pEeps!

Saturday, February 18, 2012

berbezanya kita bila meminta dengan pakwe/makwe dengan meminta dengan Allah.

dulu-dulu masa xcukup umur lagi, kira umur masih tak layak nak mengorat ketua kelas, saya selalu solat laju-laju macam laju-laju buaiku laju.

sampaikan nenek dan mak dan arwah atuk saya cakap, saya solat macam ayam makan padi.


sumber lukisan : muzium negara.
tajuk lukisan. : huduh itu abstrak.


mengikut perangkaan, saya punya fasih bahasa arab sampai al-fatehah boleh habiskan dalam masa kurang dua puluh lapan saat. terus rasa boleh celen pelajar dari mesir.

ini dek kerana, #tetiba rasa ada darah keturunan A.Samad Said.#
kerana tengah-tengah layan pawer rangjes, mak suruh solat asar. iklan 5 minit tu la belari-lari awan nano masuk bilik air ambik wuduk, pakai telekung, bentang sejadah dan solat.

lepas 5 minit, cerita dah start main, melengguk depan tivi dengan bangganya sebab sempat tengok pawer rengjes merah yang kachak.




courtesy of google.


kenapa macam tu ye?

sebab saya tak tahu pun apa saya baca dalam solat.


saya tak tahu pun, setiap bait kalimah yang saya sebut tu begitu besar maknanya. sekarang saya pasti , setiap kalimat saya sebut dulu mungkin lari maknanya atau mungkin tak bermakna langsung.

sekarang dah besar, pandai-pandai la.
korang pon sama.

takkan Khadijah nak ajar lagi?
#pengsan.#



courtesy of google.

kita meminta-minta tapi tidak dengan kesabaran.
meminta-minta tapi tak tahu apa yang dipinta.


kalau dengan pakwe-pakwe,

"abammmmmmmmmmmmm.. ayangggggggggggggg nakkkkkkk tuuuuuuuu..."

jelas.padat.dan.jitu.


siap goyang-goyang bahu, kenyit-kenyit mata.



-.-'

***



disebabkan entry ni berbaur keinsafan walaupun ada yang tak rasa insaf, saya membahaskan diri "saya". 
walaupon agak plastik disitu, tolongla, saya rasa sejuk perut membaca perkataan 'saya-saya' nih.  



p/s : mood dengar lagu Alhamdulillah too-phat. Dan peringatan ni pun untuk diri sendiri jugak. =)



786 alhamdulillah..!

sape cakap aku xpandai rap?
pandai dowh..!



eh..



S.A.Y.A  pandai rap.
:p


p/s/ : eh, ada barang free! Klik disini.


till then,
selamat beramal sayangsss..
<3


^^,




Thursday, February 16, 2012

Terteka tekuk.

Dulu, masa comel-comel anak itik# konon..# selalu main teka-teki. Nak-nak dalam kereta. Kalau pergi jalan jauh sikit, memang bosan la  kan duk dalam kereta. Nak main batu seremban xboleh apatah lagi nak main layang-layang.

bosan-bosan, mula ajak akak main teka-teki. Tebu apa xboleh makan la. Air apa xboleh minum la. Pastu kalau boleh jawab kira pandai la, macam otak begeliga la.Hidong pon kembang kuncup macam bunga durian.

Padahal hakikatnya sebelom tu dah ada orang bagi jawapan. Pastu gelak kemain mengalahkan enjin lori belakang kereta ayah sebab tahu jawapan teka teki yang macam haaaaaaaape hentah

Sebenarnya, teka teki ni kalau orang boleh jawab, aku x anggap dia pandai. Aku anggap, eleh, sebelom ni dah ada  orang bagi teka-teki tu. Kompem-kompem die dah tau jawapan. Camtuuuuu.. tapi time aku tau jawapan, eh tak tau pon teka-teki ni sebelom ni. Bajet pandai, otak begeliga la. Pangai tanak kalah camtu la.


2,3 hari lepas, jumpa dengan sepupu darjah 5 nama Faridatul . Bosan-bosan dia ajak aku main teka-teki. layan jela..




