pEeps!

Sunday, December 30, 2012

Pengakhiran tahun 2012 yang mengharukan.

Ayah saya sapu sampah. 





Munculnya....































































keajaiban dunia ke-8.




-..-










Sunday, December 23, 2012

Tips: Perkara wanita/gurgirl perlu ambik tahu.

Warning : Entry ni maybe meleret-leret dan memerlukan ketahan mental dan fizikal untuk sampai ke penghujung. wanita hamil, bakal hamil, dan belum hamil sila ambil perhatian. 


Disebabkan Malaysia sekarang ni macam dah tak selamat even takdelah bom jatuh sana sini macam kat semenanjung Gaza hari tu kan tapi tetiap hari belek surat khabar ada je berita bunuh sini, sembelih sana, ragut sini, rogol situ. Ngeri sangat dengar macam lepas baca berita tu rasa nak campak surat khabar terus nak keluar dari Malaysia. #dramatic sangat.#

Dalam keadaan tak selamat macamni, apa kita nak buat? Buat karipap? Buat rajin? Foine foine, lawak sangattt. Disebabkan keluar rumah memang rasa tak selamat gila even nak pergi kedai pun takot kena culik sebab perasaan jelita habis ni. Takot nanti kang kena culik kena paksa jadi model majalah Mangga kena posing-posing tepi kolam renang  ha.. cane? cane? #pitam.#

So, saya terpanggil untuk bagi sedikit tips dan peringatan untuk kalian diluar sana. Bukan nak tunjuk macho, tapi ini sangat penting! Bukan ayat biasa-biasa saya guna ni. Ayat mahakarya agung habis bila baca macam nak ambik SPM lagi sekali dengan harapan akan dapat A1+ untuk bahasa melayu sekaligus akan membanggakan sekolah saya. (Proud.Of.Your.Own.). Ahak!


1) Bawa senjata yang bukan senjata. (khusus untuk wanita dan Nyah.)

Maksudnya kat sini apa-apa barang bukan senjata yang korang rasa boleh dijadikan senjata. Contohnya Minyak wangi dan high heel atau dalam bahasa melayu kebanggaan kita semua ialah kasut tumit tinggi. eh macam mana minyak wangi boleh jadi senjata?

Contohnya, korang tengah jejalan sorang-sorang feeling-feeling model buat catwalk atas pentas then tetiba ada van berhenti sebelah then ada sorang mamat keluar nak tarik korang masuk dalam van hitam cermin gelap tak nampak jadah apa pun kat dalam. #percayalah ni pengaruh cerita Gerak Khas.# . kahkah. Ok masa ni memang tak sempat kau nak carik minyak wangi dalam handbag kan? Handbag wanita adalah black hole okay? it takes forever kalau nak cari purse or thingy whatsoever kat dalam handbag. -.-'

So, sementara tangan masuk dalam handbag carik pepium (perfume) boleh pijak kaki penjahat durjana dengan high heel korang. Angkat kaki 90 darjah hentak kuat-kuat kompem berlubang kaki kalau kena pijak. Bila dah pijak sembur minyak wangi dua-ratos-spuloh pam kat lubang hidung. Tapi kalau boleh tepat, jitu dan padu mesra lagi cermat pada mata lagi bagus. Kadar kemasukan minyak wangi dalam lubang hidung melebihi kadar kemasukan Oxygen boleh buat diorang tak boleh bernafas dengan betul. #ayat haruslah melambangkan student sains uitm cemerlang tetiap sem.# kehkeh. Lepastu bolehla korang blah sambil menjerit mintak tolong. Good job!




Selain tu bawak payung. Fungsinya untuk melibas selain dari pelindungan dari matahari. Ultraviolet tak bagus untuk kulit tau. Walaupun korang pakai bedak dengan SPF30, 40, 50 sampai 100 pun tapi lagi better kalau pakai payung. Ini untuk mengelakkan sinaran terus kepada kulit. See, boleh dipanggil combo tips. Tips keselamatan+tips kecantikan. Sape boleh bagi combo tips free-free macamni? Kat blog aku je tau.. ewahh.. :p

Tapi sesetengah orang tak suka pakai payung, nak-nak tengah panas. Katanya tak cool. Rela berpanas. Kalau lelaki apa lagi kan. Katanya macam pompuan kalau pakai payung. Eh, hello takdenye orang yang buat payung cakap payung untuk pompuan je. Lelaki pun kena jugak protect kulit diorang dari UV ni. barulah muka tak hitam menawan gara-gara  matahari. Sukati koranglah. Masing-masing dah besar. Tetiba pulak ayat macam makcik-makcik frust.



2) Jangan mudah percayakan orang.


Tengah tunggu bas panas-panas tetiba ada orang tegur then kasik air ke jangan berani ambik. Mak-mak korang tak selalu pesan ke? Nak aku jugak yang pesan kan. #lempang.#

Lepas bagi air, dia nak tolong hantarkan ke tolongla jangan ikut walaupun muka dia ensem tahap skali pandang mimpi sampai 40 hari 40 malam. We don't even know people intention. Baik ke buruk. so, tanamkan sedikit perasaan was-was. Banyak pun takpe. Selalunya adik-adik selalu je terpedaya dengan muka-muka mamat ensem ni kan. Akak pesan ni jangan wat dunno je.

Sekarang ada taktik baru untuk masukkan ubat khayal dalam minuman.

image rembat dari facebook.

Kita kadang-kadang tak tepikir sebab yelah, nak masukkan celah mana ubat khayal kalau air kotak kan? So, please, please,please be careful. Nyawa dan maruah takde jual dekat kedai Ah-Seng,mahupun Jusco, Giant apatah lagi Tesco.

Even kalau dengan kawan lelaki or boipreng sekali pun.
kalau dia tanya.. "yu tak percaya dekat ai eh?

Pandang tepat ke mata dia just jawab.

YES.

kalau dia mintak clash jangan cari aku. kehkeh.


So, tu je some tips yang aku boleh bagi. Even tips ni dah lama dah orang tau. Yang kat atas sekali macam sangatlah drama kan..? macam senang je aku ajar then senang je nak buat kan. Memang rasanya time-time panik kita tak terpikir nak carik perfume ke kan.. keluar nak pergi pasar pun takkan nak pakai high heel kan? so, pandai-pandailah hadam cerita tu. Masing-masing dah besar. #ewah ayatt..# padahallll....

Tips ni more kearah gugirl.  Sebab kaum pompuan selalu dianggap lemah. Senang dibuli, senang diayat dan senang digoda. We need more protections. Sape nak lindungi diri kita kalau tak diri kita sendiri kan?


