pEeps!

Friday, December 30, 2011

bila stress datang tanpa diundang.

dulu time study, selalu je stress. rasenye time nak final la duk stress sebab awal-awal sem sebok tak sedar diri berpoya-poya, berjimba-jimba lagi. time nak final baru nak stress-stress sebab dah memang tabiat suka study  last minit. kan? korang pon same la kan.. kann.. 


so, bila stress -stress ni, memacam la teknik-teknik penghilang stress yang korang amal, ye dak?

ade yang pergi cari punching bag. tapi untungla kalau ade punching bag kan.aku dulu ade la berangan nak ade punching bag sedas kan.tp bile pikir2 balik, time stress duk punching-punching kang naik pulak muscle nanti ade jugak yang kompius aku ke malik noor.

so, untuk menghilangkan stress, aku perlukan ni!


chocolate.

mendalah ni, kalau tak dapat time stress boleh menambahkan stress kau tau. ni 6 kotak kenangan stress final sem haritu. makan tak hengat dunia sampai berkotak-kotak 

dah  abes exam menggelabah berat badan naek berkilo-kilo. jarum penimbang pusing pat lime nam kali. *over.*



marshmallow.

kekadang, time tak sayang duit tu datang, tengok duit dalam akaun 10 hengget je ade tapi duk tengok macam ade 10 juta hengget aku pegi rembat mendalah ni. 

sorga la kalau dapat cekelat nyuk-nyuk ni. 

kalau boleh khawin nanti tanak kek 4 tingkat, nak marshmellow patblas tingkat. boleh? 
#bolehla kalau laki kau kembar prince william.#

tapi kalau yang ni aku boleh kawal sket kalau nak makan time stress pon. sebab MAHAL dowh.. 

ade pakwe boleh la kenyit-kenyit mata, goyang-goyang bahu mintak ni tetiap hari. tu pon kalau pakwe kau kembar kepada kembar prince william.



mandi bunga.

ramai yang salah paham, bila sebut pasal mandi bunga je, sebab nak jodoh. 
nehhi bette,nehhi..
mandi bunga ni jugak boleh menyegarkan badan. 
tapi orang cakap, sambil makan mekdi, makan la kepsi jugak, niat 2 in 1. nak segar badan, nak dapat jodoh. oh.. aku takla nak dapat jodoh..kang tak pasal-pasal last paper teros melekat mamat kolej sorang dua ajak khawin.. tanak la aku khawin awal. 
so,niat nak segarkan badan jela.

siyesli, aku tak tipu. lepas mandi bunga, badan akan rasa  teramatlah segar. mandi pagi , sampai petang rasa macam baru pas mandi.
aku suka aroma limau kasturi pastu wangi bunga-bunga tu sume. rasa macam relex nak mati okeh! 

...



setiap orang ada cara sendiri nak hilangkan stress.

macam baby,stress xdapat susu sebab mak duk sebok tawar menawar harga karpet dengan bangla, pe die buat nak hilangkan stress? menanges la macam esok tak boleh menanges.kan?

perempuan stress pakwe tak reply mesej, pe die buat? mengamok sakan la kat pesbuk macam pakwe die sorang tak reply mesej.kann..

yang lelaki pulak, stress awek-awek cun tak approve kat pesbuk, ape die buat? tukar la DP ensem-ensem macam kembar terpisah Aaron aziz. kannn...

...


semua stress relievers aku kat atas tu memerlukan modal. beli bunga pon lime hengget nyah..

but, most of all..
stress reliever yang paling berkesan,

ambik wudhu', hampar sejadah, solat.

bangun malam-malam time orang dah tido, dah sunyi sepi, solat hajat, solat tahajjud, solat taubat.

insyaAllah, no more stress! 
;)


bye korang!



Wednesday, December 28, 2011

perempuan itu dan dot dot dot...

dot dot dot adelah kerete.
tajuk tak menggambarkan isi entry.timekasih.


ok.aku failed bab bagi tajuk.






sekarang ni tetiap hari kena blaja kete dengan ayah aku. ayah aku cakap 8jam blajar dengan cikgu xkan pandai.

so, kena la dia ajar kasi pandai sebab dia kan pandai kena la ajar aku yang tak pandai, nanti xde la aku buat-buat tak pandai  pastu teros boleh memandai. asal korang ni? xabes-abes pandai.. *lempang.*

dulu, awal-awal blajar dengan ayah aku, tension rasa nak lari rumah.hiks! . ayah aku ajar garang ok.. muka die time ngajor  kalau orang nak datang minang, bleh tak jadi. ni apekes tetibe kutuk bapak sdiri.

tapi time ajar kete je la. time lain ok je. muka ala-ala macho jalalludin hassan so, jangan takot-takot nak datang minang. *PANGG skali.* .



blajar pulak kat jalan berbukit-bukit, berselekoh-lekoh. time tu la menggelabah kau nak tekan segala benda. mana nak tekan break, nak tekan clutch, nak tekan minyak. time tu nak je sound kete tu sambil hentak tangan kat stereng muka lagak terperangkap dalam jem 30KM.. "eh, hello, aku ade 2 kaki je kot!" . *stress-stress.*  

oh. tetibe salahkan kete kan. hiks!


skarang dah 2minggu lebih dah blajar, macam dah terer. macam je, tapi kekadang kete tersedut-sedut jugak macam makan siput sedut. ok la dari awal-awal blajar dulu, sampai kete mati tengah-tengah bukit 45darjah. mau pitam.tak bleh wat pe lah. terpakse tukar driver. rase diri sangat loser ok..




 pastu, ayah aku bawak blajar kat jalan raya. da jalanraye, jalan straighttttt je, ape lagi,teros belagak la kan.. tekan minyak kalau boleh nak cecah lantai. sampai ayah aku cakap.. " bawak kete kalah orang dah pandai kannn."  <-- perli punye terbaikk..



baiklah. saya turun sikit 20km/j. boringggggggg ok, boring!




