pEeps!

Tuesday, January 24, 2012

Hantu nak kongsi katil.

hui hui..

aku rindu blog... 


korang rindu aku x?







ok fineee... 




lately ni xde masa nak on9. 3 hari jaga ayah dekat hospital, ayah aku wat pembedahan lutut sebab jatuh. Alhamdulillah sume berjalan dengan lancar. thanks tau korang sebab doakan. =')



malam ke-3 kat hospital bikin aku menggelabah. time tu dah pukul 11.45 malam. ayah aku dah tido. aku je  tengah syok tengok tv dah macam cuti-cuti malaysia di Bukit Freser. diri sdirik pun kompius, tengah bercuti ke tengah jaga orang sakit. hehe..

pastu dah rasa mengantuk, baru nak lelap tetibe dengar ayah aku duk merapu-rapu. cepat-cepat aku bangun.. ok. dia mengigau. kat rumah kalau dia tido siang-siang pernah la nampak dia macamtu. aku try la kejut. goncang-goncang tapi dia still merapu lagi. aku dah macam aihhh-sal-lame-beno-merapu-ni? 

biasa kalau kat rumah kejut skali  dah sedar. ni dah goncang tahap 7.2 skala richter xsedar-sedar.

menggelabah + takot + cane ni,cane ni??  dah time tu. aku tengok ayah aku macam kena tindih. die nak bercakap tapi macam xboleh..susah..

aih...xpandai la aku nak cakap macam mana. pepandai la korang imagine. pastu aku try baca ayat kursi. tapi separuh jalan, xbleh bace dah.

bace lagi xboleh habiskan,




bace lagi xboleh..



last-last tekan loceng panggil nurse. nurse sampai kat pintu baru ayah aku sedar. pastu ayah aku cakap rasa macam kena tindih.



kan aku dah cakap?


eh.. hehehe.. 

bila sume dah ok. ayah aku cite dia ada mimpi aku. xpayah la aku cite kat sini. nanti korang takot pulak nak masuk jamban.

ayah aku sebenarnya xpecaya pasal kena tindih ni.. dia cakap dia letih, badan dia lesu sebab kesan ubat bius xhilang lagi. tu yang jadi macam tu.


lagipun kalau scienctific-nye kena tindih ni dia panggil lumpuh time tido. aku budak sains.. paham la kan..tapi paham-paham pun still lagi buat-buat tak paham pecaya ada hantu main tindih-tindih.


mana tau  sebelom ni hantu tu tido atas katil tu, tetibe ada orang ambik tempat dia. nak kongsi sekatil x muat. terpaksa la tindih-tindih..hehe






pastu dah pukul doblas lebih takot pulak nak tido.





memanggg... 














tak ada si gadis, 


















sepenakot aku 











tapi yang lebihhhh 









penakut 














banyakkkkk~~~ 








eh, hai Alif Satar.. !




 tetibe dah kenapa.

-.-'
 



nak-nak kat spital kan... hoissshhhh... mana tau dulu ada orang ehh tak payah cite la kan.. aku sorang tak tido lagi ni. 

lama sikit dengar bising-bising... rupanya budak sebilik dengan ayah aku ajak geng dia tengok bola. budak tu muda remaja lagi lebeh kurang 18 tahun macam aku.eh. tetiap malam dia sorang-sorang xde orang teman.


takut lettewww nak tido sesorang dah tau ayah aku kena tindih kann. kan kan kan?
 macam budak tu baca blog ni duk kan kan kat sini.. -..-''


mana la tau kot-kot hantu tu stress xdapat sekatil dengan ayah aku, dia nak tumpang katil sebelah pulak..


"bang... tumpang bolehhhh~~


hehe..


diorang bising-bising baru takot hilang sikit.. kalau boleh nak pergi sound eh bising la lagi. 
#mata keatas..#




last-last tertido dalam keadaan terima-kasih-kerana-sudi-bising-dan-bisingla-lagi dan dengan comelnye.



