pEeps!

Sunday, November 18, 2012

Mahu kurus,menawan dan sihat?

ewah tajuk macam iklan sedut lemak.

aku kan dari zaman sekolah memang tak suka nak bersukan. memang tak aktif langsung. Pernah la try-try sukakan sukan, masuk pemilihan bola jaring kan.. tapi sebab tangan tak berapa nak betul, shoot bola bukan  masuk jaring tapi masuk lubang hidung orang memang terus kena rejek la kan. terus rasa down sebab tak terpilih. sedih sangat itteww tauuu..

 Lepas tu terus takde hati nak bersukan ke apa sebab memang tahu insan lemah yang takde bakat terpendam nak bersukan.so kau duduk diam-diam disudut tak payah nak pergi pemilihan bola jaring ke futsal ke, hoki ke tapi pemilihan menantu pilihan mak mertua tu bolehla nak pergi. Rasa-rasa macam ada bakat terpendam. Ehh tetiba rasa nak pengsan pulak. keh keh keh.



haritu lepas ayah aku operate jantung buat bypass so beliau terpaksa mengamalkan gaya hidup yang sihat. ewah.. bagus la kan. Kalau sebelum ni kau tahu kerja dia mengadap PC je manjang. aku peratiii je perangai dia. kalau dalam sehari ada 26 jam, dia mengadap PC 27 jam. haa. cane tu? Sampai aku nak online pon macam "okay foine foine foineee la kan... PC dia yang beli kannn.." #jeling sikit.# over sangat kan. banyakla kau punya "kann".

so tetiap pagi, bapak aku kena bersenam. Disebabkan bila dia bersenam aku dengan mak aku duk peratii je bapak aku ni, so beliau memandang dengan penuh kedengkian. Lastly, mak aku jadik mangsa. Di paksa jugak mak aku bersenam skali. Sambil bersenam sambil membebel. aku pulak? memang tak la nak join. Duduk atas sofa duk gelakkan mak aku. Durhaka sangat perangai. 

 Mak aku pulak memang jenis pemalas nak bersenam macam aku. see? memang bukan salah aku malas nak bersenam. ni salah genetik. ehem.

Mak aku kalau bersenam, 3 minit bersenam berehatnya 10 minit dan macam tu lah seterusnya. Bapak aku suruh buat camni dia buat macam tu.  memang takde rupa bersenam langsung aku tengok. Aku gelakkan lagi. oh.. aku memang durhaka. haha!


huih degil mak aku ni. macam aku. tak dengar kata. salahkan genetik lagi.  mana bapak aku tak membebel kan. Rasanya mak aku dah insaf kot kat kampung sana. Dah bersenam betul-betul. Aku harap aku balik nanti mak aku slim macam ziana zain. 




Aku pun kat sini dah bertobat. Aku jogging pusing UNISEL yang 800hektar ni woiii...!


Ramai yang kata, alaaa..aku tak payah bersenam, dah kurus dah. eh hello..?. kurus tak bermaksud kau sehat walepatliat. 



Akhir kata, bersukan lah untuk sihat dan bukan untuk kuruskan peha macam tong gas.
eh, terasa pulak. thihihi.





bai sayangss.. ;)

































Sunday, November 11, 2012

kalau dah student tu kan..

tau la kan kalau dah masuk belajar ni sikit-sikit esaimen, sikit-sikit esaimen. esaimen pulak bukan sikit-sikit. kalau buat boleh mengundang kecelakaan jiwa raga.  menguji keimanan didada tauk?. Bila dah siap satu tu kan rasa macam nak buat kenduri kesyukuran. Dah boleh bernafas dengan dua belah lubang hidung. What the fuhhhhh...lega okay!



sekarang ni tengah buat esaimen pasal Darwin pulak. kenal Charles Darwin? kalau tak kenal tu nampak sangat dulu-dulu ko suka ponteng kelas sains kan? tu la dulu ko suka ponteng kelas, sekarang menyusahkan aku pulak nak explain sape darwin kan.tk habis-habis menyusahkan hidup orang. aceh.. Lempang diri sendiri sia-sia hidup.

k la aku bagitahu la jugak. kang tak bagitahu cakap aku ni kerek pulak. Blog pun suam-suam ketiak ada hati nak kerek-kerek. 

Darwin ni yang cakap manusia ni asal dari beruk. Tu la teori dia paling kontroversi. Oh please la darwin, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.  ko tau tak aku bila buat esaimen pasal makhluk ni dalam hati tak berhenti-berhenti menyumpah nyeranah. Buat panas hati betol. Dia punya teori sangat nonsense, ntah apa-apa, #makcik-makcik sila skip ayat seterusnya.# cambangang, camcelaka,camneraka. tuttt tutttt tuttttttttttttt....ewah.. cukup pakej kau menyumpah kan.. teros makcik-makcik tak berkenan nak buat menantu. Tumpang lalu mak cikkk.. #jalan kepit-kepit dengan pakai kain batik.#

so, sekarang aku tengah beremosional. stress. dah, pergi main jauh-jauh. tahu kalau aku stress aku buat apa? aku suka gigit orang. 


esok nak pergi cari kereta sewa. nak pergi jalan-jalan sucikan nurani dan muhasabah diri. Banyak sangat mencarut malam ni. Tadi dah cari kereta sewa, tapi kereta ni yang jumpa. oh, sangat stress.

stress pun buat muka sweet. puih.




bai sayangsssssssss..
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.