*xsedar diri.*  keh keh keh.



kat jalan straightt bolehla nak laju-laju, sampai kat selekoh, tak pasal-pasal jadi bedebau.

debaunye macam  bertentang mata dengan Johnny Depp.


*sungguh bedebor xde motip.*




tu blaja dengan ayah.. dengan cikgu xdela tensi sangat. kalau ayah tu bole la sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak marah. kate anak sdiri kan.. kalau cikgu nak marah pon bolehhh..tunggu jadi anak menantu la.. keh keh keh.



cikgu aku fun ok. mulut die cot cet cot cet.. aku suke dengar die bercerite. cot cet cot cet.. sampai aku tekan minyak 70km/j pon die x sedar. tu yang aku suke. muehehe.. mak cikkkk- mak cikkkk.. untung la dapat murid macam sy kan~~


bile bawak kete sekolah memandu kat atas jalan raya sume nak bertegur sapa.


" pak cik pon nak ambik lesen jugak, kete auto xbleh ke? xde ke? "
pak cik nak nyembang ke? lampu da nak hijau ni, see yu next trafict light ye. anak teruna sebelah pak cik xnak nyembang skali ke? sempattttttt...

bila kete tersedut-sedut nak jalan,..

"mak cik, marah die mak cik! marah die. keh keh keh."
amboi koranggggggg.. sakan gelakkan aku an.. coiii~~ jumpe 6 bulan pasni siap aku vroom vroom depan kete korang.. tunggu jangan tak tunggu. mencabar kewibawaan aku sungguh..oh, lagi geram xingat dah muka diorang. macam mane nak vroom vromm?



jumpe bebudak bawa fixie.. mementang diorang punye fixie laju dari kete aku kan..

"hai...." sambil senyum-senyum gatal.
nasib kau budak lagi, kalo x memang aku tekan minyak kejar mintak add pesbuk. see, tempias gatal da jangkit.

memacam la nak tegur. nak fokus pon x bleh tau.

jumpe aku atas jalan pasni,jangan tegur.aku nak fokus. :p

eh, kalau bawak kete kat jalan straight  je memang pikiran melayang eh?
time aku bawak kat jalan staright je,mula berangan macam-macam.. pikir tu, pikir ni..


anak kat umah dah makan belom,

nanti laki balik keje nak masak ape,

mak mertua kat kampung sihat ke tak..





*lempang.








bile mase kau khawin.*







k.lain kali kite sambung lagi. masing-masing boleh masuk tido.

dah2..basuh kaki, gosok gigi..

bye korang!
 heva nice wednesday.


^^,

Saturday, December 24, 2011

okay, entry ni takde tajuk.

dah patbelas minggu tak update blog.*over* . 

ye ye,aku memang selalu over.
aku sekarang kan tengah membizi. oktipu.

siyesli langsung takde idea nak update blog. bila dah ade idea nak update bukak lappy tetibe jadi blur. 

kadang2 tak nampak teross..  *over lagi.*

kadang-kadang isi nak tulis dah ada, time nak letak tajuk punya berkurun nak pikir.

kadang-kadang tajuk dah ada, isi pulak tak berkembang. 
*banyak pulak kau punye kadang-kadang, kembang kuncup segala bagai.*

 gelabah gila xde idea nak update blog macam gelabah esok nak jawab paper BM SPM kan kau ni CK?

ok. aku nak pergi main salji. esok kan krismes, rumah korang tak turun salji ke? 


ehem.












agak2 nak masuk klip video Yuna klik sini.
siyes, tak tipu. 
janji!


Saturday, December 17, 2011

virus.

tadi pergi klinik.ayah saya demam. so,  siapa yang kena bawak ayah saya pergi klinik? mestilah saya. saya kan anak tunggal tapi hakikatnya anak bongsu. ha, cane tu?

anak bongsu untuk disewa. eh. 
#lempang#



kalau saya yang bawak pergi klinik, siapa yang kena drive?
mesti la ayah saya yang demam kena drive, sebab saya takde lesen lagi dan tak pernah dan tak pandai bawak kereta auto. saya sekarang kan tengah bergelumang dengan kereta manualyangentahapa-apa.



oh, nak bagitahu yang saya sememangnya tak suka pergi ke klinik, poli-klinik tapi tidak termasuk politeknik. 

kenapa?

sebab bila balik, saya akan rasa tidak sihat.

kenapa?

sebab saya diserang virus orang tidak sihat di klinik.

sekarang kepala saya dah rasa berat macam ada batu satu tan. 

tu yang tetiba blog ni menjadi seperti blog gadis ayu yang menggunakan bahasa dalam kamus dewan serta berbahasa seperti bahasa anak menantu yang digilai mak mertua satu malaysia.

tapi, hakikatnya memang pun.

mak cik, tumpang laluuuuuu...





fine-fine, bai!


p/s:virus apa yang menyerang sampai aku menaip macam repeat paper bahasa melayu ni?? 




 kalau nak tahu apa yang paling amazing sekarang, klik sini.

tak pun sini.



bye! 

Monday, December 12, 2011

bukan niatku melupakan engkau sayangku.

cet tajuk entry boleh bikin kontroversi.


lama gila tak update blog ni. aku rasa kalau last update anak aku umur 5 tahun, skrang mau dah masuk darjah empat.

fine fine! over.

