Tipikal students sedunia nak dekat-dekat final exam, study tu macam besok dah tak boleh nak study. yelah awal-awal sem tak sedar diri berpoya-poya, berjimba sana sini. Bila dah final reti pulak nak tanam azam nak 4 flat jadik students cemerlang gemilang university. Kawan ajak keluar makan berfikir macam dia ajak khawin. Nak pergi ke tak nak pergi. Kang pergi membazir masa. Dapat rasa sangat MASA tu ibarat emas berlian intan payung. *tak terasa.*
Dah habis final, cepat-cepat nak blah dari hostel nak balik kampong. tapi dalam hati rasa hiba sayu macam lah sem depan tak datang balik. Buat perangai macam kau dah last sem. Naik bas sambil merenung keluar tingkap. air mata bergenang hingus dah nak meleleh. Budak sebelah tengok, kesat hingus dengan kain tudung. berlagak cool. mihmih
then, bila dah start cuti sem.. haaaa tu diaaaaa... kemain ligat lepas tension study. berjimba lagi, berpoya-poya lagi. hilang pedoman hidup sekejap. Aku rasa hidup students ni berjimba je kerjanya. Aku harap beliau berubah.
then dah bosan duk rumah.. rindu nak study.. tanam azam dalam diri lagi. rasanya kalau tanam pisang dah dua kali berbuah. Eh.
Azam kononnya start sem baru tetiap malam pukul lapan nak menelaah pelajaran sampai akhir sem. Niat begitu sesuci lebaran. Mak ayah boleh pengsan kalau tahu anak dia ada niat cenggini.
Tapi.. orang cakap sangkanya hujan di petang hari.. rupanya panas sepanjang tahun. Global warming katanya. #bukan peribahasa.#
Bila masuk sem baru, minggu pertama takde kelas lagi. bila seminggu duduk hostel takde buat apa-apa, masuk minggu kedua dah malas nak pergi kelas.
Sangat malas.
sungguh malas.
Harini, kelas pukul 3 petang. pukul 12.30 dah kena siap-siap. iron baju punya tak semangat. mulut tak henti henti sebut malasnyaaaaaa malasnyaa macam berzikir. -..-'
Roomate tengok dengan pandangan simpati sebab diorang takde kelas. Tak lupa bagi kata-kata semangat. Tapi still semangat tu tak datang. Saat tu rasa dunia ni tak adil. -..-''
Then, dapat text.
"harini kelas batal."
Joget-joget.
joget-joget.
joget-joget.
Hidup ni memang indah!
hikhik.
Till then, bye sayangs. ;)
13 comments:
Hahhaaha..ct ct.. akk doakan yang terbaik utk ct.. :)
@fdzurita : thanx k.ita! sayang akak. walaupon kita takpernah jumpa. hihi..:p
Haha bila dapat text kata kelas batal memang merdeka rasanya jiwa raga antara kita,eh?hehe..:p
*gd luck,moga berjaya dunia akhirat,.amiin
@aiez : oh, aiez termasuk dalam segelintir jugak lettew.. hahaha
amboi klas batal,, joget2,, kih3,, :)
HAHAHA..LAWAK LAH CERITA KHATIJAH NI..SIAP JOGET YER BILA KELAS BATAL..KIH..KIH
yey, saya takde kelas hari jumaat
mmg adat pelajar la tu...saya pun serupa :)
http://wafiqulya.blogspot.com/
text kelas batal adalah text yang ditunggu-tunggu untuk diraikan.
hiphip hooray katanya! hehehe
Berzikir malasnya malasnya tu yang aku tak tahan tu. Hahahah.
ikut menyimak gan
@poi blogger : mestilah. hihihi..
Puan Bui : hari yg indah mestilah kena jiget joget siket. kihkih
@lan bingka : tahniah. saya tumpang gembira.
@cikgu mat: owh. cikgu dulu pon camtu.. lega saya dengar. haha.
@Marcella : khennnnn.. sep sikit! :p
@akak lyd : klo zirik allhuakbar dah dapat pahala dah. rosak. hahaha
tu la budak2.. haha
Post a Comment