pEeps!

Tuesday, May 15, 2012

Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Google courtesy.
Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalau pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Dah la lama tak hapdet, dah hapdet kopi eng pes pulak.. asalkan hado sudah..keh keh keh.


Ehem, 

Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

#awww...tutup muka dengan tudung.#


Pang skali.



till then, bye sayangss.. ^^,

9 comments:

shedameor said...

suke sangat yang ni kak ! hehe

Niza Romli said...

dah jumpa si tulang rusuk kiri tu nanti jgn lupa letak gambar kat sini..nak tengok. agaga

nuyui a.k.a miss YUI said...

=)

LydSunshine said...

Rasanya hanya Hawa [fomfuan] saje yg dijadikan daripada tulang rusuk Adam [lelaki]. Dan hanya Adam sahaja yang dijadikan daripada tanah. Manusia lain, dijadikan daripada setitis air mani menjadi segumpal darah. Erm... tapi kalo sebagai simboliknya, boleh la kot dikatakan kita ni tulang rusuk suami. hehe.

*pasangan hidup tu akan muncul masa kita tak cari. Biasa tak dgr ayat ni? Dia akan menjelma bila kita dah tak terfikir lagi ayat "mungkin dia ni jodoh aku" setiap kali nampak lelaki hensem yang berpotensi.

syahirooAhmad said...

sweett...

afzalsukasuki said...

check tulang rusuk sendiri.bukan2.aku rasa ko bukan spesis tulang rusuk ni.cuba try tulang keting ke..tulang sumsum ke

Anonymous said...

cis jawapan abam pejal tak menahan..
smoga btemu jodoh yg terbaik :)

Zul De Alexis said...

tulang rusuk sape yew nak tolong fikir kn jugak..hehe

insyaAllah tulang rusuk seorang yg taat perintah Allah..amin..

ctk said...

semoga bahagia bersama pemilik tulang rusuk...hehe

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.