-_-"

jangan ditanya kenapa perempuan ni seperti melupakan blog beliau seperti kacang melupakan kulit.beliau begitu sebok menyebokkan diri dan begitu tensi dengan masalah konflik *masalah lagi konflik lagi# dalaman yang bla bla bla bla..mengarot.

=..="

.......

sebenarnye, aku tak tahu nak update ape. xde idea langsung. dah abes perah otak mengalahkan perah santan kelapa tapi tak kuar2 idea.



baru aku tau perasaan orang bila otak kering kontang ketandusan idea macam negera myammar ketandusan air *eh,yeke? ,then, bila dengan tiba-tiba ada idea mencurah-curah ke ladang gandum macam iklan coco-crunch-nyum-nyum-sedap , pastu ada orang pergi copycat dia punya penulisan, eh aku dah lupe ape point aku nak cakap awal2 tadi.#macamtakbolehbacebalik#


ok. lupekan.


cerita lain.


blog aku ni kira macam diari on9 aku. so, ape yang ditulis dalam blog ni, sume pasal aktiviti harian aku. diari off9 pulak ada bawah bantal siap kunci dengan mangga. malam-malam sebelom tido bukak diari duduk tepi tingkap sambil tgk bulan tulis rutin harian.contoh:

"dear diari, harini si dia like status aku. aku sangat gembira sekali. bla bla bla.."


gelinakmati.


 tipu je. xde diari off9-off9. motip sekadar nak panjangkan entry ni. ngiahaha..


disebabkan kerja aku hari-hri duk goyang kaki ala inul, dengan itu xde kerja la aku nak update pasal goyang kaki tetiap hari.

"harini aku goyang kaki sambil makan cikedis."

"harini aku goyang kaki kanan sambil tengok tentang dhiya."

"harini aku goyang kaki bla bla bla bla.."





kenapa rasa macam blog ni makin poyo dan bosan?






=..="




bye korang!

Thursday, December 1, 2011

bila tebiat tu sedang membuang.

LOVE






maybe just a chapter to a guy's life.



but to a girl, 



it's a 





WHOLE BOOK.





...



sejak memenjak ni,



teringin nak tengok pelangi. 

bila hujan panas cepat2 berlari keluar rumah cari mana pelangi. 

2 minggu lepas :

tengah goreng ikan tetibe hujan panas.

cepat2 berlari keluar.

''mesti ade pelangi ni, mesti ade pelangi ni!"

#muka bagai rombongan meminang dah sampai.#

berlari bagai kanak-kanak berlari dalam acara sukaneka.

lari..










lari..











laju lagi...














pap! 


















langgar pintu.






yeah. thats me.









clumsy.






tu je nak cakap.



motip?














tak de motip.




sungguh xde mood nak bergurau senda.


kenapa?















entah.






tu pun nak cakap kat sini?









eh, kata blog aku.







muehehe..








ok. ketawa tu xikhlas pun.






bai.


Tuesday, November 29, 2011

kenapa ulardaun?


ramai orang tanya aku, kenapa ulardaun.blogspot.com?
aku pun kalau boleh nak duk depan cermin buat muka kompius, tanya diri sendiri "kenapa ulardaun?"

sebenanya aku pun tak tahu jemahhhhh..

masa aku buat blog ni, umur time tu baru 19 tahun. sekarang dah 26. ehem.

sebelum tu aku tak tahu pon blog ni kejadah ape. kalau ada orang cakap blog ni perkataan sinonim goblok pon aku boleh percaya tak beragak.
dan yang perkenalkan blog kat aku boiprend aku time tu. time tu ok. biasalah budak umur 19 memang suka berboiprend geprend.umo 19 ex dah 12 tunggu mase nak cukupkan 19. *tak terasa tak terasa.* keh keh keh.
tapi umo 26 macam ni da takde rasa nak bercinta dah.  rasa nak berpoya-poya ade. eh tak.. rasa nak cari mak mertua idaman hati atau dalam bahasa tak berlapiknya nak cari cinta sejati.#gelinakmati.# = ="

ok, terpesong.

kenapa  ulardaun?

masa aku nak isi URL blog tu kat kepala aku terlintas ulardaun. tak pikir mase depan teros aku taip ulardaun.bogspot.com

kalau aku pikir  masa depan mungkin aku letak...

budakgenius.blogspot.com

tak pon

budak jelita.blogspot.com

tak pon..

idamanmakmertuasemalaya.blogspot.com

tak ponn...

#LEMPANG#
terpesong lagi.


kat kolej dulu ade je yang panggil aku ulardaun. kat pesbuk pon ade yang ber-hai hai ulardaun. nasib aku tak terlintas nak bubuh anakayam.blogspot.

coiiii panggil la aku anak ayammm....


kepada yang tetibe nak buat blog tu, letakla url blog yang menampakkan ciri-ciri memikirkan masa depan. :p
lagi afdal carik nama dalam buku nama-nama pilihan. nak letak nama blog ni sama jugak macam nak letak nama anak tau.
kau tahu 1st time ade blog ni perasaan dia macam baru lepas beranak. *bajed pernah beranak.* = ="
 siyesli aku cakap. tak percaya pergi tanye bloger2. eh, ke aku sorang je terover rasa macam tu?



ok fine aku memang selalu over.



biasanya blogger-blogger akan letak url berkaitan dengan mende yang  die suka. contoh..

kalau yang suka kupu-kupu..

jemahsukakupu-kupu . blogspot.com

yang suke shuffle..

sukeshuffleseparuhmati.blogspot.com

yang suke siput sedut..

sukesiputsedutnakmati.blogspot.com

yang suka berpesbuk..

sukepesbukterosmati.blogspot.com

eh, aku terpesong ke? tak kannn....?
ok teruskan.


kalau yang suka aaron aziz..

naklakimukamacamaaronaziz.blogspot.com

kalau dah tak boleh nak pikir sangat..

akutaktahunakletaknamaapeblogni.blogspot.com

tak pon..


masihmemikirkanlaginamayangsesuai.blogspot.com

tak pon..

dahtigamalampikirtapitakdapatjugaknamayangsesuai.blogspot.com.


dannn..


kalau yang berangan umur dah 26 tu..

ehsayabaru21.blogspot.com.
hehe..

 bye korang!
jangan nakal2..

