pEeps!

Saturday, June 16, 2012

INFO : Hypertension. senyap-senyap membunuh.

Hypertension bukan tension melampau-lampau tapi tekanan darah tinggi okay? Ramai yang salah faham.


Get it?



ok, proceed.



Haritu ada bawak mak aku pergi klinik. Mak aku cakap tangan dia tak rasa pape. Dah namanya anak CEMERLANG kena la bawak mak pergi klinik kan. #sangat motif caps lock siap bold.#  hua hua hua..

Ok dah sampai klinik cam biasa la doktor cek darah kan xde pulak nak cek akhlak. hahaha.. ok ini tak klaka. Pastu doktor tunjuk kat aku berapa tekanan darah mak aku.

180mm/hg. 

Disebabkan aku dah lama tinggal study,

disebabkan bab jantung aku paling tak suka masa study dulu,

disebabkan aku ni jenis belajar nak lulus exam je #eh pengakuaan tulus ikhlas siapa mampu buat? kihkihkih.




so, aku tak tahu 180 tu tinggi ke rendah.

Tetiba macam hilang ingatan dapat ingatan balik.. acececeh..

"eh jap doc, normal 120 kan? saya lupa la saya belajar dulu doc.."

"Dulu awak belajar apa?"

"dip in science."

"owh..."

Muka doc tu bajed aku belajar medik je.

eh hello kawan saya ambik medik tau. #jeling bijik mata berpusing.#


Pangai keji je sangka buruk kat doc kan kau CK. Lempang kang sia-sia hidup.

180 tu bunyi macam sangat dasyat je tinggi dia kan, so balik rumah google pasal darah tinggi. Nampak sangat anak prihatin macam tok ketua kan. korang apa tauuuu. #lempang.#

Disebabkan blog aku ni merepek je manjang macam kalau orang masuk buang masa je, macam memang takde faedah pun kan lepas baca blog ni. yela blog tak berilmiah kate ko. tau tak down gila aku taip ni. #emo-emo.# haha.. so aku nak bagi la info sikit-sikit.




haa tau xde orang nak tilik pun kan chart kat atas ni. terus scroll bawah kan. Tilik gambar aku lagi memanfaat masa lapang tak gitu? #pitam.# haha


Macam doktor cakap blood pressure mak aku 180. ok sekarang tengok belah kiri dekat 180. aceh pepandai suruh orang tengok mak dia punya blood pressure. macam bakal menantu mak yang caring ada baca kan.. hua hua hua..



pedulikkan systolic dengan diastolic tu sebab kalau nak terang kena habiskan satu sub chapter. hehe.. Systolic dengan diastolic tu kira keadaan jantung kita. kalau systole tu jantung kita tengan contract diastole pulak jantung tengah relax. so, 180 tu tekanan darah masa jantung tengah pump darah. 



See? 180 dah kira dasyat dah. tahap ke 3 yang teruk. Mak aku pulak tak tunjuk simptom-2 pening ke apa kan. Yang tangan dia tak rasa pape tu takde kena mengena pun dengan darah tinggi ni.
tahap ni kira sikit lagi nak kena strok, heart attack, meninggal pon boleh. haish, risau!



kalau korang pergi cek pastu dapat result 140 above kira dah sah ada darah tinggi. Normalnya 120 macam tu. kalau 122 tu takpayah nak gabra lagi rasa macam hidup ni tak bermakna ke apa sebab still dalam range normal. Tunggu 160 baru boleh nak gabra-gabra ok. kihkihkih.



aku syak mak aku dapat darah tinggi ni sebab dia suka makan daging. makanan banyak kolestrol sume tu. Lepas dapat tau ada darah tinggi tahap macamni terus aku jadik perunding makanan mak aku. 



bila mak nak makan makanan berlemak sikit..

"ma tak boleh makan ni... nak makan makan sikit je.. "

yang makan banyak sape?

aku.

Mak makan yang tak berkhasiat tak boleh, pastu sumbat mulut sendiri boleh pulak. boleh tahan tak sedar diri. 




Korang jangan lupa bawak mak bapak, adik beradik, pakwe, makwe,  laki, bini-bini (eh.) korang pergi cek darah tetiap bulan. bawak jiran-jiran sebelah skali pergi cek sebab penyakit ni kita tak sedar dia ada. Macam mak aku, pening-pening sikit buat-buat tak kesah ingat pening biasa-biasa je kadang-kadang pulak tu.