#nak jugak~~~#



tamat.




till then heva good day sayangggss..




^^,

Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday #8


semoga  pembedahan ayah saya pagi ni berjalan lancar.
amin.






sulul? lusul? LULUS laaaa.!. ;)

sebelum ni asyik cakap kereta manual susah la,


mencabar  keimanan la,


nak demam la belajar kereta manual,


pastu kecoh-kecoh tanya siapa cipta kereta manual sambil sising-lengan-baju-pegang-bulu-ayam-cikgu-cikgu .


-..-''


bila dah dapat lesen P, bawak kereta auto, terus rasa apa-ni-apa-ni?? boringgg... patut cikgu cakap kereta auto kereta orang OKU. bukan aku cakap...cikgu aku cakap..aku taip je. :p

ok.motif entry ni just nak cakap.....









ermmmm...










ermmmmmmmmm...
















saya dapat Lesen P.












kau mampu?









#lelelelempang.#





ahaks..
belagak macam dapat lesen kapal terbang.:p

eh, jap atas dah cakap dapat  lesen P, pastu nak seperais2kan orang lagi. hentahhh hape hapeee..=..=''




muka pegawai JPJ memang garang-garang ke? muka sengsorang kemainnnn.. takot aku tau..tak baik tau.. naik-naik kereta, nak keluar pintu pagar lupa bagi signal. lepastu pegawai JPJ tu cakap..

"signal awak tu rosak.."

aku pon..


just buat muka oh-iye?

"ok.."

 buat toye lagi. memang ingat signal tu rosak betul-betul la kan. dalam hati macam mana ni  macam mana ni signal xde.

bila nak masuk jalan lain try pasang signal dengan penuh harapan signal-kau-okay-la-balik, skali pap! eh...ok je.. baru sedar Pegawai JPJ tu perli je.

bendulnya aku..



n masa mandu aku punya fokus, Aaron aziz pin-pon kereta aku sambil kenyit mata pon aku tak nak layan..

ewah~~




ok. xkesah la.. janji lulus with flying flying colour book.  :p

yeay!


dan saya menepati Pusat Sekolah Memandu punya slogan.

sekali dan selamanya. 

ehem..boleh saya jadi model papan tanda PSM? #pitammmm..#



yuk bersorak kawan-kawan! masing-masing boleh buat kenduri kesyukuran dirumah masing-masing untuk saya.ehh..




babai korang!




^^p

Monday, January 16, 2012

Alasan.

Tak ada orang yang sempurna.



















Betul.



















tapi jangan jadikan tu sebagai alasan.

*****



sorry to say, sorry to say.

ada tengok cerita Biar mimpi sampai ke bintang?

tengok-tengok. pakwe saya belakon. ahaks!







kemainnnnn!




kbai.

Saturday, January 14, 2012

INFO : Kenapa air kosong lebih penting dari cakap kosong. part 2.



lebih kurang 2 jam dalam emergency ward, nurse pindah dalam ward biasa. sebab injection ke-2 tu dia cakap effect ubat tu lambat. masuk je ward terus tertido.  bangun-bangun nampak doctor hensem depan mata. rasa macam indahnya-dunia-sakit-pun-takpe. #semmmpatttt..#

;p



pastu tertido balik. bangun-bangun tak tau pukul berapa.



"neelofa, neelofa..bangun.." <-- bukan nama sebenar. =..="

nurse tanya sakit macam mana.. aku jawab macam dah ok. pastu doctor cek-cek dia cakap kalau dah tak sakit boleh balik. kalau sakit lagi, kena tahan la.. aku cakap da tak sakit. pastu dah selesai sume, aku bangun, sampai kat pintu keluar, sakit tu datang balik.

rasa macam "kau-dah-kenapa" pulak nak masuk balik ward cakap,
"saya sakit balik,saya sakit balik! bawak saya jumpa doktor hensem tadi!."






