pEeps!

Thursday, February 16, 2012

Terteka tekuk.

Dulu, masa comel-comel anak itik# konon..# selalu main teka-teki. Nak-nak dalam kereta. Kalau pergi jalan jauh sikit, memang bosan la  kan duk dalam kereta. Nak main batu seremban xboleh apatah lagi nak main layang-layang.

bosan-bosan, mula ajak akak main teka-teki. Tebu apa xboleh makan la. Air apa xboleh minum la. Pastu kalau boleh jawab kira pandai la, macam otak begeliga la.Hidong pon kembang kuncup macam bunga durian.

Padahal hakikatnya sebelom tu dah ada orang bagi jawapan. Pastu gelak kemain mengalahkan enjin lori belakang kereta ayah sebab tahu jawapan teka teki yang macam haaaaaaaape hentah

Sebenarnya, teka teki ni kalau orang boleh jawab, aku x anggap dia pandai. Aku anggap, eleh, sebelom ni dah ada  orang bagi teka-teki tu. Kompem-kompem die dah tau jawapan. Camtuuuuu.. tapi time aku tau jawapan, eh tak tau pon teka-teki ni sebelom ni. Bajet pandai, otak begeliga la. Pangai tanak kalah camtu la.


2,3 hari lepas, jumpa dengan sepupu darjah 5 nama Faridatul . Bosan-bosan dia ajak aku main teka-teki. layan jela..




Pada suatu hariii…
Perlu ke pada suatu hari??

Kalau sepuloh teka-teki die, sepuluh la dia punya pada suatu hari. Lepas ayat suatu hari,  ayat berterabor  tak kesah pulak kau kan..

 Saje nak buat comel depan hakak kan..
 ...



pada suatu hari, ada posmen nak pergi hantar surat kat 6 buah rumah. dia hantar rumah no 306, 305,304,303,302. kenapa dia tak hantar rumah no 301??





 sebabbb......







sebab rumah 301 tu ada bom.


ye, petang tu budak nama Faridatul memang patut kena bom. =.="

...

Faridatul : Pada suatu hari….<-- nampak permainan ayat skema disitu..


Ada la sorang nenek ni.. nak pergi makan kenduri, pakai cantik-cantik.. dia pergi dengan dua orang cucu dia...sampai separuh jalan dia teringat dia tertinggal barang.


Apa barang tu? 

Hakak comel macam anak itik : mana la hakak tau. Bukan nenek akak.


Faridatul : jawapannya gigi palsu!

Hakak paling comel dalam kampung : kenapa tak henset ke, handbag ke, galaxy tab ke, eye shadow ke?

Faridatul : sukati la.


Korang tau tak tu jawapan yang boleh buat hakak paling comel dalam kampung a.k.a akak comel macam  anak itik nak sumbat gigi palsu  dalam mulut budak darjah 5 nama faridatul??



Sampai harini aku aku tak tahu apa motif nenek pakai cantik-cantik pergi kenduri dalam teka-teki Faridatul.


Nenek nak mengorat tok ketua barangkali. 
=..=




till then,
bye sayangss..^^

10 comments:

aiEz said...

Hahaha jawapan yang agak sengal...rasa macam nak geget idung orang yg tanya tu...hehe

-Incek Fik- said...

hahaaa.. rindu woo nak main kuiz teka-teki ni.. pemes tyme kekecik dulu, menguji minda sambil terhibur gelak ketawa..

bagus teka-teki Faridatul tu, jawapan di luar kotak ngeeehehee :)

Niza Romli said...

ahaha..layankan je. boleh tambah tension!! haha

iszieylyanziy said...

hahaha,,seronok main teka teki dengan budak2

Ahmad Sabree said...

hehehehe... kelakar lah tp nice sgt ! hehehe... saye suke saye suke...

Selendang Merah said...

hahaha..tiba lak sm ketawa sowng depan laptop..

yad'z said...

AHAHAAHAHAHHA.. kelakarr lahhh budak tuh.. adeh saket perut den ketawa.. XD

saya dewi said...

sabooo je lorhhhh. haha

EmpayarUtama said...

ok teka teki tu akupun tak pernah baca :)

Syahirah Suhaili said...

kehkeh..lucu la soalan teka teki tu..tai lau tanye ngan orang tengah stress,mau xjumpe jalan pulang dah lpas nie kan..haha..sengal tapi comel~ :D

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.