kalau aku buat something yang jakun-jakun sikit, lagu ni la diorang nyanyi. Tak paham. Jeles sebab aku jelita lettew.. Aku tau. Ehem. #takde-kena-mengena.#


Masa sampai kat pam minyak tu, aku nampak sorang mamat ni.. macam kenal.. da macam kenal tu, dari jauh aku senyum la habes lebar, habes cun. eh..

pastu dia senyum balik.


pastu aku tegurla.


sembang-sembang..



pong pang pong pang...

#tengok tangki hampir kosong.#

"agak-agak nak isi penuh tangki berapa hengget ye?"
nampak tak ayat orang first time pergi isi minyak?

-..-'

sembang lagi,


pong pang pong pang...

#tengok jarum meter.#
padahal x bergerak pun sebab motor tak start. Tunggu jugakla jarum tu bergerak sampai tanda Full.
-..-'


pong pang pong pang..

#tengok meter pam minyak.#
ok.dah penuh tangki.



" okay, dah penuh.. berapa ringgit?"
dah tengok dah berapa ringgit tapi saja nak menyembang. ciss.. dasarrrr.. hehe..

#pastu tengok mamat isi minyak.#

ok, aku tak tahu kenapa....



tak tahu kenapa...




Aku tak tahu kenapa AKU SALAH ORANG.


"errrrr...Saya salah orang! Saya tak kenal pun awak.!" sambil didengari manusia-manusia sekeliling.


Pekerja kat situ dah kah kah kah macam esok tak boleh nak kah kah kah.


kemain kau menyembang tadi rupa-rupanya... aishhhhh nak taip pun malu.


Malunya rasa nak nyuruk dalam tin biskut.
Rasa nak tumpang kereta pak cik isi minyak sebelah balik rumah dan tinggal motor kat situ.

Patutla mamat tu macam errr-errr-errr masa becakap dengan aku.



at least awal-awal tanyala  kenal ke apa. iye dak?
Tu la aku tahu aku jelita tu yang layan jugak aku ajak sembang.

#Pang! skali.#






Berlalula aku dengan perasaan malu tapi jauh disudut hati ada feeling anak cemerlang sebab mampu isi minyak sendiri. #sempattt..#





Rasanya tu first and last aku isi minyak kat situ.

Moral of the story : Eye contact semasa bercakap sangat penting.


Ni semua salah topi keledar sebab ada cermin gelap. Nak tengok orang pun tak jelas.

Bila diri sendiri dah malu, salahkan topi keledar pun boleh. =..='

Sampai harini aku tak paham kenapa aku boleh salah orang. tak paham. tak paham.
Kenapa pandangan pertama selalu menipu? aggrhhh...

Ini bukan lawak. Ini serius.

Aku teramat malu, leave me alone.
okbai.

#Lempang.#


Friday, April 13, 2012

Perkara yang semua lelaki patut tahu.

hai, harini saya update. seronok tak? seronok tak?

rasa-rasa ada tak yang sekarang depan laptop tengah melompat yeay-yeay! sambil cakap "CK hapdet! CK hapdet!


ni kalau ada sistem lempang secara online, sah pipi dah lunyai. primadona ke kau CK? apa kau ingat kau siapa? Ahli muzik? majestrateeeeee?

inaf CK inaf.


ok, today, we gonna talk about pi.em.es.

sounds sangat URBAN kan cakap omputih?
#mata ke atas.#

okay-2, harini aku nak cakap pasal PMS. jom kita wiki ape tu PMS. sikit-sikit wiki, sikit-sikit wiki. semua nak wiki. orang tanya kenal tak Zaiton Sameon, teros wiki siapa Zaiton Sameon. Ohh.. kawan sekolah rendahhh.. Dulu, time nak belajar kereta pon wiki macam mana nak drive. boleh? #tipu.kbai.#

Premenstrual syndrome (PMS) (also called PMT or premenstrual tension) is a collection of physical and emotional symptoms related to a woman'smenstrual cycle. Bla bla bla blaaa blaaaa...


kalau aku copy and paste semua yang ada kat wiki, memang tak la orang nak baca kan? ok, mari sini duduk dekat-dekat saya nak cerita. yang laki jauh-jauh sikit. yang hensem-hemsem dekat-dekat sikit. #PANG!#

PMS tu satu gelaja yang melibatkan gangguan fizikal dan metal kepada kaum perempuan menjelang 7 hingga 10 hari haid and hilang dalam beberapa hari lepas haid.

Contoh gangguan fizikal :

1. Mudah rasa letih.
Buat kerja sikit merungut letih macam kerja jadik buruh kasar siapkan KLCC. So, pakwe-pakwe harus bersabar sebab kemungkinan anda perlu melakukan segala hal duniawi makwe anda. kadang-2 tak buat kerja langsung pun boleh rasa penat.

*Pakwe refers to lelaki xkesahlah bergelar suami mahupun mata air, mata hati, mata-mata inaf ck.dan gentlemen.*

2. Jerawat.
Time PMS, jerawat akan tergedik-gedik muncul dengan perasaan tak bersalah. kalau sebelum ni muka halusss mulusss tulusss sesuci lebaran, PMS punya pasal teros muka nampak artistik. Seri innershine pun boleh hilang.
bak kata Maya Karin ko, Seri innershine lettewwwww...
Bila jerawat naik tanpa segan silu, teros stop update profile pic dekat pesbuk. eh. :p

3. Sakit dibahagian-bahagian tertentu.
Contohnya dibahagian vonvot,vayuvara dan verot. Alalala.. aku malulah nak taip betol-betol.bhahaha..


