Beauty is in the eyes of the beholder. Maksud dia, cantik tu
subjektif. Setiap orang ada penilaian sendiri dalam nak tentukan cantik tu
macam mana. Kita tengok Rozita Che Wan tu dah Kira meletop pong! Pong! pong!
dah. Tapi ada yang cakap
“alah biasaaaaaaa je gua tengok.”
Dia punya biasa tu sampai enam harakat sebab nak cakapnya Che
Ta tu biasa. Lepastu dia tambah sikit lagi.
“Emma Maembong lagi comel.”
See? Berbeza pandangan walaupun kita tengok dua dua toksah
cakap aaaaaaa memang cantik woi.
And lelaki, mostly tengok perempuan cantik, mestilah yang
putih gebus gebas, mata besar, hidung mancung terletak. Taknak yang kembang
lubang pulak seinci. Punya down aku taip setiap bait ayat kat atas sebab terus
rasa arghhh tak cantiknya aku hoi!. Bila senyum pulak nampak gigi tersusun putih
macam kain kapan. Kenapa perlu kain kapan? sebab nak korang ingat mati. Dalam
baca blog aku yang tak berapa nak berilmiah ni dapat jugak pahala. Hik hik.
And tanpa kita sedar, kebanyakkan perempuan kat Malaysia
sekarang ni nak jadikan definisi cantik tu bukan suatu yang subjektif. Cantik,
mesti putih. Tak putih tak cantik. To be honest la kan, aku pun macam tu. Gila
sape tak nak putih? Kalau yang tak nak putih tu memang kira bersyukur dengan
apa yang tuhan bagi tu dengan ketaqwaan yang tinggi la tahap dia. Subhanallah.
Bagus kalau buat calon bini.
Kalau dulu aku pakai krim kecantikan Safi. Ala krim memang
murah tak sampai sepuluh ringgit pun time tu. Tiga tahun lebih pakai tapi kulit
macam tu jugak. Kulit still kusam, warna
kulit tak sekata and serius rasa nak bawak krim tu jumpa CEO syarikat nak tanya
kenapa tak jadi cantik macam iklan dalam TV?? Hah?? Kenapa? Kau jawab sekarang sebelum aku bakar company ni! Kan.. bajed
gangster sangat lah tu?
-_________-
Time ni kulit kusam, warna kulit tak sekata. langsung.
Then, selepas tiga tahun, hari yang indah muncul. Kemain! Ada
classmate aku dia punya muka Ya Allahhhh berseri seri dia macam seri pengantin.
Tanya la pakai apa, Then dia syor satu product ni. Tak mahal pun. Murah sangat.
Harga dia celah ketiak je. So, aku pun try. Tak sampai sebulan sebab aku ni bab
pakai krim ni memang istiqomah lah. Bab melabuhkan pakaian tu takde seistiqomah
pakai krim. Haram jadah sikit la perangai kan.. Eh, syaitan kuat menggoda dowh.
Aku pulak tak kuat. Sedih dengan diri sendiri. Kau ingat aku tak sedih? Kan dah
emosional.
Tak sampai sebulan pakai ni, dah nampak muka dah start
berubah. Takdela tetiba hidung jadi mancung ke apa. Jangan jadi bengap sangat
boleh?
Wakawaka! yela sorry.
sebulan lebih pakai krim dot dot. Jerawat takde, putih lah sikit dari sebelum ni. bintik hitam pun pudar.
scary huh? scroll cecepat! kehkeh
Warna muka dah sekata. Ramai tegur putih. Bintik hitam makin
pudar. Time tu rasa konfiden sangat nih boleh ganti Anzalna iklan Safi. Keluar
tak pakai bedak pun takpe .Kira tahap
konfiden tu memang macam tak beragak la time tu. Serius! Kan dah cakap perangai
aku jahanam sikit. Haha.
Part bila orang tegur kulit cantik tu la rasa kembang hidung
tu macam nak meletup lubang hidung.
Tengok tak habis lagi. Bhahaha..Ok stop.
Lepas dua bulan pakai baru reti nak berfikir. Kenapa yang
berkesan sangat ni? Try buat research
lepastu omaigod omaigod omaigod!! Seriously? Mercury dalam kosmetik. Damn.
Lepastu baru tahu yang product tu bersepah sepah jual dekat pasar malam.
