pEeps!

Monday, August 20, 2012

Aku pongg nak bagi ucapan sekerat dua..

Oh hai.. assalamualaikumm..

Beraya sakan ye korang. makan sana, makan sini, sumbat tu sumbat ni dalam mulut. nikmatnya dunia khennn... 


But 






hey 





hey 






heyyy!





 raya memang setahun sekali tapi ingat sikit kita nak makan bukan untuk setahun.. Nanti dah habis raya,pergi timbang berat badan omaigad omaigad omaigadddd berat naik patratos kilo..! #over.# :p



Okay, dikesempatan ini..#ceaa..ayat macam pengacara Nona.# :p



aku nak ucap jugak selamat hari raya aidilfitri. Mohon diampun kalau ada tersalah taip sampai ada yang tersinggung. sentap sebab aku Tak reply komen ke.. #bajed kau diva orang berharap nak kau reply komennn. #hikhikhik.. Aku ni jenis suka baca komen tapi tak suka balas komen. Boleh? hiks! Blog ni boleh tahan mazmumah. Aku ni jenis kalau nak taip tak pikir doblas kali. main taipp je sesedap hati secukup rasa nak taip sebab ni kan blog aku kate ko.. buahahaha. 

ittew intak maappp yeww.. meh alam-alam ngan itteww.. kocong-kocong tawww.. #lempang.#




p/s: Raya tahun ni tak boleh bukak mulut luas-luas seluas lautan sebab gigi bongsu tergetik-getik nak tumbuh sampai gusi bengkak nak menguap pon muka dah macam badak sumbu nak kunyah makanan pon macam gigi palsu tertinggal bawah bantal nak senyum pon macam muka tak siap. okay dah boleh hembus nafas.


ye tu Eiffle Tower. aku beraya kat peghiss #paris.#
alalala klakakaka.. 





till then, selamat hari raya aidilfitri maaf luar dan dalam. Ikhlas dari CK, suami dan anak-anak. muehehehhehe.. 

Wednesday, August 15, 2012

Diari Ramadhan yang dot dot dot.



Macam aku cakap, harini pergi kerja lewat memang lewat tapi xde sampai pukul 11. bangun pukul 9.30 pagi.. see? aku mampu jadik menantu idaman okay.. #libas tudung.#

Berdesup merempit naik ego pergi kerja. 
pukul 2.45 berdesup balik kerja sebab nak tengok Mara Clara pukul 3.. Cerita philipine kat Tv3 tu.. Laju tak laju  aku bawak moto sampai cermin motor berpusing-pusing sebab kena angin laju sangat. so, dia macam ade kipas pusing-pusing sebab batang cermin tu longgar. Motor sape dalam Malaysia ni ada kipas macamtu kat handle motor? aku je tau. 



Cermin tu pusing-pusing macamni. Malapetaka betol. -..-''


Sakkkit hati tengok cerita tu.. Aku bukan sakit hati dengan Clara yang jahat macam rasa nak sumbat-sumbat muka dalam lubang jamban tapi sakit hati dengan Mara. 

Walaupun dia baik menjadi pujaan setiap pakwe-pakwe nak buat adik angkat tanpa makwe diorang tahu tapi aku sakit hati sebab dia tak dengar cakap aku. 

Tak reti langsung nak melawan. Lenkali kena buli dengan Clara melawan la sikit.. Ni tak. buat muka sedih , redha,pasrah aku rasa nak lesing..Bab nak mengutuk orang membuak-buak idea didada ni ha nak taip. Habes kurus puasa.


#korang tak tau macamana aku emosi tengok cerita.# . 5 jam xhabis lagi sakit hati.


Pastu aku tertido sebab BEKERJA KERAS sangat kan.. 

pastu aku dah kenapa kan nak cerita semua.. Ada yang ambik port ke pasal life engkau CK?
apa kau ingat kau Nora Danish?

padahallll tanak sambung cite tido sampai bebuka. keh keh keh.


till then, bye sayangsss.


Tuesday, August 14, 2012

Bakal Mak mertua sila skip entry ni.

 entry ni penuh dengan perangai mazmumah so kalau tanak pahala puasa kurus kering sila scroll laju-laju. muehehe..


