pEeps!

Wednesday, November 4, 2015

Herowanita Bukit Broga, Semenyih.


Jujurnya kan, saya ni seorang yang sangat tak suka terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan jantung saya berdegup kencang, pernafasan jadi tak teratur, berpeluh seluruh badan and to make it simple, "bersukan" lahh.  Come onnnnn penat penat nak buat apa? Hahaha okay jangan bash saya.



Dijadikan cerita ada a friend of mine ni yang kaki hiking siap ada geng nama Geng Kaki Pacat ajak pergi naik Broga hills. Saya ingat lagi masa tu cuti tahun baru cina 2013. Nahhh semestinya saya tolak. Big no lah nak ikut. Sangat bukan saya lah kalau saya setuju. Dan, bukan sekali dua dia ajak. Ajak naik bukit sana, naik gunung sini. Heyyy berapa kali nak saya ulang yang saya tak suka hiking? What do you expect kalau kawan dengan kaki hiking? Nasib baik bukan kaki kelab malam.



Jadi, tahun baru cina 2013 berlalu tanpa aktiviti berfaedah contohnya tengok wayang. Peluh tak keluar, duit keluar. Nice choice, huh? 
Tahun baru cina 2014 juga~~
Tahun baru cina 2015 juga begitu~

Sampailah satu hari, selepas dua tahun kepada orang yang sama,

“Jom Broga Ahad ni?” kedengaran macho di telinga sendiri.

Dua tahun  pintu hati saya boleh terbuka dengan sendiri tanpa pujuk rayu. Hebat rasanya. LOL.

Dengan semangat dihati nak tengok sunrise pagi ahad yang indah, pukul 6 dah keluar rumah dan berhenti solat di petronas menghala ke Semenyih. Pukul 7 start naik, pukul 7.20 pagi dah sampai puncak!





Jadi, hanya 20 minit untuk amateur macam saya untuk sampai ke puncak, saya ambil nafas panjang dan puji diri sendiri. Kah!

Rupanya rilek-rilek je sebenarnya naik Bukit Broga ni, takdelah beriya sangat macam naik Everest. Hiks. Ok-ok saya tipu, mula-mula 10 minit start naik pun saya dah rasa menyesal!  I shouldn’t do this- I shouldn’t do this dalam hati. haha



Bila sampai ke puncak saya tak rasa lega pun sebab heyyy bila nak turun ni?  Saya tak boleh nak adaptasi peribahasa “Tak kenal maka tak cinta”. Mula-mula saya terfikir mungkin hiking ni seronok. Tak cuba mana tahu? Tapi takkkkkk. Takde perasaan puas pun bila sampai puncak.



Bila sampai puncak, macam sesak sikit sebab ramai sangat orang. 
Masa turun dari bukit, saya semangat berlari sebab nak sampai bawah cepat-cepat.


Bila sampai bawah, baru saya lega. Seronok juga rupanya hiking ni.
“Minggu depan bukit mana?” 
Saya dah kenal, dan saya jatuh cinta. Mihihihi. 

Lepas tu saya sarapan nasi kerabu ayam percik paling sedap dalam dunia! Ganjaran katanya.


Tolonglah percaya yang dia ni sedap nak mambos.



Kat mana?


Waze it:


Narak Tomyam (Sarapan Pagi Kak Su, Kajang). 



Kedai dia selalu penuh bukti yang makanan dia memag sedap gilos. Dari sarapan pagi ke nasi berlauk untuk makan tengahari semua sedap nak mati. Janji, tak tipu awak. Sumpah sedap sampai boleh termimpi-mimpi nak pergi makan lagi. Cukup tak untuk saya terangkan tahap kesedapannya? heh



Awak nak naik Broga?
Jangan lupa bawa semangat dan duit RM2 sebab parking kena bayar tau! Thihihi




Excuse my fav pose. thehehe






Dan esoknya saya pergi kerja jalan terkangkang sebab tegang muscle! Lapan belas tahun tak exercise, naik bukit tak warm up. Awak ingat awak Sharifah Sakinah? 



eh, saya herowanita Bukit Broga, Semenyih lah! hiks.