Kesimpulannya, jaga diri baik-baik. Dunia makin tak selamat. Keluar rumah jangan lupa baca Ayat kursi dan surah An-Nas. Tawakkal pada Allah sesambil tu kita kena usaha kan?. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Just take care everybody! =)

Bye sayangs..


Sunday, November 18, 2012

Mahu kurus,menawan dan sihat?

ewah tajuk macam iklan sedut lemak.

aku kan dari zaman sekolah memang tak suka nak bersukan. memang tak aktif langsung. Pernah la try-try sukakan sukan, masuk pemilihan bola jaring kan.. tapi sebab tangan tak berapa nak betul, shoot bola bukan  masuk jaring tapi masuk lubang hidung orang memang terus kena rejek la kan. terus rasa down sebab tak terpilih. sedih sangat itteww tauuu..

 Lepas tu terus takde hati nak bersukan ke apa sebab memang tahu insan lemah yang takde bakat terpendam nak bersukan.so kau duduk diam-diam disudut tak payah nak pergi pemilihan bola jaring ke futsal ke, hoki ke tapi pemilihan menantu pilihan mak mertua tu bolehla nak pergi. Rasa-rasa macam ada bakat terpendam. Ehh tetiba rasa nak pengsan pulak. keh keh keh.



haritu lepas ayah aku operate jantung buat bypass so beliau terpaksa mengamalkan gaya hidup yang sihat. ewah.. bagus la kan. Kalau sebelum ni kau tahu kerja dia mengadap PC je manjang. aku peratiii je perangai dia. kalau dalam sehari ada 26 jam, dia mengadap PC 27 jam. haa. cane tu? Sampai aku nak online pon macam "okay foine foine foineee la kan... PC dia yang beli kannn.." #jeling sikit.# over sangat kan. banyakla kau punya "kann".

so tetiap pagi, bapak aku kena bersenam. Disebabkan bila dia bersenam aku dengan mak aku duk peratii je bapak aku ni, so beliau memandang dengan penuh kedengkian. Lastly, mak aku jadik mangsa. Di paksa jugak mak aku bersenam skali. Sambil bersenam sambil membebel. aku pulak? memang tak la nak join. Duduk atas sofa duk gelakkan mak aku. Durhaka sangat perangai. 

 Mak aku pulak memang jenis pemalas nak bersenam macam aku. see? memang bukan salah aku malas nak bersenam. ni salah genetik. ehem.

Mak aku kalau bersenam, 3 minit bersenam berehatnya 10 minit dan macam tu lah seterusnya. Bapak aku suruh buat camni dia buat macam tu.  memang takde rupa bersenam langsung aku tengok. Aku gelakkan lagi. oh.. aku memang durhaka. haha!


huih degil mak aku ni. macam aku. tak dengar kata. salahkan genetik lagi.  mana bapak aku tak membebel kan. Rasanya mak aku dah insaf kot kat kampung sana. Dah bersenam betul-betul. Aku harap aku balik nanti mak aku slim macam ziana zain. 




Aku pun kat sini dah bertobat. Aku jogging pusing UNISEL yang 800hektar ni woiii...!


Ramai yang kata, alaaa..aku tak payah bersenam, dah kurus dah. eh hello..?. kurus tak bermaksud kau sehat walepatliat. 



Akhir kata, bersukan lah untuk sihat dan bukan untuk kuruskan peha macam tong gas.
eh, terasa pulak. thihihi.





bai sayangss.. ;)

































Sunday, November 11, 2012

kalau dah student tu kan..

tau la kan kalau dah masuk belajar ni sikit-sikit esaimen, sikit-sikit esaimen. esaimen pulak bukan sikit-sikit. kalau buat boleh mengundang kecelakaan jiwa raga.  menguji keimanan didada tauk?. Bila dah siap satu tu kan rasa macam nak buat kenduri kesyukuran. Dah boleh bernafas dengan dua belah lubang hidung. What the fuhhhhh...lega okay!



sekarang ni tengah buat esaimen pasal Darwin pulak. kenal Charles Darwin? kalau tak kenal tu nampak sangat dulu-dulu ko suka ponteng kelas sains kan? tu la dulu ko suka ponteng kelas, sekarang menyusahkan aku pulak nak explain sape darwin kan.tk habis-habis menyusahkan hidup orang. aceh.. Lempang diri sendiri sia-sia hidup.

k la aku bagitahu la jugak. kang tak bagitahu cakap aku ni kerek pulak. Blog pun suam-suam ketiak ada hati nak kerek-kerek. 

Darwin ni yang cakap manusia ni asal dari beruk. Tu la teori dia paling kontroversi. Oh please la darwin, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.  ko tau tak aku bila buat esaimen pasal makhluk ni dalam hati tak berhenti-berhenti menyumpah nyeranah. Buat panas hati betol. Dia punya teori sangat nonsense, ntah apa-apa, #makcik-makcik sila skip ayat seterusnya.# cambangang, camcelaka,camneraka. tuttt tutttt tuttttttttttttt....ewah.. cukup pakej kau menyumpah kan.. teros makcik-makcik tak berkenan nak buat menantu. Tumpang lalu mak cikkk.. #jalan kepit-kepit dengan pakai kain batik.#

so, sekarang aku tengah beremosional. stress. dah, pergi main jauh-jauh. tahu kalau aku stress aku buat apa? aku suka gigit orang. 


esok nak pergi cari kereta sewa. nak pergi jalan-jalan sucikan nurani dan muhasabah diri. Banyak sangat mencarut malam ni. Tadi dah cari kereta sewa, tapi kereta ni yang jumpa. oh, sangat stress.

stress pun buat muka sweet. puih.




bai sayangsssssssss..

Saturday, October 27, 2012

Penjelasan yang tak berapa nak jelas.

Bismillahirahmanirahim.. assalamualaikum w.b.t,

kehadapan readers blog saya di Malaysia. #Aceh membajed duk Zimbabwe. tolongla lempang.# 
Siyesli lama gila tak update blog ni. Rindu sebenarnya kat dunia blogging walaupon aku ni xdelah blogger tegar. xdelah orang sebut nama semua blogger lain kenal kan.. ko ingat aku diva sangat.. hehe..siyes rindu. Rindu nak pegi merewang kat blog orang lain.. baca-baca blog orang. baca blog sendiri.. eh. aku kan poyo bajed blog sdiri teramat bes. booo CK booo! :p

 Bila bukak nak update rasa macam janggal gila. Taip spuluh huruf tekan backspace 20 kali. cane tu? Takpe kita cuba pelan-pelan. 
Kawan baru. wee! ^^.

