pEeps!

Showing posts with label aL-Quran. Show all posts
Showing posts with label aL-Quran. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

surah al-Mulk..

ok..dah lama tak update pasal ilmu-ilmu kan..
tu la..banyak sangat cerita duniawi nak diceritakan..
korang bile bace cerita xingat dunia kan...*terus ingat akhirat kan..hikhik*
ok, surah hari ni surah al-mulk..
surah al-mulk ni surah yang boleh menyelamatkan kita dari seksa kubur tau..jangan tak tahu. ni nak bagitau yang tak tahu biar semua tau.tau?
pada zaman rasulullah s.a.w dulu ada la sekumpulan sahabat berkhemah kat atas kubur. diorang ni tak tahu yang diorang ni berkhemah atas kubur..pastu..jeng jeng jeng... diorang dengar ada suara bacaan surah al-mulk dari awal sampai akhir.. ha, kalo korang kalo dengar orang bace bismillah malam-malam pon dah pecut lari marathon walkaton basikalton tak cukup tanah..kan3? ke tak? eh, saya terburuk sangka pulak..hehe
pastu diorang ni pegi la cerita pasal ni kat rasulullah s.a.w..pastu baginda bersabda yang bermaksud..
" surah al-mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.."


tu la salah satu kelebihan surah al-mulk. banyak lagi kelebihannya..
ada pulak Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


sape tak nak kan jadi hebat pada pandanan orang lain.. pastu dikasihi..korang nak? aku pon nak..


pastu saidina Ali pon ada sebut sape-sape yang amalkan surah ni, nanti hari kiamat wajah dia secantik nabi yusuf..nak cantik tak nak? tak kan nak cantik dunia je kot..pakai eye shadow, celak,lipstik bagai..tu nak jumpa dengan manusia kan..nak jumpa dengan allah tak nak cantik? saye nak.awak nak? hehe


kalau nak jom sama-sama kita amal surah Al-Mulk..
yang baik mesti dikongsikan..
 sekian terima kasih..
yang tak sempurna,
saya budak tak sempurna..



Tuesday, June 8, 2010

surah al-waqiah..

surah al-waqiah ni mak aku bagitau kat aku kalau diamal kite takkan jadik fakir sampai bile-bile..

Friday, June 4, 2010

surah al-kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.



Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-



1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.





2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.



3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.



4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.



5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.



6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.



7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



Perkara yg baik kita amalkan selalu.

untuk pengetahuan bakal anak 8 tahun akan datang kauthar hana' .hahaha
*credit 2 nik kauthar hana'. =)*
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.