pEeps!

Tuesday, December 1, 2009

siapalah aku menolak cinta yang hadir tanpa dipaksa...



cuti2 ni aku rajin2kan diri baca buku motivasi..buang tebiat agaknyer tp ada pekdahnyer jgk kan?kat sini aku nak kongsi apa yang aku baca..
“jasmin mengawal perasaan”
' “siapalah aku menolak cinta yang hadir tanpa dipaksa.”
seni kata lagu dari kumpulan nasyid terkenal,In-Team ini mengingatkan saya pada satu kisah yang barangkali boleh dijadikan pedoman bagaimana seorang insan yang melalui pengalaman cinta yang begitu mendalam semasa masih menuntut.
Jasmin
, adalah sahabat saya semasa menuntut di sebuah Pusat Matrikulasi di utara. Berperwatakan sederhana dan sangat ramah orangnya. Jasmin begitu tertarik dengan seorang pemuda yang juga menuntut di situ. Dan Jasmin tidak bertepuk sebelah tangan. Pemuda itu juga turut menaruh hati kepada Jasmin. Namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh mereka. Masing2 masih mampu bertahan menjaga batasan. Saban hari Jasmin menceritakan kepada saya bagaimana perasaan cintanya kian bertambah. Sambil bercerita, dia menangis. Dia sedar perasaan itu hadir untuk mengujinya. Sejauh mana dia mampu bertahan dengan ujian itu.
Pada satu malam, saya terjaga dari tidur. Saya terdengar Jasmin menangis, merintih kepada Yang Esa supaya dia dapat mengawal perasaannya.. Dia merintih supaya perasaan cintanya pada pemuda itu tidak melebihi cintanya pada Tuhan. Saya faham betapa sengsaranya Jasmin mengawal perasaannya. Komitmen pada harapan keluarga perlu diutamakan tanpa mencampuradukkan soal cinta dalam masa yang terdekat ini.
Pada Jasmin, tanggungjawab yang sedia ada pun sudah tidak terpikul olehnya. Ditambah pula dengan
masalah percintaan.
Namun dalam doanya dia tetap berharap 'jika pemuda itu adalah yang terbaik untukku, maka pertemukanlah jodoh antara kami berdua suatu hari nanti, peliharalah nilai-nilai dan pegangan agama yang selama ini dipegang teguh oleh kami. Janganlah Kau lalaikan penghidupan sampai melanggar batas-batas tegahanMu. Namun, jika sebaliknya dia bukanlah yang terbaik buatku, maka campakkanlah perasaan cintanya jauh2 dari mendekatiku.
Sehingga kini hubungan Jasmin dengan pemuda itu masih lagi intim. Mereka bertemu apabila perlu, namun batas batasan agama begitu utuh dipegang kedua2nya. Jasmin mengikuti jurusan perubatan manakala pemuda itu mengambil bidang kejuruteraan kimia di di sebuah universiti ibu negara. Dalam masa yang sama mereka berdua tetap
memegang prinsip sendiri dalam mengurus episod cinta mereka, selain mempercayai dengan teguh ketentuan Tuhan. Sekiranya ada jodoh mereka akan disatukan, sebaliknya jika tiada, mereka tetap reda dengan takdir...”

sucinya cinta diorang..tapi x semua orang mampu wat cenggitu kan? Tapi x salahkan kalo kita mencuba..lagipun xde orang pun yang perfect. Sumer pernah wat silap. Pe salahnya kalo kdg2 kita muhasabah diri kita..saling ingat mengingati..=)

wah..sejak baca buku motivasi ni cam matang je rasa diri neh..kukikukikuki...

slain baca buku motivasi aku baca gak la novel..dah 6 bijik novel dah aku abiskan..
pas baca aku soh
totoi aku posing2 jap jadik model aku..hehehe..saja nak ilangkan bosan..

No comments:

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.