pEeps!

Wednesday, July 11, 2012

kenapa, kenapa dan kenapa???

Pagi tadi pergi kerja minyak motor dah dekat tanda merah. Mintak minyakla. Tak pernah lagi motor tu mintak pelempang. kalau diikot hati memang nak bagi pelempang sebab sikit-sikit nak minyak, sikit-sikit nak  minyak. Ingat minyak beli guna dengan bulu hidung? #ewah, emosi pulak kau.#

Was-was jugak nak benti station minyak ke tak sebab dah lewat suku jam nih. bawak motor dah la laju nasib tudung tak terbang-terbang sebab pakai sweater . kalau tak mesti terbang-terbang. tak suka betol.



alhamdulillah sampai jugak kat tempat kerja. 


Balik tu terus jadi anak cemerlang lagi pergi isi minyak untuk second time. Takot la jugak tak sampai rumah tak pasak-pasal kena angkat kain tayang kaki mintak kereta lalu lalang berhenti. coiii.. berani ke kau? haha

Masa syok-syok tunggu minyak penuh tetiba ada orang tegur..

Orang tu : amacam keje harini? ok?

Orang tu dari belakang.. pastu macam filem-filem hindustan tu aku pon pusing la dengan jelita pastu ada angin sepoi-sepoi bahasa pastu tudung pun terbang-terbang.. 

jangan percaya..haha

aku pusing..

CK : Ok je..

dalam hati..

alamakkkk celah mana mamat ni boleh munculllllll... kenapa dia ada lagii.. kenapa...

sembang-sembang sikit.. 

pastu beg duit jatuh.. kunci motor campak masuk dalam beg.. pastu macam mana nak start motor kan?? cari balik.. Bebudak isi minyak kat situ dah hihihihi.

aku nak cepat blah sebab aku malu. 

aku malu woii..

mamat tu pulak sengeh-sengeh.. duk ngusik-ngusik.. saje nak mengimbau kisah silam lettewww... haha..

pastu aku pun blah dengan perasaan riak dalam diri sebab isi minyak untuk second time. kau mampu? 



#lempang.#




eh, nak tau mamat mana? mamat ni..



till then, bai sayangsssssssss.... ^^p



9 comments:

si kiut lavender said...

erk..ada jodohlah kot...hikhik

aiEz said...

haha,kisah romantika malu2 meow terkenang kembali...hehe,mengimbau memori Ck dan dia,ceewah

nuyui a.k.a miss YUI said...

jodoh tu =)

Lan Bingka said...

hehehe.. dah pandai isi minyak

Asksn0w said...

jodoh di stesen minyak..
boleh buat novel ni. :'D

amranaiman said...

peewit cantik cermin mata

yusuflaili(Goku) said...

salam;
ada maknalah tu...kalau ngelabah semacam!!.

Yana Libra said...

erk, kata tak nak pergi sana lagi? huhu~

Lukman Hakim said...

ceritanya sungguh bagus sekali..
I like it..

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.