pEeps!

Tuesday, June 8, 2010

surah al-waqiah..

surah al-waqiah ni mak aku bagitau kat aku kalau diamal kite takkan jadik fakir sampai bile-bile..

dulu mase form 5 aku pernah xlalu makan sebab aku risau dengan mase depan aku..
jadi pengemis ke aku nanti??
rumah aku camne nanti??
boleh makan ke aku nanti?
haih...mase tu jiwe kacau tol..

bile mak aku bagitau pasal surah ni aku pon rerajin la google pasal surah ni..
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)



Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

meh nak story sikit pasal surah al-waqiah ni..

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.





antare khasiat surah ni pulak..

  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
so,sesape yang x nak jadik papa kedana amal-amalknla surah ni..
 
*template blog cam tak sesuai je ngan post ni...hikhikhik..*

No comments:

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.