Jujurnya kan, saya ni seorang yang sangat tak suka terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan jantung saya berdegup kencang, pernafasan jadi tak teratur, berpeluh seluruh badan and to make it simple, "bersukan" lahh. Come onnnnn penat penat nak buat apa? Hahaha okay
jangan bash saya.
Dijadikan cerita ada a friend of mine ni yang kaki hiking siap ada geng nama
Geng Kaki Pacat ajak pergi naik Broga hills. Saya ingat lagi masa tu cuti tahun
baru cina 2013. Nahhh semestinya saya tolak. Big no lah nak ikut. Sangat bukan
saya lah kalau saya setuju. Dan, bukan sekali dua dia ajak. Ajak naik bukit
sana, naik gunung sini. Heyyy berapa kali nak saya ulang yang saya tak suka hiking?
What do you expect kalau kawan dengan kaki hiking? Nasib baik bukan kaki kelab
malam.
Jadi, tahun baru cina 2013 berlalu tanpa aktiviti berfaedah
contohnya tengok wayang. Peluh tak keluar, duit keluar. Nice choice, huh?
Tahun baru cina 2014 juga~~
Tahun baru cina 2015 juga begitu~
Sampailah satu hari, selepas dua tahun kepada orang yang
sama,
“Jom Broga Ahad ni?” kedengaran macho di telinga sendiri.
Dua tahun pintu hati
saya boleh terbuka dengan sendiri tanpa pujuk rayu. Hebat rasanya. LOL.
Dengan semangat dihati nak tengok sunrise pagi ahad yang indah, pukul 6 dah keluar rumah dan berhenti solat di petronas menghala ke Semenyih. Pukul 7 start naik, pukul 7.20 pagi dah sampai puncak!
Jadi, hanya 20 minit untuk amateur macam saya untuk sampai
ke puncak, saya ambil nafas panjang dan puji diri sendiri. Kah!
Rupanya rilek-rilek je sebenarnya naik Bukit Broga ni,
takdelah beriya sangat macam naik Everest. Hiks. Ok-ok saya tipu, mula-mula 10
minit start naik pun saya dah rasa menyesal!
I shouldn’t do this- I shouldn’t do this dalam hati. haha
Bila sampai ke puncak saya tak rasa lega pun sebab heyyy
bila nak turun ni? Saya tak boleh nak
adaptasi peribahasa “Tak kenal maka tak cinta”. Mula-mula saya terfikir mungkin
hiking ni seronok. Tak cuba mana tahu? Tapi takkkkkk. Takde perasaan puas pun
bila sampai puncak.
Bila sampai puncak, macam sesak sikit sebab ramai sangat
orang.
Masa turun dari bukit, saya semangat berlari sebab nak
sampai bawah cepat-cepat.
Bila sampai bawah, baru saya lega. Seronok juga rupanya
hiking ni.
“Minggu depan bukit mana?”
Saya dah kenal, dan saya jatuh cinta. Mihihihi.
Lepas tu saya sarapan nasi kerabu ayam percik paling sedap
dalam dunia! Ganjaran katanya.
Tolonglah percaya yang dia ni sedap nak mambos.
Kat mana?
Waze it:
Narak Tomyam (Sarapan Pagi Kak Su, Kajang).
Kedai dia selalu penuh bukti yang makanan dia memag sedap gilos. Dari sarapan pagi ke nasi berlauk untuk makan tengahari semua sedap nak mati. Janji, tak tipu awak. Sumpah sedap sampai boleh termimpi-mimpi nak pergi makan lagi. Cukup tak untuk saya terangkan tahap kesedapannya? heh
Awak nak naik Broga?
Jangan lupa bawa semangat dan duit RM2 sebab parking kena
bayar tau! Thihihi
Dan esoknya saya pergi kerja jalan terkangkang sebab tegang muscle! Lapan belas tahun tak exercise, naik bukit tak warm up. Awak ingat awak Sharifah Sakinah?
eh, saya herowanita Bukit Broga, Semenyih lah! hiks.
Till then, Bye!
9 comments:
syabas..hehe
tak pernah sampai sana lagi even dekat sekangkang kera dari rumah. Kalau naik atas tu harus si Jasmeen mintak pikul
Pose tu bebetul macam ulardaun :D
macam best banget makanannya
macem patung sahaje...
gaya apa itu mbak? :p
Bagus gan..hahaha
Pose tu hebat betul...
posing kungfu panda ke tu?
شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالدمام
Post a Comment