Till then, Bye!






Monday, November 2, 2015

Hai November 2015, ada sesiapa disana?

Setelah bertahun berhenti menulis, harini out of nowhere angin nak menulis tu datang semula. #Tepukan dari hadirin bergema.#





Jadi, saya dah tamat pengajian sarjana saya sebulan yang lepas tapi tak dapat join konvo tahun ni. Lots of time sangat sekarang sebab my mum suruh saya goyang kaki dulu sebelum cari kerja. Goyang kaki is so boring kot! Sebab tu cari blog.

Minggu last di tempat Latihan industri saya di Agro-Biotechnology Institute, Serdang. 
Geng Mak Esah, ya rawck ma world. 





Sebenarnya ada lagi ke orang main blog?





Hello?





Sesiapa ada dengan saya disana?  :)









Wednesday, May 28, 2014

Ucapan Good Luck salah ke tak?

Tak salah pun sebenarnya sebab ucapan tu kira doa yang bermaksud selamat berjaya walaupun diucap dalam bahasa inggeris sebab tuhan tak makbulkan doa dalam bahasa Arab je kan? ;)


Tapi once kita dah ucap good luck, ada tak jauhhhh I mean bapak punya jauhhhh nak mamp nun disudut hati tu kita mendoakan dengan ikhlas? Sebab dalam sedar tak sedar kita just anggap Good Luck tu hanya hukum wajib sebagai ucapan sepatah dua kata sebelum member nak pergi interview or nak pergi exam; sebagai contoh la. #macam terasa je sikit. hiks!#


okay, let say kalau doa pun, why not lepas orang cakap good luck, kita cakap aamiiiiiin instead of thanks?
maksud dia apa? Ya Allah, makbulkan doa kami.
Tapi,  nak cakap amin tu kalau tak betul, punnn akan bawak maksud yang tak betul. Macam kita baca al-quran, setiap bait ayat tu ada maksud dia. even terpanjang satu harakat pun dah lain maksudnya. sama dengan amin ni.


sebab apa? sebab,



okay, back to main point, pernah tak rasa lepas kita ucap good Luck, tu la the end of the wish. Terhenti dekat situ. Contohnya..

" weh, doakan aku eh? petang ni aku ada interiew dengan bakal mak mertua."

"okay-okay..Good Luck!"

Then sambung tengok Twitter.

atau

"weh, doakan aku eh? petang ni aku ada interview dengan bakal mak mertua."

"insyaAllah."

Then sambung baca blog Ulardaun. #hihi.#

Kenapa insyaAllah? Allah dah bagi izin dah tu, berdoalah bukan baca blog ulardaun. #hihi.tutup mulut#

Sebab terlalu tipikal kalau bab agama sikit jawapan dia insyaAllah, amiin, insyaAllah aminn then stop setakat tu. ye ye ye tak salah. jangan marah saya. tak salah tapi betul ke kita maksudkan dan ikhlaskan? takpelah kalau korang ikhlas. tapi aku rasa sometimes macam aku tak je. kihkih

Cuba,

 cuba fikir, ada tak orang yang wish kau good luck tu, balik rumah lepas solat ada selit nama kau, mintak dekat tuhan semoga kau tak menggigil bila jumpa bakal mak mertua?
Kalau ada Alhamdulillah.



hey hey! saya tak cakap ucapan good luck tu salah okay?
cuba harini kita buat sikit anjakan? Gantikan good luck kepada frasa yang lebih baik contohnya 

Allahu yuftah alaikum 

yang bermaksud 

Semoga Allah membuka jalan untukmu.


dah habis feeling jadi ustazah dah ni. tak tertarbiyyah lagi tak tahu lah. kihkih. Oh, ni cuma pandangan peribadi bukan weh-weh-kau-kena-ikot-aku-cakap-ni-kalau-tak-masuk-nerakaa-haa-haa-tak-tahu. No lahh.. don't take it seriously.. ;)


"Islam is not about we're better than you,
but Islam is about let me show you something that is better for you"

eh, kalau aku ade salah info sound lah sikit sebab aku pun bukan berilmu sangat, jahil tu tetap ada. sama-sama kongsi keh?


