pEeps!

Thursday, December 30, 2010

jeng jeng jenggggg.....

soalan tag pertama dalam hidup..

APAKAH STATUS ANDA?
ehem ehemmm..saya sudah berpunya. kepada lelaki-lelaki bujang, sudah berkhawin mahu pun duda beranak berapa pun tolong batalkan niat anda untuk mengorat saya."LEMPANG" cam kau gadis sejati idaman semalaya kan cakap camtu.hikhik..



CERITAKAN TENTANg DIRI ANDA.
nak tahu cari post NAK JADI MENANTU MAK CIK BOLEYYYYYYY..ok?
*punyela malas tahap gaban nak cerita balik.* heee..;p




CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
blog saya tak sesantik blog awak
blog saya tak menariktertarikkaumemangdebom cam blog awak
header blog saya tak sesantik header blog awak
follower saya tak seramai follower blog awak
*down giler tau tak time taip ni.* yang tukang tag tolong pujuk! hahaha..

PANDANGAN TENTANG DUNIA BLOG
hurmmm...menarik..boleh jumpa ramai kenalan,boleh tambah ilmu,kongsi-kongsi maklumat pastu boleh luah ape je yang kita nak. korang boleh pegang prinsip ni.."BLOG AKU SUKATI AKU LA!" *manadapatprinsipnipuntaktahu..*hehe...tapi yang penting jangan melebih sudah. duk fitnah sana,fitnah sini,kutuk sana kutuk sini. lempang nak? garang tak garang tak?? 
muke garang kalah mak nenek..
tau takot....haha


NASIHAT ANDA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
duk diam-diam saya nak bagi nasihat ni. 
nak buat blog? ha, buatla buatla..tapi bila dah ada blog nanti jangan nak jadikan blog tu candu korang sampai semua keje tak jadi.ok? tu je la.nak panjang-panjang aku tau tak de orang nak baca.hehe..

NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA
trademark terbaru aku, SAYA TAK PELIK TAPI SAYA UNIK."so, dats y la blog ni unik! *bluweekkk* haha..

SAMPAI BILAKAH ANDA AKAN MENULIS BLO DAN APAKAH IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG?
sampai bila? sampai kapan pun!! *sayablogertegarterimakasih* hikhikhik
impian pulak.....agar dapat duit nuffnang banyak-banyak nak beli kereta mini cooper s sebijik! haha..*angan melampaui impian* paham? tak paham duk diam-diam.hikkss..:p

ok, siap jugak jawab tag ni..pasni nak buat ape pulak ye? tak tahu la..nak kena tag orang lain pulak ke? saya buta tag.tolong faham..hehe..




Tuesday, December 28, 2010

takde otak ke??

ceeaahh! tajuk nak publisiti je kan..cis cis cis..*nak cis jugak la tu..xbaikkk..saya marah..Tuhan pun marah..* kan dah kena marah dengan aku...padan muka..hikhik..ok, harini nak sharing-sharing cerita kelakar.kelakar tapi buat kita ingat kat Tuhan..korang bila duk blogwalking terus tak ingat dunia kan..ingat akhirat je..kannn...*tolonglempangskali*hikhikhik..paku serpah paku serpih, kata orang dia pon sama..*bahasamelayusayaA+ok?*



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

*amin ni pandai la...jom kawan dengan akak,nak?*

kredit to: iLuvislam . korang rerajin la tengok page ni.banyak menda yang korang boleh dapat. pastu boleh muhasabah diri..ade motivasi-motivasi bagos! ada cerpen-cerpen.ada wallpaper..acecece..promote pulak..pihak iLuvislam tolong ambik perhatian ye..TOLONG PROMOTE BLOG SAYA BALIK! akekeke..larikkkkkk...........

Monday, December 27, 2010

nak jadi menantu mak cik boleyyyy...

wah, malaysia menang 3-o..hebatla..caya la!
sekian..
sangatla warganegara  derhaka kan..camtu je? *sayatakminatbolaterimakasih*
ok, malam  ni, secara rasmi nak cerita pasal diri sendiri. selama 18 hari bukak blog, main terjah je kan..dengan salam tak bagi. memang rejek jadik menantu mak korang kan..*makcik tumpang lalu..

