pEeps!

Thursday, December 30, 2010

jeng jeng jenggggg.....

soalan tag pertama dalam hidup..

APAKAH STATUS ANDA?
ehem ehemmm..saya sudah berpunya. kepada lelaki-lelaki bujang, sudah berkhawin mahu pun duda beranak berapa pun tolong batalkan niat anda untuk mengorat saya."LEMPANG" cam kau gadis sejati idaman semalaya kan cakap camtu.hikhik..



CERITAKAN TENTANg DIRI ANDA.
nak tahu cari post NAK JADI MENANTU MAK CIK BOLEYYYYYYY..ok?
*punyela malas tahap gaban nak cerita balik.* heee..;p




CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
blog saya tak sesantik blog awak
blog saya tak menariktertarikkaumemangdebom cam blog awak
header blog saya tak sesantik header blog awak
follower saya tak seramai follower blog awak
*down giler tau tak time taip ni.* yang tukang tag tolong pujuk! hahaha..

PANDANGAN TENTANG DUNIA BLOG
hurmmm...menarik..boleh jumpa ramai kenalan,boleh tambah ilmu,kongsi-kongsi maklumat pastu boleh luah ape je yang kita nak. korang boleh pegang prinsip ni.."BLOG AKU SUKATI AKU LA!" *manadapatprinsipnipuntaktahu..*hehe...tapi yang penting jangan melebih sudah. duk fitnah sana,fitnah sini,kutuk sana kutuk sini. lempang nak? garang tak garang tak?? 
muke garang kalah mak nenek..
tau takot....haha


NASIHAT ANDA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
duk diam-diam saya nak bagi nasihat ni. 
nak buat blog? ha, buatla buatla..tapi bila dah ada blog nanti jangan nak jadikan blog tu candu korang sampai semua keje tak jadi.ok? tu je la.nak panjang-panjang aku tau tak de orang nak baca.hehe..

NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA
trademark terbaru aku, SAYA TAK PELIK TAPI SAYA UNIK."so, dats y la blog ni unik! *bluweekkk* haha..

SAMPAI BILAKAH ANDA AKAN MENULIS BLO DAN APAKAH IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG?
sampai bila? sampai kapan pun!! *sayablogertegarterimakasih* hikhikhik
impian pulak.....agar dapat duit nuffnang banyak-banyak nak beli kereta mini cooper s sebijik! haha..*angan melampaui impian* paham? tak paham duk diam-diam.hikkss..:p

ok, siap jugak jawab tag ni..pasni nak buat ape pulak ye? tak tahu la..nak kena tag orang lain pulak ke? saya buta tag.tolong faham..hehe..




Tuesday, December 28, 2010

takde otak ke??

ceeaahh! tajuk nak publisiti je kan..cis cis cis..*nak cis jugak la tu..xbaikkk..saya marah..Tuhan pun marah..* kan dah kena marah dengan aku...padan muka..hikhik..ok, harini nak sharing-sharing cerita kelakar.kelakar tapi buat kita ingat kat Tuhan..korang bila duk blogwalking terus tak ingat dunia kan..ingat akhirat je..kannn...*tolonglempangskali*hikhikhik..paku serpah paku serpih, kata orang dia pon sama..*bahasamelayusayaA+ok?*



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

*amin ni pandai la...jom kawan dengan akak,nak?*

kredit to: iLuvislam . korang rerajin la tengok page ni.banyak menda yang korang boleh dapat. pastu boleh muhasabah diri..ade motivasi-motivasi bagos! ada cerpen-cerpen.ada wallpaper..acecece..promote pulak..pihak iLuvislam tolong ambik perhatian ye..TOLONG PROMOTE BLOG SAYA BALIK! akekeke..larikkkkkk...........

Monday, December 27, 2010

nak jadi menantu mak cik boleyyyy...

wah, malaysia menang 3-o..hebatla..caya la!
sekian..
sangatla warganegara  derhaka kan..camtu je? *sayatakminatbolaterimakasih*
ok, malam  ni, secara rasmi nak cerita pasal diri sendiri. selama 18 hari bukak blog, main terjah je kan..dengan salam tak bagi. memang rejek jadik menantu mak korang kan..*makcik tumpang lalu..