Last but not least, change your words then you can change the world. Peringatan kat diri sendiri jugak sebab aku bukan bidadari sangat perangainya punnn.. hik

Till then, bye. 

Thursday, May 22, 2014

Merajuk.

Dua tahun lepas ada seekor anak kucing warna putih, mata biru, hidung merah jambu datang menggedik depan rumah aku. Well, sebab aku ni jenis perempuan tak boleh tahan kalau nampak benda comel, terus aku buat binatang kesayangan. 


Disebabkan dia Putih, aku bagi nama putih instead of nama Hitam. Of course la. Eh hellooo takkan nak bagi nama kelabu taik hanjeng dah warnanya putih punnnn.. mihmih



 Aku musykil siapa yang sanggup  buang anak kucing punya comel jelita dan kachak macam aku ni. Ingat buang anak kucing ni macam buang tebiat? Sesukahati je boleh buat? 

Even kalau terpaksa pun, contoh anak ada asma dan tak boleh ada kucing dalam rumah pun, buat iklan kat facebook, bagitahu dekat orang ramai nak bagi anak kucing. Mana tahu ada orang nak. At least, terbela nasib anak kucing tu. Kalau takde facebook pun, buat iklan tampal dekat pintu tandas awam. Kau tak tahu pintu tandas awam tu medan iklan terbesar? Macam-macam boleh jumpa?  Hik.



Tadi masa tengah solat magrib, putih masuk bilik. Meow meow ntah hape dia membebel. Dah siap solat, perasan dekat tepi sejadah ada kesan percikan air. Aku sentuh lepastu bau. Tapi takde bau. Tak puas hati aku bau lagi. 

Sah. 

Sahhhhhh sia dah pancut kencing dia. 

Ye, putih kucing jantan takde adab. Terus kelam kabut tengok dekat telekung solat.

Fineeeeeeee uolsssssssssss telekung iolssss kena pancut dengan air kencing putih. Putih pancut kencing tengah iolsss solat. Geramnya!


Then, the drama begins..

"Kau tahu tak putih, dulu kau merempat aku ambik bela, belai, jaga kau?"

"Kau sakit aku bagi ubat,"

"Kau selekeh aku mandikan siap beli syampoo dekat tesco."

"Kau sakit aku bawak pergi klinik."

"Kau lapar aku bagi makan."

"Sebab kau suka makan roti sandwich, aku redha kau curi roti aku."

"Sebab aku sayang"

"Kau ingat air kencing engkau bau minyak wangi Chanel number 5?"

"Apa bilik aku jamban??"

"Kau keluar sekarang!"




#bukak pintu sambil pegang mop.#





Merajuk dengan Putih.


*********
Kucing jantan akan sampai masa dia dia akan suka pancut merata-rata dalam rumah. Tips tanak bagi dia pancut instead of pergi kasi dia, ambik sprayer, letak air masak camput cuka then spray keliling rumah. Bila dia bau air ni, dia tak jadi nak pancut. well, have a try kawan-kawan! till then, bye! :)

Tuesday, May 20, 2014

Ciri-ciri pemandu Malaysia yang akan makan maki.

Orang kalau dah boleh lesen kereta  kalau memandu ni dia akan rasa macam jalanraya tu macam keluarga dia punya jalan. It was like lepas ujian memandu dengan JPJ, Pegawai JPJ tu cakap

“Tahniah, awak lulus. Lepas ni boleh buat jalanraya macam rumah sendiri.”

Tahu tak yang kalau TAK bagi signal bila nak masuk simpang atau nak berhenti dia boleh mengundang amarah dan disampahcelakakan? Silap haribulan boleh mengundang darah tinggi. Dari normal 120 jadik 180 lepas tu pengsan masuk hospital kena strok? 