#pangggg skali.#




















sakit tadi macam tak hilang. tapi sebab tak nak masuk ward punye pasal aku tahan jugak. time tu pikir project presentation je. kena balik jugak, kena balik jugak.

 rehat kejap kat kerusi luar, sakit dah kurang pastu terus balik. ambik phone tengok2 kawan aku yang hantar tadi da balik. dia cakap dia balik solat zohor, nanti dah selesai,mesej dia, dia datang ambik. rupanya dah pukul 5 petang dah.


7 jam aku duk dalam ward kot. pastu baru nak mesej kawan kredit dah habis. time tu la nak habis kredit kan..

terpaksa la balik jalan kaki. nasib rumah dekat je. 10 minit lebih camtu je boleh sampai.

paling tak boleh time, jalan kaki pakai baju tido. 

perghhh.dari hospital sampai rumah jalan tunduk macam gadis pemalu sepanjang zaman hengko tauuuu.
-..-''

nak-nak time lalu depan ward bersalin. ramai nak mati orang kat situ.

abam-abam tunggu isteri bersalin anak pertama,

pak cik-pak cik tunggu anak ke lapan..

makcik-makcik tunggu menantu,

atuk nenek tunggu cucu..

aku dah kenapa nak list semua.


...


start haritu, aku da xbleh makan meggi. xbleh makan cekediss, xbleh makan mamee monster.

rasa macam zaman remaja dah tak bermakna. #hamboii..#



time study, meggi adalah makan paling sedap selepas....









meggi.

=..="

camne student nak hidup tanpa meggi?

katakan, katakan,katakan!!!


pulak tu dapat ubat bau macam air longkang.ubat cuci buah pinggang siyesly! bau dia macam

haaaaaapeeee hentahhh.

 rasanya kalau minum xde beza pun macam minum air longkang. #bajed penah minum air longkang kan engkau ni ck."



k. sambung part 3! mak dah suruh tido. aisyooo~~~

banyak ni nak cite.. korang bace tau! 

#paksa,paksa!# 

muehehe..


:p



bye korang!










Thursday, January 12, 2012

INFO : Kenapa air kosong lebih penting dari cakap kosong. part 1



sebenarnya aku ni sangatla susah nak minum air masak. ok fine intro macam gelojoh. 2 hari tak update rasa macam dendam kesumat nak update tu membuak-buak terus ayat pun jadi gelojoh. :p

sebenarnya bukan susah,tapi malas..
kadang-kadang xingat nak minum. dulu masa belajar, housemate semua minum air mineral sebab air paip rumah tak berapa sesuci lebaran.

memasing boleh feeling anak sedara datuk sebab minum air 2 hengget duploh sen sebotol. satu hari 1 botol. kalau lapan blas hari? gelabah ambik kakuleter kann. 

dan air mineral aku la paling lambat habis. orang lain dah habis 2 botol, aku punya baru minum setengah botol. begitulah melampaunya aku tak minum air masak. tang situ dah kira jimat lagipun aku bukan anak sedara datuk. Hiks..matikla housemate bace. :p


dan sampaila satu hari sakit masuk emergency ward sebab makan cekedis x banyak minum air masak. paling sadis kena injek dekat vontot 2kali.
first injek sakit tak hilang, yang second tu inject xhilang jugak tapi bila doctor tanya sakit x lagi aku jawab dah kurang 80%.padahal sakit tu xhilang langsung.dalam hati meronta cakap "ubat tipu, ubat tipu!" . -..-"

aku geram gila bila doctor tanya sakit macam mana.
mana reti nak describe. rasanya stengah jam duk tanya sakit cane sakit cane. aku ni kemain tahan sakit macam tahan berak. jijik.kbai!

tak cukup sorang doctor tanya, dia panggil lagi geng2 dia. tanya punya tanya aku asyik jawab "tak,tak,bukan,bukan,tak","tak tau nak cakap  camne." 

