pEeps!

Saturday, September 7, 2013

Mintaklah tak hensem.

Malam-malam bila dah lapar sangat, stok nasik dalam periuk memang dah takde.
Sebenarnya bukan nasik je takde, periuk pon xde. huahuahua! Kau ingat aku surirumah sepenuh masa sangat nak ada periuk kuali pasu bunga dekat hostel?
 
Dengar-dengar khabar ada kedai burger baru bukak dekat lorong sebelah. Hostel unisel ni dekat perumahan. Perumahan kan ada banyak lorong-lorong. Aku duduk lorong 10. Saja bagitahu kot-kot nak datang merisik.
 
 
kihkih. tak kelakar.
 
 
 
Aku dengan roommate aku ni, kalau nak keluar memang lambat nak bersiap. Eh derr... beli burger je punnn tak yah aaa nak pakai bedak, gincu ke hape. Tapi sebenarnya kitorang nak pergi beli nasik kat depan pun kitorang akan bersiap habis lawa walauponnnn tak. haha!
 
Kitorang sendiri tak tahu motif kenapa kitorang perlu macam tu walhal yang jual nasik tu akak-akak je pun. Lainlah kalau lelaki-lelaki kacak. Tapi bulan puasa dulu ada lelaki-lelaki kacak jual ayam bakar depan hostel siap pakai spek Rayban main gitar. Tapi aku tak pergi beli sebab nampak macam miang. so, macam tak kuasa nak beli ayam kau. haha. Jahanam gila perangai bulan puasa.
 
 
 
So, malam tu nak pergi beli la burger katenye jiran sebelah ada kedai burger baru bukak lorong sebelah. Lapar toksah cakap time tu. Muka macam bencana alam ke tak, kau tak payah nak mekap. Lambat. 
 
 
so, kitorang kelur dengan redhanya-muka-takde-bedak dengan pakai baju tido. Fuh, perangai macam paris Hilton. Kau ingat kau cantek? 
 
 
sebelum keluar bukan nak baca doa keluar rumah. Bukak pintu, sarung selipar jepon..
 
"mintaklah abang jual burger tak hensem."
 
Sebab kalau hensem rugi tak pakai cantik cantik.
 
Perangai mintak baling dengan pasu.
 
 
 
mihmihmih.
 
 
 
 
"Perempuan suka tengok lelaki hensem. Tapi tak semestinya yang hensem tu yang dia jadikan pilihan untuk dijadikan pilihan hidup."
- Ust. Don Daniyal.
 
 
 
Till then, Good night. =)
 

Monday, September 2, 2013

sekesian kesian aku, orang lain lagi kesian.

Sejak raya haritu aku punya melantak macam orang bela hantu raya kau tahu? Mebi sebab masa puasa duduk dekat hostel hidup aku macam tak cukup makan. Kais pagi makan pagi, tak kais tak makan. Camtuuu.. hebat rasanya berperibahasa dekat blog. kihkih
 

Student kesian. Hulurkan tangan ringankan beban.
#lempang#
 
 
 
Sem lepas sem pendek. Kalau sem pendek tu duit pinjaman takkan masuk. Dan bila duit pinjaman tak masuk, hidup kau akan jadik kesian. Kalau nak harapkan duit pinjaman kau belajar kat IPTS, memang hidup kau merana kalau kau jenis boros macam kau anak datuk bendahara. Tapi kalau kau jimat pun, still lagi tak cukup and hidup kau akan kesian jugak. hihi..
 
 
 
Disebabkan duit loan tak masuk, so, terpaksa mintak dengan sugar dad. hamboiii sugar dad tempoyak dia kan.. bapak aku lah. hihi. kau ingat kau hot sangat sugar dad nak bela engkau? sugar dad pun tak kuasa.
 
 
 
 Tapi sebelum nak mintak tu aku pikir lapan puluh ratus juta kali kuasa lapan. Sebabnya sebelum dapat pinjaman dah banyak sangat pakai duit bapak aku. so aku jadik macam segan gittewww.. Sebelum tu pon dah ada mintak. Mintak banyak banyak kali pun, macam haishhh....takpelah.
walaupun mak aku cakap mintakkkkk je kalau nak mintak sebab bapaknya bukan ada anak lain dah nak tanggung. Amboi mak aku kan.. sekali aku mintak sepuluh ribu cash baru tahu. kihkih. hah engkau pon tak beragak nak mintak sepuluh ribu. Apa nama bapak engkau Bill Gate?
 
