pEeps!

Thursday, June 14, 2012

Bekerjalah kamu sebelum kamu dikerjakan.

Eh hai korang kerja?



Sangat motif tanya orang kerja tak kerja sebab dia tak kerja. Okay masing-masing sila jeles membuak-buak dia dada. hua hua hua

Aku kan jenis tak boleh betol pagi-pagi orang tanya keja ke?padahal dah tau aku kerja kan.. Pastu duk mesej selamat bekerja la apa kan... Rasa macam kau nak perli aku eh? 

Nampak tak situasi tengang tak suka dengan pekerjaan sekarang. hikhikhik. Pernah masa aku awal-awal kerja dulu kawan aku duk tetiap pagi mesej "bekorjo lah kito bekorjo lah kito poi pagi balik senjo. hahaha.." Boleh??? Terus emo rasa nak berhenti on the spot. 
 Mentang masa lapang kau duk goyang kaki je kat rumah kan. Tak suka berbelas kali kuasa tau tak. Jeles.

Ramai yang nasihat aku jangan berhenti kerja kan. Korang memang prihatin macam ketua kampung. hikhikhik. Sebenarnya aku bukan kerja tetap. kerja sambilan sementara tunggu sambung belajar bulan 9 ni. Orang cakap dari duk rumah jadik perhiasan depan televisyen baik kau pergi cari duit seringgit dua takde la mak kau menyesal lapan blas kali beranakkan kau. iye dak?

Tapi sebab aku memang tak suka kerja aku sekarang. Menyampah. Menyampah nak mati korang tau tak. Dari hati tak ikhals duk bekerja baik berhenti secepat mungkin kan? 

Perangai macam tak matang gila kan? Biasa la budak-budak baru nak up. perangai macam ni la. 

Geli sangat la CK umo 22 cakap baru nak up. Lempang kang tau la.


eh harini bangun awal pagi naik motor nak pergi beli nasik lemak sedap akak ayu manis. Sekali dia tak bukak kedai la pulak. Menyesal bangun awal. #bakal mak mertua sila buat-buat tak paham ayat last.# 



Aku bangun awal hari tak kerja? 





Bapak aku kagum.






Mak aku terkejut.











Aku sendiri lagi terkejut.




ok. boleh pitam sekarang.



p/s : entry ni kesinambungan dari sini dan sini. :)
cewah kesinambungan kate ko. kau mampu guna? bhahaha..lempang.



till then. bye sayangsss..^^


12 comments:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Biasa umur 22thn..meraba2 dalam kegelapan/terang mencari sesuatu yang tak pasti...sentiasa berada dalam delima.

CintaKhadijah said...

wah.. ayat mendalam.. betol la tu.. tngh terpinga-2 lagi.. ^^

Unknown said...

ohh kak, kalau betul2 tak suka dgn kerja skrg ni. akak cuba cari kerja kat tmpt lain dulu sementara tgh kerja yg skrg ni. insyaallah bila dah dpt tmpt lain, akak boleh berhenti dari tempat tu. hehehe

Liyana Anuar said...

hehe..lawak betul..kesian bakal suami & mertua..hehe :P

CintaKhadijah said...

Nur aicha : buan depan kalau boleh berhenti akak tanak carik keje lain. nak rehat je sementara sambung study. ^^

Yana: tak pe, tahun depan CK cuba bangun awal tetiap pagi. hikhikik

amranaiman said...

bye syg ^-^ haha

Hasyim Ibnu Hasbullah said...

Expressinya lucu... saya jadi tertawa melihatnya...
hahaha...

Riswin Zahari said...

haha! agak lawak.. =D

shedameor said...

pemalas, booooo.

ctk said...

hahahaha...kiut la ck ni...cara penyampaian kamu ni mmg selalu wt ct gelak..hehehehe..ok, geli x bce ni??hahaha

Koding said...

Jika anda adalah pekerja yang makan gaji..
Sebenarnya anda sedang dikerjakan oleh majikan anda..

@apikoss said...

Hahaha hasal muke comel sgt tuu;)

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.