pastu sorang doc tu pasan aku stress dalam kesakitan dia boleh buat lawak. tergelak jugak.tapi sakit woi.. #stress-stress#

last-last buat urine test baru diorang suspek ada batu karang. suspek je, so aku wat relek je la.kononnn.. padahal dalam hati hidup-ni-dah-tak-bermakna.


ehem.

kalau awal-awal buat urine test xde aku sengsara. doktor-doktor...=..=

dah 2 kali injek kalau cakap sakit xhilang mau kena inject lagi.

geli ok!

sakit tu xla sangat, geli yang lebeh.korang bayangkan menahan sakit tapi muka tahan gelak. gila muka pon kompius nak buat macam mana. lagipun, 2 hari lagi aku ada project presentation. penting kot sebab subject tu xde final.

2 bulan buat project bio last2 xboleh present, rugi dowh. so, pikir-pikir, kalau cakap sakit x hilang kompem kena masuk ward. camno eh presentation den? 


ok. bersambung. 

ewah, berpart-part pulak entry dia. macam orang bace. ahh...lantak. :P







Tuesday, January 10, 2012

korang pun sama ke? ke aku je?

aku ke korang pon same?

1) taip bersepah nama file in case nak cepat. contoh: asdfghjk. tak pon nksggfgfafiekaakfpgk. seminggu lepas tu, mula meroyan nak cari balik file tu.

2) bengang tahap melampo kalo taip mesej panjang-panjang lepastu tertekan button "back".

contoh nak bagi esemes maki-maki kan..maki punye terbaik ayat. karang maki seratos lapan puloh patah perkataan dengan harapan nanti penerima sentap teros nanges cari mak.
pastu pap! tertekan "back".
kite pulak nanges cari mak.

contoh je la..contoh. dun try diz at home! bagi maki, dapat pun maki. :p

3) masa sekolah dulu, pantang nampak gambar orang tak ensem tak lawa dalam buku teks teros cakap kat kawan. "NI KAU." pastu gelak macam esok tak boleh gelak.
biasa dalam buku sejarah la banyak gambar-gambar jadi mangsa keadaan. yela. James brook mana ada ambik gambar pandang atas pastu kembong-kembong pipi.


4) kecik-kecik dulu, letak muka depan kipas. tekan speed no.3 pastu menjerit. time tu sangat kagum dan teruja sebab suara  jadi suara getaran-jiwa.

5) rasa nak cepuk-cepuk je doktor gigi time cek-cek gigi guna mendalah tajam tu in the same time tanya "sakit tak? sakit tak?" "rumah kat mana? " , "datang dengan apa?" , "keje ke blaja?"
 tak nampak ke air liur nak meleleh.

pergi klinik gigi berlubang,
balik klinik mata doktor lebam.

#nakjugakbagipantuntaksenada.#
LOL..

6) dulu teringin sangat nak naik teksi pastu cakap, " ikot kereta depan! "
#pengaruh ceghite dalam tibi.#

7) kecik-kecik ayat paling takot, " cakap kat mak!"

8)  ayat nak takotkan kawan bila kena buli, " maaaak...adee kannnn budakkk tu kannnnn die kannnnnnn..." bedesup kawan lari tak cukup tanah.

9) delete semua password even satu huruf je salah.

10) time tengok cerita bestt-best kat  tivi, time iklan la nak buat sume keje. nak mandi time tu la, solat time tu la, peewit anak teruna lalu depan rumah time tu la. kacau gulai mak kat dapur time tu la.. etc.


11) buat-buat mati depan kucing nak tengok respon kucing. #ok. yang ni xde motif. aku sorang je ke buat dalam Malaysia??#


 =..="

kbai.

