pEeps!

Sunday, September 23, 2012

Kisah jantung, jantung hati part 1.

Pagi 30 Ogos haritu mak ketok-ketok pintu bilik aku jerit-jerit cakap ayah aku sakit kat dapur. Kelam kabut keluar pergi dapur tengok-tengok ayah aku dah pucat, sesak nafas. Ayah aku kena heart attack. Jangan risau kalau tak tahu heart attack tu kejadah apa. Takpe-takpe jangan risau saya bagitau. Heart attack tu adalah serangan jantung.



Aku dan mak aku memang gelabah gila la time tu tak tahu nak buat apa nih. pastu dengar ayah aku tak berhenti-henti sebut "Allahu Akbar Allahu Akbar". Lagi gelabah bila dia dah start mengucap macam dah takde nafas nak hembus. Badan dia dah berpeluh-peluh, muka toksah cakap pucat macam takde darah. Lepastu badan dia macam menggeletar sebab tak boleh nak nafas. Nampak dia dah nazak. Masa tu Allah je tahu macam mana aku rasa. Aku dengan mak ajar dia mengucap sekali. Aku dah start menangis time ni.  Rasa macam ayah aku dah nak haihh tak sanggup nak taip. =,(




Aku tak sanggup tengok ayah aku macam tu. Terus capai selendang berlari keluar pergi panggil jiran nak bawak ayah pergi hospital. Berlari meraung-raung, menangis pergi cari jiran. Time tu pagi so jiran-jiran ramai yang takde kat rumah sebab pergi kerja. Alhamdulillah ada seorang dua yang ada kat rumah. Diorang keluar sebab dengar aku menangis meraung semua. Kuat okay.. -.-" Tapi time tu tak kesah langsung malu dengan muka meraung macam pontianak harum sundal malam hilang anak. Seriously!


Jiran dah sampai diorang angkat ayah aku masuk dalam kereta. Aku berlari start kereta dalam garaj. dari garaj aku nak undur laju-laju sampai depan pintu so senang diorang nak masukkan ayah aku. Tapi sebab aku pon dah menggigil, emosi tak stabil sampai side mirror kereta langgar tiang depan rumah. Jiran-jiran dah kalut tanya aku boleh drive ke tak. Yela, tengok keadaan aku aku macamtu siapa tak risau kan..

Okay, bersambung.


Nak kena packing baju sebab dah nak masuk sambung belajar.. Sikit takde semangat nak sambung belajar sebab dah setahun tinggal buku. Here we go... 28-years-old-nenek-CK-nak-sambung-belajar. what the fuhhhhhhh.... semput! >..<''


bye sayangss..







Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.