Pada suatu hariii…
Perlu ke pada suatu hari??

Kalau sepuloh teka-teki die, sepuluh la dia punya pada suatu hari. Lepas ayat suatu hari,  ayat berterabor  tak kesah pulak kau kan..

 Saje nak buat comel depan hakak kan..
 ...



pada suatu hari, ada posmen nak pergi hantar surat kat 6 buah rumah. dia hantar rumah no 306, 305,304,303,302. kenapa dia tak hantar rumah no 301??





 sebabbb......







sebab rumah 301 tu ada bom.


ye, petang tu budak nama Faridatul memang patut kena bom. =.="

...

Faridatul : Pada suatu hari….<-- nampak permainan ayat skema disitu..


Ada la sorang nenek ni.. nak pergi makan kenduri, pakai cantik-cantik.. dia pergi dengan dua orang cucu dia...sampai separuh jalan dia teringat dia tertinggal barang.


Apa barang tu? 

Hakak comel macam anak itik : mana la hakak tau. Bukan nenek akak.


Faridatul : jawapannya gigi palsu!

Hakak paling comel dalam kampung : kenapa tak henset ke, handbag ke, galaxy tab ke, eye shadow ke?

Faridatul : sukati la.


Korang tau tak tu jawapan yang boleh buat hakak paling comel dalam kampung a.k.a akak comel macam  anak itik nak sumbat gigi palsu  dalam mulut budak darjah 5 nama faridatul??



Sampai harini aku aku tak tahu apa motif nenek pakai cantik-cantik pergi kenduri dalam teka-teki Faridatul.


Nenek nak mengorat tok ketua barangkali. 
=..=




till then,
bye sayangss..^^

p/s : Capital a.

u've staying on my amygdala of limbic system for 4 months.
it's time to go home bebeh. 
Thank you so much for all the kindness. 
but how can I ever thank you enough for all the kindness..?
semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.


love ends when i stop caring.


sincerely,
capital s.

=,)

Monday, February 13, 2012

A perfect date.



Courtesy Of Google

A perferct date with Mr. Future-Sayang-sampai-syurga.(future husband )


♥  Hold hands.

♥  Walk in the rain.

♥  Watch the colorful rainbow together.

♥  Watch the sunset together.

♥  Look into each other's eyes.

♥  Whisper to each other.

♥  Go for a long walk down the beach at midnight.

***





Sesungguhnya yang halal itu indah.
=)



apa romantik-romantik sangat ni hah? lempang tau la..
jangan gelak, jangan gelak! aku nak berjiwang sket pon xboleh.

keh keh keh.



till then,
 gud nite sayangss.. 
=]


Friday, February 3, 2012

untuk pakwe-pakwe.


Pesanan Ustaz Azhar Idrus Kepada Lelaki :


♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.

♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.

 ♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. 

♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.

♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan 

untuknya.

♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk

 nikahinya.



hati bagai dioperate tanpa bius bila dipermainkan.



p/s: gambar diatas memerlukan bimbingan ibubapa untuk kanak-kanak tak cukup umur, terima kasih.



till then, have a warm nite, sayangsss..





bye! ^^

Thursday, February 2, 2012

Nak bercinta pun tak sempat.




Sejak memenjak ni, aku punya bizi sampai nak bercinta pun tak sempat. nak cari bakal suami yang tak tinggal solat 5 waktu, 
yang berpuasa penuh bulan ramadhan, 
yang menunaikan zakat, 
yang suka kucing, 
yang suka budak-budak,
yang pandai main biola,
yang romantik,
yang penyanyang


 lagi la kan..hehe..