Aku tak paham sekarng kenapa susah gila nak tido. diri sendiri macam xsedor diri yang esok perlu bekerja dengan keras. Semalam pukul 3 baru boleh tido then bangun-bangun tengok jam dah pukul 10. Jahanam la mana-mana syarikat ambik pekerja macam aku buat suka hati nak masuk pukul spuloh kenn. Ni kalau apply jadik bibik pun belom tentu layak temuduga. He he he.

sekarang dah pukul empat. aku rasa esok mesti terjaga pukul 11 am.


ehem, 



ada sape-sape nak pakai bibik bangun pukul 11 pastu kerja pun siram-siram pokok taik ayam, lap-lap kereta ferrari, bergosip dengan jiran sebelah? eh.

 keh keh keh 



takpe-takpe. Esok second last day kerja pastu dah nak berhenti. so, kesah pulak aku kalau dapat notis doploh pat jam ke hape kan? ceaaa..belagak. haha!


Muka berlagak mintak kena lesing dengan kepala lutut.


Till then, bai sayangsss.. 

Monday, August 13, 2012

Nak tanya tolong jawab sepatah boleh tak?

Kenapa aku punya fibox not available eh? Tolongla jawab.. aku tahu kalau korang komen aku punya entry sebelom ni  aku tak reti nak reply komen sebab aku bajed sangat diva. # Perangai macam jahanam # keh keh keh.

Rasanya dah berhari kot tak keluar. Aku ingat sehari dua je tak keluar so aku buat rilek dah la kenapa nak kecoh sampai nak buat satu entry kan. dah berhari aku peratiiii je fibox ni tak keluar-keluar. 


Harini tetiba rasa nak pergi merewang kat blog orang tetiba fibox xde lagi. camne nak berbalas jejak kan.. hape ingat aku sombong sangat tak reti nak berbalas jejak? # jeling sikit.# 

ewah.. hiks! :p


Aku tak tau kat blog orang lain macam mana sebab dah lama aku tak merewang kat blog orang sebab tetiap hari baca blog sendiri sebab rasa blog sendiri bes sangatttt la kannn...#pitam.#


Kenapa dengan fibox niiii....
kenapa? Kenapa?? kenapa???
Korang punya fibox pun macamni ke?

#kerut-kerut dahi sampai kening cantum. #



Friday, August 10, 2012

Rahsia aku dengan Mak Cik Jenab.

Salah seorang bukan mak cik jenab. 

Ekceli aku suka sangat dengar orang membebel tak pun banyak cakap.Aku rasa orang macam ni macam comel gila duk pot pet pot pet cot cet cot cet. Comel rasa nak pijak-pijak je. Korang tengok tak samarinda TV3, 7 ramadhan? yang mak heroin tu kan mulut dia aku peratiiiiii je.. memang pot pet pot pet comel. walaupun pangai dia macam mazmumah keji giler tapi comel je aku tengok dia membebel kat laki dengan anak dia.


Tapi aku suka dengar orang membebel kat orang lain jela. kalau membebel dekat aku tu menyakitkan hati aku. keh keh.
eh, eksekiusmi, kau dah bebel-bebel aku, nak aku cakap kau comel? #jeling sikit#



aku ada kenal 2 orang mak cik  masa pergi surau sembahyang terawih. Aku kan awek surau sekarang. tetiap malam pergi terawih. Kalau tak terawih jangan mimpi la nak pergi kalau mak ayah tak ajak tak paksa. Baca laju-laju skit ayat sebelum ni sebab perangai aku memang teruk. Aku sendiri baca macam nak carut kat diri sendiri.  haha!


Bila dah tetiap malam pergi, so kenal la suma nama mak cik-mak cik kat surau tu kan.. Mak cik jenab *(bukan nama sebenar) , mak cik odah *(bukan nama sebenar) , mak cik limah *(bukan nama sebenar) dan seterusnya lah. xkoser la aku nak taip habis satu surau kat sini.

*(bukan nama sebenar) = walaupun sebenar. haha

Nak dijadikan cerita kat surau aku selalu semayang kat sebelah Mak cik Jenab. Aku dengan Mak cik Jenab ada rahsia tapi malam ni dah tak rahsia sebab dah tak tertanggung beban dijiwa nak simpan rahsia sorang-sorang. #lempang.#

rahsianya mak cik Jenab panggil mak cik Limah radio sebab mak cik limah akan senyap time smayang je. abes je salam kiri kanan mesti duk cot cet cot cet die membebel sorang-sorang.
Even small matter pun dia nak becakap. Macam dia nampak cicak dia cerita pasal cicak.. nampak tu die cite sal tu.

Comel.


Aku dengan mak cik jenab selalu gelakkan mak cik limah . tapi mak cik limah tak tau kitorang gelakkan dia. Ni dipanggil gelak mengumpat. gelak belakang-belakang. haha!