Tragis. Bila baca kesan mercury kat kulit muka, Ya Allah.. takpe lah tak putih
tak cantik pun. Takpelah. Tapi awal-awal sayang nak tinggal. Sayang sebab
memang puas hati gila dengan kulit muka. Tapi bila baca info pasal mercury
dalam kosmetik, nak menangis! Kesian kulit muka!
Kesan mercury lepas pakai memang tip top. Kulit kau putih amoi
pun boleh jeles. Tapi long term effect tu yang scary. Teruknya muka kau nanti
subhanallah. Time tu mesti kau dah berlaki, kalau jenis dapat lelaki "takpe-abang-terima-ayang-seadanya" takpelah. Jenis yang tak boleh nak terima? T..T
So, belum terlambat nak stop pemakaian kosmetik yang disyaki
ni. Some product takkan tulis kandungan merbahaya tapi kita boleh cek sendiri.
Try google macam mana nak tahu product tu ada mercury or not.
Sekarang, memang aku terus fobia nak pakai apa-apa krim kat
muka.
Yang sedihnya, kebanyakan product guna mercury. Takde mercury pun maybe ada
bahan kimia yang beracun lain.Makin menjadi product tu makin tinggi kandungan
mercury. Sekarang memang tak pakai krim apa-apa
langsung. Cuci muka pun pakai sabun badan. Main bedal je sebab takut punya
pasal. Padahal pun tak elok. Haha..
Lepas tu pakai bedak compact, malas sangat sapu je bedak bontot baby tu haa… Dengan
keadaan cuaca panas nak mampos sekarang memang burn habis la muka. Anzalna, awak
boleh terus jadi model iklan safi lah katanya. T.T
So, instead of aku pakai pape kat muka, aku try ambik
supplement kulit macam vitamin E and Vitamin C. Supplement ni bukan ubat tau,
no drug at all. Kira kau bagi apa yang tak cukup. Fikirla diet seharian cukup
ke ambik segala vitamin? Yes. Ramai boleh hidup tak ambik supplement. Tapi ada
bezanya yang ambik dengan yang tak ambik. Contoh, yang tak ambik senang kena
selesema berbanding yang ambik. Camtu lah.. pilihlah untuk hidup yang sihat dan
cantik. Aceh!
Bagi aku, better ambik supplement instead of ambik krim. Kalau
krim, kau just apply dekat area muka. Muka dah putih gebu, part lain? Suami tak
pandang muka je cik kak.. hik hik. Malu tau taip macam ni. Bhahaha.
Tapi nak ambik supplement, pilih yang organic. Berasaskan
bahan semulajadi dan bukannya sintetik. Senang nak beza yang sintetik dengan
natural, tengok dalam botol ada tak diorang letak SILICA GEL.. Silica gel ni
yang bijik bijik jernih tu biasa ada dalam kasut sekolah baru beli. Kalau ada,
tu maknanya yang sintetik. Okay? Biasanya aku pilih vitamin Shaklee sebab
Shaklee memang berasakan semulajadi and banyak pilihan. Kalau kulit muka
berlubang lubang bekas jerawat nak bagi rata balik, nah.. Shaklee ada! Tapi
yang penting, kena rajin ambik. Ingat senang nak cantik? Orang cakap biar
lambat asal selamat.
Bukan stakat boleh makan vitamin dia tu, tapi boleh buat mask.
Ambik vitamin tu, bancuh dalam air sikit then apply kat muka. And
seriously,muka jadi lembut tak hengat! Haa iklan macam ni dah boleh challenge
Kak Ton belom ni? Mihmih..:p
Lastly nak cakap, sebelum ambik apa-apa product, kaji betul
betul apa kandungan product tu sebab berlambak gila product kecantikan sekarang.
Cendawan lepas hujan pun tak banyak macam product kecantikan sekarang tau. T.T
so, tersangatlah penting untuk kita tahu product tu ada halal
tak. Ada kelulusan Kementerian Kesihatan tak. Apa kandungan dia. Yang berniaga
pulak, tolong tolong tolonggggla jadi peniaga yang bertanggungjawab,jujur,
berilmu dan bijak. Nah, slogan free aku bagi. Duit yang kita dapat tu jadi darah daging.