Ye, boleh jadi. 


Kadang-kadang kes ringan sikit dia keluar mencarut sikit. Kalau mak mertua dengar boleh bawak bercerai laki bini? 

YES.
 Tak bagi signal is a really big matter ya knowwwwww? Nak masuk simpang tapi tak bagi signal, mai pulak kereta belakang tengah laju, tak ke kena langgar bontot? 

Salah siapa?   

Salah cikgu sekolah memandu?


 Lepas tu nak masuk simpang tapi tak bagi signal. Orang yang nak keluar simpang ni tunggu la kita pergi straight. Dah la masuk simpang tak bagi signal, buat pulak muka bidadari suci dia. 

 Rasa macam nothing wrong pun. 

Kalau perempuan comel takpe lah lelaki boleh ampun. Kalau tak comel? Makan maki lah jawab dia. Well, tipical malay man. Pantang nampak perempuan comel. Gatal. 
Okay-okay, some of them la, tak semua. Hik


 
Then,jenis yang bawak slow tapi duduk lorong kanan. Jenis yang macam ni yang boleh buat menggigil kepala lutut.
kekiri jika tidak memotong.

Senang cakap kalau bawak slow, duduk lorong kiri then bila nak memotong kereta yang slow dari kita, baru masuk kanan. Lepas potong masuk kiri balik. Kalau nak memotong je duduk lorong kanan. 

Senang nak faham kan? 

Nak memotong tu, bagi signal. BAGI SIGNAL, bukan bagi duit apatah lagi bagi hati dan perasaan. 
As simple as that. Pun susah nak buat ke?


Sebenarnya bagi signal, duduk lorong kiri kalau kenderaan perlahan, and macam-macam lagi peraturan kat jalan raya, senang sangat nak buat. 
 Tak susah pun. 
Kalau nak dibanding, nak berak sembelit lagi susah kot.
 Disebabkan benda tu simple, tu yang kita ambik mudah. Tapi sesimple benda macam tulah boleh bagi kesan yang besar. 

Boleh bawak kemalangan,
boleh bawak stress, 
boleh bawak bergaduh, 
boleh bawak hilang akhlak sebab asyik mencarot. Hikhik


Sebab apa aku update benda yang semua orang tahu?
sebab harini saya jumpa tiga orang menyakitkan hati perempuan saya ni diatas jalan raya. Takpe kisahnya kalau nyawa saya ni free gift bila beli biskut hup seng. Takpe. nanti dah langgar saya, beli biskut hup seng letak riben bagi dekat mak saya.


kalau kena dekat omputih, diorang cakap..



FAKIT.
 

Till then. bye!

Friday, March 14, 2014

Naifnya perempuan Malaysia pasal kecantikan.

Beauty is in the eyes of the beholder. Maksud dia, cantik tu subjektif. Setiap orang ada penilaian sendiri dalam nak tentukan cantik tu macam mana. Kita tengok Rozita Che Wan tu dah Kira meletop pong! Pong! pong! dah. Tapi ada yang cakap
“alah biasaaaaaaa je gua tengok.”

Dia punya biasa tu sampai enam harakat sebab nak cakapnya Che Ta tu biasa. Lepastu dia tambah sikit lagi.
“Emma Maembong lagi comel.”


See? Berbeza pandangan walaupun kita tengok dua dua toksah cakap aaaaaaa memang cantik woi.
And lelaki, mostly tengok perempuan cantik, mestilah yang putih gebus gebas, mata besar, hidung mancung terletak. Taknak yang kembang lubang pulak seinci. Punya down aku taip setiap bait ayat kat atas sebab terus rasa arghhh tak cantiknya aku hoi!. Bila senyum pulak nampak gigi tersusun putih macam kain kapan. Kenapa perlu kain kapan? sebab nak korang ingat mati. Dalam baca blog aku yang tak berapa nak berilmiah ni dapat jugak pahala. Hik hik.