^^p


p/s. : bedebah   kesayangan mane yang curik cabel telefon sampai aku tak boleh online seminggu!? aku sumpah jugak jadik  ais kepal!

*macam pencurik tu bace blog kau pastu cakap "saya saya!" * =.="

Tuesday, November 22, 2011

entry mazmumah.

korang pernah jumpa  dengan orang yang suka berlagak tak?

kalau tak cepat tadah tangan pejam mata sikit ucap ahamdulillah sebab korang tak berpeluang jumpa parasit yang suka menyakitkaan hati ni.

ingat fun ke jumpa dengan orang macam ni?
ingat perasaan tu bagai nak-mintak-sainnnnnnn??

....

kita kena ingat despite our differences macam warna kulit, kau hitam macam vontot kuali, yang ni  putih mengalahkan  model iklan fair and lovely, gaji kau kalah PM Najib ke, yang kau ni gaji  ciput nak beli megi sepeket pon tak pass. pastu kau hensem, cantik menawan bak orang-nak-pandang-beratos kali dan kau ni pulak tak cantik, buruk macam orang tak lalu nak pandang ke, ingat! yang kita ni really all the same.

kalau disisi Allah, iman dan takwa yang membezakan kita.
bukan harta, ilmu, kecantikan.

kalau Allah bagi rezeki sampai kau boleh beli Evo 10,

kalau Allah bagi kepandaian sampai kau boleh buat phD sampai 3 kali,

kalau Allah bagi kecantikan sampai orang lain kompius kau ke Rozita Che Wan,

ingat semua tu anugerah Allah. bukan hak engkau pun.

so, jangan berlagak sangat.


mukaberlagakrasanakbagipenampo.

dan satu lagi, kalau kau tinggi ilmu agama tapi kau tak amal,pulak tu asyik cakap dulu kau belajar kat Mesir je yang kau amal, pastu bila orang nak berkongsi ilmu agama kau jawab kau dah tahu dengan berlagaknye and tak nak ambik tau, eh, plis  la.  aku tak pandang tinggi  pun dengan orang macam kau tau! #semput aku membebel satu napas.#

eh, korang  jangan buat muka berkerut sangat. aku sorang je tengah emo ni, korang jangan lah emo skali.
hiks!




....

nak masuk entry dedikasi sikit..

klon neelofa dan shah ahmad.
#terpengsan#

jangan ditanye kenapa gambar ni macamni.
tu dipanggil mask hidung.
gambar ni kalo aku tengok doblas kali pon gelak x abes.
ntah pape punye pose.dah mcam ape.

=..=

kepada budak shah yang banyak songeh dan banyak cakap..
akak ucapkan hepi hari lahir.
semoga dilimpahruahkan rezeki,
ditetapkan iman,
dikurniakan umur dan ilmu yang bermanfaat,
belajar rajin2.
sem depan dapat dekan lagi okeng!

oit, shah! ape lagi silalah berlagak akak buat dedikasi kat sini. kehkehkeh.

bye ols!

have a great holiday!

bola menang so esok beta isytiharkan cuti.
mhihihi..

^^p

Friday, November 18, 2011

orang suruh belajar kau main-main.



*muka yang teramat mukoddimah.*




semalam aku dah start belajar kereta. eksaited kau! pastu dapat pulak cikgu manis-manis hensem, memang tabahlah belakon ayu kan..

*PITAM.*


Sebelum ni aku tak pernah langsung bawak kereta. ayah aku pulak tak nak ajar. die cakap nanti kalau ajar dalam kelas memandai je sebab dah pandai.. eh,pepandai pulakkk..


bila dah pandai buat kereta tu bergerak, kau tau perasaan dia macam dapat kapel dengan anak tok ketua muka macam Aaron Aziz.

rasa macam akulah perempuan paling terer kat atas muka bumi ni. eh, melampo kan? tapi tu la hakikatnye kalau kau nak tahu. keh keh keh.

yang ajar aku pulak cikgu bukan main lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa. *aku dah kenapa puji macam tu skali?? *  cikgu aku ni die ajar satu-satu. dah namanya cikgu kan. kena la ajar satu-satu kan. tapi kawan aku pulak dapat cikgu tak ajar satu-satu. teros ajar spuloh-spuloh. ha. dah kalo macam ni nak panggil ape? = ="

dah la kawan aku ni satu spesis dengan aku. tak pernah bawak kereta. masuk je kereta, cikgu dia teros suruh dia bawak sendiri. cikgunya diam je. boleh? patut la aku tengok kereta kawan aku tu atas litar ke kiri kanan macam orang mabuk bawak kereta. *bajed kereta dia strekkk sangatt. = =''

kalau ciku tu la yang ajar aku memang mengundang kecelakaan la kan.. aku bawak terus masuk dalam longkang skali dengan cikgu-cikgu.. tak nak ajar  sangat kan .. macam berani kan.. LOL.

time aku belajar tu, hujan sepoi-sepoi bahasa tau. pastu mata naik juling sebab pasang wiper. mata asyik nak tengok wiper je. aku pon tak tahu kenapa tetibe aku jadi jakun macam tak pernah tengok wiper. kenapa korang asik sebut wiper je ni? hehe..

kalau bleh time ni nak je switch off mode hujan pastu  switch on mode matahari bersinar dengan bunyi burung berkicau.wahh~ alangkah indah dan bahagianye pagi bersama dengan cikguhensem.