Boleh effect sampai anak cucu tau? Aku malas nak nasihat panjang-panjang.
Karang tak pasal-pasal jadi kuliah magrib. Masing-masing dah besar, dah boleh
fikir sendiri. Kita dah bincang kan? Ewah. Tiba-tiba.. hahaha..
p/s : Say Alhamdulillah, ayuh jaga dan bersyukur dengan setiap
inci anggota badan yang Allah bagi. Putih, hitam manis, kuning langsat sawo
matang semua cantik sebenarnya. Kalau rasa tak cantik, rasa takde orang nak,
jangan emosional sangat boleh tak?
Lempang nak? Being the way that you are is enough. Kan?
Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita solehah. Haaa ni kuliah subuh. Hihi..
34 comments:
salam..mcm pernah tengok je..nak berkenalan boleh.. :)
nana bambam: tu la.. bnyk sngt kat pasaran sekarang. menakutkan. huhu.. xpe.. insyaallah ada rezeki nanti boleh try. ;)
nasib baik eden dah memang hensem.. ;p
akak comel..hehehe http://arshaika.blogspot.com/
pnjg lebar sgt penerangan psl kecantikan..nice entry! :D
ck tu takdela comel mana. biasa jeeeeeee *enam harakat.
sheda meor lagi comel. kahkahkah
ehh ehh macam tahu je produk ape tu kann. sheda pon pakai produk tu and stop bila terbaca pasal mercury ni. terus pegi kelas pakai bedak sejuk je. curlassss mak jemah. hihi
Samala. SKrg amik supplement shaklee...
Hehehe...
zulhilmi tempoyak : hensem gua lagi. thihi
rika.. : Hai awok. :)
fariehan : thank you! ;)
sheda : cececehh. pakai bedak sejik patot le cun dr iols nokkkkk.. hahaaha
nooryanawati yay! sep sikit! ^^
hai kakak kulit sekata! ^^
hi,singgah follow awak :)
cantik kulit muka awak.. smooth je..
Dulu kan saya tak kisah langsung pasal penjagaan diri termasuk muka. Tapi bila dah 20-an, rasa perlu jaga kot. Tapi still tak tahu nak start macam mana. Saya pun terfikir nak amik supplement jugak.
lan~ amboi ko lan...
Intan ~ tq awok! ;)
Tenku ~ alhamdulillah.. walaupon tak.. haha
Teena ~ Try la shaklee.. meh meh! thihihi..:p
haha..memang org eropah zaman dolu pakai mercury bg putih cam tepung gomak.arsenik pun ada sekali. tapi banyak kesan buruknya. (Y)
mohon follow blog saya di peminatvitamin.blogspot.com
Nice sharing...takutkan sekarang ni bermacam macam bahan dicampurkan dengan racun. Jom sama-sama follow blog saya mummyfiras@blogspot.com... Boleh berkongsi memacam tips kesihatan, kecantikan dan business online
thanx atas info...
jemput singgah di www.haniqhanisalihah.blogspot.com untuk perkongsian info kesihatan dan kecantikan
thank you for the info best.
sila singgah kesini jika ada masa yaa
www.ratubisneshalal.com/blog
Wanita memang nak cantik, nak kurus, sebab bila dah cantik dan kurus baru rasa yakin.
Klu nak cantik kn bnyk.minum air masak disamping amaln2 lain mcm sujud lama time solat subuh dan rajin2 bngun solat tahjud..dismping kite guna produk kecantikn yg lain..sy ade jual babies blink harga mampu milik...wassup no sy 0197728022 jika berminat..
salam sis, berminat x nk jd agent/ dropship produk kecantikan sy? :)
klau berminat, whatsapp sy. +6012-6244184
sy boleh bg details :)
Well said khadijah!! :) embrace our natural skin tone..yg penting kesihatan kulit baru ade kecantikkan.. saya Beauty Consultant Mary Kay..bole visit fb page : syela bizworld @ bole hubungi 019-6422 573 (syela)
Rahasia Dicinta & Dimanja Suami, tengok di www.herbal-gurahvagina.blogspot.com
Thanks banget beritanya....semoga makin sukses
Wow obat herbal ini bisa menyembuhkan berbagai macam jenis penyakit
Cara Mendapatkan Wajah 10 Tahun Lebih Muda
Obat Glucocoa Nutrisi Pemutih Herbal
Obat Herbal Yang Bisa Menyembuhkan Semua Keluhan Pada Mata
Cara Cepat Mendapatkan Kulit Putih
kenapa akak lawak sgt eh?