 
 
 Hari makin hari duit tu macam makin kurang. Takkan pulak bertambah kan? kalau bertambah tak kesian pulak kan hidup aku? kihkih. Sampai lah satu hari duit kertas dah takde dalam purse. Sampai bila pergi cucuk ATM dia keluar ayat, BAKI TIDAK MENCUKUPI. Tapi sebab macam tak boleh terima hakikat, cucuk lagi kad kot kot ATM buat hal. Tiup-tiup dekat microcip kad Atm, kesat kesat dekat tudung then cucuk balik. Cucuk bukan dua kali. Dua tiga empat kali. Nampak dia punya terdesak kat situ? haha
 
 
 
Bila dah redha memang dah takde duit dalam ATM, terus blah dari ATM. Kecewa saat tu toksah cakap. Rasa awan mendung duk ikut atas kepala. Saat tu rasa macam OH_MISKIN_GILA_BAPAK_AH.
 
 
 
But still tak mintak dengan bapak. Sebab aku ade duit syiling. So, bila bajek bajek sempat lagi berapa hari nak habis final lepas tu nak blah makan sedap sedap kat rumah, tak jadi nak mintak dengan bapak. Saat tu kau tau tak ada duit lima ringgit dah rasa kaya gila derrr walaupun spuloh sen spuloh sen sampai lima ringgit.. haha.. kesian.
 
 
 
Ada satu hari tu, bawak duit syiling tiga ringgit nak pergi beli nasik untuk berbuka dengan sedihnya, then pilih ayam seketul, Nasik separuh, makcik tu kasik harga seringgit je. SORONOT kemainn kau tahuu. hahaha.
 
 
 
Bila balik rumah cerita dekat kakak, kemain la dia membahan..
 
"miskinnya hiduppp.."
 
bila makan banyak sikit,
 
"tu sebab kat hostel tak cukup makan lah tu."
 
 
sedih memang sedih rasa macam tengah melantak lemang dengan sambal daging tak sampai dalam mulut lagi, tetiba tersentap then selow selow bawak pinggan pergi sinki. Pastu lap lap sikit air mata tengah bergenang kat tubir mata. pergh, imaginasi!
 
Sedih..
 
tapi bunyik macam nak baling kuali pon ade kan? hahaha. well, siblings memang macam tu. =,)
 
 
 
Member-member, family bukan tak tanya duit cukup ke tak. Tapi bila dah terlampau banyak kali diorang tolong, sampai kita boleh rasa..
 
 
 
cukuplah.
 
 
 
 
Bila kita rasa susahhhh sangat , jangan lupa banyak nikmat lain yang Allah dah bagi.
 
 
"Jika dihitung nikmat Allah swt kepada kamu, maka nescaya tidak terhitung banyakknya."
 
Surah Ibrahim, ayat 34.

 
till then, good night, sayangs..
 =,)

Friday, August 16, 2013

Aku tak tahu pun....

header blog aku kalau print boleh buat billboard. Masa buat guna lappy kecik je pun. Sekali balik rumah bukak blog guna PC besar TV dah macam...


 
Ihsan Google

Terus rasa nak privte blog. Amboiii kekocakan emosi semacam.

Kalau tak edit gambar tu aku rasa segala khazanah dalam lubang hidung boleh kira. Eh asal besar sangat ni? Aku rasa buat dah kecik. Ni korang masuk sekali terus rasa nak sawan khennnn. Pastu terus eh-macam-kau-sorang-ada-blog-khennn. kau hengat kau chantekk sanget? Lempang sesia hidup. hik... Memang tak de return visitors lah kalau macam ni.

eh, ada sesape nak tolong kecikkan sikit tak header? Nak buat sendiri macam kau tahu lah dulu UPSR subjek IT dapat B3.


Ehem.

Sunday, June 30, 2013

Alasan buat lecturer tersayang.

Harini kelas biostatistic start pukul 2 sampai pukul 4. Kelas start pukul 2 tapi masuk kelas pukul 2.40 boleh? Masuk kelas lewat 40 minit memang mengagumkan. Like a boss! okay, bukan niat dihati pun nak masuk kelas lambat. Ingat aku suka sangat masuk kelas lambat-lambat ni? #libas rambut.# Kalau boleh alang-alang dah lewat 40minit baik tak payah pergi teros. bhahaha.. Kelas pukul 2 tapi pukul 12 dah kena siap-siap ke kelas dah sebab nak ke kampus kena naik bas. Dalam 30 minit jugak la nak sampai. So, pukul 1 camtu dah kena keluar rumah tunggu bas. Tengah iron-iron baju perot pulakkk meragam mintak kena maki kan. Dahla iron baju aktiviti aku tak suka sepanjang zaman tambah pulak sakit perot mencucuk-cucuk. Ada rasa macam nak hirup oksigen dengan teratur ke time camtu?
 