*muka amatla mukaddimah..*
selamat petang..boleh saya bantu..ceaaa..ada gaya penyambut tetamu syarikat air selangor tak?
nama saya zaiton sameon..*bukan nama sebenar..*
asal terengganu,membesar pon kat terengganu..
sekarang belajar kat kolej swasta kat kelantan dalam jurusan diplamo sains seliaan UITM tahun akhir...*sayabudakuitmbangganyer..*muahaha..
rasa down je taip kolej swasta kan, nak jugak uitm..haha..
sekarang aku tengah berholiday n 29/12 ni dah kena daftar sem baru...huuuuwaaaaaaaaaa!!
lagi, nak tahu ape? ok, aku anak ke-6 dari 6 orang adik beradik..so, dats y la saya manja..orang cakap klon nora danish..*pitam* nak muntah pon boleh..





puteri bongsu kepada pasangan en.Muhammad n puan mek Edzha..
pelik kan nama mak aku..mesti nak cakap nama aku pelik kan..eh, hello..nama saya zaiton sameon.xpelik ok. muahaha
nama mak aku pelik sebab moyang aku dulu orang jawa..nama moyang aku lagi la kejawaan.Orang kaya nama dia..tapi tak kaya pon..hikhik..tu yang saya pakai kereta mini cooper s je sekarang..*sila percaya*cerita nak uppp je kan.. 
so, nama mak aku tak kemelayuaan la sikit...nantuk la pulak cerita pasal aku.Dari hari first masuk tadika sampai sekarang asyik cerita cerita sama je. Tak boleh ke tukar sikit "Hai kawan-kawan nama saya Zaiton sameon, boleh panggil saya Rozita che wan. " .dah2 la..xde orang nak bace gak...hukhukhuk..




Sunday, December 26, 2010

saya santik!

hekhek..tajuk entry tak nak kalah..
*typing error ok..*
nak taip sungai cantik..
tertaip aku cantik..
*sila percaya..muahahaha..*


The Cano Cristales.. ni nama omputih aku..mak panggil cano je..hikhik..
tu name
sungai k...jom start bace pasal sungai ni..
*tolong bace dalam satu napas..*
sungai yang tercantik di dunia...
sungai kat colombia..
panjang lebih kurang 1oOkm..
terletak di Sierra de la Macarena..
tapi tetiap tahun xde la cantik memanjang je..
de la musim2 dimane lumut merah,kuning,hijau,biru akan tumbuh..
so, sungai ni akan nampak bewarne warni cam baju raya korang...eh,tak? salah orang la ni..
moh tengok ghope sungai ni..santik.....cam awak..*puji saya balik..!* haha..
santik kan..betol-betol santik macam awak..haha...


mata still tak nantok! insomnia!!! hukhuk..

ini kisah pasal saya..

saye suke makan tembikai..
suke sangat..
sebab die manis...
sebab tu muke saye manis-manis cam tembikai..
*muntah* hakhak..




ni pak cik tembikai..
saye xnak makan ni..
sebab geli nak makan idong die..

yang ni lagi la saye geli nak makan..
sebab die x gosok gigi..


pape pon saye suke makan tembikai...

.
.
.
.
.
.

binatang ni sangatlah comel...

secomel kure2 saye..
saye rindu kat kure2 saye..
kure2 saye ni memang pemalu..
cam saye...
ni la muke die baru bangun tido...
comelkan..
cam saye jgk..
dah2 la tgk die..
die memang pemalu...
macam saye..
kure2 saye memang gedik..
tapi gedik yang sopan ok..
macam saye..
hakhakhak..
sekarang kura2 saya dah lari dah..
cepat betol dia jalan..
.
.
.
.
.
harini hamster saya beranak..
mak saya muntah-muntah...
ayah saya cakap ingat mak saya nak beranak.
rupa-rupanya hamster saya..
hikhik..
entry ntah pape..rasa  nak tumbuk diri sendiri taip camni..*dush dush!*
sangatla buhsan pagi ni..
melalot jew lebih..
arrrggghhhhhhh! mata,cepatla ngantuk!

Saturday, December 25, 2010

akU masuk tV..

hoho.. nampak sangat kan korang...terguris tau...tetibe kan..hehe..sebenarnya harini aku masuk je blog kannnn pelik pon ada..terkejut pon ada..tapi bila dah faham..tergelak rasa nak guling-guling..tengok kat shoutbox..ada follower cakap aku masuk tivi..pastu ucap-ucap tahniah..haha..klakor tau korang...nampak sangat tak baca habes kan entry aku.teros down..haha.. aku ni bila menaip cerita nak up je.heee..aku suka bila umur aku 20 orang ingat 15...i likeeee....

entry ni khas yang nak tengok aku sape.*camkauprimadona*.hah, ambik tengok muka ni, umor 20 ke 15..*garang tak,garang x?*haha..

pic kena blur-blur sikit..tak leh tenung yang clear2..nanti jatuh cinta..*muntah..*muahahaa..

