pEeps!

Saturday, October 22, 2011

life aku bukan life engkau.

assalamualaikum...


ok. harini nak cerita pasal...




pasal life aku sekarang. *macam-ade-org-nak-tau-life-kau-macam-kau-primadona.* ^^P


F  wai ai , sebelum ni aku belajar kat KPTM kota bharu kelantan. ambil kos diploma in science. under UiTM programme.


perlu ke kau bold pastu besarkan UiTM programme tu?

eh..perlu.. down kot cakap blajar kat kolej je.
at least kalau orang tanya..

halimahtakjongang :- student mane ni?



budaktaktaumalu :- student UiTM. *sambil sengeh buat muka mintak penyapu.*

see.. bangga sejenak jawab student UiTM. even hakikatnye kau belajar kat kolej bersekutu UiTM je kan. tapi still tak tipu kan? akekeke.. keji punya pangai. bangga lettewww boleh jadik student UiTM??

puh-lis.


eh, ade yang tak tau KPTM tu ape?

ok. kptm tu kolej poly-tech mara. it's ok kalau korang tak tahu pun. aku tak sentap sebab kolej aku bukan glemer sangat mcam MSU yang buat iklan kat tivi pkai model student-student cun. eh, ye ke?

ni la kptm.
saya sayang kolej saya.

puh-lis buat statement camni ck!
-____-"


..... 


f wai ai lagi.. aku dah habis diploma. syukur alhamdulillah.

sekarang tengah berbahagia di rumahkusyurgaku.

aktiviti seharian..

makan, <-- berjaga 16 jam, 14 jam boleh dikatakan aktif mengunyah.

tido, <-- kat rumah berazam nak jaga tido dengan harapan nak hilangkan mata panda. konon nanti boleh pakai eye shadow blink-blik warne-warni. *macamcantiksangat.*

tengok korea, <--dah habis tengok my gf is a gumiho, sekarang tengok secret garden. wah~~ hero kemen hensem kau! boleh bawak termimpi.*ko-memang-gatal-kan-ck?* -_____-"

aku dah stedi kalau ade orang nak panggil aku debab dalam masa 2 bulan lagi.

nasib takde pakwe.

kalau ade?

tengah jalan-jalan dengan pakwe dengan muka bahagia..

zabedahtepirumahpakmat :- eh, ck? amboi...berisi sekarang.. khawin x ajak kan. anak sulung eh?
*sambil gosok-gosok perot aku.*


ck-dengan-muka-senyum-plastik :- eh.. x..kami masih berusaha.
*sambil jeling konon zabedahtepirumahpakmat takot.*

see? aku dah plan dah.. smol de pises lah!


so, tu la serba sedikit pasal life aku sekarang.
bagitau lebih-lebih kang ade plak tetibe feeling akulah-pramugari-terhangat-sume-org-nak-care-pasal-life-kau.

bila abang nak balik ni.

monolog dalaman seorang isteri disayangi suami.

gelimat mat mat!!!


sekian wassalam..



p/s :- title entry nak hot je kan? :P




hepi saturday ols!


bye!


:)

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday#4

credit to :  ustaz zamri 

Sunday, October 16, 2011

doa untuk dia.



bagi lagu bunyi dulu baru start baca tau..bagi feel..haha









1 aaronn aziz,







2 aaron aziz,









3 aaron aziz..











lambat ye?








ok fine,.... tenet rumah kau lambat..bace je la tanpa lagu. aigooo~~~ -___-"






ya Allah ya tuhanku..


Terima kasih, 
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya. 

Terima kasih,
untuk saat - saat  yang dapat kami nikmati bersama.

 Terima kasih,
 untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama. 

ku bersujud padaMU... 
Sucikanlah hatiku ya Allah,
 agar aku dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidupku. 


Ya Allah, 

jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, 
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya.. 
kikislah pesonanya dari  mataku dan jauhkan dia dari relung hatiku... 

Gantilah  kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus,
 dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat. 

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah... 
satukanlah hati kami... 
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya... 
berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya... 

Redhailah dia ya Allah, 

agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana telah Engkau ciptakan... 

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh - sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya... 

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini... 
lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU... 

Allah yang Maha kekal, 
aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untukku... 
luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya. 

ya Allah..

Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan....






dan ya Allah.., tolong jaga dia.

 amin..


......








*lama aku tak update blog kan?  update2 tetibe share doa cinta2.*

sayangi mata anda dan skip ayat di bawah.

nidipanggilbuangtebiattapientrynitakdekenamengenadenganyanghidupatauyangsudahmeninggaldantidaklebihdarisekadarperkongsianacehpoyobetolayatkau.terimakasih.

julingla mata kau nak baca kan. 

kan dah cakap suruh skip. -___-"
tsk tsk tsk..







p/s: masih xde mood nak merapu menulis.:p



bye!