Sekarang ni aku duk kat rumah. Cuti raya 2 minggu. dah 2 bulan x lekat kat rumah. Kesana kemari sebab ayah sakit. Last-last duk Kuala Selangor sambung blajar kat UNISEL Pheww.. 

Lately semua yang terjadi dalam hidup aku tak dirancang. Rancang lain, lain jadinya. Kuasa Allah. Dia sehebat-hebat perancang kan? so, kita kena yakin apa yang Allah bagi tu semua yang terbaik untuk kita. kan? =)

seminggu duk rumah ni nak update laju-laju! ewah.. esaimen engko mana nak campak? oh plis.. i need 6 months vacation, twice a year. Lecturer tak tahu ke jasmani dan rohani aku penat sangat sekarang? #lempang.#



okbai sayang..^^,




Thursday, September 27, 2012

Kisah jantung, jantung hati Part 3.

Bila dah masuk hospital, doktor suspek pulak ayah ada pendarahan dalam perut sebab tahik dia berdarah. Ayah aku cakap tahik dia hitam. Hitam memang hitam macam arang. bau pulak tak bau tahik tapi bau lumpur. Eh ada yang jijik ke cakap pasal tahik-tahik ni? Sorry aku better sebut tahik dari najis sebab it sounds cool sangat dari sebut najis. ye, aku memang tak sopan. kehkehkeh. Sorry citer pasal najis-najis ni sebab ai just nak bagi information kalau NAJIS korang hitam macam arang tu maknanya NAJIS tu berdarah. Motip sangat caps lock najis sebab nak cakapnya mampu sopannn macam menantu kesayangan. hakhak.

Innalillahiwainilaihirojiunn.. Lepas satu satu pulak ujian menimpa. Walaupun ayah dah masuk wad tapi badan dia masih lemah. Hospital tu aku boleh conclude tak cekap and nurse pun macam kerja sambil lewa. Doktor pulak sanggup keluarkan ayat ''Saya tak tahu nak buat macam mana ni." Boleh? Nurse pulak cakap dah 3 tahun saya kerja kat sini takde lagi jumpa kes macamni." . So, tak pernah jumpa kena buat apa? study la at least. 3 hari ayah aku masuk wad and kena serangan 2 kali. Kes pendarahan dalam perut, hilang darah tapi tak masukkan darah. Alasan bank darah takde darah. Anak-anak nak menderma macam-macam alasan. Cakap darah nak sampai pulak. last-last tak sampai. Bangang. Sape tak marah kan. 4 september ayah aku kena serangan kali ke 2. Masa tu aku takde kat hospital sebab giliran abang jaga. lepastu baru dapat satu darah. dah masukkan darah baru macam bermaya sikit..

bersambung. Ada lagi kes lainnnnn.. okay, Aku Busy. sangat-sangat busy. bye sayangs.

Tuesday, September 25, 2012

Kisah jantung, jantung hati part 2.

Dalam keadaan menangis-nangis aku bawak kereta. Klinik terdekat dalam 3KM macamtu. Lebih kurang la aku main agak je sebab kau-ingat-aku-kerja-ukur-jalan? kahkah. Ehem. entry ni entry serius so plis okay  Ck? #lempang.#

Kalau nak hantar hospital dalam 20KM. Jauh sangat bagi aku dalam keadaan macam tu. Sampai je klinik emosi aku still tak stabil. Menagnis pun memang satu klinik la boleh dengar. Semua orang duk pakat tengok. Pastu staf klinik bawak keluar bed yang troli tu nak ambik ayah aku. Aku terkejut sikit sebab BERHABUK. Dah lama sangat ke orang tak datang klinik ni kan. Dah sampai dalam bilik, doktor pulak takde. Nurse dengan Medical assistant je yang ada. Aku tak tahu la yang laki tu MA. Nurse cakap doktor takde sebab bercuti. Pastu aku macam terkejut la. dengan sedu-sedu menangis lagi so suara aku terkuat sikit. Aku dengan gelabah tanya nurse dengan MA tu " doktor takde ke???"  Tau la emosi tak stabil macam mana kan..

Pastu MA tu macam sentap la aku agak. Macam dia rasa aku nak cakap dia tak boleh diharapla. Macam dia tak boleh buat apa-apa. Aku tanya macamtu takde niat pun nak cakap dia macamtu. Yela.. Aku terkejut. Aku just nak yang terbaik untuk ayah aku. Aku tak yakin sikit je. sikit je ponnnn.. nak-nak tengok bed tadi berhabuk. -..-'' pulak tu emosi tak stabil lagi kann.. Tak habis-habis emosi tak stabil engko. ahaks. Memang, okay. Macam mana nak stabiL keadaan macamni?? ewah.. emosi pulak engko.

so, diorang bagi treatment semua ayah aku macam dah okay sikit. Dia dah sedar. dah boleh bercakap. Lega.
Lepastuuu... MA tu mintak tolong ape ntah. lupa pulak. YAng aku ingat ayat belakang dia cakap macamni..
"takpe doktor takde ponnn."

okay.. aku macam rasa diperli. Kepada MA tu kot-kot terbaca blog ni walaupun aku tahu dia takkan tahu pon ada blog ni, Apa kau ingat kau femes sangat ck sampai MA-MA nak baca blog kau? hihi..
kepada dia.. Sorry sebab takde niat pun nak pandang rendah ke apa. Saya hanya nak yang terbaik untuk orang yang saya sayang. Sorry okay.. :)

Lepas tu.. ayah aku kena masuk hospital. and ada kes lain. Bersambung lagiiii...


bye sayangss.. :)

Sunday, September 23, 2012

Kisah jantung, jantung hati part 1.

Pagi 30 Ogos haritu mak ketok-ketok pintu bilik aku jerit-jerit cakap ayah aku sakit kat dapur. Kelam kabut keluar pergi dapur tengok-tengok ayah aku dah pucat, sesak nafas. Ayah aku kena heart attack. Jangan risau kalau tak tahu heart attack tu kejadah apa. Takpe-takpe jangan risau saya bagitau. Heart attack tu adalah serangan jantung.