 
 
 
Oh, lupa pagi lepas bangun solat subuh lapar sangat pastu makan biskut expired atas katil. 
 
Tetiba nak salahkan perot.
Nasib perot tak boleh mencarot.
Kalau tak dah lama perot mencarot.
 
 
 hoh.
 
 
 pantun dua kerat.
 
 
 Then ambik phone cuba nasib main candy crush level 23. Empat hari main level 23 tak lepas-lepas. Orang buat game candy crush memang mintak kaki. Buat aku tension. Malam sebelum tu try buat konon nak lepas tension buat esaimen biostatistics. eh, lagi tension pulak main candy crush ni. Sakit hati itteww. Sape yang lepas level 23 candy crush memang main bomoh. #fitnah terbesar.# hiks. Sebab berkat lepas solat subuh kot, sekali main teros pass. then tertido dalam iman sampai tengahari. #makcik-makcik pliss skip ayat sebelum ni.#. lepas ni, nak main kendi krash ni kena main lepas solat. Jiwa tengah tenang.
 
 
oh ye cerita ni macam tak de arah tuju. Hilang pedoman. Jangan risau, ceritanya still berlaku dalam Malaysia lagi. Then, pukul 1 keluar rumah pergi tunggu bas. tunggu punya tunggu dengan perut sakitnya nak balik pergi jamban takot bas sampai. Indahnya dunia bila bas sepatotnya pukul 1 sampai pukul 2. Nampak bas macam nampak masa depan. Nampak semangat nak pergi kelas kat situ?thihi.. Bila tengok driver pulak rasa nak bagi lesing. eh, hello, Takde orang pernah cakap dekat korang yang penantian tu satu penyeksaan?
 

 
 
then, sampai kampus dalam pukul 2.30. Nak pergi jamban pikir seratos kali. pergi taknak pergi taknak pergi taknak.lastly tak pergi.
 
 
 
 Time tu aku dengan member cina. so, aku suruh dia masuk kelas dulu. sebab zohor aku tak solat lagi. Jadiiiiii tu la sebab kenapa saya lewat 40 minit ke kelas. Rugi orang takde blog sebab tak boleh buat explaination cenggini. booo die booo.. sape suruh takde blog. ahak.. tak kelakar langsung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Macam lecturer bace blog engkau! ceit.
 
 
Bermotif sangat update blog cenggini. bhahaha. Bye everiwan. Have a nice day!
 
 
 
 
owh ye everiwan bukan pakwe aku. Pakwe aku nama Baim Wong. A ah. Die curang dengan Elfira Loy.

Friday, June 21, 2013

Tipikal pelajar IPT.

Tipikal students sedunia nak dekat-dekat final exam, study tu macam besok dah tak boleh nak study. yelah awal-awal sem tak sedar diri berpoya-poya, berjimba sana sini.  Bila dah final reti pulak nak tanam azam nak 4 flat jadik students cemerlang gemilang university. Kawan ajak keluar makan berfikir macam dia ajak khawin. Nak pergi ke tak nak pergi. Kang pergi membazir masa. Dapat rasa sangat MASA tu ibarat emas berlian intan payung. *tak terasa.*
 
 
 
 
Dah habis final, cepat-cepat nak blah dari hostel nak balik kampong. tapi dalam hati rasa hiba sayu macam lah sem depan tak datang balik. Buat perangai macam kau dah last sem. Naik bas sambil merenung keluar tingkap. air mata bergenang hingus dah nak meleleh. Budak sebelah tengok, kesat hingus dengan kain tudung. berlagak cool. mihmih
 
 
 
then, bila dah start cuti sem.. haaaa tu diaaaaa... kemain ligat lepas tension study. berjimba lagi, berpoya-poya lagi. hilang pedoman hidup sekejap. Aku rasa hidup students ni berjimba je kerjanya. Aku harap beliau berubah.
 