Friday, December 24, 2010

saya dapat 9A+ PMR.terima kasih..

tetibe rasa nak update pasal PMR..sebab ape?? sebab harini kan result PMR aku keluar. saya dapat 9A++. belagak tak saya? sila lempang saya banyak kali..ha, kelam kabot, cakap umor 20 kan..hikhik..


semalam result PMR keluar kan. ha, seronok monok la tu korang kan yang dapat result best-best tu. yang tak dapat result best-best tu jangan sedih ye..tak semestinya tak dapat result ok tak bagus. kalau dah cuba sedaya upaya,kalau tak dapat jugak macam kita nak, tak de rezeki la tu kan. terima la.. lagipun, apa yang kita capai sekarang tak menggambarkan kita pada masa hadapan...ceeeewah!!!! pandai tak akak bagi nasihat? hee..
*macamadabudak15tahonbaceblogaku..*;p


ok, cerita pasal PMR ni kan..aku dulu tak de la tererrrr sangat kan...cam korang..ker...muahaha...jahat je kan aku ni..aku teringat pulak masa aku form3 dulu. haritu aku belek-belek diari aku kan...ceaaa...ade diari tu..cam umor 30 kan..aku boleh tergelak sorang-sorang..catatan 1 april 2005..


MATLAMAT PEPERIKSAAN..*konon kenapa nak berjaya PMR la kan..*
1. untuk berjaya dalam hidup.
2.untuk mencapai cita-cita.
3.untuk membantu keluarga.
4.yang ni paling aku tak leh tahan..memang tak leh bla..
KERANA SAYA PELAJAR TEKUN DAN RAJIN. rasa nak lempang diri sendiri bila baca balik. pastu kat bawah tu siap ada sain..nak bagitau betapa tulus ikhlasnya aku tulis tu..tulisan masa tu pulak suci je.sejuk je mata memandang.ayat-ayat kompem A BM. kuikuikui..


ala, adik2 jangan risau. dulu kawan-kawan akak yang tak dapat ok dalam PMR sekarang dah masuk Unibersiti2 dah..akak ni yang dapat haih..malas nak cerita sedih..*tetibe* hikhik..
nak jugak nasihat kan..tak paham..haha..

Thursday, December 23, 2010

haNtU ke??

harini kena lagi..haih...pe nak jadi..korang pernah kena tindih tak? aku kannnn...kena kannnn...tindih kannnn...dengan kannnnn....hanhanhanhanhan.....tuuu......larikkkkk.....*dah-dah,datang sini balik..*

aku tension betul kalau kena tindih ni. nak gerak memang tak boleh la kan..nak jerit, macam tertelan handphone yang letak bawah bantal tu.memang tak boleh buat pape time tu..lawan je la.baca-baca ayat kursi,selawat tapi makin kuat pulak kena tindih. hantu ke hah yang tindih aku?? aku rasa tak..sebab bulan puasa dulu pon kena jugak. diorang kan dah kena ikat mana boleh main tindih-tindih lagi.so, aku fikir-fikir balik bukan hantu kot..lagipun tak pernah pulak aku nampak pape masa kena tindih tu. tapi pengalaman first*form 3* aku,aku ada dengar suara.bergema pulak tu. suara tu cakap "sesungguhnya kehidupan didunia itu lebih bermakna"..memang seram habis time tu.pastu teros aku peluk akak aku kat sebelah..*rugikankorangtakdekatsebelah..hehe*..aku memang camtu. pas kena tindih je mesti teros peluk orang kat sebelah aku. pastu aku cerita kat ayah dengan mak aku. ayah aku cakap sebab aku letih sangat. masa tu aku baru balik dari kem. betul kot. pastu memang kerap aku kena tindih. tapi takde la tetiap hari..tapi kan macam ada musim pulak. macam dah lama tak kena, pastu kena la berturut-turut..sampai aku rasa kat malaysia ni dah ada 3 musim..musim tengkujuh,musim panas,dan musim kena tindih. pastu sekarang dah empat tahun dah kena macam dah biasa.kalau bole sebelum tidur tu, tidur terlentang cakap "tindih la, tindih la.." haha..*cakap besar..xmo xmo..*. sekarang takut tak tapi geram sebab tak boleh bergerak.tapi kalau kena aku tetap baca ayat-ayat sebab takot jugak kot-kot betol jin-jin tu syok kat aku kan..hikhik.. pastu yang pelik tiap kali aku peluk totoi aku, mesti kena tindih..bila dah perasan macam tu, aku kepit kat kaki je totoi tu.dah tak peluk kat tangan..nak tahu keenaran kena tindih..klik sini.kalau paham..hehe..

secara saintifiknya kena tindih adalah lumpuh time tido..nak cerita panjang-panjang ke? kan dah klik..hehe..so, tak payah nak takot-takot ye. saya ada ni..haha..

ni la totoi..yang kat sebelah tu tukang basuh pinggan rumah aku.sekian terima kasih. hehe..