And tanpa kita sedar, kebanyakkan perempuan kat Malaysia sekarang ni nak jadikan definisi cantik tu bukan suatu yang subjektif. Cantik, mesti putih. Tak putih tak cantik. To be honest la kan, aku pun macam tu. Gila sape tak nak putih? Kalau yang tak nak putih tu memang kira bersyukur dengan apa yang tuhan bagi tu dengan ketaqwaan yang tinggi la tahap dia. Subhanallah. Bagus kalau buat calon bini.


Kalau dulu aku pakai krim kecantikan Safi. Ala krim memang murah tak sampai sepuluh ringgit pun time tu. Tiga tahun lebih pakai tapi kulit macam tu jugak.  Kulit still kusam, warna kulit tak sekata and serius rasa nak bawak krim tu jumpa CEO syarikat nak tanya kenapa tak jadi cantik macam iklan dalam TV?? Hah?? Kenapa? Kau jawab sekarang  sebelum aku bakar company ni! Kan.. bajed gangster sangat lah tu?

 -_________-


Time ni kulit kusam, warna kulit tak sekata. langsung.

Then, selepas tiga tahun, hari yang indah muncul. Kemain! Ada classmate aku dia punya muka Ya Allahhhh berseri seri dia macam seri pengantin. Tanya la pakai apa, Then dia syor satu product ni. Tak mahal pun. Murah sangat. Harga dia celah ketiak je. So, aku pun try. Tak sampai sebulan sebab aku ni bab pakai krim ni memang istiqomah lah. Bab melabuhkan pakaian tu takde seistiqomah pakai krim. Haram jadah sikit la perangai kan.. Eh, syaitan kuat menggoda dowh. Aku pulak tak kuat. Sedih dengan diri sendiri. Kau ingat aku tak sedih? Kan dah emosional.

Tak sampai sebulan pakai ni, dah nampak muka dah start berubah. Takdela tetiba hidung jadi mancung ke apa. Jangan jadi bengap sangat boleh?
Wakawaka! yela sorry.

sebulan lebih pakai krim dot dot. Jerawat takde, putih lah sikit dari sebelum ni. bintik hitam pun pudar.
scary huh? scroll cecepat! kehkeh




Warna muka dah sekata. Ramai tegur putih. Bintik hitam makin pudar. Time tu rasa konfiden sangat nih boleh ganti Anzalna iklan Safi. Keluar tak pakai bedak pun takpe  .Kira tahap konfiden tu memang macam tak beragak la time tu. Serius! Kan dah cakap perangai aku jahanam sikit. Haha.
Part bila orang tegur kulit cantik tu la rasa kembang hidung tu macam nak meletup lubang hidung.  Tengok tak habis lagi. Bhahaha..Ok stop.




Lepas dua bulan pakai baru reti nak berfikir. Kenapa yang berkesan sangat ni? Try  buat research lepastu omaigod omaigod omaigod!! Seriously? Mercury dalam kosmetik. Damn. Lepastu baru tahu yang product tu bersepah sepah jual dekat pasar malam. Tragis. Bila baca kesan mercury kat kulit muka, Ya Allah.. takpe lah tak putih tak cantik pun. Takpelah. Tapi awal-awal sayang nak tinggal. Sayang sebab memang puas hati gila dengan kulit muka. Tapi bila baca info pasal mercury dalam kosmetik, nak menangis! Kesian kulit muka!


Kesan mercury lepas pakai memang tip top. Kulit kau putih amoi pun boleh jeles. Tapi long term effect tu yang scary. Teruknya muka kau nanti subhanallah. Time tu mesti kau dah berlaki, kalau jenis dapat lelaki "takpe-abang-terima-ayang-seadanya" takpelah. Jenis yang tak boleh nak terima? T..T


So, belum terlambat nak stop pemakaian kosmetik yang disyaki ni. Some product takkan tulis kandungan merbahaya tapi kita boleh cek sendiri. Try google macam mana nak tahu product tu ada mercury or not.  
Sekarang, memang aku terus fobia nak pakai apa-apa krim kat muka. 