 
 
then dah bosan duk rumah.. rindu nak study.. tanam azam dalam diri lagi. rasanya kalau tanam pisang dah dua kali berbuah. Eh.
 
 Azam kononnya start sem baru tetiap malam pukul lapan nak menelaah pelajaran sampai akhir sem. Niat begitu sesuci lebaran. Mak ayah boleh pengsan kalau tahu anak dia ada niat cenggini. 
 
 
 
Tapi.. orang cakap sangkanya hujan di petang hari.. rupanya panas sepanjang tahun. Global warming katanya. #bukan peribahasa.#
 
 
 
Bila masuk sem baru, minggu pertama takde kelas lagi. bila seminggu duduk hostel takde buat apa-apa, masuk minggu kedua dah malas nak pergi kelas.
 
 
 
Sangat malas.
 
 
 
sungguh malas.
 
 
 
Harini, kelas pukul 3 petang. pukul 12.30 dah kena siap-siap. iron baju punya tak semangat. mulut tak henti henti sebut malasnyaaaaaa malasnyaa macam berzikir. -..-'
 
Roomate tengok dengan pandangan simpati sebab diorang takde kelas. Tak lupa bagi kata-kata semangat. Tapi still semangat tu tak datang. Saat tu rasa dunia ni tak adil. -..-''
 
 
Then, dapat text.
 
 
"harini kelas batal."
 
 
Joget-joget.
 
 
joget-joget.
 
 
joget-joget.
 
 
Hidup ni memang indah!
 
 

 
 
 hikhik.
 
Till then, bye sayangs. ;)
 
 

Thursday, May 23, 2013

Takdelah menantu idaman sangat.


Well, semua orang ade tabiat buruk kan. Kalau aku tak yah citelah. Berkepuk-kepuk. Tapi takpe, kita simpan dalam poket dah untuk mengelakkan segala-kata-cacian-yang-telah-engkau-berikan-membuatku-rasa-kosong-kosong-kosong. Untuk tontonan masyarakat umum amnya, yang baik-baik belaka.#pergh! ayat dah menampakkan ciri-ciri genius dah sikit.# bhahaha
Firstly, sebelum aku taip dengan penuh kekentalan nak reveal perangai bangkai aku, aku harap sangat mak fizo omar tak bace blog aku. Gila engkauuu kalau mak fizo omar baca terus rejek buat menantu. Btw, tajuk pun dah menceritakan isi kandungan kan.. lagipun sekarang tengah usya mak fizo omar ade instagram, tuiter,pesbuk,line,wechat,wassap ke tak. Try jugak shake and look around kot-kot terjumpa kan. Saddap yuuuu ni bukan obsess ni naïf namanya. Naïf tu comel. Kau tak tahu ke? Ehem.
Sebenarnya.. aku tak suka gosok baju. Disebabkan kita hidup dalam arus pembangunan yang makin berkembang dengan dunia teknologi yang semakin canggih #acehhh ayat dia cikgu BM baca terus rasa rendah diri#  and kalau kau tak iron baju keluar rumah semua orang pandang kau atas bawah atas bawah macammm what-the-heck-pompuan-ni-tak-iron-baju-selekeh-nak-mati-takde-orang-nak-buat-kau-menantu-blah-la. Rasa diri begitu keldai keldil dibandingkan dengan orang iron baju satu kedut pon tak nampak macam spray baju pakai safi rania Cik Ta bulu mata palsu melawan tanda-tanda kedutan diawal usia. #oh, satu ayat tak boleh panjang sikit lagi ke ck?#
Paling positif pon diorang pikir.. rumah blackout ke? hik
Well, you know pompuan nak keluar rumah tak sampai setengah hasta pun dia nak iron baju. Seminggu takde iron kat rumah, seminggu tak keluar rumah. Hypothesis accepted!
Ok, cerita dah sampai dipenghujung. Aku gosok baju pada bahagian orang nampak je. Kalau orang tak nampak tak payah gosok. Membazir letrik. Contohnya gosok separuh je kain baju kurung sebab bahagian atas orang tak nampak. Tudung bawal empat segi, gosok 3 segi je sebab bahagian dalam orang tak nampak. Kalau pakai t-shirt n cardigan gosok t-shirt bahagian depan je, belah dalam orang tak Nampak. Kan saya dah cakap saya takdelah menantu idaman sangat. Kehkeh.
Btw, tak gosok baju je pon bukan tak gosok gigi.


wah.. tetibe kann..


Bye sayangs.

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.