Tuesday, December 21, 2010

gLamOrNya!

tahu tak? tak tahu? ha..ni nak bagitau kat sape-sape yang tak tahu biar tahu so nanti takde la buat-buat tak tahu..eh, dah tahu? saye lambat rupenye..loading..heee...


harini nak kongsi pasal sape yang paling orang malaysia cari kat search engine google Malaysia..


tempat pertama...ha..yang ni semua orang kenal..artis yang tengah meletup sekarang..mak cik-mak cik pon kenal penyanyi ni..kalau aku dapat boipren macam die ni pon dah cukup,dah tak curang dah..oppps! abang airiel..tumpang lau..hikhik..ok,nak tahu sape? *buat muke eksaited sikit baru aku bagitau..hehe*..


maher zain..kenal kan..ala, yang fames dengan lagu insyaAllah tu..tak pon for the rest of my life..korang minat dia ni? aku pon minat..bile dia senyum...so somel...muka suci je aku tengok..pastu lagu-lagu dia pulak menenangkan hati je bila dengar.dengar doblas kali sehari pon tak bosan..*ha,ambik kau aku puji sebesen..minat tak minat..hikk..*


ok, yang ke 2..justin Bieber..kenal tak? kenal ke? aku baru harini kenal. memang loading kan..hehe..duk google-google pasal die ni..laaaa....rupenye budak lagi.biasa-biasa je la..tak de la comey sangat pon..*ceaa...cam kau comey kan*  sukati je cakap orang tak comey.. budak ni lagu yang glemer "somebody to love"..korang penah dengar x? x? kat rumah tak de radio ke? muahaha...


pastu yang ke-3...Luna Maya..santik kan die.seksi...patutla orang duk search sangat pasal die ni..ke sebab skandal dengan iriel tu? haa....tau la tu nak cari ape...gatai...hehe..sesape yang tak kenal lagi tu search la sendiri ye..malas nak tempek-tempek gambar artis kat blog ni.. gambar aku pon aku tak tempek nak letak gambar artis..tak boleh! blog aku gambar aku..kate blog aku kan..*camburukjepangaikan..*haha


yang ke-4..arwah din beramboi..nak tau....aku baru tahu yang arwah la pak cik din kat dalam majalah ujang tu..sape eh yang ganti pak cik din ye sekarang..dah lame tak beli majalah tu..


yang ke-5..gagagagagagagagaga.....gagap eh korang? hikhik...lady gaga la..siyes aku takot dengan penyanyi ni..ntah kenape..lagu bad romance paling aku takot bile sampai ra ra ra ra ra ra..*apeakutaipni...*


yang ke-6...hanis zalikha..ha...die ni nak ckp glemer, tak glemer, nak kata tak glemer,glemer..ha, cane tu? die ni..haih..malas betol nak taip..makin lame makin pendek kan..haha..ok, aku citer la sikit-sikit..hanis zalikha ni, blogger jugak..follower die lebih tak kurang 14 ribu tau..ha..kau ade?*pang skali*hik...pelakon jugak tapi tak kenal pon aku.. hebat die ni boleh kalahkan datuk siti nur haliza..kan kan kan?? die ni cantik..nak kenal, taip je hanis zalikha jumpe la blog die..


yang ke-7..yang ni ade sape-sape tak kenal? meh saye nak sepak laju-laju..kehkeh...kalau tengok citer boys over flower versi korea tu kenal la kan..bole jatuh cinta! aku suke tengok time rambut die basah.jadik lurus je...seksi je..tergoda ai tau..;p


yang ke-8..adam Lambert..siyes..aku tak kenal.so, tak kenal tu aku nak jugak kenal kan..cari la kat google image.first-first tengok dah gambar die ngah kissing. gay ke ape..eiii...teros malas nak tahu pasal die..


yang ke-9...datuk SITI NURHALIZA..tetibe huruf besar kan..yang ni malas nak cite panjang-panjang..tak kenal? meh nak sepak laju-laju skali lagi....akak-akak, abang-abang..tumpang lalu....hikhik


yang ke 10...paul tan..katenye blogger..tak tau pulak pasal die ni..nak cite kan takot terpesong pulak.baik diam..hehe..

Sunday, December 19, 2010

si eROD..

harini bukak je blog, eh eh!! ade follower la..gumbira betol. my first follower...EROD..tengkiu..jasamu dikenang. tapi aku tak tahu la Erod ni ade blog ke tak. x de pulak linknye..cane nak balas jasa ni.cam pastik je kan nak balas jasa..heehehe..yela..orang dah follow kite, nak jugak follow balik kan.same2 la kite memfollow..bace tak bace belakang kire.heee..


kepada Erod, kalau ade blog tolong tinggalkan link ye lain kali. tikiu...*ntah singgah ke tak lagi..*


dapat je follower teros buat entry pasal follower kan..baik........ke.. sungguh.haha..pasni kalau sesape yang jadik follower ke-2,3,4,5 kalo nama tak masuk dalam entry jangan sentap pulak eh..sape suruh tak jadi yang pertama?*lempang skali..belagak..*haha..


ala, jangan risau, kalau korang jadik follower aku pasni, teros automatik korang disayangi aku tau..*bodek habes..*haha.
 so jom la follow saye! hoho! *bajed blog best gile gaban kan..*kuikui..

