pEeps!

Tuesday, January 1, 2013

Tips nak cantik?

wah wah title macam ko dah habis cantik sekali pandang macam neelofa dua kali pandang macam zaiton sameonnnnnn kann.. ewah..

okay, terus kepada titik #straight to the point#
aku ada anak sedara malas mandi dan takot air. Kalau degil-degil tak payah ambik rotan, simbah je dengan air. kompem die takot. hiks.  

Aku tak tahu la menurun perangai sape kan. #ehem.# 

Masa dia kecik-kecik dulu, ada la kena jaga budak ni time ayah dia pergi out-station, akak ipar 
aku pulak keje. So, sebab sifat keibuan menebal dalam diri begitu menonjol, pilihan utama mestilah aku kan kena jaga. Motif sangat siap boldkan tulisan. Tapi percayalah itu hakikat dan mohon sebarkan ke pelosok negeri. kahkah


Kalau nak mandikan dia, sekali dengan kau akan mandi. Dia tak boleh kena air atas kepala. dia jadi macam lemas-lemas camtu. Feeling tengah berenang dalam swiming pul barangkali. So, dia akan peluk-peluk la entiti berdekatan. ye. aku entiti tu. 
Kalau haritu dah 14 kali mandi, campur mandikan dia 3 kali tak ke jadi 18 kali aku mandi?



Besar-besar boleh pulak feeling princess padahal ko kecik-kecik dulu maksu mandikan pakai mesin basuh. Senang keje maksu.




Tapi dia ada perangai gud-gud sikit. Ko jangan la puji dia cantik. Patblas malam dia tak boleh tido. Maksu ni sebenarnya melampau kalau bercerita kadang-kadang. ahak.


so, disebabkan dia ni suka laaa sangat dipuji cantik.. Suka bila pakai baju cantik-cantik. Suka cantik-cantik tapi malas mandi. tak pahamm. maksu harap yuni berubah.
 then one day, bila si yuni dah besar aku suruh dia mandi..



Mak su cun: yuni, pergi mandi sekarang!. #wah.. terus rasa macam ada pakej mak-mak garang.haha#
Yuni : tanak. #macam biasa. alah bisa tegal biasa. hubungkaitnya apa?#
Mak su cun: Yuni tau tak, nak cantik kena mandi 3 kali sehari.
Yuni : ye ke maksu? Kalau 4kali?
Mak su cun : lagi la cantik.
Yuni : maksu mandi berapa kali.?
Mak su. : doblas kali tu yang mak su jelita habis. #libas rambut.#
mak su : 3 kali la. Cantik tak mak su? 
Yuni : #Buat muka was-was.#
Maksu : ah benci yuni. 

****


Maksu tak payah mandi pun tak pe. Edit edit sikit pakai photoshop teros boleh feeling cantik dalam gambar tapi bukan alam realiti. ahak.

****

Yuni : nak mandi 3 kali sehari la macamtu!
Maksu : bagus! =)


****

sebulan pastu.. 

Yuni pergi mandi!










 tak nak.











Foine.

15 comments:

Fikri said...

Oo.. kalo laki mnd 3 kali sehari maka ensem la jadinya yer? Haha :D

potia casadelarossa said...

ekekeke... pompuan lain... lelaki ni biasa liat nak mandi..

LydSunshine said...

Jadi CK tak berjaya menyaikokan dia utk rajin mandi wp dah kata kalo nak cantik kena mandi? Failed.

*patut la akak kurang cantik. Akak mandi 2 kali je sehari.

Poi Blogger said...

comel itu budak kecik,, ehehhee ^^

nuyui a.k.a miss YUI said...

ahakz.. mcm2 ea..

Syarafi[skyforce331] said...

ahaha....setahun lps tu masuk surat khabar....tak mandi setahun :D

yang tuannya pulak sebab asyik pakai photoshop aje..hahahaha

izzati husna said...

hahahahaha! nakai sungguh anak sedara hampa. tetiba mereng cakap kedah.

afzalsukasuki said...

sape kata zaiton sameon tak cantek?dia chantek laaa haishhh *bunyik macam peminat fanatik zaiton sameon plak

muka tensen macam kena paksa amik gambar je tu kihkihkih

ctk said...

hahahahahahha....degil btul itu budak.....bersaborlah maksunyer pon...hihihihi

cara menghilangkan sakit maag said...

lucu sekali anaknya :D

Anis Nurnabila said...

agak-agak kan, kalau ajak dia pergi sunway lagoon dia nak pergi tak ?

Yana Libra said...

hehe..masih tak nak mandi? huhu~ :p

AnisNurnabila said...

parah la kalau macam tu... hihi!

bath man said...

Bdak tu x nk mndi mungkin sbb die keliru dgn prestasi mkciknye yg mndi 3x...kehkehkeh

agus herbal said...

kunjungan sore mba ikut mampir liat" keblognya, thanks

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.