pEeps!

Sunday, January 8, 2012

kalau nak mencuri, curi mende lain boleh..?

ewah ewah,  tajuk dah nampak tengah membengang kan?

memang. orang kelantan cakap memey! orang terengganu cakap memangg! eh?

sehari suntuk tak makan. dari pagi sampai petang. balik-balik dari test kereta ingat nak melantak la sepam. bagi perut makanan ringan. nak makan nasik terus nanti perot jadik omak-kauuuu!  terkejut...

balik-balik terus cerita cot  cet cot cet  dalam keadaan perut-kau-sabar-kejap-cerita-aku-tak-habis-lagi-ni pasal test kereta kat  mak. perut lapar, tapi bercerita lebih penting. mak dengar xsempat nak cakap apa-apa. sebab eksaited sangat perempuan ini bercerita.  sampai xde can dia nak potong. :P

dah habis bercerita,teros masuk dapur  cari roti.

cari atas meja..... nan hado...

bawah meja....nan hado...

bawah saji....nan hado..

dalam peghiyuk...#ok, dia dah nak start mengarut# .... nan hado....

rasanya pagi tadi ada atas meja. mak cakp xde orang makan pun. pagi tadi ada duk elok atas meja..

abes 3 beranak cari xjumpa-jumpa.

ayah aku cakap kucing kot angkuttt... #ayat macam penambah penyedap rasa hati.#
cari keliling rumah kot-kot betolla kucing angkut kan.. nan hadooo...

okay. kucing xkan buat jenayah macam tu. aku yakin dengan kompideng jenayah macam ni manusia durja je yang buat.

harini mak aku sorang duk rumah. time solat zohor mak aku cakap dia xtutuup pintu dapur. memang sah time tu pencuri masuk.

mencari roti dengan perot lapor ibarat cari laki yang tengah mencurang. gerammmmm kemennn kau tau?!
nak curi, curi ajinomoto xbleh ke? kau tau aku balik nak makan roti, roti jugak kau curi. saje je kan? saje nak sakitkan hati aku kan? aku tau kau saje. #emo, emo.#

menyusahkan hidup aku je kena start moto pergi kedai beli roti lain dengan muka "pulangkan-pulangkan!!"-pontianak-harum-sundal-malam.





pencuri ni pon satu hal, kot ye pon lapar seminggu 7 hari tak makan, apa salahnya ketok pintu rumah aku, kesat-kesat air mata sikit mintak bebaik..
aku bagi kot! bukan setakat roti aku bagi, tuan jual roti pon aku sanggup angkut bagi kat kau. #over.kbai.#


kau dah kenapa best sangat makan roti curi?
roti curi doblas kali lebih sedap  dari roti mintak?

mintak.,malu dengan manusia.
curi tak malu dengan Tuhan?

kalau sebelum ni ada yang curi baju-baju dan  "adik-adik" kat ampaian belakang rumah. tapi yang tak boleh tahan, seminggu pastu pulangkan balik.. elok je sidai kat ampaian balik. ewah, sejuk je hati bila pencuri dah insaf. tapi panas je hati baju-baju dan "adik-adik" tu sume terpaksa bakar sebab takut pencuri tu buat guna-guna. bukan sehelai. banyak kot. banyak macam dah bole bukak kedai bundle. #melampo lagi.#

hamboiii, curi roti bawak pistol bagai.

oh, tak puas hati betol. aku xboleh betol kalau orang buat jenayah-jenayah cenggini.

p/s:awak si pencuri, boleh add saya dekat pesbuk? nak friend. pastu nak unfriend. lega kalau boleh buat macam tu. tu je tahap kekejaman saya sanggup balas. hikhikhik.










ehem. aku siriyus ok!?




kalau tau sape, nak pandang macam ni. 
pulangkan! pulangkan!




pulangggggkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn roti gua!







ck dah kenapa roti kena curi kecohhhh je nak cerita kat blog.
eh2,sukati aku. #pangggggggg!#



perot dah kenyang otomatik geram hilang.
errr...




bye korang!
^^p

16 comments:

aiEz said...

ahahhahahaha..tak tahu ler nak simpati ke nak gelak,ahhahaha..tapi macam nak gelak lebih jer ni sebab baca luahan hati yang simpati tapi dah jadi geli hati...hahaha

CintaKhadijah said...

aiez, bersimpatilah! ta baik! haha

Anonymous said...

laaa..ingtkan apebende la tadi..haha

syahirooAhmad said...

ini entriiiiiiiiiiiiii sgt sengal.. hahahha.. mengom! pasal roti je ko! meh meh. aku blanje roti 60sen..

CintaKhadijah said...

ima~ haha,, emo je lebey budak neh..:D

syahiroo.~ roti aku due hengget pat ploh sen ok! akekeke..

bengang ni,bengang ni. >.<

The day we meet said...

hahahahaa..
siyes comel entry ni...
roti kena curik ek?sabo2..
pencurik tu dh lapa sgt tu..hehehehe

CintaKhadijah said...

norlida~ akekeke... ye2.. sabo leni..:P

Anonymous said...

ishishish..sampai roti di curinya...

CintaKhadijah said...

cik lia~ tu la pasal.. xpasal2 update kat blog. muehehehe

Niza Romli said...

simpan dalam peti sejuk lenkali roti tu :)

vblogklasik said...

apa2 pn roti free gk pling sdp :D

saya dewi said...

meh kita jumpa bomoh mehhh.

kita bomoh bomohkan pencuri tueh biya dia tak dapat berhenti menyanyi lagu dangdut duoploh lapan hari tak berhenti-henti.

wakakakaka!

#sheton betul idea -..-' maaf saya di hacked. lalala

Unknown said...

hahahaha adoyai ade plak cenggini...masuk court!

LAici KAng Ais said...

haha..ingtkan curi pe? roti rupanyeee

@apikoss said...

mintak, malu dgn manusia. curi, tk malu dgn tuhan.


suke ayat tuh :)

Woofer Storm said...

tak snggup nak simpati..hahhaa

#cian pun ada,nanti sy belikan roti ye..hahaa

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.