Sunday, January 8, 2012

kalau nak mencuri, curi mende lain boleh..?

ewah ewah,  tajuk dah nampak tengah membengang kan?

memang. orang kelantan cakap memey! orang terengganu cakap memangg! eh?

sehari suntuk tak makan. dari pagi sampai petang. balik-balik dari test kereta ingat nak melantak la sepam. bagi perut makanan ringan. nak makan nasik terus nanti perot jadik omak-kauuuu!  terkejut...

balik-balik terus cerita cot  cet cot cet  dalam keadaan perut-kau-sabar-kejap-cerita-aku-tak-habis-lagi-ni pasal test kereta kat  mak. perut lapar, tapi bercerita lebih penting. mak dengar xsempat nak cakap apa-apa. sebab eksaited sangat perempuan ini bercerita.  sampai xde can dia nak potong. :P

dah habis bercerita,teros masuk dapur  cari roti.

cari atas meja..... nan hado...

bawah meja....nan hado...

bawah saji....nan hado..

dalam peghiyuk...#ok, dia dah nak start mengarut# .... nan hado....

rasanya pagi tadi ada atas meja. mak cakp xde orang makan pun. pagi tadi ada duk elok atas meja..

abes 3 beranak cari xjumpa-jumpa.

ayah aku cakap kucing kot angkuttt... #ayat macam penambah penyedap rasa hati.#
cari keliling rumah kot-kot betolla kucing angkut kan.. nan hadooo...

okay. kucing xkan buat jenayah macam tu. aku yakin dengan kompideng jenayah macam ni manusia durja je yang buat.

harini mak aku sorang duk rumah. time solat zohor mak aku cakap dia xtutuup pintu dapur. memang sah time tu pencuri masuk.

mencari roti dengan perot lapor ibarat cari laki yang tengah mencurang. gerammmmm kemennn kau tau?!
nak curi, curi ajinomoto xbleh ke? kau tau aku balik nak makan roti, roti jugak kau curi. saje je kan? saje nak sakitkan hati aku kan? aku tau kau saje. #emo, emo.#

menyusahkan hidup aku je kena start moto pergi kedai beli roti lain dengan muka "pulangkan-pulangkan!!"-pontianak-harum-sundal-malam.





pencuri ni pon satu hal, kot ye pon lapar seminggu 7 hari tak makan, apa salahnya ketok pintu rumah aku, kesat-kesat air mata sikit mintak bebaik..
aku bagi kot! bukan setakat roti aku bagi, tuan jual roti pon aku sanggup angkut bagi kat kau. #over.kbai.#


kau dah kenapa best sangat makan roti curi?
roti curi doblas kali lebih sedap  dari roti mintak?

mintak.,malu dengan manusia.
curi tak malu dengan Tuhan?

kalau sebelum ni ada yang curi baju-baju dan  "adik-adik" kat ampaian belakang rumah. tapi yang tak boleh tahan, seminggu pastu pulangkan balik.. elok je sidai kat ampaian balik. ewah, sejuk je hati bila pencuri dah insaf. tapi panas je hati baju-baju dan "adik-adik" tu sume terpaksa bakar sebab takut pencuri tu buat guna-guna. bukan sehelai. banyak kot. banyak macam dah bole bukak kedai bundle. #melampo lagi.#

hamboiii, curi roti bawak pistol bagai.

oh, tak puas hati betol. aku xboleh betol kalau orang buat jenayah-jenayah cenggini.

p/s:awak si pencuri, boleh add saya dekat pesbuk? nak friend. pastu nak unfriend. lega kalau boleh buat macam tu. tu je tahap kekejaman saya sanggup balas. hikhikhik.










ehem. aku siriyus ok!?




kalau tau sape, nak pandang macam ni. 
pulangkan! pulangkan!




pulangggggkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn roti gua!







ck dah kenapa roti kena curi kecohhhh je nak cerita kat blog.
eh2,sukati aku. #pangggggggg!#



perot dah kenyang otomatik geram hilang.
errr...




bye korang!
^^p

Saturday, January 7, 2012

cinta pertama.

