pEeps!

Sunday, November 18, 2012

Mahu kurus,menawan dan sihat?

ewah tajuk macam iklan sedut lemak.

aku kan dari zaman sekolah memang tak suka nak bersukan. memang tak aktif langsung. Pernah la try-try sukakan sukan, masuk pemilihan bola jaring kan.. tapi sebab tangan tak berapa nak betul, shoot bola bukan  masuk jaring tapi masuk lubang hidung orang memang terus kena rejek la kan. terus rasa down sebab tak terpilih. sedih sangat itteww tauuu..

 Lepas tu terus takde hati nak bersukan ke apa sebab memang tahu insan lemah yang takde bakat terpendam nak bersukan.so kau duduk diam-diam disudut tak payah nak pergi pemilihan bola jaring ke futsal ke, hoki ke tapi pemilihan menantu pilihan mak mertua tu bolehla nak pergi. Rasa-rasa macam ada bakat terpendam. Ehh tetiba rasa nak pengsan pulak. keh keh keh.



haritu lepas ayah aku operate jantung buat bypass so beliau terpaksa mengamalkan gaya hidup yang sihat. ewah.. bagus la kan. Kalau sebelum ni kau tahu kerja dia mengadap PC je manjang. aku peratiii je perangai dia. kalau dalam sehari ada 26 jam, dia mengadap PC 27 jam. haa. cane tu? Sampai aku nak online pon macam "okay foine foine foineee la kan... PC dia yang beli kannn.." #jeling sikit.# over sangat kan. banyakla kau punya "kann".

so tetiap pagi, bapak aku kena bersenam. Disebabkan bila dia bersenam aku dengan mak aku duk peratii je bapak aku ni, so beliau memandang dengan penuh kedengkian. Lastly, mak aku jadik mangsa. Di paksa jugak mak aku bersenam skali. Sambil bersenam sambil membebel. aku pulak? memang tak la nak join. Duduk atas sofa duk gelakkan mak aku. Durhaka sangat perangai. 

 Mak aku pulak memang jenis pemalas nak bersenam macam aku. see? memang bukan salah aku malas nak bersenam. ni salah genetik. ehem.

Mak aku kalau bersenam, 3 minit bersenam berehatnya 10 minit dan macam tu lah seterusnya. Bapak aku suruh buat camni dia buat macam tu.  memang takde rupa bersenam langsung aku tengok. Aku gelakkan lagi. oh.. aku memang durhaka. haha!


huih degil mak aku ni. macam aku. tak dengar kata. salahkan genetik lagi.  mana bapak aku tak membebel kan. Rasanya mak aku dah insaf kot kat kampung sana. Dah bersenam betul-betul. Aku harap aku balik nanti mak aku slim macam ziana zain. 




Aku pun kat sini dah bertobat. Aku jogging pusing UNISEL yang 800hektar ni woiii...!


Ramai yang kata, alaaa..aku tak payah bersenam, dah kurus dah. eh hello..?. kurus tak bermaksud kau sehat walepatliat. 



Akhir kata, bersukan lah untuk sihat dan bukan untuk kuruskan peha macam tong gas.
eh, terasa pulak. thihihi.





bai sayangss.. ;)

































13 comments:

shedameor said...

apakah ? kurus tu betul, menawan tu ? erkkk, ck salahkan genetik entah2 dia je prob. saje fitnah mak sendiri. kuang3x

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

hahahha... salahkan genetik ye! bdw, bersenam baik utk jantung dan kesihatan bdn.. at least kluar peluh. heheh =) klu x bdn lemau je...

Anonymous said...

aku suka dengan postingan ini..
sangat membuatku tersentuh..

yana lyana said...

betul.

jom jaga kesihatan dari usia muda!

afzalsukasuki said...

bersenam jgn kuat2 sgt, baru pas operate tu :) dan senaman mulut seperti mengunyah roti canai mahupun kunyah cekodok barang 14 biji bukan termasuk dalam kategori senaman yang sihat tau :D

LydSunshine said...

Kalau malas nak bersenam kat luar rumah, lompat bintang je kat dlm bilik 400 kali.

Lan Bingka said...

Senaman tu penting untuk jantung, tak kira kurus atau gemuk seseorang tu :)

Ban said...

durhaka..!!

nak kena sumpah jadi peti sejuk ker...haaa???

=.="


obat kencing manis said...

informasi yang menarik

afzalsukasuki said...

eh dah komen plak kat atas..

hmm so datang sini nak tuju lagu je la

♥ Nana BamBam ♥ said...

ouh lama suda nana x bersenam..rasenye dah tepu kot lelemak dibadan...haha

agus herbal said...

artikelnya sangat bagus sekali gan

silviani said...

nice info gan

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.