pEeps!

Thursday, May 22, 2014

Merajuk.

Dua tahun lepas ada seekor anak kucing warna putih, mata biru, hidung merah jambu datang menggedik depan rumah aku. Well, sebab aku ni jenis perempuan tak boleh tahan kalau nampak benda comel, terus aku buat binatang kesayangan. 


Disebabkan dia Putih, aku bagi nama putih instead of nama Hitam. Of course la. Eh hellooo takkan nak bagi nama kelabu taik hanjeng dah warnanya putih punnnn.. mihmih



 Aku musykil siapa yang sanggup  buang anak kucing punya comel jelita dan kachak macam aku ni. Ingat buang anak kucing ni macam buang tebiat? Sesukahati je boleh buat? 

Even kalau terpaksa pun, contoh anak ada asma dan tak boleh ada kucing dalam rumah pun, buat iklan kat facebook, bagitahu dekat orang ramai nak bagi anak kucing. Mana tahu ada orang nak. At least, terbela nasib anak kucing tu. Kalau takde facebook pun, buat iklan tampal dekat pintu tandas awam. Kau tak tahu pintu tandas awam tu medan iklan terbesar? Macam-macam boleh jumpa?  Hik.



Tadi masa tengah solat magrib, putih masuk bilik. Meow meow ntah hape dia membebel. Dah siap solat, perasan dekat tepi sejadah ada kesan percikan air. Aku sentuh lepastu bau. Tapi takde bau. Tak puas hati aku bau lagi. 

Sah. 

Sahhhhhh sia dah pancut kencing dia. 

Ye, putih kucing jantan takde adab. Terus kelam kabut tengok dekat telekung solat.

Fineeeeeeee uolsssssssssss telekung iolssss kena pancut dengan air kencing putih. Putih pancut kencing tengah iolsss solat. Geramnya!


Then, the drama begins..

"Kau tahu tak putih, dulu kau merempat aku ambik bela, belai, jaga kau?"

"Kau sakit aku bagi ubat,"

"Kau selekeh aku mandikan siap beli syampoo dekat tesco."

"Kau sakit aku bawak pergi klinik."

"Kau lapar aku bagi makan."

"Sebab kau suka makan roti sandwich, aku redha kau curi roti aku."

"Sebab aku sayang"

"Kau ingat air kencing engkau bau minyak wangi Chanel number 5?"

"Apa bilik aku jamban??"

"Kau keluar sekarang!"




#bukak pintu sambil pegang mop.#





Merajuk dengan Putih.


*********
Kucing jantan akan sampai masa dia dia akan suka pancut merata-rata dalam rumah. Tips tanak bagi dia pancut instead of pergi kasi dia, ambik sprayer, letak air masak camput cuka then spray keliling rumah. Bila dia bau air ni, dia tak jadi nak pancut. well, have a try kawan-kawan! till then, bye! :)

9 comments:

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Hehe...mmg btol, mmg dah lumrah kucing jantan macam tu. Sampai 1 masa mmg suka kencing merata. Hehehe...
Kena btol2 perhatikan dia, klu ada gaya2 nak kencing merata, terus tangkap masuk sangkar. Kasi kurung...

*Singgah sambil menabung mr.nuff (^^,)

Eiqa Almond said...

hahahaa kelakauu la putih nie..
memang pun sama la kitee..
lgpun kucing kt umah da tua, mmg padan la dia pancut merata2x..
lama dah bele diaa..

aswadz said...

kurang ajar kucing tersebut. hahaha... dia nak tunjuk yg bilik hang tu territory dia. dia bg amaran dah tuh. awas.

Anis Nurnabila said...

haha.. sabar je la hakak..
nak buat cane kaann... <3

Fariehan Ibrahim said...

haha comel jer merajuk ngn kucing. :D

PakcikLie PCL said...

biasanya kucing jantan pancut kencig dia sebab nak tanda kawasan jajahan dia..; lg pun dia dah dapat tuan cantik dan baik hati...mana boleh tak tanda hihii :)

p/s ; terima kasih singgah dan follow blog pcl.

kucing hitam said...

Hamboii,engkau putih..suka sgt main air2 pancut..:-o

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Fredi J said...

haha lucu sekali. ada yg lebih lucu dan seru di nonton film online

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.