2 minggu aku jaga anak buah yang boleh bikin berat badan turun patblas kilo. sesape yang tengah berdiet sekarang nak turunkan berat badan, baik xpayah. meh sewa anak buah aku kompem berat turun dalam masa 5 hari.  kalau dulu, muka aku bolat macam kalau try masuk dalam periuk, fit-fit je die punya shape, sekarang dah bertukar jadik bentuk pentagon. #tak tipu,tapi macam tipu.#  :p



dik, mintak lesen..


dia punya lasak lebih sket je dari telipon Nokia 3310 dulu. gila kau.. penat okeh. rehat pun cukup-cukup makan je. kais pagi, rehat pagi, kais petang rehat petang. eh..?


pagi ajak main bola, petang ajak main bola. time aku penat-penat lepas keluar pakai baju kurung pun, balik-balik kena main bola. kejar bola sampai kain terangkat sampai lutut. korang xpayah bayang la. buruk bebeno. tapi dalam rumah la. luar rumah, nak lari, kena angkat kain macam cinderella. nanti anak tok ketua tengok baru terserlah keanggunan kan. keh keh keh.

bab-bab main bola ni, xkan nak suruh mak ayah aku yang buat kan. ayah aku baru operate lutut, memang xla kan nak join skali. mak aku pulak.. aishhh nak bayang mak aku kejar bola pakai kain batik pun xsanggup. hehe.


jaga budak lasak macam ni memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. dulu, masa jaga akak Adeel ni senang je sebab pompuan. ajak main pun, main suap-suap patung barbie. masak-masak.. senang je la.. xla penat sangat pun..


yang budak Adeel ni punya penat sampai update kat blog. LOL.

xdapat ape die nak sikit-sikit memekik, sikit-sikit memekik. memekik bukan sikit. bedarah telinga. #over-2#
bila merajuk, terus duduk kat sudut dapur buat muka paling kesian abad ni. bikin guwa cair. -..-


Bila mak su stress layan Adeel,

Adeel, jangan dekat, jangan dekat! mak su cakap jangan dekat!
 #pastu lari-lari anak masuk bilik.#

kalau dekat takut mengundang kecelakaan. Mak su garang x? garang x? hehe..

bila Adeel dah besar, Adeel baca entry Mak su ni, boleh la nak lempang Mak su. Mak su kejam. Mak su tau. #drama-2#

hehe..

aku suka time aku selesai solat, dia peluk aku erat-2, lama-2...


rasa macam.......








can't describe.



lepastu duduk diam2 kat tepi aminkan doa..

=,)
...


bila jaga budak ni, baru aku paham macam mana mak ayah kita jaga anak-anak diorang. bukan sorang. ada yang sampai berbelas-belas. Berbelas-belas anak, berbelas-belas perangai la kan?  aku jaga sorang pun dah macam uwaaaaa-tanak-khawinnn.  ni kan pulak berbelas-belas. kalau sorang suka main bola sepak,

sorang suka main badminton,

sorang suka main masak-masak,

sorang suka main batu seremban,

sorang suka main ting ting.

sorang suka lompat jauh,

sorang suka lompat galah.

cuba bayangkan kena main sume tu dalam satu hari?





 #ada ke macam ni?# -_-"




pastu kena kerja lagi. Balik kerja penat-penat sampai rumah anak-anak merengek. aku tak tahu la macam mana penatnya. tak tau la kalau rilek je kan. xrasa apa-apa.


bila aku tengok Adeel ni, mula terpikir, anak aku nanti macam mana. boleh ke aku didik dia sampai jadi insan yang berguna pada bangsa dan negara. ewah!

yang paling penting, boleh ke aku corakkan diorang #dan-dan 'diorang'. nak anak ramai eh CK? keh keh keh#  jadi anak yang soleh dan solehah. yang menjadi ummat Muhammad s.a.w yang berkualiti dan bukannya yang merosakkan agama.


oh lupa, aku akan ada sayang-sampai-syurga nanti. hopefully, beliau dapat sama-sama mendidik anak-anak kitorang sampai menjadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat. aawww.. malu la taip macamni!

hua hua hua.

banyak pulak aku punya berangan. kalau korang baca sampai habis, well done! anda hebat! korang sebenarnya layak dapat anugerah NILAM time skolah dulu.




syabbash bette, syabbash!



semalam Adeel dah balik Seremban. rindu la pulak. aisssshhhhhhhh...



Adeel, buat peace cepat! 

ok,fineee..+..+




***


Mak su sayang sampai kapan pun! (=


Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.