pEeps!

Wednesday, July 4, 2012

Tak boleh betol lah aku kalau macam nih!


Cinta ke akhir hayat.


Sebak aku tengok. 


.........


Aku tak boleh betul kalau tengok orang tua sedih sedih macam ni. Masa kat IJN haritu aku tolong sorang atok ni nak masuk bilik air. aku tengok dia terkial-kial tolak kerusi roda dia tersangkut dekat pintu. aku pegi la tolong. Tapi dia boleh lagi cakap takpe takpe sebab tanak menyusahkan aku..  
dah siap dia mandi semua dia terkial-kial makan sorang-sorang pulak, aku tengok dari jauh. Kesian. Lagi tak boleh aku tengok. sedeh! 


Esoknya aku pergi ambik ayah aku sebab dia dah boleh discharge,  pastu dia cakap atok yang aku tolong tu kena serangan strok masa duk sorang-sorang then masuk ICU. Dahla takde anak-anak jaga. ishh.. tak boleh betul la aku. Terus rasa nak menangis belakang pintu macam dah kenal atok tu spoloh tahun .Sampai harini teringat lagi atok tu. Rasa macam nak bawak balik rumah jaga kat rumah. Ewah! 


Macam mana entah dia kat sana. Sesape duduk dekat dengan IJN Kuala Lumpur tolong pergi tengok untuk aku.  Atok  tu duduk kat tingkat tiga, zon 1, bilik 543 katil nombor 365. Bohong. aku tak ingat nombor-nombor nih.  hehe..


Main dalam IJN nih kalah pergi melancong sorang-sorang kat Istanbul. Sesat! 



till then, bye sayangsss...

7 comments:

Asyiqin Haulisah said...

alah siannya beliau. doa utk beliau baik baik aja. *dari jauh.

vendoline said...

hurmmm sedihnye...takpe sabar2...haha aku pon tengok tersentuh hti.hahakantoi

fatin said...

kalau tgk atok terjatuh basikal pon dah boleh sedih, ape tah lagi tgk atok tu sorg2 sakit kt hospital kan. hurmm doa dari jauh je mampu =)

Unknown said...

kesiannya atuk tu :'( harap dia cepat sembuh, doakan dia dari jauh.

Liyana Anuar said...

harap2 anak2 datuk tu sedarlah...ke dia mmg xde anak?

Marcella said...

tak tau apa nasib kita bila tua nanti..harap, moga baik-baik sahaja :)

@apikoss said...

cinta sejati? hmmm :')

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.