Aku dan mak aku memang gelabah gila la time tu tak tahu nak buat apa nih. pastu dengar ayah aku tak berhenti-henti sebut "Allahu Akbar Allahu Akbar". Lagi gelabah bila dia dah start mengucap macam dah takde nafas nak hembus. Badan dia dah berpeluh-peluh, muka toksah cakap pucat macam takde darah. Lepastu badan dia macam menggeletar sebab tak boleh nak nafas. Nampak dia dah nazak. Masa tu Allah je tahu macam mana aku rasa. Aku dengan mak ajar dia mengucap sekali. Aku dah start menangis time ni.  Rasa macam ayah aku dah nak haihh tak sanggup nak taip. =,(




Aku tak sanggup tengok ayah aku macam tu. Terus capai selendang berlari keluar pergi panggil jiran nak bawak ayah pergi hospital. Berlari meraung-raung, menangis pergi cari jiran. Time tu pagi so jiran-jiran ramai yang takde kat rumah sebab pergi kerja. Alhamdulillah ada seorang dua yang ada kat rumah. Diorang keluar sebab dengar aku menangis meraung semua. Kuat okay.. -.-" Tapi time tu tak kesah langsung malu dengan muka meraung macam pontianak harum sundal malam hilang anak. Seriously!


Jiran dah sampai diorang angkat ayah aku masuk dalam kereta. Aku berlari start kereta dalam garaj. dari garaj aku nak undur laju-laju sampai depan pintu so senang diorang nak masukkan ayah aku. Tapi sebab aku pon dah menggigil, emosi tak stabil sampai side mirror kereta langgar tiang depan rumah. Jiran-jiran dah kalut tanya aku boleh drive ke tak. Yela, tengok keadaan aku aku macamtu siapa tak risau kan..

Okay, bersambung.


Nak kena packing baju sebab dah nak masuk sambung belajar.. Sikit takde semangat nak sambung belajar sebab dah setahun tinggal buku. Here we go... 28-years-old-nenek-CK-nak-sambung-belajar. what the fuhhhhhhh.... semput! >..<''


bye sayangss..







Sunday, September 16, 2012

update asalkan ada.


lately ni hidup macam kacau bilau sikit. diri sendiri pun tak terurus apatah lagi blog kann.susah netolla updaye pakai phone. taip.berterabot. ahh aku malas nak taip balik. start 30 ogos sampai sekaramg aku beeulang alik hospital sbb ayah aku sakit. sakit ape? banyak snghtla sakitnya. nak ceeita satu satu phone ni macam mwnyakitkan hati. macam mana entry ni berterabor macamtu la hidup aku sekarang. jangam cakap perangai aku macam jahanam sebb buat entry macam ni. bukan aku yang jahanam tapi phone ni yang buat perangai. oh trtiba teringat phone ni pun phone pinjam. aku kan tak berharta mana la mampu nak pakai phone touch sekering ni. nokia tigatiga spuloh bolehla.. k la. sesape baru first time baca blog ni nak bagitau yg BM time SPM aku dapat A1. time kasih membaca luahan hati camsampah ni. bai.

Sunday, September 2, 2012

Tips : Pasangan merajuk? HUK ALOH SMOL DE METER..

Merajuk tu sebenarnya olololo sweet sangat tapi kalau dah macam makan ubat sawan sehari sampai 5,6 kali tu dinamakan menyakitkan hati tauk? Ceaa.. ayat intro dah emosi nih. hihi



so, dari pasangan korang merajuk sekali jangan dibawak melarat sampai dia nak merajuk lagi 5 kali macam minggu depan dah tak boleh merajuk. Tak kira la pasangan korang pompuan ke lelaki. yang pompuan tu normal la kan nak merajuk-rajuk sebab pompuan ni dia semulajadi manja. Hal kecik pun nak merajok.
Lelaki suka buat lawak sebenarnya comel. Macam ustaz Azhar. :p



Tapi kalau manja dari pagi harini bawak ke pagi lusa nak merajuk sebab tak dapat makan Baskin Robbins free Lee Chong Wei, pastu pujuk-pujuk tak makan pujuk sebab dia makan nasik je, tu mengada dia tuuu. :p


Yang lelaki toksah cakap kalau merajuk dia kalah pompuan. Jangan percaya sangat lelaki ni kalau depan orang  kemain macho macam Aaron Aziz, ewah bercakap suara rock macam Ramli sarip. Sebenarnya diorang ni kalau merajuk mengadanyaa Ya Allahhhh je yang tahu. #habisla blog kena ban dengan readers laki pasni. hihi.# okay, tak semua. #ayat cover line.# haha..

Meh nak bagi tips sikit macam mana nak pujuk orang merajuk ni.Aku bagi satu dua dah. Korang ingat aku teror sangat ke nak pujuk-pujuk orang?? tetiba emo kann..  #tak teror tapi ada hati lagi nak bagi tips.teehee..#


Alah senang sangatla kalau orang merajuk-merajuk ni.





1]   Menyanyi - Menyanyi kat sini bukan maksudnya pasangan korang merajuk dekat rumah dia korang pulak menyanyi kat rumah korang. Kurang akal?

ehem.


Contohnya korang call pasangan korang lepas tu nyanyi la lagu kegemaran dia. suara sedap tak sedap belakang kira. Walaupun kau sedar diri suara kau macam nobita (aku la tu) tu kemudian cerita sebab sekarang kau nak pujuk orang bukan nak masuk Vokal bukan sekadar rupa. Kalau boleh lagu slow-slow la.. bagi cair sket hati kan..

ehem, aku tak pernah buat lagi keje macam ni. buat geli bulu hidung.

kalau tak jalan jugak korang azan kat telinga. Mengada-ngada sangat kannn,kasik insaf sikit. Dia ingat senang nak pujuk-pujuk sampai terpujuk?? #emosi-emosi.#

2]  Merajuk balik.

sekarang kompius kan sapa merajuk? so, dua-dua tak payah pujuk. Senang cerita. hikhikhik.


3]   Merajuk sebelum dia merajuk.

Agak-agak dia nak merajuk, cari topik supaya korang boleh merajuk dulu. Contohnya macam kalau korang tersentapkan hati dia, korang cepat-cepat alih topik yang boleh buat korang merajuk. contohnya..

si suami ajak si bini pergi makan dekat hotel tapi si bini terover mekap sebab neves nak pergi makan hotel first time ni haaa makan kat hotel. Si suami pulak pergi tegur si bini cakap dia kompius mana satu muka bini mana satu traffic light. so, si bini tertusuk sampai nak mengalir air mata dan mulut dah muncung macam perempuan-perempuan ambik gambar buat profile picture dekat facebook. eh.  :p

so, kat sini la si suami kena cepat-cepat cakap..

Selalu macamni tauuuuu..


 # biarla first time pun dia buat perangai macamtu.# pastu kasik jelingan maut sikit, muncungkan mulut lagi panjang dari si bini.

Small the matter kan?

hiks!

4]   Cakap...

awak merajuk ke ni? nak merajuk sampai pukul berapa? nak set alarm nih..jangan lebih sesaat pun tauuu.. #sambil buat muka habis kiut.# kalau rasa tak kiut jangan buat. kahkah


5]   Jangan dilayan.