Saturday, December 18, 2010

TeNtaNg LeLaki...

ok, post ke-2..tentang lelaki..kenapa lelaki? sebab lelaki ni ego sangat.erk! tetibe..hihi..
ego? saya pon ego..sebab tu kakak saya bawak motor ego.."ada kena mengena ke?" heee...

ok, xdenye nak cakap lelaki ni ego..pompuan ke laki ke..pondan ke...same je..
tu bergantung pada diri masing-masing..*ye.setuju.*

ok, start cerita pasal lelaki..lelaki dan cinta..lelaki bila dia dah jumpa seorang perempuan yang boleh buat dia tido tak kenyang, mandi tak lena, makan tak basah kompem gear otometik die berubah jadik manual.ape ni, tak paham..aku pon tak paham..heee...nak cakap, diorang akan berubah la..kalau selama ni mood nak makan orang tak tentu pasal, tetibe berubah jadik mood nak senyum je doblas jam tak henti-henti. pastu die akan buat ape saje tok pompuan tu. ni untuk lelaki yang betol-betol ikhlas la..yang nak main-main tu x masuk list ok?syuhh..pegi main jauh-jauh..;p kadang-kadang, walau sebrutal mana pon diorang ni, diorang boleh menitiskan air mata bila disakiti insan yang dia cinta sangat-sangat..ye tak? ye kan...saya tahu..*tau-tau je*.

then, laki ni kalau boleh dia nak perempuan yang dia cinta tu jadi sebaik-baik manusia..*ok,melampau*hehe..
bukanla sebaik-baik manusia..tapi menjadi perempuan yang lebih baik,*kalau makwe die tu jenis tak brape baik..* dia akan nasihat.tapi kadang2 perempuan ni dia tak anggap tu nasihat, tapi kritikan tak pon bebelan. pastu mula la melenting tak tentu pasal..aum aum!! tetibe nak jadik bapak singa kan..mintak clash bagai..keluar ayat "hantar saya balik rumah mak!" haaa..sudah..cane? tataw-tataw..pikir la sdiri..haha..tapi..*tapi lagi.* jangan la pulak dia duk nasihat korang,die pon dua kali doblas pat ratos kali lima kan.kalo dia pon sama nak nasihat orang tapi dia pon sama*haih,bebelitayatmalasnakeditbalik* cakap je camni.."lempang nak?"  hikhik..

ok, dah la..aku sebenarnya tak paham jugak dengan perangai lelaki ni.. stop sini la..
motifsebenar: tak paham perangai lelaki. tetibe..("._.)

mood: geram sampai cakap pon bebelit2..

Thursday, December 9, 2010

surah al-Mulk..

ok..dah lama tak update pasal ilmu-ilmu kan..
tu la..banyak sangat cerita duniawi nak diceritakan..
korang bile bace cerita xingat dunia kan...*terus ingat akhirat kan..hikhik*
ok, surah hari ni surah al-mulk..
surah al-mulk ni surah yang boleh menyelamatkan kita dari seksa kubur tau..jangan tak tahu. ni nak bagitau yang tak tahu biar semua tau.tau?
pada zaman rasulullah s.a.w dulu ada la sekumpulan sahabat berkhemah kat atas kubur. diorang ni tak tahu yang diorang ni berkhemah atas kubur..pastu..jeng jeng jeng... diorang dengar ada suara bacaan surah al-mulk dari awal sampai akhir.. ha, kalo korang kalo dengar orang bace bismillah malam-malam pon dah pecut lari marathon walkaton basikalton tak cukup tanah..kan3? ke tak? eh, saya terburuk sangka pulak..hehe
pastu diorang ni pegi la cerita pasal ni kat rasulullah s.a.w..pastu baginda bersabda yang bermaksud..
" surah al-mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.."


tu la salah satu kelebihan surah al-mulk. banyak lagi kelebihannya..
ada pulak Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


sape tak nak kan jadi hebat pada pandanan orang lain.. pastu dikasihi..korang nak? aku pon nak..


pastu saidina Ali pon ada sebut sape-sape yang amalkan surah ni, nanti hari kiamat wajah dia secantik nabi yusuf..nak cantik tak nak? tak kan nak cantik dunia je kot..pakai eye shadow, celak,lipstik bagai..tu nak jumpa dengan manusia kan..nak jumpa dengan allah tak nak cantik? saye nak.awak nak? hehe


kalau nak jom sama-sama kita amal surah Al-Mulk..
yang baik mesti dikongsikan..
 sekian terima kasih..
yang tak sempurna,
saya budak tak sempurna..



