Well, semua orang ade tabiat buruk kan. Kalau aku tak yah
citelah. Berkepuk-kepuk. Tapi takpe, kita simpan dalam poket dah untuk
mengelakkan segala-kata-cacian-yang-telah-engkau-berikan-membuatku-rasa-kosong-kosong-kosong.
Untuk tontonan masyarakat umum amnya, yang baik-baik belaka.#pergh! ayat dah
menampakkan ciri-ciri genius dah sikit.# bhahaha
Firstly, sebelum aku taip dengan penuh kekentalan nak reveal
perangai bangkai aku, aku harap sangat mak fizo omar tak bace blog aku. Gila
engkauuu kalau mak fizo omar baca terus rejek buat menantu. Btw, tajuk pun dah
menceritakan isi kandungan kan.. lagipun sekarang tengah usya mak fizo omar ade
instagram, tuiter,pesbuk,line,wechat,wassap ke tak. Try jugak shake and look
around kot-kot terjumpa kan. Saddap yuuuu ni bukan obsess ni naïf namanya. Naïf
tu comel. Kau tak tahu ke? Ehem.
Sebenarnya.. aku tak suka gosok baju. Disebabkan kita hidup
dalam arus pembangunan yang makin berkembang dengan dunia teknologi yang
semakin canggih #acehhh ayat dia cikgu BM baca terus rasa rendah diri# and kalau kau tak iron baju keluar rumah semua
orang pandang kau atas bawah atas bawah macammm what-the-heck-pompuan-ni-tak-iron-baju-selekeh-nak-mati-takde-orang-nak-buat-kau-menantu-blah-la.
Rasa diri begitu keldai keldil dibandingkan dengan orang iron baju satu
kedut pon tak nampak macam spray baju pakai safi rania Cik Ta bulu mata palsu
melawan tanda-tanda kedutan diawal usia. #oh, satu ayat tak boleh panjang sikit
lagi ke ck?#
Paling positif pon diorang pikir.. rumah blackout ke? hik
Well, you know pompuan nak keluar rumah tak sampai setengah
hasta pun dia nak iron baju. Seminggu takde iron kat rumah, seminggu tak keluar
rumah. Hypothesis accepted!
Ok, cerita dah sampai dipenghujung. Aku gosok baju pada
bahagian orang nampak je. Kalau orang tak nampak tak payah gosok. Membazir
letrik. Contohnya gosok separuh je kain baju kurung sebab bahagian atas orang
tak nampak. Tudung bawal empat segi, gosok 3 segi je sebab bahagian dalam orang
tak nampak. Kalau pakai t-shirt n cardigan gosok t-shirt bahagian depan je,
belah dalam orang tak Nampak. Kan saya dah cakap saya takdelah menantu idaman
sangat. Kehkeh.
Btw, tak gosok baju je pon bukan tak gosok gigi.
Bye sayangs.
14 comments:
ikut menyimka gan semoga bisa bermanfaat
ehhh... mmg wanita idaman ni...
Bagusnya berjimat..haha
ko mcm tahu2 je akak dh makin beSARRR skrg ye Jah!
ahaks.
ok, ni br nk komen betul2 psl entri tu:
kita sama je perangai, bab2 mengayen ni mmg tak suka dan paling malas. tapi klu dah berlaki sok, kena plak yg jenih nak smart memanjang...br la reti nak merajinkan diri.
tak caya ckp kak ton?
tggu nikoh sok2.
@zulhilmi tempoyak : fuh.. satu satunya laki cakap cenggitu. bhaha
@lan : isteri berjimat laki sayang. eh. kehkeh
Akak niza : tau la.. naluri tu ada. haha
pecayeeeee kak tonnnn.. :p
makasih banyak gan
CK: memang pun ;p
bagus ini lah dikatakan pakar ekonomi..heheh.sila lah dtg ke blog sy..http:ajax85.blogspot.com
@man : blog awak sy masuk ade malware la.. xleh masuk. uhuk!
haha,macam2 ja ck ni..tiap kali baca entri mesti senyum sorg,ha tgk org kata aie giler senyum sorg,haha
Alaa.... tu je ke... Akak pun selalu je buat cenggitu. Dulu akak selalu pakai blouse pastu knit top kat luar kemeja tu. Akak iron kt lengan je. Heheh.
*Mak fizo omar tu jiran sekampung ofismate akak.
sukses selalu gan ,
Post a Comment