Malam kelmarin Mak cik Limah tak datang, pastu Mak cik Jenab cakap malam ni "radio xde betri". pastu die gelak punya la sakan macam duk dekat pasaraya sakan.. Orang lain semua kompius ape yang kitorang duk sakan sangat gelak .. aku tau aku dengan Mak cik jenab kurang behave sikit. tapi nak buat macam mana. xboleh tahan. Muah muah muahahahaha..

Pastu semalam mak cik Limah datang.. Mak cik jenab awal-awal dah bagi warning..

"CK, jaga-jaga radio dah ada betri!"

Mak cik Limah dengan Mak cik Jenab memang comel.

Hik hik hik!

aku syuwe yang Mak cik Limah dengan Mak cik Jenab tak tau blog tu kejadah apa. kalau tau matikla! :p


till then, bye sayangssss...^^p

Saturday, August 4, 2012

Kekonfiusan jantina.

Haritu balik kerja ajak member-member pergi merewang. So, balik kerja terus pergi ambik diorang dekat rumah memasing. 

Aku habis kerja pukul 2.30PM so tak solat zohor lagi., haritu tak ingat pulak bawak telekung  nak cepat. sekarang ni lepas berhenti kerja pastu kena kerja balik rasa macam malas gila nak bangun tido. . Bangun tido nak pergi kerja terus kompius.. "eh, bukan dah berhenti ke? " "eh, kena kerja balikk laaa.." Last-last bangun lambat. Nasib bos bagi muka sebab bulan puasa, kalau dia bagi lesing? 


haa. tak cerita lagi pasal berhenti pastu kena kerja balik kan..
tak tahu ke aku pekerja kesayangan? Of kos la Sukar-melepaskan-dikau-pergi...
Ehem.

ahh..malas nak cerita. Sadis bila dah berjaya berhenti dengan jayanya tetiba kena kerja balik. Sadis.


okay sambung balik cerita, lepastu dah sampai kat bandar terus berhenti kat masjid. Aku naik la masjid tu sorang-sorang tinggal member-2 dalam kete. Tengok-2 dalam masjid tu ada 2 pompuan tengah solat. Nak solat, aku teringat yang seluar aku kotor, so aku tanggal la seluar.. Masa tu aku pakai baju labuh sampai lutut tapi belah kat tepi. #tolong bayangkan pakaian muslimah sejati.# haha.. 

ewah dah feeling arab sangat la tu?
ahh.pedulik. cakap blog aku. muahmuahmuahahaha..


Tetiba dengar ada orang bejalan kat belakang. ingatkan pompuan la yang masuk nak solat. sekali LELAKI. Hoh.. dah panas hati, maruah seakan tercalar nih. ntah dia tengok ke tak aku buang seluar. 


Laki tu nak cakap buta elok je duk usya-usya aku.#semmpat nak perasan jelita..#
Tak tahu ke tempat solat lelaki kat depan tabir. yang dia pergi solat kat situ kenapa ntah. rasa nak lesing lubang pusat. haihh.. marah nih. Lepas tu, aku dah siap solat, aku tengok dia tak siap solat lagi.. Boleh dia solat kat belakang skali? 


Tengah-tengah solat, mai pulak lagu All rise henfon cik kak kat tepi. kaki rasa nak tergedik-gedik. Kalau lagu nasyid bila izraill datangg memanggillll.. boleh jugak sound ifek menginsafkan jiwa nurani.


Kalaula keluar lagu untuk dia hey! untuk dia hey! mau aku pusing telekung cik kak tu bungkus jadik kapan kapan. Hilang kekusyukan guwa. #ceaaaaaaa....lempang.#

Tak reti nak silent phone time smayang?

pastu tunggu la mamat tu habis solat. yela , nak pakai seluar, nak pakai tudung. ewah, kau ingat free-2 nak tengok? #emosional2.# .


Yang pompuan dua ketul lagi tu slamber je la pakai tudung laki tu ada pun.
lepastu dah siap solat, mamat blah. cepat-cepat pakai seluar pakai tudung. Siap je aku pakai tudung nak blah, mamat tu masuk balik. pastu dia pergi baring dekat dia solat tadi. Ntah dia usya aku dah siap pakai seluar tudung semua. 


Benci betol la aku. Aku betol-betol musykil. 
tak paham hakuu... Tak reti nak beza diri sendiri pompuan ke laki?
kang dah kurus pahala puasa duk panas-panas hati di petang yang panas dengan hati membuak-buak menyumpah-nyeranah. Aipp! lempang tau la.






Till then, bai.. xde sayangss-sayangsss..tengah panas nih. haha.
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.