Wednesday, December 8, 2010

bermulanya satu cerita 1 muharam 1432

macam mana nak mulakan ye? ok, blog cinta khadijah tak la secantik blog-blog yang lain. cinta khadijah masih lagi baru. baru sangat-sangat. macam baby tapi tak la secomel baby. masih lagi suci murni. macam baby jugak. tak ada dosa lagi. macam baby jugak. tak tahu kenapa suka sangat dengan baby.hehe..opss saya masih lagi single. bukan isteri orang dan bukan jugak janda orang. takde baby lagi. ;p

masih banyak lagi yang perlu ditambah dalam blog ni. post-post yang akan mendatang juga tak menjanjikan sesuatu yang akan memuaskan hati pembaca. tapi cinta khadijah akan terus berkongsi cerita untuk memuaskan hati sendiri, dan jugak pembaca ;)


Monday, December 6, 2010

hish, nakal betol..

sape,sape? *sambil pandang kiri kanan*..hehe..
mari dekat-dekat saya nak cerita satu cerita..

malam smalam aku teringat-ingat zaman mudo-mudo dolu. nakal jugak aku ni.. tapi yang aku ingat 3 perkara je..aku ni spesis pelupa sikit. 21 tahon hidop 3 perkara je ingat? nampak sangat tak nakal kan..nampak sangat budak baik idaman hati kan..hikhik..
ok, first yang aku ingat, aku penah pecahkan kepala budak laki. uih! nakal ke ganas ni? peristiwa ni berlaku time aku darjah satu. tengah main kejar-kejar, biasa la budak-budak kan. main sembunyi-sembunyi kasot kan..*tak matang* haha..memang la! ape la korang ni.. pastu aku sembunyi la kasot budak laki tu belakang pintu. die nampak teros die belari nak ambik.aku pon tutup pintu tu. tapi yang aku pelik tetibe die ada kat belakang pintu tu. cam magik je.. laju gile kot die belari sedar-tak sedar dah ade belakang pintu. tp siyes, aku tak nampak pon die dah sampai kat belakang pintu tu. aku ape lagi, tutup la pintu tu kuat-kuat. skali dengar budak tu menjerit. kepala die berdarah-darah..huhu..pucat kot time tu...pastu cikgu datang.bawak jumpe doktor, kepala die kena jahit dah. pastu cikgu panggil aku tanye cane boleh jadik camtu kan.. aku jawab la.."die yang kejar saya dulu." hikhik..jahat kan...ish mase tu berdebor gile..terpakse la jawab camtu. budak tu pulak tengah sakit kan takde pulak nak melawan ke ape kan..nasib baik..haha di sebabkan aku ni muka innocent tambah2 aku la satu2nya budak pakai tudung kan, cikgu percaya la..hikhikhik...sian budak tu..tapi sekarang die dah jadi polis. saya takot nak pecahkan kepala die lagi nanti masuk penjara.haha..dan parot kat kepala dia sampai sekarang ada lagi. mesti tengah-tengah tengok cermin*hensemjugakakuni* ingat kat aku ni. tetiap hari pulak tu..haha..nasib la kan..sian makwe die ada madutakjadimadu..muahahaha..;p

ok, yang kedua...aku lempang budak laki. eh, saya tak ganas. mesti pikir aku ni budak rosak akhlak tak cukup kasih sayang kan..hikhik..yang ni pulak seingat aku darjah empat kot.. aku tak ingat kenape aku boleh lempang die.yang aku ingat pipi dengan mata die sampai merah. panggg! ha..nanges budak tu..pastu dah abes skolah teros pecut aku naik basikal balik rumah sebab mak budak tu akan datang amik..ha..kacau la saya, saya kasi lempang satu bijik,nak??haha

ok, yang ke-3 pulak..form 3..yang ni nakal sikit je la..xde sampai belasah orang..xde orang cedera dah. aku dah insaf kot..hikhik..dulu time skolah, aku la budak paling awal datang skolah. mungkin sebab aku budak yang berwawasan tinggi,dan mempunyai hala tuju hidup yang sebenar.*sile muntah.*haha..dah datang awal kan, ade je sumtink nak buat..buat ape eh? letak pic hantu atas meja sorang budak laki ni. tetiap hari ok. cam xde keje lain je kan? ntah pape. sonok giler kot tengok muke budak laki tu dok kompius kan..cuak ke tak yang tu tak la ku tahu..last-last kantoi jugak..aku p bagitau kat besfren aku kelas sebelah.besfren aku  ni pulak kawan nan budak laki tu.tak tahu la diorang ni kawan kan..naseb la budak laki tu baik, takde nak sound2..baik tol. cam ustaz..haha..

