pEeps!

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya ramadhan..

assalamualaikum...
hey korang.. !

 adik-sy-suke-menyebok-dalam-blog-sy.
hehe..

sekarang ni amatla terseksa meng-update guna on screen keyboard.


dah biasa guna keyboard biasa tetibe kena guna mendalah ni.memang kekok la kan. memang tak suka walaupun terdetik dihati feeling tengah guna apple i-pad.hehe..


disebabkan keyboard aku rosak hufuf N dan B tak berfungsi, semalam pergi blogwalking pon hanya mampu tersengeh sorang-sorang.


nak taip blogwaking huruf B lak xleh guna. nk taip singgah sini huruf N pulak wat hal.. haih rasa nak buat sahur je lappy ni.


 paprik compaq tc4200. 




makkkk aihhhhhhhh canggih nau name lauk sahur..ko ado?? hik hik..





habis fikir nak tulis perkataan tak payah guna B dan N. memag tak terfikir. padahalllllllllll....malas nak fikir. hehe..
nasib baik la guna tablet pc. bleh guna on-screen keyboard walaupun leceh punya la tahap tahan kentut.


kalau sebelum ni menaip 150 perkataan seminit, sekarang hanya 60 perkataan seminit. erk! 

ehem.

.....

esok dah puasa kan..selamat berpuasa ye korang..sama-sama kita lipat gandakan amalan dibulan mulia ni.



jangan puasa perut je tau?


 kalau boleh puasa segala puasa la.. nak-nak mulut..udoh2 le buat ketupat sana sini. orang buat ketupat guna tangan ko guna mulut.caya la..



ni ha, satu lagi, jari pun kena puasa skali. jangan duk taip menda tak berpaedah. tak kenyang pun kalau buat camtu. kalau kenyang aku pun nak buat skali.hehe..

p/s: peringatan ini untuk diri aku skali.jom sentap secara berjemaah. hehe..

tadi kemain cakap leceh bagai guna on-screen keyboard tapi sempat lagi bagi ceramah pat lima nam kerat. ;p





alah..sikit je pon ni.. xdela cam muka depan berita harian.. 




tak gitu cik nab oi??







Friday, July 29, 2011

asyik salah je ni..

kondisi mood : jiwang doblas karat.

kadang-kadang Allah hadirkan kita orang yang salah sebelum hadirkan kita dengan orang yang betul.
supaya one fine day,

bila kita jumpa jodoh kita yang sebenar kita akan sedar bahawa dialah yang terbaik untuk kita..
dan pernah dulu kita jumpa seseorang yang salah yang bukan yang terbaik untuk kita.

dengan itu,  kita akan lebih menghargai yang 'betul'.

*mak aihhhhh..."dengan itu" kot...ko ade?* muahahaha..

xpaham bila mood jiwang ayat punye skema cam nak masuk exam. ayat setaraf A samad said.


.......






salah!




salah!






salah!







salah!


hehe..


......



mana yang betul ni...

*sempattttt...*


gile gedik! haha..


adik-adik single? chill babe!
 xde hal lah!
*tetibe*

;p

terima kasih menghabiskan masa 5 minit anda untuk entry yang tidak senonoh ini. 


sayang korang lah! 


.........


moral of the story :- Allah makes no mistakes. 

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
surah an-nur ayat 26.


bye!

p/s: asyik salah jew.. insyaallah akan dapat yang betul!
kakak-saya-umur-26.


motif???



:)

sumber images: mr.goO..

Monday, July 25, 2011

hari itu sangat gila.

assalamualaikum~~
xjawab dose jawab sayangggg...

;p

semalam tidur pukul 4 pagi lebih buat esaimen.

wah, rasa bangga dan riak nak taip buat esaimen sampai pukul 4 pagi. macam sangatlah student aku ni.

buat pulak esaimen tak kena dengan jiwa dan raga.

pelajar sains belajar keusahawanan.



adalah sangat hebat perasaan ini.

 ye.
HEBAT.

hakikat-sebenar
.........





sem sebelum ni migrain belajar coding bagai.
menghafal coding sampai nak kentut berdarah.

dan aku rasa perasaan tu lagi HEBAT.

ye.tersangat HEBAT


*warning*

intro entry ini adalah berbaur riak dan takkabur..
sangat terpesong dari landasan.
sila skip peranggan diatas.



ok, sambung balik pukul 4 pagi buat esaimen.
ok fine, saya menuntut ilmu so biasalah tu kan. *ayat jaga hati sendirik.*

esoknya nak tunjuk dekat pensyarah punya la tunggu depan bilik lecturer sampai 2 jam.
2 jam ok. ko ingat sekejap?
kalau tido boleh mimpi doblas episod ko tau??
*sekadar hiperbola yang masuk dek akal.







ok fineeee..xmasuk akal tapi masuk longkang..*


terpesong lagi.

