bunyi cengkerik kedengaran.
bising macam sedang buat kenduri.
tapi jika diamati betul-betul ada kedengaran macam lagu bruno mars.
cicak disiling berlari berkejaran.
bercanda sesama sendiri.
dilamun cinta barangkali.
bahagianya.
cemburu datang bertandang.
bunyi kipas panasonic didinding kedengaran.
sudah 2 minggu berkerja tanpa henti.
tak penat ke dia?
tapi rasanya kalau dia boleh bercakap mau dia sound suruh tutup switch.
semut hitam tepi pintu berjalan dengan khusyuk tak pandang kiri kanan.
gigih mencari rezeki.
aku kagum.
rajin betul.
bunyi motor dan kereta balakang rumah kedengaran.
belakang rumah hospital bersalin.
mungkin si suami datang menjengguk si isteri lepas bersalin.
mungkin juga sedang gelabah isteri mahu bersalin anak pertama.
mungkin.
siapa tahu.
suara orang mengaji di masjid kedengaran.
sayu dihati macam dengar takbir pagi raya.
tiba-tiba teringin peluk mak kat rumah.
dia pakai telekung nak solat subuh.
kalau peluk mau tertido atas riba dia.
selesanya macam tido atas sofa Lorenzo.
tiba-tiba, ada menda menegur.
rindu : hey, khadijah.
khadijah : .....
lama tak jumpa tiba-tiba rindu menyapa.
*sigh.*
cuba teka apa yang menegur?
yup.
rindu.
12 comments:
nape name dia rndu ek?hehe..pelik name dia..hehe
hehehe..igtkan citer seram..suspen doh bace tdi..:P
anon~ sebab entiti tu pelik skit.tu yg nama pon pelik.akekeke..
mama~ hehe..komedi seram yang x menjadik nmenye ni. ;p
blur..
yang menegur tu siapa? hantu or terima msg dari someone? hahha. dush2. suspen ni!
Ada bakat menjadi sastrawan......
perghhhh!! ayat nak puitis je.. kah3x!!
hantu kan itu?? heeeee................
ni cite seram ke sajak ni?hihi
aduh..
ingatkan cerita seram tadi. hehek
hehehe,,rindu sapa tuuuu...........wt org saspended je..adOi...
terbaiklah...
baru semalam pas balik jumpa mak abah :)
Post a Comment