*PENAMPO*

dah setengah jam belajar ke hulu hilir atas litar tu, dah pandai semua, boringgggg tau. sangat tak fun round tempat sama. bila dah bosan sangat..

ck :- cikgu, saya nak pusing round about kat depan boleh? *round about depan pintu pagar skolah memandu aku.eh, macam korang tau.*

cikgu :- boleh... pegi je mana awak nak pergi, jangan masuk longkang sudah.

ck :- hik hik hik.

ketawa ingat nak tutup mulut nak tunjuk tahap kesopanan tahap maksima tapi nanti kang masuk longkang betol-betol kang susah pulak duk main lepas-lepas stereng nih. ingat aku pro sangat ke macam pompuan lain??  *eh,emo pulak.*

lepas 2, 3 kali round..

cikgu :- awak nak round lagi ke? dah la tu..

baru nak pulas stereng nak cukup kan 5 round. potong betol. pastu dah kelam kabut kereta nak pegi mane. buat malu ok.

tapi sonok jugak main pusing-pusing sampai cikgu pening. korang nanti yang nak belajar memandu tu, boleh la buat. tu pon kalo dapat cikgu macam aku. kalau tak, harus kena pelempang buat dia pening kan. pastu dah kena pelempang, korang claim pulak pelampang dengan aku eh. keh keh keh.

pastu pusing-pusing lagi atas litar. kau tahu tak kena pusing sampai 3 jam atas litar. vontot dah naik kebas tau tak. tapi tu baru 2 jam. sangat boringgg ok. siap ketuk-ketuk jari kat stereng lagi.bila dah x dapat bendung dah boring tu, tekan minyak kasi laju sikit. time ni cikgu tengah sebok main esemes. dengan makwe lettewww... syok sngt tengok enset die, die angkat  kepala..

"eh..laju sangat nih.slow sikit."

aku ni pulak belagak tak hagak kan. keh keh keh.





tu bi kontiniu kalo aku ade mood nak kontiniu.. *macamadaorangnakambektahu.* :p

bye ols!

Saturday, November 12, 2011

sedang ingin bercinta.

assalamualaikum dan salam satu jumaat.

ok.jangan tertipu dengan tajuk. tu salah satu ayat dusta harini.

hari jumaat pon kau nak menipu kan ck. babap diri sendirik taula.

baru-baru ni kan. aku ade terjumpa pesbuk sorang budak ni. budak skolah. umur dalam darjah 5 atau 6 macam tu kot. aku tengok gambar die, pendek, pendek dari aku. kecik, kecik dari aku. comel, kurang dari aku. eh! melatah pulak...*LEMPANG.*

so, aku assume budak ni sekolah rendah la. kagum aku dengan budak-budak zaman sekarang ni.kecik-kecik dah ade pesbuk.maju jugak budak-budak sekarang ni ye.

kalau zaman aku dulu,nak berkenalan, nak berkawan karangla kau biodata satu page. masuk sume nama samaran,nama mak panggil kat rumah, makanan kegemaran,minuman kegemaran,binatang kesayangan. part pekerjaan bapak pon nak masuk skali.

bab makan kegemaran tu toksah cakapla.
masakan mak je memanjang.
padahal tetiap hari mak suruh makan nasik die hentak-hentak kaki nak makan jajan kedai kak peah.
dusta punye ayat. dalam biodata ayat nak gud-gud je tau bebudak  dulu.
mazmumah punye perangai.

eh..tak kesah la budak tu nak ade pesbuk ke ape kan. bagus la. bawak-bawak bersosial sikit.xdelah duk main pi es tu je kan.

 iye dak?

the point is sekarang.... ade la satu album die ni ha...*buat muka ala-ala mengumpat sikit.* 
" teman hidup saya."

aceh!

teman hidup kot. kau mampu ade album teman hidup saya time skolah rendah?
aku pon tak mampu.

kau tengok budak-budak zaman sekarang. bab bercinta mengalahkan laila majnun.

bawak-bawakla blajo algebra..

tak pass sains bab kemandirian spesis kau jangan nak bercinta. akak babap 16 kali kang!

ewah. kau marah macam budak tu adik bongsu kesayangan kau kan ck..keh keh keh..


bak kata ayah-saya-anak-13-tapi-dia-bujang-lagi kat blog beliau. *nama ayah kemain panjang die nak bubuh.*

bercinta time sekolah macam makan megi. sedap tapi tak berapa nak kenyang.

bak kata ck pulak.

bercinta umur 21 macam berjalan dalam rumah takde letrik. silap langkah, kau langgar dinding.

ouuch! sakit derr..

paham? tak paham kau duduk situ diam-diam.

epi saturday ols!
^^


Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday #7


 credit to : google

Monday, November 7, 2011

budak tu kalau dah abnormal macam tu lah.

macam mana?

macam ni...