.......

dah tunggu 2 jam ni kan, pergi meja lecturer nak bagi tengok esaimen yang kita buat dengan gigih lagi tabah tu dengan hati yang berbunga-bunga dengan harapan agar mendapat sedikit kata-kata pujian.
*sila baca dalam satu nafas.*







haaaaa....semputttttttttt....

hik hik..


....

sekali.....

saya tak nak tengok lagi.

perrrggghhhhhh!

rasa nak pergi masuk lubang jamban then flush diri sendiri time tu.


pedihnye ayat menusuk kalbu.

beliau tak tengok even separuh huruf.


saya tak kesah kalau saya saja-saja buat nak tunjuk rajin depan lecturer sebab buat esaimen awal. eh!
 hehe..
tapi......
berkali-kali beliau mintak cakap nak cek. saya ulang, berkali-kali.
"saya nak tengok tu nanti.pastikan siap."

dengan nada serius.


tolong rasa kebengangan dan kekecewaan saya.
 berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
*ye, saya tahu.*



......



"saya nak tengok tu nanti..pastikan siap"

*terngiang-ngiang*

fuhhhhhhhh...

esok nak bukak pintu bilik lecturer


menyorok bawah meja


 menjerit kuat-kuat 5 saat


 pastu larik keluar laju-laju boleh?

biar semua menggelabah macam dinasor nak beranak.

lecturer yang sedang tanda kertas test dari salah jadik betul,

lecturer tengah taip  surat amaran jadik surat cinta,

sebab terkejut mendengar kenyaringan suara kekecewaan.

opocot!


Tanjat boboy!

*jangan buat khadijah.durhaka-durhaka!*


...






p/s: *ayat title sangatlah macam budak tadika tak pass spm*



im not in the mood.

tak nak pujuk dan bagi kata-kata semangat?






betul ni?















betul?




















ok fineee.....










































bye!
>.<


Friday, July 22, 2011

surat cinta pertama

mid-sem break sudah bermula dan saya adalah berada dirumah. kepada budak-budak UnikL, UPM,UKM,UM, UIA saya nak tanya ni..

"eh, korang tak cuti ke??" hekhek.. 

sila bagi penampo secara berjemaah. terima kasih..;p

sangat-sangatlah heaven dapat balik rumah. hari khamis dah dapat bau bau rumah aku. rumah korang x de bau ke? rumah aku bau-bau bacang. umah anda? bau-bau belacan? hehe.. ok. x kelakar.

ehem.



ada sesuatu yang tersangat best bila aku balik. 

yang besnye bila surat cinta sampai kat rumah.  zaman-zaman sekarang ni ada lagi main-main surat cinta ? wah..romantik tak hengat dunia.

dengan ayat yang menyentuh sanubari..*terharuu macam nak nanges macam baby comel. erk! sempatttt..*

dengan bedak dashing campur bedak baby campor bedak sejuk sikit bagai dalam sampul surat..*wangiiiii ker??*

dengan tulisan senget-senget sampai senget kepala nak baca..*nostalgia macam duduk zaman agogo..*

dan paling bawah tulis 

dari kekandamu...

wah gitu~~~

untunggglaaaaa.... kan?


tapi hakikatnya..

surat cinta bertaip dengan microsoft word.

dengan bau ink printer KPTM.*budget pernah bau kan ko ni ck..*

dengan ayat menikam sanubari.

surat AMARAN kot!

PERINGATAN 1: ketidakhadiran kuliah/tutorial bagi kursus bla bla bla...

pertama kali dalam sejarah dapat surat amaran.
fuhh... 