Mak kepada kawan aku pulak mati mengejut sebab darah tinggi ni arwah tak pernah tau dia ada darah tinggi. Bahaya penyakit silent killer macam ni. Tak takut??  tau takott.. hehe


Jangan dah terlambat baru nak menyesal.


prevention is better than cure.


atau dalam bahasa ruminya.


Mencegah lebih baik dari mengubati. 



eh, kalo aku salah bagi info kat atas ni sound je "hoi ck salah info nih!"  tak kesah pun tapi sound pon betolkan balik. kang bagi penampar nak? garang tak garang tak?  sebab aku pon tak la pandai sangat bab nih. Belajar dulu pun bukan student cemerlang kesayangan lecturer. keh keh keh.



till then, jaga kesihatan, jaga akhlak, jaga mata jangan nakal-nakal.





bai sayangsss.. ^^ 




Thursday, June 14, 2012

Bekerjalah kamu sebelum kamu dikerjakan.

Eh hai korang kerja?



Sangat motif tanya orang kerja tak kerja sebab dia tak kerja. Okay masing-masing sila jeles membuak-buak dia dada. hua hua hua

Aku kan jenis tak boleh betol pagi-pagi orang tanya keja ke?padahal dah tau aku kerja kan.. Pastu duk mesej selamat bekerja la apa kan... Rasa macam kau nak perli aku eh? 

Nampak tak situasi tengang tak suka dengan pekerjaan sekarang. hikhikhik. Pernah masa aku awal-awal kerja dulu kawan aku duk tetiap pagi mesej "bekorjo lah kito bekorjo lah kito poi pagi balik senjo. hahaha.." Boleh??? Terus emo rasa nak berhenti on the spot. 
 Mentang masa lapang kau duk goyang kaki je kat rumah kan. Tak suka berbelas kali kuasa tau tak. Jeles.

Ramai yang nasihat aku jangan berhenti kerja kan. Korang memang prihatin macam ketua kampung. hikhikhik. Sebenarnya aku bukan kerja tetap. kerja sambilan sementara tunggu sambung belajar bulan 9 ni. Orang cakap dari duk rumah jadik perhiasan depan televisyen baik kau pergi cari duit seringgit dua takde la mak kau menyesal lapan blas kali beranakkan kau. iye dak?

Tapi sebab aku memang tak suka kerja aku sekarang. Menyampah. Menyampah nak mati korang tau tak. Dari hati tak ikhals duk bekerja baik berhenti secepat mungkin kan? 

Perangai macam tak matang gila kan? Biasa la budak-budak baru nak up. perangai macam ni la. 

Geli sangat la CK umo 22 cakap baru nak up. Lempang kang tau la.


eh harini bangun awal pagi naik motor nak pergi beli nasik lemak sedap akak ayu manis. Sekali dia tak bukak kedai la pulak. Menyesal bangun awal. #bakal mak mertua sila buat-buat tak paham ayat last.# 



Aku bangun awal hari tak kerja? 





Bapak aku kagum.






Mak aku terkejut.











Aku sendiri lagi terkejut.




ok. boleh pitam sekarang.



p/s : entry ni kesinambungan dari sini dan sini. :)
cewah kesinambungan kate ko. kau mampu guna? bhahaha..lempang.



till then. bye sayangsss..^^


Saturday, June 9, 2012

Terlajak 2 hari.


Harini genap 22 tahun 2 hari kembang kempis hidung hirup oxygen Allah kasik satu hirup free 3 kali hirup, 3 kali hirup free lagi namblas kali hirup dan seterusnya..

walaupun birthday yang ke 22 tahun tapi aku tetap rasa aku lapanblas.
hua hua hua.



.
Gambar nostalgia boleh buat pameran di dinding muzium negeri Kedah.
2007 and i was 17. ;)



Harap-harap tahun ni lebih bermakna dari tahun-tahun lepas. Tahun lepas pun bermakna tapi nak lagi bermakna tahun ni. Contohnya dapat khawin. 





Gatal.















till then, bye sayangggs.. ^^

Tuesday, June 5, 2012

Tepuk tangan sebelah bunyik la jugak sket-skettt.