KAU MERAJUK LA SORANG-SORANG. TAK KOSSERR NAK LAYAN.


TETIBA CAPS LOCK KANNNN.. HIHI




Till then, bay sayangggss...   
Banyak love-love kan kat entry ni? apa ingat aku takde side romantik? #jeling sikit..:#



^^p

Monday, August 20, 2012

Aku pongg nak bagi ucapan sekerat dua..

Oh hai.. assalamualaikumm..

Beraya sakan ye korang. makan sana, makan sini, sumbat tu sumbat ni dalam mulut. nikmatnya dunia khennn... 


But 






hey 





hey 






heyyy!





 raya memang setahun sekali tapi ingat sikit kita nak makan bukan untuk setahun.. Nanti dah habis raya,pergi timbang berat badan omaigad omaigad omaigadddd berat naik patratos kilo..! #over.# :p



Okay, dikesempatan ini..#ceaa..ayat macam pengacara Nona.# :p



aku nak ucap jugak selamat hari raya aidilfitri. Mohon diampun kalau ada tersalah taip sampai ada yang tersinggung. sentap sebab aku Tak reply komen ke.. #bajed kau diva orang berharap nak kau reply komennn. #hikhikhik.. Aku ni jenis suka baca komen tapi tak suka balas komen. Boleh? hiks! Blog ni boleh tahan mazmumah. Aku ni jenis kalau nak taip tak pikir doblas kali. main taipp je sesedap hati secukup rasa nak taip sebab ni kan blog aku kate ko.. buahahaha. 

ittew intak maappp yeww.. meh alam-alam ngan itteww.. kocong-kocong tawww.. #lempang.#




p/s: Raya tahun ni tak boleh bukak mulut luas-luas seluas lautan sebab gigi bongsu tergetik-getik nak tumbuh sampai gusi bengkak nak menguap pon muka dah macam badak sumbu nak kunyah makanan pon macam gigi palsu tertinggal bawah bantal nak senyum pon macam muka tak siap. okay dah boleh hembus nafas.


ye tu Eiffle Tower. aku beraya kat peghiss #paris.#
alalala klakakaka.. 





till then, selamat hari raya aidilfitri maaf luar dan dalam. Ikhlas dari CK, suami dan anak-anak. muehehehhehe.. 

Wednesday, August 15, 2012

Diari Ramadhan yang dot dot dot.



Macam aku cakap, harini pergi kerja lewat memang lewat tapi xde sampai pukul 11. bangun pukul 9.30 pagi.. see? aku mampu jadik menantu idaman okay.. #libas tudung.#

Berdesup merempit naik ego pergi kerja. 
pukul 2.45 berdesup balik kerja sebab nak tengok Mara Clara pukul 3.. Cerita philipine kat Tv3 tu.. Laju tak laju  aku bawak moto sampai cermin motor berpusing-pusing sebab kena angin laju sangat. so, dia macam ade kipas pusing-pusing sebab batang cermin tu longgar. Motor sape dalam Malaysia ni ada kipas macamtu kat handle motor? aku je tau. 



Cermin tu pusing-pusing macamni. Malapetaka betol. -..-''


Sakkkit hati tengok cerita tu.. Aku bukan sakit hati dengan Clara yang jahat macam rasa nak sumbat-sumbat muka dalam lubang jamban tapi sakit hati dengan Mara. 

Walaupun dia baik menjadi pujaan setiap pakwe-pakwe nak buat adik angkat tanpa makwe diorang tahu tapi aku sakit hati sebab dia tak dengar cakap aku. 

Tak reti langsung nak melawan. Lenkali kena buli dengan Clara melawan la sikit.. Ni tak. buat muka sedih , redha,pasrah aku rasa nak lesing..Bab nak mengutuk orang membuak-buak idea didada ni ha nak taip. Habes kurus puasa.


#korang tak tau macamana aku emosi tengok cerita.# . 5 jam xhabis lagi sakit hati.


Pastu aku tertido sebab BEKERJA KERAS sangat kan.. 

pastu aku dah kenapa kan nak cerita semua.. Ada yang ambik port ke pasal life engkau CK?
apa kau ingat kau Nora Danish?

padahallll tanak sambung cite tido sampai bebuka. keh keh keh.


till then, bye sayangsss.


Tuesday, August 14, 2012

Bakal Mak mertua sila skip entry ni.

 entry ni penuh dengan perangai mazmumah so kalau tanak pahala puasa kurus kering sila scroll laju-laju. muehehe..


Aku tak paham sekarng kenapa susah gila nak tido. diri sendiri macam xsedor diri yang esok perlu bekerja dengan keras. Semalam pukul 3 baru boleh tido then bangun-bangun tengok jam dah pukul 10. Jahanam la mana-mana syarikat ambik pekerja macam aku buat suka hati nak masuk pukul spuloh kenn. Ni kalau apply jadik bibik pun belom tentu layak temuduga. He he he.

sekarang dah pukul empat. aku rasa esok mesti terjaga pukul 11 am.


ehem, 



ada sape-sape nak pakai bibik bangun pukul 11 pastu kerja pun siram-siram pokok taik ayam, lap-lap kereta ferrari, bergosip dengan jiran sebelah? eh.

 keh keh keh 



takpe-takpe. Esok second last day kerja pastu dah nak berhenti. so, kesah pulak aku kalau dapat notis doploh pat jam ke hape kan? ceaaa..belagak. haha!


Muka berlagak mintak kena lesing dengan kepala lutut.


Till then, bai sayangsss.. 

Monday, August 13, 2012

Nak tanya tolong jawab sepatah boleh tak?

Kenapa aku punya fibox not available eh? Tolongla jawab.. aku tahu kalau korang komen aku punya entry sebelom ni  aku tak reti nak reply komen sebab aku bajed sangat diva. # Perangai macam jahanam # keh keh keh.

Rasanya dah berhari kot tak keluar. Aku ingat sehari dua je tak keluar so aku buat rilek dah la kenapa nak kecoh sampai nak buat satu entry kan. dah berhari aku peratiiii je fibox ni tak keluar-keluar. 


Harini tetiba rasa nak pergi merewang kat blog orang tetiba fibox xde lagi. camne nak berbalas jejak kan.. hape ingat aku sombong sangat tak reti nak berbalas jejak? # jeling sikit.# 

ewah.. hiks! :p


Aku tak tau kat blog orang lain macam mana sebab dah lama aku tak merewang kat blog orang sebab tetiap hari baca blog sendiri sebab rasa blog sendiri bes sangatttt la kannn...#pitam.#


Kenapa dengan fibox niiii....
kenapa? Kenapa?? kenapa???
Korang punya fibox pun macamni ke?

