pEeps!

Thursday, May 23, 2013

Takdelah menantu idaman sangat.


Well, semua orang ade tabiat buruk kan. Kalau aku tak yah citelah. Berkepuk-kepuk. Tapi takpe, kita simpan dalam poket dah untuk mengelakkan segala-kata-cacian-yang-telah-engkau-berikan-membuatku-rasa-kosong-kosong-kosong. Untuk tontonan masyarakat umum amnya, yang baik-baik belaka.#pergh! ayat dah menampakkan ciri-ciri genius dah sikit.# bhahaha
Firstly, sebelum aku taip dengan penuh kekentalan nak reveal perangai bangkai aku, aku harap sangat mak fizo omar tak bace blog aku. Gila engkauuu kalau mak fizo omar baca terus rejek buat menantu. Btw, tajuk pun dah menceritakan isi kandungan kan.. lagipun sekarang tengah usya mak fizo omar ade instagram, tuiter,pesbuk,line,wechat,wassap ke tak. Try jugak shake and look around kot-kot terjumpa kan. Saddap yuuuu ni bukan obsess ni naïf namanya. Naïf tu comel. Kau tak tahu ke? Ehem.
Sebenarnya.. aku tak suka gosok baju. Disebabkan kita hidup dalam arus pembangunan yang makin berkembang dengan dunia teknologi yang semakin canggih #acehhh ayat dia cikgu BM baca terus rasa rendah diri#  and kalau kau tak iron baju keluar rumah semua orang pandang kau atas bawah atas bawah macammm what-the-heck-pompuan-ni-tak-iron-baju-selekeh-nak-mati-takde-orang-nak-buat-kau-menantu-blah-la. Rasa diri begitu keldai keldil dibandingkan dengan orang iron baju satu kedut pon tak nampak macam spray baju pakai safi rania Cik Ta bulu mata palsu melawan tanda-tanda kedutan diawal usia. #oh, satu ayat tak boleh panjang sikit lagi ke ck?#
Paling positif pon diorang pikir.. rumah blackout ke? hik
Well, you know pompuan nak keluar rumah tak sampai setengah hasta pun dia nak iron baju. Seminggu takde iron kat rumah, seminggu tak keluar rumah. Hypothesis accepted!
Ok, cerita dah sampai dipenghujung. Aku gosok baju pada bahagian orang nampak je. Kalau orang tak nampak tak payah gosok. Membazir letrik. Contohnya gosok separuh je kain baju kurung sebab bahagian atas orang tak nampak. Tudung bawal empat segi, gosok 3 segi je sebab bahagian dalam orang tak nampak. Kalau pakai t-shirt n cardigan gosok t-shirt bahagian depan je, belah dalam orang tak Nampak. Kan saya dah cakap saya takdelah menantu idaman sangat. Kehkeh.
Btw, tak gosok baju je pon bukan tak gosok gigi.


wah.. tetibe kann..


Bye sayangs.

14 comments:

cara cepat mengobati penyakit hipertiroid secara alami said...

ikut menyimka gan semoga bisa bermanfaat

zulhilmi tempoyak said...

ehhh... mmg wanita idaman ni...

Lan Bingka said...

Bagusnya berjimat..haha

Niza Romli said...

ko mcm tahu2 je akak dh makin beSARRR skrg ye Jah!


ahaks.

Niza Romli said...

ok, ni br nk komen betul2 psl entri tu:

kita sama je perangai, bab2 mengayen ni mmg tak suka dan paling malas. tapi klu dah berlaki sok, kena plak yg jenih nak smart memanjang...br la reti nak merajinkan diri.

tak caya ckp kak ton?
tggu nikoh sok2.

CintaKhadijah said...

@zulhilmi tempoyak : fuh.. satu satunya laki cakap cenggitu. bhaha

@lan : isteri berjimat laki sayang. eh. kehkeh

Akak niza : tau la.. naluri tu ada. haha

pecayeeeee kak tonnnn.. :p

agus herbal said...

makasih banyak gan

Lan Bingka said...

CK: memang pun ;p

man said...

bagus ini lah dikatakan pakar ekonomi..heheh.sila lah dtg ke blog sy..http:ajax85.blogspot.com

man said...
This comment has been removed by the author.
CintaKhadijah said...

@man : blog awak sy masuk ade malware la.. xleh masuk. uhuk!

aiEz said...

haha,macam2 ja ck ni..tiap kali baca entri mesti senyum sorg,ha tgk org kata aie giler senyum sorg,haha

LydSunshine said...

Alaa.... tu je ke... Akak pun selalu je buat cenggitu. Dulu akak selalu pakai blouse pastu knit top kat luar kemeja tu. Akak iron kt lengan je. Heheh.

*Mak fizo omar tu jiran sekampung ofismate akak.

cara menghilangkan benjolan di payudara said...

sukses selalu gan ,

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.