Best sangat ke bercinta? Mesti la best.. Siapa cakap tak?

ce tanya aku dah berapa kali bercinta? tak terkira hoi.. cececehhh... nak cakap best tak best nye bercinta sampai tak ingat kau dah bercinta berapa kali. sampai kalau jumpa ex kat tengah jalan boleh kompius tanya "eh ni ex nombor berapa?" poyo gila bajed hot stuff kan ramai sangat ex.. kah kah kah.

Korang pernah bercinta? tipu la kalau jawab tak pernah. Yela-2 mungkin ada picisan yang tak pernah tapi aku bagi survey tipu-2 aku yang 8 dari 10 rakyat Malaysia pernah bercinta. dan 8 dari 10 rakyat Malaysia sukakannya! wah terus feeling Lisa surihani iklan Garnier. =..='


Entry ni bukan nak menggalakkan korang bercinta ke apa. Takde pekdah aku nak buat kempen marilah bercinta kawan-kawan sebab cinta tu best! Entry ni kira nak bagitau pengalaman je la..

Hati manusia mana yang yang taknak dicinta dan mencintai kan? Of course semua orang nak rasa macam tu.

Tapi part kau suka orang tu, orang tu pulak tak suka kau paling kau rasa macam dunia ni tak adil pastu kau pun jadik hati kering tanak terima cinta lain sebab kau betul-betul pasti yang one day dia la jodoh kau walau sekarang dia tak suka kau tapi kau tetap rasa kompiden je yang kalau kau tak putus asa, dia akan jadi milik kau satu hari nanti.

Korang paham tak apa aku tulis ni? Kalau tak paham korang skip je peranggan ni. Takpe mungkin lain kali dah besar boleh paham. takpe-takpe tahun depan cuba lagi.


Yang paham tu korang pernah rasa macamtu? 

ye, aku pernah. awww maluuu... #terajang nak CK?#

Sampai tahap aku pernah berdoa sesungguh hati siap sebut nama dia. Pastu siap amalkan doa jodoh surah apa tu aku lupa.. Nampak tak kalau berdoa bab ni kemain bersungguh hati? keji je pangai kau kan.. hehe!

Oh, tapi tu kisah lampau.. tak matang lagi.. kira time tu orang pandang cinta aku macam cinta?-kau-tau-ke-kejadah-apa-cinta-tu?  haa.. macamtu la..

Orang tu datang time aku tengah frust.. memang rasa macam Allah dah temukan dengan orang yang betul. Yelah kau tau kan hati orang yang tengah frust, kecewa tak hengat akhirat senang nak tersentuh kalau diusik. Tup-2 aku duk kepuk kepap kompang sorang-2, tak meriah pun bunyinya. ala aku modified "tepuk tangan sebelah tangan takkan berbunyi."  -.-
ahh laki suka bermulut manis.. Kalau dia boleh telan ayat-2 dia kompem boleh kena kencing manis.




Lagipun seminggu dua je konon benci lelaki la hape kan lepas putus dengan boyfie sebelum tu.. Sampai abeh lelaki aku nak kondem. Kalau pandang laki tu pandang sebelah mata je. pandang sipi-sipi dengan ekor mata je.. Rasa macam perkataan ahhh laki semua sama tu macam dah sebati dalam percakapan seharian. kalau boleh nak cakap setiap kali jumpa laki. over.

Ala seminggu dua je pon.. cehh konon la kan.. Bila datang orang usik hati sket je pon sket je tepuk-tepuk sket je mula la nak cair kan.. #banyak la kau punya sket kan ck..# ah.. aku malas nak padam nak taip balik susun ayat. hehe

Lelaki bermulut manis atau perempuan yang suka perasan?

Gambar depan cermin = gambar syok sendiri.
Gambar syok sendiri sesuai untuk orang syok sendiri.muehehe


Takpe la.. aku kepuk kepap kompang sorang-sorang pun at least aku ada pengalaman kepup kepap kompang. Iye dak?


Korang macam mana?

eh jap.. berbunyi ke kalau tepuk sebelah tangan? bunyi la sket sket.. bunyi angin zup zap zup zap. -..-



till then, bye sayangsss..^^









Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.