4. Perubahan nafsu makan.
bila PMs, perut asyik mintak makanan. takkan nak mintak penampar kan? Memang akan rasa nak melantak je. omputih panggil food cravings.


Contoh gangguan mental :

1. Nak lebih perhatian.
Boleh jugak dipanggil mengada-ngada. Kadang-kadang terlebih gedik. Manja pun lain macam, macam nak mintak penyapu.

2. Perubahan emosi secara tiba-tiba.
Contohnya, tengah happy-happy, tetiba boleh sedih. Kadang-kadang air mata keluar tak mempasal. apabahasaakugunani. tapi, seriously, ada perempuan tetiba air mata berlinangan-di-pagi-syawal for no appearent reason. Ada sesetengah perempuan pulak senang sentap. I repeat, SENANG. Kucing tengah jalan-jalan pastu terlanggar dia pun boleh cakap kucing tu tak suka dia. apa ni CK contoh tak releven. -.-'



3. Mood marah doplohlima jam.
Semua tak kena kat mata diorang. Sikit-sikit nak marah. semut terjatuh dalam air dia pun kemain marah semut macam nak buat musuh 7 keturunan. Contoh tak releven lagi? guys, u ollsss patot percaya, ini wujud. like seriously okay. :p



so, conclusionnya..

GUYSSssssss you better prepare for your girl's PMS! MUAHAHAHAHAAH. #gelak jahat.#

syndrome-2 PMS tak semua perempuan sama. Every girl have different ways of showing their PMS. Lelaki kena tahu yang kami tak mintak semua ni. Ni semua berkaitan dengan hormon.
so, learn how to deal with Premenstrual makwe. :p

Subhannallah, hebatnya ciptaan Allah kan? Dan sesungguhnya, wanita itu sangat istimewa. Do you know anything in the world that bleeds for 7 days and doesn't die selain perempuan? hehe.. c[=

 Till then, bye sayangssss.. ^^,



images   source : Google.

Monday, April 9, 2012

Petang itu..



Satu je tabiat aku sejak akhir-akhir ni bila dah dapat lesen kete, suka buat-buat pro time bawak kete. bawak kete kalau time awal-awal dapat lesen amboiiiiiiii kau la wanita melayu pembawak kereta paling sopan. Polis trafik tengok rasa teros nak buat menantu.

dah dua tiga bulan, takde dah sopan-sopan menantu polis trafik. 
selalu kena komplain dengan  mak sebab bawak kete ganas-ganas. tak tahu la ganas macam mana mak aku tengok. rasanya masuk gear takde la goyang-goyang gear sampai nak tecabut batang gear. -.-"

ok. maksudnya suka bawak laju. kalau laju pandai cilok-cilok tu takpe la. ni lubang depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak besar. dah la pemandu tak berhemah, perosak bahasa pulak tuh. 

teeehee..

aku ingat lagi, bulan lepas. Time tu hujan.. hujan boleh la tahan lebat.. ada satu tempat tu kan lopak air punya la besar. tapi tu la aku NAMPAK tapi tak sempat nak buat nampak. cane tu? heee..

disebabkan time tu bawak kete laju tak sempat la nak break slowkan kete. skali air tu terpercik.. punya terpercik macam air terjun kau tau.. kebetulan pulak kat situ ada kedai kopi. aku agak macam air terpercik sampai dalam kedai kopi. dah la ada pakcik-2 syok nyembang tak ingat kiri kanan. ok finee. nak cakap aku pon bawak kete tak ingat kiri kanan kannn. :p

Pastu pikir la nak benti pegi mintak maaf ke apa kan. Aku macam rasa air terpercik tu masuk dalam kopi diorang. Aku rasa je la, sebab tengok tahap terpercik tu boleh tahan kau.. Tapi sebab dah kete pon laju, terlajak pun boleh tahan jauh.. so terus sedapkan hati buat muka tak-masuk-tak-masuk padahalll dalam hati macam-masuk-macam-masuk.

Sampai harini tido tak kenyang, makan tak basah, mandi tak lena sebab serba salah.
melampo la kan..

tapi siyes sampai harini macam rasa besalah gila. Kenapala tak pergi mintak maaf awal-awal.. =.="

 terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh di GOSTAN.#apasallakautakgostanCK!#

foine foine foine..

aku pun rasa aku tak bermoral. haishhhh...

dah la kena perli blog macam tweeter.. hampesss tau korang.

aku nak merajok patblas malam.

bai....#bawak diri pergi Landen.#



Tuesday, April 3, 2012

Cincin.

Saat cincin di depan mata, saya cuba rasa debaran tu.
tapi takde.

Maaf. 



Bermoral.

Harini tolong budak-budak buat lukisan mural kat dinding. Diharap lepas ni aku akan lebih bermoral. eh.


#saya budak bermoral penuh dengan kesusilaan dan memenuhi rukun-2 negara.sila lah percaya.#

ok. saya tengah terkinja-kinja nak angkat bakul ni. sambadi help help!

kbesurai.
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.