#kerut-kerut dahi sampai kening cantum. #



Friday, August 10, 2012

Rahsia aku dengan Mak Cik Jenab.

Salah seorang bukan mak cik jenab. 

Ekceli aku suka sangat dengar orang membebel tak pun banyak cakap.Aku rasa orang macam ni macam comel gila duk pot pet pot pet cot cet cot cet. Comel rasa nak pijak-pijak je. Korang tengok tak samarinda TV3, 7 ramadhan? yang mak heroin tu kan mulut dia aku peratiiiiii je.. memang pot pet pot pet comel. walaupun pangai dia macam mazmumah keji giler tapi comel je aku tengok dia membebel kat laki dengan anak dia.


Tapi aku suka dengar orang membebel kat orang lain jela. kalau membebel dekat aku tu menyakitkan hati aku. keh keh.
eh, eksekiusmi, kau dah bebel-bebel aku, nak aku cakap kau comel? #jeling sikit#



aku ada kenal 2 orang mak cik  masa pergi surau sembahyang terawih. Aku kan awek surau sekarang. tetiap malam pergi terawih. Kalau tak terawih jangan mimpi la nak pergi kalau mak ayah tak ajak tak paksa. Baca laju-laju skit ayat sebelum ni sebab perangai aku memang teruk. Aku sendiri baca macam nak carut kat diri sendiri.  haha!


Bila dah tetiap malam pergi, so kenal la suma nama mak cik-mak cik kat surau tu kan.. Mak cik jenab *(bukan nama sebenar) , mak cik odah *(bukan nama sebenar) , mak cik limah *(bukan nama sebenar) dan seterusnya lah. xkoser la aku nak taip habis satu surau kat sini.

*(bukan nama sebenar) = walaupun sebenar. haha

Nak dijadikan cerita kat surau aku selalu semayang kat sebelah Mak cik Jenab. Aku dengan Mak cik Jenab ada rahsia tapi malam ni dah tak rahsia sebab dah tak tertanggung beban dijiwa nak simpan rahsia sorang-sorang. #lempang.#

rahsianya mak cik Jenab panggil mak cik Limah radio sebab mak cik limah akan senyap time smayang je. abes je salam kiri kanan mesti duk cot cet cot cet die membebel sorang-sorang.
Even small matter pun dia nak becakap. Macam dia nampak cicak dia cerita pasal cicak.. nampak tu die cite sal tu.

Comel.


Aku dengan mak cik jenab selalu gelakkan mak cik limah . tapi mak cik limah tak tau kitorang gelakkan dia. Ni dipanggil gelak mengumpat. gelak belakang-belakang. haha!



Malam kelmarin Mak cik Limah tak datang, pastu Mak cik Jenab cakap malam ni "radio xde betri". pastu die gelak punya la sakan macam duk dekat pasaraya sakan.. Orang lain semua kompius ape yang kitorang duk sakan sangat gelak .. aku tau aku dengan Mak cik jenab kurang behave sikit. tapi nak buat macam mana. xboleh tahan. Muah muah muahahahaha..

Pastu semalam mak cik Limah datang.. Mak cik jenab awal-awal dah bagi warning..

"CK, jaga-jaga radio dah ada betri!"

Mak cik Limah dengan Mak cik Jenab memang comel.

Hik hik hik!

aku syuwe yang Mak cik Limah dengan Mak cik Jenab tak tau blog tu kejadah apa. kalau tau matikla! :p


till then, bye sayangssss...^^p

Saturday, August 4, 2012

Kekonfiusan jantina.

Haritu balik kerja ajak member-member pergi merewang. So, balik kerja terus pergi ambik diorang dekat rumah memasing. 

Aku habis kerja pukul 2.30PM so tak solat zohor lagi., haritu tak ingat pulak bawak telekung  nak cepat. sekarang ni lepas berhenti kerja pastu kena kerja balik rasa macam malas gila nak bangun tido. . Bangun tido nak pergi kerja terus kompius.. "eh, bukan dah berhenti ke? " "eh, kena kerja balikk laaa.." Last-last bangun lambat. Nasib bos bagi muka sebab bulan puasa, kalau dia bagi lesing? 


haa. tak cerita lagi pasal berhenti pastu kena kerja balik kan..
tak tahu ke aku pekerja kesayangan? Of kos la Sukar-melepaskan-dikau-pergi...
Ehem.

ahh..malas nak cerita. Sadis bila dah berjaya berhenti dengan jayanya tetiba kena kerja balik. Sadis.


okay sambung balik cerita, lepastu dah sampai kat bandar terus berhenti kat masjid. Aku naik la masjid tu sorang-sorang tinggal member-2 dalam kete. Tengok-2 dalam masjid tu ada 2 pompuan tengah solat. Nak solat, aku teringat yang seluar aku kotor, so aku tanggal la seluar.. Masa tu aku pakai baju labuh sampai lutut tapi belah kat tepi. #tolong bayangkan pakaian muslimah sejati.# haha.. 

ewah dah feeling arab sangat la tu?
ahh.pedulik. cakap blog aku. muahmuahmuahahaha..


Tetiba dengar ada orang bejalan kat belakang. ingatkan pompuan la yang masuk nak solat. sekali LELAKI. Hoh.. dah panas hati, maruah seakan tercalar nih. ntah dia tengok ke tak aku buang seluar. 


Laki tu nak cakap buta elok je duk usya-usya aku.#semmpat nak perasan jelita..#
Tak tahu ke tempat solat lelaki kat depan tabir. yang dia pergi solat kat situ kenapa ntah. rasa nak lesing lubang pusat. haihh.. marah nih. Lepas tu, aku dah siap solat, aku tengok dia tak siap solat lagi.. Boleh dia solat kat belakang skali? 


Tengah-tengah solat, mai pulak lagu All rise henfon cik kak kat tepi. kaki rasa nak tergedik-gedik. Kalau lagu nasyid bila izraill datangg memanggillll.. boleh jugak sound ifek menginsafkan jiwa nurani.


Kalaula keluar lagu untuk dia hey! untuk dia hey! mau aku pusing telekung cik kak tu bungkus jadik kapan kapan. Hilang kekusyukan guwa. #ceaaaaaaa....lempang.#

Tak reti nak silent phone time smayang?

pastu tunggu la mamat tu habis solat. yela , nak pakai seluar, nak pakai tudung. ewah, kau ingat free-2 nak tengok? #emosional2.# .