Friday, December 3, 2010

menitis jugak air mata ni..

cewah, entry tanak kalah. buat-buat sedih.ceh...ok nak tanya, sape penah panjat pagar? ala, ramai kan?? awak tu, tu, tu..macam la tak penah..tak mengaku pulak. dulu time skolah-skolah memang kaki panjat pagar kan? cikgu suruh solat pegi panjat pagar tanak solat. eii...rosak akhlak betol la korang ni tau. tanak la kawan, pegi sane. yang tak penah tu mari dekat-dekat kawan dengan saya sebab saya tak penah panjat pagar apatah lagi lompat pagar time sukan-sukin.ok,melalut.
harini first time aku panjat pagar.brutal x? haha..pembetulan, saya seorang budak yang ayu. *tolong iyekan je ok.* muahaha..panjat pulak pagar jiran sebelah.malam-malam.xde orang pulak tu. ape cer ni der....*oh,sungguh bukan diriku*..
alkisahnyer...jiran aku sebelah rumah xde kat rumah.*ade kena mengena dengan korang ke?*diorang pegi bercuti.*ade kena mengena dengan korang ke?* diorang ni bela arnab.*ada kena mengena dengan korang ke?*sebelom bertolak diorang letak la banyak-banyak sayur dalam kandang arnab tu kan.*ok,dah tak tanya*.
alkisahnye lagi, tadi makanan arnab diorang tu dah habis.*aku kompius,ade kena mengena dengan korang jugak ke?* hekhekhek..ok, strek tu de poing. mak ayah aku balik dari masjid tadi tengok2  la rumah jiran kitorang tu kan. kitorang kan jiran prihatin.*nak jugakkk* heee....pastu aku hendap-hendap tengok makanan arnab tu dah abes.licin! sian kat die...memang kesian la..pastu aku cakap la kat mak ayah aku. kitorang anak beranak memang kesian gile2 kentang la kat arnab tu. sebab kitorang kan jiran prihatin..pastu pikir2, ayah aku suruh panjat pagar jiran aku tu bagi makan kat arnab.aku on je..sebab aku kan jiran prihatin.ayah aku kutip kangkung kat blakang rumah.pastu aku p panjat pagar depan.panjat2 skali nak jatuh, tangan aku terlepas.abes calar2 tangan .pedih oh..darah2..kulit kat nadi tu kan nipis kan..kena pulak calar kat pagar simen..eii...ngeri aku tengok tangan sdiri ni.dua2 belah pulak tu kena. pedih sampai jalan pon cam robot dah..tp tengok arnab tu makan mentakedarah,aku rase puas hati. kenyang jugak die malam ni..ade jugak sumtink nak dimakan kan..pastu masuk rumah tahan je la pedih tangan ni..tahan tahan sapu la minyak gamat. ya Allah..pedih nye tok sah nak cakap la..dah rase nak terberanak dah..last2 menitis jugak air mata ni..tangan dah tak tahan, botol minyak tu terlepas..pecah la botol tu...pastu kena la bebel dengan mak...hehe...menitik pulak air mata ni..hish...manje je kan? sukati la..saya kan klon nora danish...*pitam* hahaha

ko ingat ko sape??

ko cakap aku ni loser? wey! sape loser hah?? sesedap mulut ko je kan? ko ingat ko hebat sangat? ko teror sangat?ala, stakat orang cam ko tu aku tak heran la. tengok, aku boleh jew lawan ko.cakap lagi aku loser.cis! tak puas ati betol. sape eh name ko? aku lupe pulak. yang aku ingat ko tu suke pakai seksi-seksi. nampak tu nampak ni.dengan rambut perang. ingat boleh bawak sembahyang ke? opps! aku tak ingat pulak ko ni memang tak solat kan? cam la aku tak tahu.huh! ingat santik sangat la tu pakai camtu?rambut cam penyapu sampah rumah aku je kot.muka pulak cam rumah tak siap.aku lagi santik la! doblas ratos ribu ganda dari ko. ha, baru aku ingat nama ko nicole.konon nak glemer cam datuk nicole david la tu? pliss la. nak pitam aku tau? pastu kawan ko sorang lagi tu si anna tu.die pon same cam ko. sikit2 cakap aku loser. aku tahu la aku tak sehebat die awal2.tapi cube la bagi semangat sikit. ni cakap aku camtu terus down tau x??ala,last2 aku boleh jugak lawan die. korang yang loser sebenarnya. korang berdua ni memang sesuai sangat la berkawan. pangai same je.suke pakai seksi-seksi.kalo muka santik cam aku takpe la jugak.huh!! menyampassssss....

ok.stop.tanak dah wat dosa kutuk karton kat dalam game.hikhik.tension men game wimbledon tennis ace.tapi  last-last aku menang jugak..wiiiiiiiiiiii!
berita terkini hiburan sensasi : tangan saya luka sebab panjat pagar jiran sebelah. saket saket saket..!*tolong tiup bolehhhhh...*lempang skali.. hikhikhik..