.....

bila menambah makan nasi...

ayah: rajin makan nasik?
*ade jugak ayat "rajin makan nasik"??*

aku: *tersengeh-sengeh cam kerang x de gigi*


ayah: makan nasi rajin, kelas malas pergi.

aku: .....
*patutla ada ayat "RAJIN makan nasi"*

ayah aku akan perli pasal mendalah ni selama 10 tahun.
sekarang dah masuk 3 hari.. jadi lagi 9 tahun 362 hari lagi nak cukup 10 tahun.
*matematik memang failed.*

tahan je la...

kalau la ayah aku tahu kenapa aku x masuk kelas...hurmmmmm....

perasaan-yang-tak-tertanggung
aceh!
*control macho-control macho*
 ;p


so, lepas ni kena gigih belajar rajin-rajin supaya dari 10 tahun jadik 10 bulan.

aja!  ^_^


...

eh korang.. hari ni aku dah balik kolej.. cuti dah habis la... entry ni sepatotnya di post 15 julai tapi dah sifat keturunan*tetibe keturunan??* suka peram entry lama-lama dengan harapan lagi lama peram lagi sedap macam tempoyak.*eh ye ke?*


^_<


sudah-sudah.cerita dah habis. masing-masing dah boleh balik. jalan leklok ye...

bye!..^_^



Monday, July 18, 2011

kadang-kadang kita menangis...

kerana tidak mampu memiliki sepasang kasut..



tapi...


ingatlah ada orang lain menangis kerana tidak dapat memakai sepasang kasut.


 bersyukurlah walau setitis nikmat yang diberikan..


mr.Goo



*adalah tiada hangen nak menghapdet panjang-panjang..*

;p


hepi monday olsssss!!!

^_^


Friday, July 15, 2011

extremely poisonous.

dia adalah sangat kiut miut onyonyonyo~~~~

mr. gigi-pagar-besi. 

gigih aku tunggu depan ATM tunggu gigi-pagar-besi ni kuar. dah keluar gambar ni cepat-cepat snap tak peduli orang sekeliling. heee...

dapat laki camni tau la ape aku nak buat. bungkus-bungkus, sorok dalam almari, duduk la diam-diam kau kat dalam tu. hikhik..

letihnyer harini. kelas tak banyak pon. tapi letih kemain lebih dari orang kat bendang. balik-balik anak-anak dah tunggu depan pintu sambil panggil


" MAMA!"

sejuknye perut memandang..

sorang-sorang buat muka comel rase nak bagi pelempang.

pastu tetibe muncul seorang lelaki dari belakang anak-anak.


" sayangg..dah balik? asal muka monyok cam cipan tak makan nasik je ni...? buruk nau abang tengok.nak khawin lain la kalau macam ni. boleh?"

pastu lelaki tu teros kena karate!

dialog adalah rekaan semata-mata. sangat menahan kegelian nak taip abang sayang. haha.. feeling dah khawin la tu? ada anak-anak comel macam hagemaru la tu? PUH-LIS!

mencarot je lebeyyy~~ ;p

eh korang, suke tak minum air coke?
tau kan air ni tak elok untuk kesihatan?
sebelum ni aku pon x ambik berat sangat la pasal ni sebab memang tak suka pon air bergas ni. just tahu air tu tak elok untuk kesihatan je. kenapa, tak tahu la pulak. hari ni masuk kelas kimia  baru la tahu kenapa.
untuk pengetahuan anda semua *feeling seorang pensyarat muda yang bijaksana lagi cun. aceh! * hehe..


tengok, da kena tulis balik. ok, untuk pengetahuan anda semua, dalam air ni mengandungi phospine. mesti nak tanye kan mendalah ape pulak phospine ni kan? phospine ni sejenis toxic gas. dan sifat phospine ni adalah extremely poisonous. ye EXTREMELY POISONOUS. 
tak paham omputih? saya translate. *english education tu penting* hikhik..
AMAT BERACUN.



so, kalau agak-agak nak telan racun tanpa muka bersalah, minumla air coke. memang takkan beri kesan pada waktu terdekat ni, tapi untuk jangka masa yang panjang? agak-agak boleh jadi santek macam rozita che wan bila da tua? boleh handsome macam aaron aziz bila dah 70? memang tak la! *wah, tetibe..*

jadi hargailah nikmat kesihatan yang kita ada. jangan bila dah tua baru nak menyesal, baru nak minum air kopi O. terima kasih.



Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.