....



peeeeeeeeeeeeeeeenatnye...............................

harini nenek aku buat korban.

selaku cucu paling bagus, baik dan berbudi pekerti orang cakap 3 in 1, haruslah pergi tolong-tolong masak. 

tunjuk-tunjuk rajin. 


mana tau jiran tepi rumah nenek aku bekenan nak buat menantu tak pun maid.  kalau bab potong bawang, kacau gulai atas dapur, rasanya dah cukup layak jadi menantu paling disayangi mak mertua.

pastu dah siap semua tunjuk rajin dari pagi sampai petang, agak-agak dah xde orang berkenan nak buat menantu tu, balik lah. nak buat apa kat situ kan. buat penat. so, terus balik.

balik-balik kena pulak  cuci kereta akak.*see, disini menunjukkan aku boleh jadi adik ipar boleh diharap.MUNTAH*. 

kereta merah.  saya ulang. kereta merah. dengan badan penat,kereta pulak merah, gigi pulak sakit, ohhhh. memang cukup pakej. rasa nak telan air sabun sebaldi.

korang tau tak kalau basuh kereta merah kepala boleh migraine? serius berpinau mata. AKU TAK SUKA KUASA INFINITY.  

dah nak habis cuci, tinggal 2 bijik tayar lagi tak berus, serius aku tak larat. 

muka dah macam hape dah  aku rasa time tu. 

dengan basah satu badan pakai kain batik. muka ade belon-belon sabun, 

perrgghhhh! aku rasa akulah manusia paling comel pukul 6.30 petang tadi.


pakai pulak kain batik,  makkk aihhh... ko cari kat malaysia ni sape cuci kereta pakai kain batik? 


chop2! 


bukan berkemban. coiiii...pikir aku berkemban letteww.... lempang nak? 


pastu dah magrib.. mandi2 solat..tetibe mak aku menjerit dari dapur..

budak comelllllll!!<---- nama bagi sendiri. 

"budak comel..meh tolong  masak daging ayah nak makan nih.."


phewwwwww.....

kondisi time ni sakit gigi, badan penat teramat. dengan muka kasih sayang pergilah jugak masak.. kata anak mithali kan.
pastu dah sudah makan sume, ayah bagi ubat sakit gigi.

aku rasa ni kali pertama ayah aku suruh makan ubat, aku tak menolak.kalau sebelom ni jangan la kau suruh aku makan ubat.memang tak makan selagi tak tenat tahap masuk icu. sakit gigi punya pasal, aku tak menolak.nak cakapnya memang tak leh tahansakit gigi ni. 

lepas tu...
sekali lagi...

budak comellll ! ! <--bukan nama sebenar.

"mop rumahhhhhhhh.. licin dah dapur ni ha.. kang  ade jugak yang rebah.."

oh, xde mood nak mop lantai time sakit gigi. protes tanak buat sambil buat muka habis kesian. last2 akak kena buat. puas hati. keh keh keh. 

pastu terus baring depan tivi,selimut dengan toto, men game enset dengan muka stress. bertambah stress pulak main game ni. dah la stress sakit gigi tambah pulak stress main game. *eh,ade orang suruh ke main??*

pastu......











aku dahh kenape?????


sume nak cerita kat korang..






*LEMPANG!*




ye korang! aku sakit gigi, aku update jugak.ni menunjukkan pengorbanan.

salam aidiladha sume..makan  daging makan jugak, jangan sampai darah naik sampai ke kepala. :P

dalam hidup ni, ada saat pengorbanan tu perlu. tapi perlu bijak menilai pengorbanan  atau kebodohan..selamat bercinta. 

eh, tetiba selamat bercinta kan.. keh keh keh.



bye!

epi monday ols!





Friday, November 4, 2011


kerana dia yang kecewa. 








soon.










xde mood. 



k bai!



love,
cinta khadijah.

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday #6






Sunday, October 30, 2011

aku tau dulu aku jahil..

tahun 1997++
ni lesen untuk perempuan.



dan ni lesen untuk lelaki.

 sadis rasanya bila ingat kejahilan zaman lampau. 

ingat motor, 



kereta,



lori, 



bas kilang, 




bas ekpress, 




bas bawak pelancong, 




bas mini, 




bas skolah,  




bas-segala-bas-apa-lagi-kau-nak-sebut tu ada jantina ck oi??

konon motor , kereta pakai plat P orang perempuan je boleh bawak.
yang plat L laki je boleh bawak.

kalau perempuan yang naik kereta ada plat L pulak dipikirnya perempuan tu gatal, salah pilih jantina kenderaan lah apa lah.

oh. tragis betol pemikiran aku time kecik-kecik.

dah. tanak cite dah.

-tamat cerita kenderaan ada jantina.-

.....

motif sebenarnya nak cerita harini aku dah masuk kelas memandu. 

bangun awal2 setengah jam termenung dalam bilik air. pikir nak mandi ke tak nak. air sejuk mengalahkan sirap limau ais kat warung cik kiah. eh.

musim-musim hujan ni kalau mandi pagi mau boleh beku segala bendalir dalam badan.

ok2. aku mandi. tolong percaya dengan sepenuh hati. ahaks!






serius ok. -.-


aku mandi.



ehem.



...


ok.kelas kurikulum pendidikan pemandu atau orang ada lesen sebut kelas KPP memang bosan kalau cikgunya bosan.