hahahahaha adoi
wah cantiknyeee
Nonton Film
DROPSHIP PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN DIPERLUKAN !! TIADA SEBARANG YURAN DIKENAKAN. EMAIL "SAYA MAHU DROPSHIP" KE missladyaaf@gmail.com.
assalamualaikum. jom singgah blog saya. http://mylovenaurah.blogspot.my/2015/09/Hilangkan-jerawat-dan-parut-jerawat-dengan-shaklee.html
Assalamualaikum... Maaf, Alia nak tumpang iklan ya :)
SUNWOO COSME FACE MASK
======
FORMULA PERTAMA DALAM DUNIA!
======
✔Menghilangkan parut bekas jerawat di muka
✔Menegangkan kulit muka tanpa mengeringkan kulit
✔Merapatkan rogga-rogga kulit
✔Menghilangkan masalah kullit
✔menghilangkan hitam dan lebam bawah mata
✔Mengurangkan kekedutan
✔Melembabkan kulit
✔Kulit muka terasa segar
✔Mencerahkan kulit
Produk terus dari Korea..
Berminat nak cuba? whatsapp Alia
taip ke 018 - 979 6095
Appreciate your sharing. Saya pun pernah pakai krim yang dilaporkan ada mercury..seram!!!naseb baik tak jadi apa2 huhu..sekarang beralih ke produk natural, bebas bahan kimia berbahaya, home made, hand made dan yang penting mampu milik..nak tau apa jemput singgah yanifreshpickslovers.blogspot.my
Salam ukhuwah :)
🔹Aie Acne Cream🔹
-prevent pimples
-reduce scar
-get healthy skin
Np: RM16
Promo: RM15 (Until 23 march)
-Don't worry it is pharmacy approved and safe to be used 😇
-For all skin types
-Soft cream, colourless and odourless
-Contact 012 5956096 (aiza), 017 5440074 (ikhwan)
🔹Aie Acne Cream🔹
-mengurangkan jerawat
-menghilangkan parut
-mendapatkan kulit sihat
Harga asal: RM16
Harga promosi: RM15 (sehingga 23 mac)
-Jangan bimbang, produk ini diluluskan oleh farmasi dan selamat untuk digunakan 😇
-Sesuai untuk semua jenis kulit
-Krim yang lembut, tidak ada bahan pewarna dan tidak ada campuran wangian
-Hubungi 012 5956096 (aiza), 017 5440074 (ikhwan)
Hye
http://junainah3.sharethisstory.net/my-1171490-10522
I would like to let all know that the size of your Penis really matters in your relationship or marriage. I got married to my wife about 1 month after we met on a photo studio, we lived happily for the first 3 months of our marriage until i and my wife started having quarrels at home because i couldn't satisfy her on bed with my little penis. Actually my penis was very small, it measured about 4.5 inch long on erection and i am 39 years old. My wife said it was forbidden by the women of this world. My wife started sleeping with other men outside. Sometimes i will return from work without finding my wife at home and whenever i call or ask her where she was, she will always snub at me and sometimes just tell me to go get a larger dick. All this continued for a long time and it hurt me so much that i was at the edge of breaking up on the marriage till when i read about a doctor called DR.OMOHAN. online. I never thought i could smile and be in a happy marriage again if not for the help of DR.OMOHAN. I got the doctors Emails:(dromohanherbalmedicine@gmail.com ) on the internet and i emailed him, and he got back to me with some encouraging words, he got me some herbs cream which i use for just 8 days and i began to feel the enlargement of my penis, and without surgery. This went on for a little period of about 10 days and to my surprise my wife keeps screaming that she love my big dick now. Now my wife no longer cheat on me, and my penis is now about 10.5 inches long on erection and off course very large round. And now my wife uses breasts, hips and bums enlargement. I and my wife are very happy for the help rendered to me by DR.OMOHAN , and i want to say a big thanks to Doctor for the help. You can contact the Doctor now on his Email:( dromohanherbalmedicine@gmail.com ) Am thankful to the doctor for helping me.
Post a Comment