Yang pompuan dua ketul lagi tu slamber je la pakai tudung laki tu ada pun.
lepastu dah siap solat, mamat blah. cepat-cepat pakai seluar pakai tudung. Siap je aku pakai tudung nak blah, mamat tu masuk balik. pastu dia pergi baring dekat dia solat tadi. Ntah dia usya aku dah siap pakai seluar tudung semua. 


Benci betol la aku. Aku betol-betol musykil. 
tak paham hakuu... Tak reti nak beza diri sendiri pompuan ke laki?
kang dah kurus pahala puasa duk panas-panas hati di petang yang panas dengan hati membuak-buak menyumpah-nyeranah. Aipp! lempang tau la.






Till then, bai.. xde sayangss-sayangsss..tengah panas nih. haha.

Monday, July 30, 2012

Kalau hensem tu lah pilihan...

Habis yang tak berapa tak hensem ni macam mana? yang so-so macam aku ni macam mana? #eh, ayat macam tak laku kan..# wkwkwkwkw.. alalalala klakakakaka.. (   T_T)

Kalau budak-budak zaman sekarang, nak dipilih pakwe nak yang hensem-hensem. Tang perangai belakang kira, janji muka kau hensem kalau tengok sekali, 14 malam termimpi-mimpi.ehem. 

 #tak terasa- tak terasa.#

Eh, terasa ke?

alaa.. semua la nak yang macam tu. Tak payah cakap takkk.. Siapa tak nak kan? Okay, tak semua tapi majoriti macam tu. So, tak payah tetiba sentap baca ayat tu terus rasa dunia ni tak adil sebab difitnah secara melulu okay? meh nak kasik  lempang sepam. #ewah kau nak lempang-lempang orang.# and boleh cakap aku pun macam tu. :p


adala aku tengok orang sekeliling aku diorang macam obses gila dengan mamat hensem, jambu-jambu. tak pahammm.. kita pun nak jugak mamat hensem tapi pendam-pendam la xde la tunjuk sangat kan.. Mamat hensem lalu sebelah buat-buat cool dah la, nak tengok pun jeling-jeling dengan ekor mata.. #ceaaa..ye-ye je..haha# padahal dalam hati membuak-buak nak tengok patratos kali..


alalala.. kenapa hensem sangat?

Macam bagi diorang, hensem tu satu kemestian. Ramai yang aku kenal, dulu kemain nak kawan dengan laki tu kemain memilih.. nak yang kulit putih, perut tak buncit, hidung mancung tapi end up khawin dengan? tak dapat pun yang macam dia nak malah dapat yang jauh gila macam dia idam-idamkan. Majoriti aku jumpa yang macam tu la.

Don't get me wrong. Nak cakapnya kat sini.. tak salah nak yang hensem. Semua orang ada keinginan nak yang hensem, yang cantik, comel,gebu, putih cukup pakej kalau pandang skali terus konfius pandang neelofa ke? pandang shahiezy sam ke?

Tapi better kan kalau tengok pangai tu dulu. Hensem tapi pangai macam ntahhh hape hapeee hentah nak buat apa kan?

So, guys. be gentleman. Kita ni kalau muka ni so-so je pangai tu bagi la hensem-hensem. Ladies. cuba pangai tu elok beraturrr aihhhhhh makcik-makcik berebut nak buat menantu..


Kesimpulannya..


Hensem bukan kemestian. Tapi bonus.


Tak semua orang dapat bonus tu. Tapi jangan risau ada bonus lain yang korang dapat.
Allah tu maha adil. =')



till then, bye sayangssss.. ^^,

Saturday, July 28, 2012

Dah tak surprise.

sesape yang tak follow up aku punya life kat blog ni, xtau la yang sebelom ni aku menggelabah nak benti kerja kan..
#ewah.. feeling artis sangat cakap follow up- follow up.#

Sepatutnya semalam la aku berhenti. Aku cakap kat bos aku yang aku nak berhenti 26 haribulan tapi boss aku silap paham atau dia ingat aku dah paham dia berhentikan aku 19 haribulan haritu. 

Bos: Ck, harini last awak kerja kan?
Pekerja cun : eh.. bukan minggu depan ke? harini ke?? la.. saya tak tahu pulak harini last..

kalau tahu aritu hari last, dari pagi aku buat muka sedih-sedih sebab last day kat situ. sedih la jugakk walaupun dalam hatiiii seronok tak payah nak cakap lah.. keh keh keh.

Pagi tu, aku ada kemas-kemas meja bos.. kat atas meja tu semua khazanah alam ada. Bos aku tu bisneswoman sambilan. Dengan kosmetik, tudung, baju, tupperware memacam la ada kat dalam ofis tu. Kadang-kadang, penuh dengan hadiah. nak bagi kat sapa tak tahu la. 

lepastu tengah kemas-kemas.. nampakla menatang hadiah cantik kemain.. cantik je aku tengok.. aku pun bukak la kan tengok ada apa kat dalam. Biasa hadiah-hadiah bos aku, aku la kena bungkus. so, sebelum bungkus, aku tengok la apa benda kan.. aku kan jenis manusia yang suka tertanya-tanya..hikhikhik..




pastu masa nak balik...


Bos: Ni untuk awak.. Last day kerja kann.. 

Pekerja cun : ehh..time kasihhhhh... 


#dalam hatii..cisss dah tak seperais.,#


tu la, sape suruh curik-curik tengok hadiah orang. :p





till then, bai sayangssss..:)

Friday, July 27, 2012

StickyPost: Tudung polkadot comel. :)


Entry baru dibawah. :)


Tudung polka dot yang comel. Kalau korang pakai lagi comel. dah la comel, pastu kalau umur dah 30 kalau pakai terus rasa macam 15 tau.. sebab tudung ni comelll sangat.. :)

Aku pakai terus rasa macam akulah paling comel dalam dunia. Nora danish tengok terus pitam. Tulisan kecik-kecik dan gambar tak nampak muka menunjukkan terlebih keyakinan diri sebab terlampau comel takot nanti nora danish tengok betol-betol pitam. kahkahkah.


SOLD


SOLD


PD3

nak dekat-dekat raya ni boleh la nak rembat sehelai dua. Kompem comellah sampai jiran sebelah jeles.. Yang pakwe-pakwe, suami-suami boleh la rembat untuk makwe-makwe dan isteri-isteri. Kompem diorang sayang lebih. kalau dah sayang lebih tu nanti lagi sayang lebih-lebih. Nanti korang pun makin sayang sebab nampak diorang comel.. #terbaik punye promote nih. pelisss la..haha#  c(:


SOLD


PD5


PD6


Tak payah dah keluar tawaf Jalan TAR ke ape sampai lumpuh kaki. Nanti kalau keluar nak pakai minyak kereta lagi pastu jalan-jalan penat dah la puasa kan.. Pastu kalau tak puasa pun haus-haus nak jugak beli air, beli makanan.. 

tu tak kira lagi laki haus? 

anak nombor satu? 


nombor dua? 


nombor tiga pulak macam mana? 