*muka amatla mukaddimah..*
selamat petang..boleh saya bantu..ceaaa..ada gaya penyambut tetamu syarikat air selangor tak?
nama saya zaiton sameon..*bukan nama sebenar..*
asal terengganu,membesar pon kat terengganu..
sekarang belajar kat kolej swasta kat kelantan dalam jurusan diplamo sains seliaan UITM tahun akhir...*sayabudakuitmbangganyer..*muahaha..
rasa down je taip kolej swasta kan, nak jugak uitm..haha..
sekarang aku tengah berholiday n 29/12 ni dah kena daftar sem baru...huuuuwaaaaaaaaaa!!
lagi, nak tahu ape? ok, aku anak ke-6 dari 6 orang adik beradik..so, dats y la saya manja..orang cakap klon nora danish..*pitam* nak muntah pon boleh..





puteri bongsu kepada pasangan en.Muhammad n puan mek Edzha..
pelik kan nama mak aku..mesti nak cakap nama aku pelik kan..eh, hello..nama saya zaiton sameon.xpelik ok. muahaha
nama mak aku pelik sebab moyang aku dulu orang jawa..nama moyang aku lagi la kejawaan.Orang kaya nama dia..tapi tak kaya pon..hikhik..tu yang saya pakai kereta mini cooper s je sekarang..*sila percaya*cerita nak uppp je kan.. 
so, nama mak aku tak kemelayuaan la sikit...nantuk la pulak cerita pasal aku.Dari hari first masuk tadika sampai sekarang asyik cerita cerita sama je. Tak boleh ke tukar sikit "Hai kawan-kawan nama saya Zaiton sameon, boleh panggil saya Rozita che wan. " .dah2 la..xde orang nak bace gak...hukhukhuk..




Sunday, December 26, 2010

saya santik!

hekhek..tajuk entry tak nak kalah..
*typing error ok..*
nak taip sungai cantik..
tertaip aku cantik..
*sila percaya..muahahaha..*


The Cano Cristales.. ni nama omputih aku..mak panggil cano je..hikhik..
tu name
sungai k...jom start bace pasal sungai ni..
*tolong bace dalam satu napas..*
sungai yang tercantik di dunia...
sungai kat colombia..
panjang lebih kurang 1oOkm..
terletak di Sierra de la Macarena..
tapi tetiap tahun xde la cantik memanjang je..
de la musim2 dimane lumut merah,kuning,hijau,biru akan tumbuh..
so, sungai ni akan nampak bewarne warni cam baju raya korang...eh,tak? salah orang la ni..
moh tengok ghope sungai ni..santik.....cam awak..*puji saya balik..!* haha..
santik kan..betol-betol santik macam awak..haha...


mata still tak nantok! insomnia!!! hukhuk..

ini kisah pasal saya..

saye suke makan tembikai..
suke sangat..
sebab die manis...
sebab tu muke saye manis-manis cam tembikai..
*muntah* hakhak..




ni pak cik tembikai..
saye xnak makan ni..
sebab geli nak makan idong die..

yang ni lagi la saye geli nak makan..
sebab die x gosok gigi..


pape pon saye suke makan tembikai...

.
.
.
.
.
.

binatang ni sangatlah comel...

secomel kure2 saye..
saye rindu kat kure2 saye..
kure2 saye ni memang pemalu..
cam saye...
ni la muke die baru bangun tido...
comelkan..
cam saye jgk..
dah2 la tgk die..
die memang pemalu...
macam saye..
kure2 saye memang gedik..
tapi gedik yang sopan ok..
macam saye..
hakhakhak..
sekarang kura2 saya dah lari dah..
cepat betol dia jalan..
.
.
.
.
.
harini hamster saya beranak..
mak saya muntah-muntah...
ayah saya cakap ingat mak saya nak beranak.
rupa-rupanya hamster saya..
hikhik..
entry ntah pape..rasa  nak tumbuk diri sendiri taip camni..*dush dush!*
sangatla buhsan pagi ni..
melalot jew lebih..
arrrggghhhhhhh! mata,cepatla ngantuk!

Saturday, December 25, 2010

akU masuk tV..

hoho.. nampak sangat kan korang...terguris tau...tetibe kan..hehe..sebenarnya harini aku masuk je blog kannnn pelik pon ada..terkejut pon ada..tapi bila dah faham..tergelak rasa nak guling-guling..tengok kat shoutbox..ada follower cakap aku masuk tivi..pastu ucap-ucap tahniah..haha..klakor tau korang...nampak sangat tak baca habes kan entry aku.teros down..haha.. aku ni bila menaip cerita nak up je.heee..aku suka bila umur aku 20 orang ingat 15...i likeeee....

entry ni khas yang nak tengok aku sape.*camkauprimadona*.hah, ambik tengok muka ni, umor 20 ke 15..*garang tak,garang x?*haha..

pic kena blur-blur sikit..tak leh tenung yang clear2..nanti jatuh cinta..*muntah..*muahahaa..
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.