Thursday, December 2, 2010

bila yang tersayang sakit

3 hari lepas mak aku sakit perot. tak la ku tahu sakit ape. nak kata gastrik tak..nak kata salah makan pon tak..so, aku just sapu-sapu ubat je la kat peerot mak aku, boleh la tahan sikit..mak aku sakit malam, so masa nak tido tu niat-niat la nak bangon awal pagi esok nak siapkan sarapan kononnnnnnnn..nak-nak nenek aku bermalam kat rumah aku..
pagi pon menjelma la...bangon solat subuh aku tido balik.apepunyeanakdara.hehe..wat la alarm kol 8 pikir-pikir nak masak nasi goreng kan..dah pukul lapan tu baru je nak bangon dah dengar ayah aku start kete. nak pegi beli sarapan la tu kot. so, aku tido la balik.memangburukpunyeperangaianakdarani.haha..pastu ayah aku balik die ketok-ketok bilik suruh bangon buat air..air aku buatkan sedap...*nak jugak..*hikhik.. dah siap wat air, ayah aku panggil la makan...
 "meh makan nasi lemak..."

nasi lemak ok?...aku duduk la ni nak makan dengan muka kebulur tahap duduk kat jepon kan..*kat jepon ada orang kebulur ke??hee..
 aik...cane boleh jadi begini???? "aku berdialog seorang diri..
 cane nasi lemak boleh jadi apam balik???? buat-buat terkejut..
skali ayah aku cakap die salah ambik apam balik pulak..die kutuk2 la sape duk bungkus nasi lemak cam tanak bungkus kan mase balik tu..leper jew... skali dah tersalah ambik. so pagi2 buta kitorang dah bedal apam balik. bukan satu ayah aku beli ok. bukan dua bukan tiga.bukan empat.agak2 bape?? 3 je ok.. kena tipu..eh, bile aku tipu jangan nak tuduh2.saya budak baik.haha..

pastu dah siap makan dah buat keje rumah sume ayah aku suruh siang ikan pulak. aiseyyyyymen...acececeh..haha..dah lame kot x siang ikan.ambik ikan duk tgk ekor tgk kepala wat muka cam tak puas ati dengan ikan tu kan..haha...nak mintak nenek aku ajar segan la pulak.ternyataburukpangaianakdaratakpandaisiangikan.haha juling mata nak baca kan..
dah tengok aku camtu ayah aku datang la tengok.die ajar SIKIT-sikit sebab aku dah tahu BANYAK-banyak...*tanak kalah.haha*

dah siang ikan tu tengahhari pon menjelma lagi.. sudahhhhhhhhh..nak masak ape ni...adoyai....then ambik pen dan kertas masuk bilik mak aku pastu kejut2 mak aku mintak resepi.*tolongtimesayajadimenantumakcik*haha..mak aku ngah mamai-mamai pon bagi la resepi masak lemak cili api dia. ayah aku suruh masak masak lemak cili api sebelom die keluar. dah siap aku tak puas ati lagi dengan resepi tu.cam tak cukup syarat je kan..bukak lappy google-google resepi. *sayabudakcelikITok?*

pastu masuk dapur..masak2...jadi la ni................
nama resepi kat atas ni  masak lemak cili api yangsungguhsedap.*sayalayakjadicalonmenantupalingbagos*haha

yang ni pulak mula-mula nak bagi nama gulai kepala ikan tenggiri ayahtakcayeanakdaradiapandaimasak.ha,panjang sangat kan? so, tukar nama yang pendek sikit gulai kepala ikan tenggiri sedapkottt..*nakcakaplaukdielagisedap*hehe.
eh jap. aku masak yang kat atas tu je. yang bawah ni lauk back-up. cam kejam je kan ada lauk back-up. ayah aku la..mentang-mentang first time aku masak masak lemak cili api tak caye eh? tapi terbukti semua orang cakap SEDAP. pastu nenek aku tambah lagi DAH BOLEH KHAWIN.haha..ada sape2 nak khawin dengan saya? tetiap hari saya masak masak lemak cili api.haha

p/s: nama hamster saya LaLo n LOLa..sekian time kasih.tetibe??
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.