Wednesday, October 5, 2011

entry perempuan gatal.

tak kenal maka tak cinta.



















bila dah  kenal,



eh...

















jatuh cinta pulak.


^^,




gatal ko ye ck men cinta2..








sekian, wassalam..
yang benar,
blogger gatal.
:p



notakepalalutut :- esok last paper. weeeeeeeee....booom! *sound effect burung marah.*



bye!

Sunday, October 2, 2011

ada menda menegur.

dikala pagi yang sunyi.

bunyi cengkerik kedengaran.
bising macam sedang buat kenduri.
tapi jika diamati betul-betul ada kedengaran macam lagu bruno mars.

cicak disiling berlari berkejaran.
bercanda  sesama sendiri.
dilamun cinta barangkali.
bahagianya.
cemburu datang bertandang.

bunyi kipas panasonic didinding kedengaran.
sudah 2 minggu berkerja tanpa henti.
tak penat ke dia?
tapi rasanya kalau dia boleh bercakap mau dia sound suruh tutup switch.

semut hitam tepi pintu berjalan dengan khusyuk tak pandang kiri kanan.
gigih mencari rezeki.
aku kagum.
rajin betul.

bunyi motor dan kereta balakang rumah kedengaran.
belakang rumah hospital bersalin.
mungkin si suami datang menjengguk si isteri lepas bersalin.
mungkin juga sedang gelabah isteri mahu bersalin anak pertama.
mungkin.
siapa  tahu.


suara orang mengaji di masjid kedengaran.
sayu dihati macam dengar takbir pagi raya.
tiba-tiba teringin peluk mak kat rumah.
dia pakai  telekung nak solat subuh.
kalau peluk mau tertido atas riba dia.
selesanya macam tido atas sofa Lorenzo.



tiba-tiba, ada menda menegur.



rindu : hey, khadijah.







khadijah : .....













lama tak jumpa tiba-tiba rindu menyapa.




*sigh.*








cuba teka apa yang menegur?








yup.















rindu.


Saturday, October 1, 2011

cerita taylor swift ke cerita aku?

assalamualaikum.. hey korang..saya bangun awal  harini.

tido pukol 10.30 malam bangun pukul 12.00 pagi..awal sesangat kan?

bangun pon sebab kawan lama kol. kacau sangat sleeping beauty *nak jugak...* tido, sembangla kau sampai habis kredit. 

dah habis kredit dia, hantar pulak mesej suruh aku kol nak sambung cerita zaman skolah dulu yang  tak habis.


dengan  kredit-student-terdesak pikir doblas kuasa dua kali nak kol balik ke tak.

pikir punya pikir rasanya ending cerita dia tak sepenting ending cerita rosalinda yang cikgu2 aku dulu sanggup cancel meeting semata-mata nak tengok last episod.


so, tak payah kol.
biarkan. nasibla ko dapat kawan macamni. ;p



duk sembang kencang,huha-huha, mata dah segar balik macam baru kena spray dengan febrezz. 

coi! 


tadi punya la susah nak lelapkan mata  ko tau nyah, akhirnya macamni endingnya. ingat bangun la pukul 6.30 pagi esok.. bangun-bangun pastu solat, pergi jemur kain kat luar pakai kain batik. serius bunyi macam keanakdaraan kan. sejuk hati mak mertua kalau baca ni. 
ehem.


pukul 12.30 pagi sampai 1.00 pg. breakfast.

setengah jam kau breakfast kan ck. 

kunyah patploh kali per suap memangla.. ikot formula matematik bab empat buku teks darjah enam, 40 kali kunyah ambik masa 3 minit. 20 kali suap?? cepat bukak buku halaman 30,tekan kakilator sendiri! * ada gaya cikgu berdedikasi tak?* 
ehem-ehem.



1.00 pagi masuk bilik tutup mata .

ok, time ni mata macam ada spring. aku tutup, dia terbuka balik. tutup, dia buka balik.biadap.


satu  aaron aziz, 



2 aaron aziz, 



3 aaron aziz, 



4 aaron aziz...

haih... 

dah tak boleh tido.

main game.

tik-tok-tik-tok

 5.35 pagi

update blog.

see, entry da macam kronologi anak merdeka. 

ade jugak blogger camni. -__-"

motif gambar: saya-suka-stalk-perempuan-santek! :P



k.bye!
heva great day. epi saturday yaww!
:)

adasesapekelirulagikeniceritasape??
ahaks!
credit to google
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.