PD7


SOLD

dah minum takkan tanak makan kan.. habis pulak bajed nak beli makanan lagi.. wah.. satu family tak puasa nak beli tudung. #melampau dah ni. hahaha# ahh lantak aku takde idea nak promote best 2 ni. hahaha


PD9


pastu jalan-2 tengok jubah lawa, nak beli jubah, tengok pulak shawl, nak shawl pulak.. tu belom tengok kebaya, baju kurung moden, baju kurung pahang, baju kurung teluk belanga. kalau semua nak beli cane?
see? banyak bajed habis sebab nak beli tudung je ponn.. :P




PD10




Okay,! cepat-cepat sementara stok masih ada. ceaa..kalah iklan KAMDAR nih. haha..


Berminat inbox saya ke sun_kiut90@yahoo.com.

Harga sehelai RM27 beli dua dapat RM25. :)

exclude postage tauu.. Tapi kalau rasa kita dekat di mata dekat dihati xpayah nak pos-2 la.. stakat jiran depan rumah boleh men campak je ikot tingkap tak payah gatal-gatal nak suruh pos. #ewah, diva sangat nak campak-campak masuk tingkap rumah orang.# hahaha..


kbai sayangggss. <3 







Tuesday, July 24, 2012

Nak lari rumah.


Disebabkan dah berminggu aku tak mandikan kucing, bapak aku dah bising-bising suruh mandikan. Tempat tidur kucing pun aku tak kemaskan. Malas.


so..


Bapak aku pun duk main ugut-ugut.



"Pagi tadi ayah ada pergi pasar tani, tengok kucing-kucing terbiar kat situ kemain gemok sekor-sekor."


Haritu aku ada pergi kat pasar tu, kucing kat situ memang gemok sekor-sekor macam garfield sebab ada pakcik jual ikan kat situ main tabur je ikan dia jual kat kucing tu. Tabur macam tabur beras nak bagi makan ayam. Mana tak gemok kan..


Motif ayah aku cakap macamtu, dia nak buang kucing aku sebab aku malas nak mandi, nak kemas tempat tido kucing. Der??  pastu dia cakap..


"kucing dah besar, pandaila dia cari makan sendiri.."



So.. aku jawab la..

#menjawab,menjawab!#


"memang la.. tapi kat pasar tani takde kasih sayang..."


Ceaaa... nampak? aku ni penyayang sebenarnya.. sesuai jadik isteri mithali. #pitam#


" Pagi tadi dah nak ambik sekor masuk dalam kete nak pegi pasar tani.."


so, aku pun jawab lagi...

"ayah buang kucing ck, CK lari rumah!"

Ewahh... nampak permainan anak bongsu kat situ? .
Berani la buang.. nak lari rumah nenek kampung sebelah!  

Kucing-kucing aku terlalu comel untuk dibuang.
Anak bongsu dia pun terlalu comel untuk lari rumah. #penngsann.#

Tu diari bapak aku., dalam diari tu ada tulis..

Harini, anak bongsu aku sangat comel.

 tipu. keh keh keh.

diari tu dia tulis doa-2.. perbelanjaan harian dia je.. Berani nak baca diari bapak? tak pasal-pasal bapak aku pulak lari rumah. masalahnya, bapak aku ade ke diari macamtu?

diari yang ada tulis..


Harini anak bongsu aku, comel sekali. 

Huahuahuahuahua..

till then, bai sayangss.. ^^v

Friday, July 20, 2012

Kalau ketat-ketatkan boleh jadik novel?

Dah start puasa dah.. Rasanya baru bulan lepas pergi bazar ramadhan beli ayam dinasor tetiap hari. Pastu menggelabah berat naik secara mendadak 2 kilo. Yang 2 kilo tu pon tak turun agi dahhh masuk ramadhan pulak.. 

Selamat berpuasa korang.. Sama-sama perbanyakkan ibadah ok.. 

Sejak memenjak ni, post-post dekat pesbuk asyik nak emosi je. post post dekat blog pon sama. rasanya kalau gabung-gabung ayat sedih dekat pesbuk, dekat blog dah boleh buat novel sedih.





3 je pon post sedih cerita macam doploh nam juta post. hihihi.. #lempang#

boleh buat novel kata kau CK?




@shedameor : yang tu sentap sikit je.

@akak LydSunShine : sentapppp patblas tahun..

Memang tak menjaga hati dan perasaan SAYA tauu korangg.. 

haha..


Aku tengah emosi masa tu. Tengah sedih.. Malam-malam duk nanges.. Meratap nasib diri.. termenung tepi tingkap.. Nasib baik tak bawak diri pergi Landen. Kalau tak sapa nak jawab? sapa nak cari? # mampu ke kauu.. # hihi


Sebenarnya riwayat cerita tak la sedih sangat pun. aku je emo lebih.. aku kan anak bongsu.. #lempang#

Time sedih-sedih, rasa down.. ramai kawan-kawan bagi semangat..blogger-blogger.. Ceaaa.. macam Famous sangat la taip blogger-blogger..haha.. Time kasih banyak-banyak korang. Walaupon korang tak baca nih aku doakan jugak life korang sentiasa best-best.. kalau korang rasa sedih pun korang akan rasa bes.. haha..

Kenapa aku sedih? First sebab tak dapat sambung blaja. permohonan kena rejek. rayuan pon tak boleh nak buat. Rasa macam hidup ni dah tak bermakna.. 

Lepastu aku pikir-pikir balik. kalau dapat pun macam mana dengan parents aku? Dah la diorang ada masalah kesihatan. bapak aku pulak nanti kena operate jantung. Dah la aku anak bongsu. Akak-akak abang-abang semua jauh-jauh. Aku je la yang boleh tengok-tengokkan diorang. Haa.. sapa cakap anak bongsu takde tanggungawab? meh nak lempang. Ingat anak bongsu nak semua dapat?  cakap nak kapal selam mak bapak kasik tanpa kompromi?  

takde okay.. biasa anak bongsu la akak-akak abang-abang harapkan jaga mak ayah. sangat bertanggungjawab okayy.. nak khawin, khawin la dengan anak bongsu. #motip??# hahaha.. 

Sapa cakap anak bongsu manja? Meh nak pok kepala lutut.




till then, bye sayangss.. =,)


Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.