Kadang-kadang, cinta itu hadir tanpa kita sedar. Benar kata orang, jangan dibenci, nanti boleh jadi sayang. Allah tu maha berkuasa. Dalam sekelip mata perasaan benci boleh bertukar menjadi sayang.

ini,

kisah cinta pertama.

kisah hati yang pernah membuai perasaan.Pernah seketika terasa hidup ini bagai di kayangan.
walau tak seindah kisah shah Jehan dan Mumtaz,namun mampu membuat diri sedar adanya cinta.


Namun,semuanya hanya sementara. Disangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.
Perjalananku masih jauh katanya.

perit rasanya untuk melupakan insan yang pernah bertahtah dihati ini.


******


srekkkk srekkkk srekkkkkk..#background sound tv xde siaran.#

ni novelis mana yang sesat update blog guna akaun aku?

Damya Hana kah?


Anis Ayuni kah?


Aisya Sofea kah?






#lempang.#

spoil kan..? baru nak cite pasal cinta pertama. aisyooooo.

apa nak taip ni? pasal cinta? macam geli nak mati pulak nak taip. perenggan kat atas pun taip  sambil jolok-jolok tekak. teros diri sdiri kompius aku ke ni taip, aku ke ni taip?? :p

blog ulardaun ni makin hari makin merapu. dan makin hari makin malas pulak nak update. terpikir pulak nak wasiatkan blog ni kat sape-sape.tak pon tutup je teros.:p

ada member aku tanye :

asal blog kau cerita pasal kau je?

eh, cakap blog aku kan, cerita la pasal aku. kalau cite pasal orag lain panggil mengumpat pulak. kan? hehe..

yela, aku kan anak bongsu yang tunggal. eh.
duk rumah sorang-sorang. nak sembang xde orang. kadang-kadang sembang dengan almari dalam bilik.
#terus duduk disudut sambil gentel-gentel langsir.#

so, blog la tempat nak meluah perasaan. nampak tak permainan teknologi kat situ? kan?
rasa macam loser gile kan? memang pon.

macam xde life.... grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

p/s: benar-benar terpesong dari tajuk.

ok. boleh tekan pangkah atas belah kanan. kbai.

ewah ewah.. tetibe emo.
:p
bye!

p/s/s: lagu ni macam memekak jugak kan?















Tuesday, January 3, 2012

azam tu nama kawan saya.

sekarang ni musim orang pasang azam kan?

maksud aku bukan pasang azam jadi skandal atau apa. sekarang kita cite pasal azam. ye, azam.
ahhh.pepandai la korang paham.


azam aku?

nanti-nantila. bagi aku bila-bila pon boleh pasang azam. bulan pat? nam? lapan? doblas? bila-bila pon bolehh.. lagipun tetiap tahun memang hidup tak berazam. okay,boleh ambik saya jadi model budak-tak-bermotivasi sekarang.

-.-

okay-okay, aku kembali ke pangkal jalan. azam tu biarla aku simpan dalam hati. #cissss...#
nak cakap aku takde azam la tu kan?

eh, hello... ada okay. cuma malu je nak cakap azam aku semoga blog ni boleh masuk REMAJA. eh. melatah pulak.

pangggggggggdoblasdarabpatbelaskali.

cite pasal azam ni sebenarnya tak bes sangat pon. aku kalau baca azam orang kadang-kadang men skip je. pastu "oh.oh..oh...." 

tu kalau aku baca azam orang. kalau orang baca azam aku? scroll-scroll mouse sambil 'oh..ohh..ohh.." sambil buat  muka apa-kaitan-dengan-hidup-aku-dowh. :p

so, azam aku tak payah la nak digembar-gemburkan. sebab hakikatnya aku memang takde azam pon.
muehehe..

ye, entry kali ni macam longkang sikit. 

ada maimon kesah~~

lalalalalelelempang.~~~

gambar gelap-gelap dan tulisan kecik-kecik menunjukkan kurang keyakinan diri. time kasih. 








keh keh keh..



bye! 



^^p





Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.