2 jam pertama YA Allahhh... engkau je la tau betapa bosannya, mengantuknya aku.

dah la bosan.

mengantuk.

duduk pulak dalam ekon time hujan-hujan.

memang dah macam spesis beruang kutub dah sorang-sorang dalam dewan tuh. memasing kemaen kental menahan kesejukan.

pulak tu hakak kat sebelah punya minyak wangi ambui... boleh buat menantu..

wangi...

kalau sejam tu wangi lagi..

dah 2 3 4 jam duk sebelah penin saya hakak,..penin penin! 

sabo jelah..

jam ke 3 lepas tu tukar cikgu..
cikgu lawak..pe lagi.. tibai gelak tak hengat dunia..

moral of da story:- kelas KPP 5 jam bes kalau dapat cikgu lawak tahap gelak hentak kaki. terima kasih.





ada orang tanya :-

ck:- esok masuk kelas memandu. nak ambik lesen kete.

aaron azis :- umo awak dah berapa?

ck :- 21.

aaron azis:- umo kalauu dah 21 orang dah ambik lesen lori ok.

wah gitu ayat die.. menusuk kalbu.



ok fineeeeee..


umo 21 xde lesen kete memang buat malu. -____-"











;p

gambar mak nenek jampi bola bowling jugak die nak letak. siap ade effect bunga bersinar2.
xpaham.xmengena dgn entry langsung.
LOL.
:P


bye korang!..


hepi sunday ols!


Saturday, October 29, 2011

budak peng-skip kelas dan cerita bulannya.

Korang pernah tak rasa time sekolah dulu punya malas pergi sekolah tahap nak berenti sekolah?*melampo.* 

lepas tu dah habis sekolah rindu la apa la nak pergi sekolah balik. 


Pernah? 


Ni la 2 potong ayat kalau cikgu-cikgu seMalaysia baca senyum senget sebelah push angin keluar ikut hidung sambil mata jeling blog ulardaun.blogspot 45 darjah.  *ce buat ce buat.*

Sekarang ni tu la yang aku rasa. Rasa rindu kat kolej.


Teringin nak masuk kelas pukul 7.50 pagi.


Dengan buku terbuka, tangan pegang pen sambil muka tak menahan nak salin nota kat whiteboard.*ok. Kalau bekas lecturer kimia aku baca ni mau dia pitam sedar pitam sedar balik..*

jangan percaya dengan spek nerd beliau.
peng-skip kelas professional.
skala lambat masuk kelas antara 15-20 minit.

jumpa application edit gambo cik amirah bagi, mengedit tak hengat..
keh keh keh..




Dah berminggu habis belajar, rindu pulak kat kelantan. 3 tahun setengah aku kat kelantan tau..mau tak rindu..

hari-hari terakhir kat kelantan aku habiskan dengan sebaik mungkin. *ayat nak gud –gud je. -____-“ *


aceh, kak mira dah macam sailormoon nak bertukar dah gayanya. 


Bulan malam-malam terakhir aku kat kelantan cantik sangat.

Skip ayat kat bawah kalau tak nak geli geleman.

“bulan, awak tahu saya sedih sebab nak tinggalkan kelantan.tu pasal awak tunjuk diri awak cantik-cantik kat saya kat sini kan?awak nak saya tengok awak dengan orang2 yang saya sayang buat kali terakhir kan?”

POYO LAH HENGKAU CK.




Serius cantik bulan tu kan?

….

Cerita bulan.

Ck :- wah~ santiknye bulan. bak henfon!

Mr E :- nak buat apa?

Ck :- ceklik ceklik! ß bunyi kamera. Pastu save nama “bulan malam terakhir ck kat kelantan.”
                                     nah, buat kenangan!

Mr E :- weh! Aku rasa nak nanges! *muka konon nak comel masa ni. Nak tacing2 pulakkk.. sampai aku pun tertacing. Haishhh…hilang macho.*

Mr E seorang yang takde taman dalam hati. Bila dia tacing-tacing macam tu rasa nak bagi pelempang pun ada.

 Buat Mr E. awak kawan saya dunia akhirat. 3 tahun setengah kita kawan, awak banyak tolong saya.
 insyaAllah, selagi saya xhilang ingatan, jasa awak saya kenang sampai bebila. ada jodoh, kita jumpa lagi.


Jaga diri ye.


Saya tahu awak selalu stalk blog saya..^^p




-tamat cerita bulan-




....

 dah terpesong jadi entry dedikasi ke ape ni. 







epi thursday ols..

bye!







Friday, October 28, 2011

apa motif sebenarnya ni??!

harini bawak kucing jalan-jalan naik motor sambil  makan karipap.



saja nak tunjuk yang aku ada blockqoute merah mak ngah.

nak dekat lapan ratus kali *tipu.*  buat blockqoute ada background gambar comel tapi haram dia tak keluar.

kecewa betol.

macam tu pun jadi lah. jangan nak comel sangat lah ck. tak matang. <--- ayat jeles blog orang lain comel. keh keh keh.

mood :- #jakun-tak-hagak.

lepas ni nak try lagi tutorial kasi blog ni comel-comel biar korang jeles sikit. mana tau boleh masuk Remaja. *berangan!*  LOL.

eh, blog ni ada fesbuk tuan tanah. kalau berani add lah! ^^p


p/s: sebelum ni add kengkawan skolah n kolej. skrng tambah untuk bloggers.  :)


epi friday ols!

bye!
^^,


sah rujuk 28 oct 2011. 
keh keh keh.




Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday #5



jangan terlampau berlagak.




creadit to:- ustaz zamri

Monday, October 24, 2011

nak taip pun macam mencarut.

ok. tajuk entry sebenar macam tak sanggup nak taip.

kalau taip kompem mak cik-mak cik sebelah rumah kengsel buat aku bakal menantu.<--bajet mak cik sebelah rumah kau ada blog. -___-"



....



selepas entry ni di post, kementerian pelajaran perlu ambil perhatian.

silibus baru harus ditambah dalam buku teks geografi tingkatan 3.

cikgu-cikgu harus mahir dalam bab ni.

selain musim sejuk, 




musim bunga,




musim luruh,




musim panas,




murid-murid perlu tahu bahawa ada satu lagi musim.






ye baiklah, saya cakap.









musim manusia mengawan.






ok2. 






jangan nak cakap aku mencarut.


sabar dulu. 

tengok gambar kat bawah dan tak payah kompius siapa yang mencarut.

ni gambar analytic nuffnang aku.



kata kunci yang orang taip then sampai kat blog ulardaun.blogspot.com.


oh, aku rasa ni bukan manusia yang dapat gred F sains tingkatan 3 yang taip. 
 bukan jugak manusia yang gagal subjek geografi bab negara-negara empat musim.

aku rasa bukan manusia yang taip.

mungkin serigala jadian a.k.a GUMIHO yang taip ni.



ok2. kita think positive.

mungkin budak-budak yang sedang membesar dengan naluri ingin tahu yang membuak-buak yang taip.

-____-"


behave ye korang. jangan nakal-nakal. 

epi monday ols! 

bye!

^^,

Saturday, October 22, 2011

hantu nanges?

tadi tengah syok on9.. mak aku datang..

ma: tak takot ke tido lewat-lewat malam?

ck : takk.. nak takot ape..takut hantu? *aceh, muka kemen eksyen time nih.*

ma : mana la tau.. ade bunyi pelik-pelik ke. xtakut?

ck : bunyi ape? ma takot hantu ehhhh... penakot jugak ma ni kan.. keh keh keh.. *gelak nak keji je..*

ma : ye la. aritu masa bog (ni panggilan ayah aku.) pegi kolumpo,ma duk sorang, ma dengar ada orang duk nanges tepi bilik ma kat luar.

ck : dan-dannnn.. nak suruh ck tido awal letteww...haha..*gelak gelak jugak.tapi badan dah seram sejuk.*

ma : betol la. pastu ma tegur cakap ma tak takot.pastu "menda" tu stop nanges.

ck : erk! yela..sikit je lagi ni. t ck tido. ma ni... time malam la nak cite.

ma : keh keh keh. *gelak boleh tahan jugak ma ni.buat aku kompius.betol ke x cite ni.*

ok. aku da rasa len macam duk sorang-sorang kat ruang tamu ni. 

malam ni tahan kencing sampai pagi.

-_____-"


nite ols!


wash ur face and wash ur feet!

n

have a nitemare!

keh keh keh.







life aku bukan life engkau.

assalamualaikum...


ok. harini nak cerita pasal...




pasal life aku sekarang. *macam-ade-org-nak-tau-life-kau-macam-kau-primadona.* ^^P


F  wai ai , sebelum ni aku belajar kat KPTM kota bharu kelantan. ambil kos diploma in science. under UiTM programme.


perlu ke kau bold pastu besarkan UiTM programme tu?

eh..perlu.. down kot cakap blajar kat kolej je.
at least kalau orang tanya..

halimahtakjongang :- student mane ni?



budaktaktaumalu :- student UiTM. *sambil sengeh buat muka mintak penyapu.*

see.. bangga sejenak jawab student UiTM. even hakikatnye kau belajar kat kolej bersekutu UiTM je kan. tapi still tak tipu kan? akekeke.. keji punya pangai. bangga lettewww boleh jadik student UiTM??

puh-lis.


eh, ade yang tak tau KPTM tu ape?

ok. kptm tu kolej poly-tech mara. it's ok kalau korang tak tahu pun. aku tak sentap sebab kolej aku bukan glemer sangat mcam MSU yang buat iklan kat tivi pkai model student-student cun. eh, ye ke?

ni la kptm.
saya sayang kolej saya.

puh-lis buat statement camni ck!
-____-"


..... 


f wai ai lagi.. aku dah habis diploma. syukur alhamdulillah.

sekarang tengah berbahagia di rumahkusyurgaku.

aktiviti seharian..

makan, <-- berjaga 16 jam, 14 jam boleh dikatakan aktif mengunyah.

tido, <-- kat rumah berazam nak jaga tido dengan harapan nak hilangkan mata panda. konon nanti boleh pakai eye shadow blink-blik warne-warni. *macamcantiksangat.*

tengok korea, <--dah habis tengok my gf is a gumiho, sekarang tengok secret garden. wah~~ hero kemen hensem kau! boleh bawak termimpi.*ko-memang-gatal-kan-ck?* -_____-"

aku dah stedi kalau ade orang nak panggil aku debab dalam masa 2 bulan lagi.

nasib takde pakwe.

kalau ade?

tengah jalan-jalan dengan pakwe dengan muka bahagia..

zabedahtepirumahpakmat :- eh, ck? amboi...berisi sekarang.. khawin x ajak kan. anak sulung eh?
*sambil gosok-gosok perot aku.*


ck-dengan-muka-senyum-plastik :- eh.. x..kami masih berusaha.
*sambil jeling konon zabedahtepirumahpakmat takot.*

see? aku dah plan dah.. smol de pises lah!


so, tu la serba sedikit pasal life aku sekarang.
bagitau lebih-lebih kang ade plak tetibe feeling akulah-pramugari-terhangat-sume-org-nak-care-pasal-life-kau.

bila abang nak balik ni.

monolog dalaman seorang isteri disayangi suami.

gelimat mat mat!!!


sekian wassalam..



p/s :- title entry nak hot je kan? :P




hepi saturday ols!


bye!


:)
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.