Yang sedihnya, kebanyakan product guna mercury. Takde mercury pun maybe ada bahan kimia yang beracun lain.Makin menjadi product tu makin tinggi kandungan mercury.  Sekarang memang tak pakai krim apa-apa langsung. Cuci muka pun pakai sabun badan. Main bedal je sebab takut punya pasal.  Padahal pun tak elok. Haha.. Lepas tu pakai bedak compact, malas sangat sapu je bedak bontot baby tu haa… Dengan keadaan cuaca panas nak mampos sekarang memang burn habis la muka. Anzalna, awak boleh terus jadi model iklan safi lah katanya. T.T



So, instead of aku pakai pape kat muka, aku try ambik supplement kulit macam vitamin E and Vitamin C. Supplement ni bukan ubat tau, no drug at all. Kira kau bagi apa yang tak cukup. Fikirla diet seharian cukup ke ambik segala vitamin? Yes. Ramai boleh hidup tak ambik supplement. Tapi ada bezanya yang ambik dengan yang tak ambik. Contoh, yang tak ambik senang kena selesema berbanding yang ambik. Camtu lah.. pilihlah untuk hidup yang sihat dan cantik. Aceh!


Bagi aku, better ambik supplement instead of ambik krim. Kalau krim, kau just apply dekat area muka. Muka dah putih gebu, part lain? Suami tak pandang muka je cik kak.. hik hik. Malu tau taip macam ni. Bhahaha.


Tapi nak ambik supplement, pilih yang organic. Berasaskan bahan semulajadi dan bukannya sintetik. Senang nak beza yang sintetik dengan natural, tengok dalam botol ada tak diorang letak SILICA GEL.. Silica gel ni yang bijik bijik jernih tu biasa ada dalam kasut sekolah baru beli. Kalau ada, tu maknanya yang sintetik. Okay? Biasanya aku pilih vitamin Shaklee sebab Shaklee memang berasakan semulajadi and banyak pilihan. Kalau kulit muka berlubang lubang bekas jerawat nak bagi rata balik, nah.. Shaklee ada! Tapi yang penting, kena rajin ambik. Ingat senang nak cantik? Orang cakap biar lambat asal selamat.


Bukan stakat boleh makan vitamin dia tu, tapi boleh buat mask. Ambik vitamin tu, bancuh dalam air sikit then apply kat muka. And seriously,muka jadi lembut tak hengat! Haa iklan macam ni dah boleh challenge Kak Ton belom ni? Mihmih..:p


Lastly nak cakap, sebelum ambik apa-apa product, kaji betul betul apa kandungan product tu sebab berlambak gila product kecantikan sekarang. Cendawan lepas hujan pun tak banyak macam product kecantikan sekarang tau. T.T


so, tersangatlah penting untuk kita tahu product tu ada halal tak. Ada kelulusan Kementerian Kesihatan tak. Apa kandungan dia. Yang berniaga pulak, tolong tolong tolonggggla jadi peniaga yang bertanggungjawab,jujur, berilmu dan bijak. Nah, slogan free aku bagi.  Duit yang kita dapat tu jadi darah daging. Boleh effect sampai anak cucu tau? Aku malas nak nasihat panjang-panjang. Karang tak pasal-pasal jadi kuliah magrib. Masing-masing dah besar, dah boleh fikir sendiri. Kita dah bincang kan? Ewah. Tiba-tiba.. hahaha..


p/s : Say Alhamdulillah, ayuh jaga dan bersyukur dengan setiap inci anggota badan yang Allah bagi. Putih, hitam manis, kuning langsat sawo matang semua cantik sebenarnya. Kalau rasa tak cantik, rasa takde orang nak, jangan emosional sangat boleh tak?  Lempang nak? Being the way that you are is enough. Kan?
Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Haaa ni kuliah subuh. Hihi..



 Nak tanya pasal Shaklee, msg/wassap : 019-2233985. tq.


Bye korang!


Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.